Anda di halaman 1dari 28

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Mata pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

:3

Bilangan Murid : 7 orang

Tema

: Pencemaran Alam Sekitar

Tajuk

: Pencemaran Udara

Tarikh

: 5 April 2011

Masa

: 60 minit

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat;

i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan.

ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara yang berlaku dengan betul .

iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan menggunakan sekurang-kurangnya 5 ayat majmuk dengan betul.

Hasil Pembelajaran:

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.

Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.

Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.

Sistem Bahasa

: Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi.

Ilmu

: Bahasa Melayu, Alam sekitar

Nilai

: Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai gejala pencemaran alam sekitar dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.

Bahan Bantu Mengajar

: Power point, klip lagu,klip video,buku latihan dan alat tulis.

Masa/ Langkah

Isi Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayati KB : menghubungkait, Inferens Catatan

Murid ditayangkan Set Induksi (5 minit) power point yang berkaitan dengan jenis-jenis pencemaran.

lagu yang dipasang. ii)murid diminta untuk membezakan jenis-jenis pencemaran dan menyatakan pengalaman mereka sendiri. iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu. BBM : power point Klip lagu Cintai Alam Kita BCB: menonton dengan aktif

i)murid dikehendaki untuk mengetik salah satu pautan yang disediakan. ii)murid diminta membaca petikan itu Guru memberi Langkah 1 (15 minit) teks cerita yang berkaitan dengan Pencemaran Udara melalui power point. secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya yang betul. iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.

KB : membuat inferens

BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul. ii) mendengar dengan aktif.

BBM : teks cerita, powerpoint

KB : i)murid dibahagikan kepada beberapa Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara Langkah 2 (15 minit) murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point. kumpulan. ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)murid dikehendaki membentangkan isi-isi penting mengenai pencemaran udara dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. iv)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka dan meminta mereka membuat ayat di hadapan kelas. Nilai : kerjasama, hormat menghormati KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. menghubungkaitkan, menjana idea

BBM : power point

Guru memberi latihan kepada murid-murid. Aktiviti Pengayaan: Menulis karangan Langkah 3 (20 minit) pendek berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan

i)guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut.

KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens.

BCB : mengumpul, ii)guru memberi latihan kepada murid memproses, iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan pencemaran udara dengan mengambil isi-isi penting daripada petikan. mencatat dan melaporkan maklumat.

iii)guru membimbing kumpulan 5

petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong.

murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan latihan yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong.

KP : Intrapersonal interpersonal, visual, verbal-linguistik.

Nilai : bekerjasama, menghargai,.

BBM : kertas latihan

Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan Penutup (5 minit) menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari. Guru juga menayakan nilainilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka. ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. iii)Guru memainkan lagu cintai alam kita untuk renungan murid-murid.

KB : menghubungkaitkan, menjana idea

BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat.

KP : verbal linguistik,visual,

Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama

intrapersonal, interpersonal

Nilai : Cintai alam

BBM : klip video Cintai Alam Kita

Penilaian:

1) Pencapaian objektif i dapat dinilai berdasarkan aktiviti dalam set induksi. 2) Pencapaian objektif ii dapat dinilai berdasarkan pembentangan hasil dalam kumpulan seperti dalam langkah dua. 3) Pencapaian objektif iii dapat dinilai melalui pemerhatian yang dijalankan dalam langkah dua, tiga empat dan lima.

Pengenalan

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah menjadi semakin popular kerana keberkesanannya dalam mempertingkatkan pembelajaran murid-murid di dalam bilik darjah. Penggunaan teknologi ini bukan lagi sesuatu yang asing di dalam kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah berikutan peredaran masa dan zaman teknologi yang serba canggih. Menurut Olcey J.R (1978), para pelajar hilang minat terhadap pembelajaran disebabkan oleh bahan pengajaran yang disediakan tidak menepati objektif pengajaran, organisasi isi kandungan yang tidakbersesuaian, persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan statik.Antara jalan penyelesaian terbaik ialah melalui Penggunaan teknologi dalam pengajaran. Menurut Weinraub (1998), beliau mendapati bahawa pemahaman pembelajaran pelajar menggunakan perisian berunsurkan multimedia adalah lebih tinggi dan baik berbanding dengan pembelajaran menggunakan cara tradisional. Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Menurut Dick dan Reiser (1989), Rekabentuk Pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.Richey (1986) pula medefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran.Keseluruhannya model Rekabentuk Pengajaran mengandungi enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu untuk

