Anda di halaman 1dari 5

1. MENYIASAT (i) Peranan matematik dalam teknologi moden. Penggunaan Matematik Dalam Pembinaan Bumbung Bangunan.

Pengenalan : Penggunaan aplikasi matematik dalam proses pembinaan bangunan sememangnya sangat meluas. Pengiraan yang tertentu diperlukan bagi menguji kestabilan dan reka bentuk sesebuah bangunan yang ingin dibina. Begitu juga dalam pembinaan sesebuah bumbung bangunan, dimana pengiraan matematik diperlukan bagi membina model bumbung yang stabil dan menarik. Dalam pembinaan bumbung ini, Teori Pythagoras digunakan sebagai teori asas pembinaan. Seperti contoh, Bumbung Gable dibina dengan mengabungkan dua segi tiga tepat bersama. Beberapa terma khusus/istilah dapat membantu menerangkan hubungan segi tiga dalam pembinaan bumbung bangunan.

Istilah : Span rentangan dari hujung kehujung sesebuah muka bumbung. Memandangkan proses pembinaan melibatkan penggunaan beberapa lapisan kayu, rangka pembinaan selalunya telah ditetapkan secara terperinci berkaitan ukuran bagi memudahkan proses pengukuran dijalankan. Run merupakan separuh daripada Span. Kebisaanya berukuran 12 inci.

Tukang rumah biasanya tidak merujuk kepada sudut bumbung biasa iaitu 300 atau 600, tetapi sebaliknya lebih tertarik menggunakan Pitch bumbung itu sendiri. Pitch nisbah ukuran diantara menegak dan mendatar. Jika perancang ingin menggunakan 6/12 Pitch bumbung, maka arkitek pula akan memerlukan kecerunan bumbung tersebut ditambah 6 inci bagi setiap 12 inci untuk Run yang mendatar.

Formula :

Aplikasi matematik : Gable merupkan segitiga yang dibentuk oleh bumbung condong. Sesebuah bangunan boleh dibina menggunkan front-gable ataupun side-gable. Berikut adalah contoh model bumbung gable.

Apabila dua bumbung bertemu, satu kasau lembah (Valley Rafter) akan terbentuk.

Lembah ini terbentuk daripada dua bumbung biasa dan boleh dianggap sebagai pepenjuru dalam pepejal segi empat tepat.

Melihat dari sudut geometri, kita tahu bahawa segi tiga tepat adalah sama, dengan itu sisi satu segi tiga adalah berkadar sama dengan sisi yang lain. Apabila Pitch antara dua buah bumbung yang bersilang tidak sama, maka pengiraan kasau lembah (Valley Rafter) akan melibatkan beberapa bahagian.

Panjang =

Formula lain yang turut terlibat dalam pembinaan bumbung adalah : Tan = H = 0.5 L Tan

H = 0.5LP

Faktor kecerunan =

Contoh soalan : Cari panjang kasau lembah (Valley Rafter) berdasrkan ukuran yang telah diberi. L1 = 8 kaki, L2 = 10 kaki, Pitch1 = 1, Pitch2 = 0.8

Panjang kasau lembah (Valley Rafter) = a =

Gambar rajah seterusnya boleh digunakan untuk mencipta model bumbung dengan menggunakan kertas.

Anda mungkin juga menyukai