Anda di halaman 1dari 1

Kacip Fatimah

Nama
Tempatan :
Kacip Fatimah

Nama
Saintifik :
Labisia Pumila

Nama Lain
: Mata Pelanduk
hutan

Famili
: Myrsinaceae

Lokasi
dijumpai :
Malaysia,
Thailand,
Indochina

Pengenalan

Kacip fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia
biasanya tumbuh liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki
dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan
akar. Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang redup dengan
tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3
jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah, Labisia pumila var. Alata, L.
Pumila var. Pumila dan L. Pumila var. Lanceolata. Daunnya berwarna hijau dan
mempunyai buah bertangkai warna merah di bahagian pangkal batangnya.

Kegunaan:

Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat


mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat
membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah juga
dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan
perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut
ketika haid. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan
merebusnya ( satu pokok termasuk daunnnya ) kedalam seperiuk air (seeloknya
periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat
penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah
dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi
(rheumatism), Gonorrhea.

Anda mungkin juga menyukai