menentukan keperluan pelajar, menentukan matlamat dan objektif, membina prosedur penilaian,mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian,mencuba sistem pengajaran dan menilai keseluruhan sistem. Di antara model-model yang sering diperkatakan berkenaan dengan keberkesanannya di dalam mempertingkatkan tahap kefahaman dan pembelajran murid-murid ialah model ASSURE. Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada proses Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan ditujukan khas kepada setiap pengajar.Di dalam model ASSURE terdapat enam langkah untuk mepertingkatkan kefahaman dan tahap penguasaan murid-murid iaitu y AAnalisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat

umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan. y SMenyatakan Objektif (State Objective) : Pernyataan objektif prestasi dalam

merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran. y SMemilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials) :

Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran. y UMenggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): Guru harus

terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. y RMemerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): Media

pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan.

E-

Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu dibuat secara

berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

Analisis Pelajar (Analyze Learners)

Kita kupas terlebih dahulu berkenaan dengan langkah yang pertama iaitu Analisis Pelajar. Sebelum anda sebagai seorang guru memulakan sesuatu pengajaran, Kita haruslah mengenali kumpulan sasaran kita terlebih dahulu yang semestinya adalah murid-murid kita. Seorag guru haruslah membuat sedikit kaji selidik berkenaan beberapa aspek murid-murid yang diajarnya seperti karakterisitik umum mereka yang merujuk kepada umur,kumpulan etnik, jantina, mental, emosil, fizikal dan taraf sosioekonomi mereka.Guru juga perlu melihat tahap kompetensi mereka seperti kemahiran-kemhairan yang telah dikuasai,pengetahuan am dan sikap mereka serta gaya pembelajaran yang berkaitan seperti verbal,logik,visual,muzik dan seni. Gardner menyatakan bahawa Tidak semua orang mempunyai kebolehan yang sama dan tidak semua orang belajar dengan cara yang sama. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, tenaga pengajar dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan.Setelah saya menjalankan kaji selidik berkenaan dengan aspek-aspek yang telah dinyatakan di atas tadi terhadap murid-murid saya,apa yang saya dapat lihat ialah kelas Tahun 3 ini terdiri daripada 7 orang pelajar berumur 9 tahun,berbangsa Melayu yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lemah dan sederhana. Terdapat 3 orang perempuan dan 4 orang lelaki yang belajar di dalam kelas ini.Rata-rata ibu bapa mereka bekerja sendiri sebagai sama ada pekebun atau penyawit.Majoriti daripada mereka datang ke sekolah dengan berjalan kaki atau menaiki basikal. Sikap pelajar yang tidak bersungguh-sungguh dan tidak komited terhadap pelajaran juga telah berjaya dikenal pasti. Seorang pelajar juga merupakan pelajar perempuan kerap tidak hadir ke sekolah walaupun rumahnya sangat hampir dengan sekolah. 4 orang pelajar,2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan telah berjaya saya kesan mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat keputusan cemerlang sekiranya berusaha dan menumpukan perhatian.

10

Bagi tajuk pencemaran udara yang akan diajar, murid mesti dapat menguasai kemahiran membaca kuat,memberi idea dan menulis dengan baik. Dalam hal ini, selain dari pembelajaran secara formal murid-murid dalam kelas kurang pengetahuan mengenai pencemaran ini kerana latar belakang mereka yang berasal dari luar Bandar.Dalam analisis pelajar ini juga, guru dapat mengenal pasti stail pembelajaran murid sama ada dari kategori murid visual, auditori atau kinestetik. Penggunaan lagu Cintai alam sekitar dalam Set Induksi dapat menarik perhatian murid terutamanya murid auditori untuk mengikuti pembelajaran. Penggunaan perisian pembelajaran yang mengandungi animasi, grafik dan video memberi satu keseronokan kepada murid visual yang perlu melihat apa yang sedang dipelajari untuk memahaminya.

Pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran murid yang telah dikenal pasti amat membantu guru dalam menyediakan media dan kaedah pengajaran yang sesuai disamping menjangka hasil pembelajaran yang diharapkan seterusnya memudahkan murid memahami pengajaran guru.

Menyatakan Objektif (State Objective)

Menyatakan objektif merupakan suatu penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan oleh murid setelah mengikuti sesuatu pengajaran dan latihan yang diberikan. Harus diingatkan bahawa objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat murid untuk belajar, Cuma ia merupakan tahap minimum tentang apakah sepatutnya dipelajari oleh murid daripada pengajaran yang disampaikan. Selain itu, ia juga harus dinyatakan sebelum memulakan pengajaran supaya pengguna tahu apa yang harus dicapai setelah pembelajaran berakhir. Objektif pembelajaran harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Apabila kita telah mengetahui murid-murid kita dengan baik,Penulisan objektif sudah boleh dimulakan.Langkah penulisan ABCD akan digunakan,Audience iaitu kumpulan sasaran sudah tentunya murid kita,Behavior iaitu perlakuan yang menghuraikan kebolehan baru yang akan diperolehi oleh kumpulan sasaran selepas pengajaran.Conditions iaitu syarat persembahan yang perlu di beri perhatian oleh 11

murid-murid dan Degree iaitu tahap piawaian persembahan yang boleh diterima dan yang akan dinilai selepas pengajaran dan pembelajaran.Pernyataan objektif ini penting bagi guru dalam merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan langkah dan bahan pengajaran yang ingin digunakan bagi menjangka dan mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh murid selepas mengikuti pelajaran. Selain dari itu, ia juga dapat menentukan aktiviti dan tugasan yang sesuai untuk murid serta memudahkan guru menilai pencapaian murid melalui aktiviti susulan.Dalam menentukan objektif, guru seharusnya menyatakan dengan jelas dalam rancangannya. Objektif mestilah tepat dan selari dengan tajuk yang hendak disampaikan dan disusun mengikut kebolehan, minat, nilai, sikap dan kemampuan murid dengan dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah dan yang penting harus berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.

Objektif Matapelajaran

Dalam Rancangan Pengajaran yang dibina, objektif difokuskan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru dipelajari oleh murid daripada pengajaran yang dijalankan. Pengetahuan bermaksud mengingat kembali perkara-perkara khusus, kaedah inkuiri dan pencetusan idea. Pengetahuan mengenai perkara-perkara am seperti pencemaran udara Aspek pengetahuan juga ada kaitannya dengan cara mengkritik, mempertimbangkan , mengkaji dan mengolah. Melalui objektif yang terdapat dalam rancangan pengajaran yang dirancangkan di atas Berdasarkan topik Pencemaran Udara bagi Bahasa Melayu Tahun 3 yang telah menjadi pilihan saya,di akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid Tahun 3 akan dapat menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan,mereka juga dapat membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara dengan betul.Mereka juga dapat menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan menggunakan sekurang-kurangnya 5 ayat majmuk dengan betul.

Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials) Media dan sumber pengajaran adalah merujuk kepada bahan pengajaran seperti alat bantu mengajar dalam suatu pengajaran, bahan rujukan seperti sukatan pelajaran dan juga bahan 12

pembelajaran seperti buku teks termasuk buku-buku kerja yang berkaitan. Bahan-bahan ini perlulah digunakan sesuai dengan objektif dan tajuk bagi menarik minat murid untuk belajar dan menguasai pelajaran dengan sepenuhnya dalam sesuatu masa. Guru haruslah kreatif untuk mencipta atau memilih alat-alat dan bahan pengajaran dan menyampaikannya dengan kaedah yang difikirkan sesuai dengan tajuk yang hendak diajar. Penggunaan alat mengajar yang lama atau telah lapuk dan tidak mempunyai fungsi yang nyata ditambah dengan kaedah penyampaian yang primitif akan menjemukan murid. Jelas di sini bahawa kaedah, media dan pemilihan bahan yang sesuai dapat mempengaruhi suatu pengajaran berdasarkan kreteria yang perlu difikirkan.

Mengandungi unsur-unsur menghiburkan. Bahan yang dibina atau dipilih perlulah menimbulkan suasana yang menyeronokkan dan mengandungi unsur-unsur yang menghiburkan seperti klip lagu Cintai alam sekitar dalam Set Induksi. Murid-murid yang berada di dalam alam kanak-kanak cenderung kepada hiburan dan ini akan memudahkan guru menarik minat mereka mengikuti pelajaran. Menurut Hargie dan rakan-rakan (1981) Set Induksi adalah suatu proses untuk mendapatkan perhatian atau penggerak daripada murid supaya bersedia untuk belajar. Ia juga merupakan satu set untuk membina aliran fikiran. Menggunakan pendekatan kaedah kelas dengan nyanyian sebagai medium pengajaran secara tidak langsung murid memperolehi gambaran awal mengenai pencemaran udara. Proses membuka minda murid ini disusuli dengan teknik soal jawab untuk menguji kesediaan murid untuk mengikuti pelajaran yang akan disampaikan.

Menarik minat dan mencetuskan motivasi. Selain mengandungi unsur-unsur yang menghiburkan, bahan tersebut perlulah menarik minat dan dapat mencetuskan motivasi murid di mana ia memudahkan mereka menjalankan kegiatan yang berbentuk kajian, menyelesaikan masalah, dan membuat kesimpulan dari apa yang dilihat. Melalui kaedah kelas penggunaan perisian pembelajaran Pencemaran Udara yang menggunakan PowerPoint menunjukkan perkaitan antara manusia dan alam sekitar serta akibat dalam langkah pengajaran pertama.Kaedah kelas digunakan dalam langkah ini kerana ia menjimatkan masa guru untuk menerangkan konsep yang baru dipelajari. Menurut Mat Nor Hussein (1988) penerangan kepada suatu perkara yang baru untuk satu masalah yang serupa adalah membuang masa dan tenaga jika dilaksanakan secara berkumpulan. 13

Dapat menghubungkait antara perkara yang konkrit dan abstrak. Penggunaan PowerPoint interaktif yang terdapat dalam perisian pembelajaran seperti dalam langkah dua juga dapat memberikan gambaran kepada murid dengan lebih jelas lagi. Selain penggunaan perisian pembelajaran guru juga boleh menggunakan simbol-simbol dan grafik yang sesuai untuk membina pemahaman murid menguasai isi pelajaran. Dalam langkah pengajaran ke tiga guru telah menggunakan simbol untuk murid-murid mencuba untuk membina ayat berdasarkan perkataan yang disediakan.

Memperkaya perbendaharaan kata dan maklumat. Selain daripada memperkaya perbendaharaan kata dengan menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami ia juga membekalkan maklumat-maklumat terkini supaya menjadikan proses pengajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan. Pengenalan perkataan-perkataan dan tatabahasa baru bagi memudahkan proses pembinaan ayat murid-murid berkenaan dengan tajuk Pencemaran Udara ini.

Mempunyai teknikal kualiti yang baik Bahan yang digunakan seharusnya perlu mempunyai teknikal kualiti yang baik pada gambar dan suara. Kualiti gambar adalah jelas atau tidak kabur dan menggunakan warna yang menarik sesuai dengan tahap murid yang berada pada Tahun 3. Suara dan bunyi juga mesti terang dan nyata sebutannya supaya tidak menjejaskan tumpuan murid untuk meneruskan pelajarannya. Selain daripada kriteria di atas, pemilihan media pengajaran mestilah berdasarkan pada umur dan tahap pelajar. Bagi pengajaran Bahasa Melayu tahun 3 dalam tajuk Pencemaran Udara ini,murid-murid terdiri daripada kanak-kanak yang memerlukan lebih panduan dalam mengendalikan pelbagai jenis media. Justeru itu, setiap media pengajaran yang dipilih di dalam pengajaran ini seperti cakera padat, komputer, LCD dan sebagainya perlu mempunyai buku panduan bagaimana cara mengendalikannya.

14

Strategi penyampaian isi pelajaran yang digunakan dalam rancangan ini adalah berpusatkan bahan,dan berpusatkan murid. Strategi ini dipilih kerana ia sesuai untuk pengajaran sesuatu konsep asas iaitu pencemaran dan ia dapat menerangkannya dengan jelas dan mudah difahami oleh murid-murid. Strategi pemusatan bahan pelajaran ialah pemilihan dan penggunaaan bahan pelajaran yang menarik dan sistematik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi kesan kepada hasil dan objektif yang disasarkan oleh guru. Bahan-bahan pelajaran boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor dan powerpoint. Strategi pemusatan murid berfungsi dengan cara setiap murid akan lebih memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Melalui strategi ini, murid-murid digalakkan dan berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, tugas guru hanya merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan mahupun secara individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan adalah lebih kepada aktiviti pembelajaran murid.Kaedah-kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran. Contohnya antara kaedah yang paling sesuai adalah kaedah sumbangsaran. Kaedah ini berbentuk dua hala dan melibatkan interaksi di antara guru dan murid.

Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials)

Apabila pemilihan bahan yang akan digunakan dalam langkah pengajaran telah dilaksanakan, guru perlu merancang bagaimana bahan yang dipilih tersebut dapat digunakan secara optimum untuk mencapai objektif pengajaran. Bagi memastikan bahan tersebut digunakan secara optimum beberapa langkah perlu diambil oleh guru baik sebelum atau semasa pengajaran sedang berlangsung.

15

Sebelum penggunaan bahan yang dipilih atau dibina, guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. Bahan-bahan tersebut perlu dikendalikan dengan baik oleh guru pada setiap tahap penyampaian isi pelajaran kerana ia akan memberi kesan yang positif atau sebaliknya kepada pembelajaran. Guru mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media pengajaran. Sebagai contoh, penggunaan komputer, LCD, OHP, papan layar, klip video tumbuhan dan haiwan mesti dikendali dengan baik supaya pelajar dapat memahami konsep sehingga boleh membentuk beberapa contoh rantai makanan. Perkara ini perlu dilaksanakan terutamanya jika bahan yang dipilih melibatkan dengan teknologiteknologi terkini yang memerlukan latihan untuk mengendalikannya. Selain dari itu, keperluan bilik yang akan digunakan juga perlu diambil perhatian seperti keamatan cahaya, punca kuasa dan sebagainya.

Di dalam pengajaran dan pembelajaran topik Pencemaran Udara bahasa Melayu Tahun 3 ini,saya menggunakan 4 jenis media iaitu PowerPoint,klip bunyi,klip video dan lembaran kerja.PowerPoint adalah tampilan program Microsoft Office yang telah dirancang untuk menyampaikan suatu bentuk informasi atau data yang biasanya disebut sebagai

persembahan.PowerPoint kebiasaannya digunakan sebagai ejen promosi dan untuk menerangkan sesuatu dengan lebih jelas dan berkesan.Ini telah diperakui bahawa pembelajaran yang berbantukan komputer seperti ini menambah minat murid untuk meneroka isi pelajaran yang akan disampaikan.Kajian ilmiah yang dijalankan oleh Kulik (1983, 1984, 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dengan erti kata lain penggunaan perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran.

Guru akan menggunakan PowerPoint hampir di setiap langkah kecuali penutup.Di set induksi guru akan menggunakan PowerPoint dan klip lagu ini untuk menarik perhatian murid untuk mengikuti proses pengajaran pada hari ini dengan gambar-gambar pencemaran dan murid diminta untuk membezakan jenis-jenis pencemaran dan menyatakan pengalaman mereka sendiri..Di langkah 1,murid-murid akan diberikan pemahaman menggunakan nota-nota ringkas 16

berkenaan pencemaran udara dengan murid dikehendaki untuk mengetik salah satu pautan yang disediakan.Kemudian guru akan menggunakan PowerPoint untuk membuat soal jawab secara interaktif untuk menguji pemahaman murid-murid dengan murid dikehendaki membentangkan isi-isi penting mengenai pencemaran udara dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. Guru akan memberikan lembaran kerja di Langkah 3 bagi membolehkan murid-murid mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari pada hari ini iaitu guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan pencemaran udara dengan mengambil isi-isi penting daripada petikan.Sebaiknya, lembaran kerja yang diedarkan mestilah disiapkan oleh murid pada hari berkenaan juga. Hal ini bagi mengelakkan murid daripada membawa balik lembaran kerja ke rumah kerana dikhuatiri bukan murid yang akan menyiapkan latihan berkenaan.Di akhir pengajaran dan pembelajaran,guru akan menayangkan satu klip lagu Cintai alam sekitar bagi memupuk nilai-nilai murni dan sebagai renungan mereka.

Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation)

Menurut Wan Abdul Kadir (2005) bagi memastikan proses pembelajaran berlaku, murid perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan menggunakan berbagai teknik pengajaran.

Kaedah perbincangan boleh digunakan untuk melibatkan murid dalam proses pengajaran seperti dalam set induksi seterusnya sehingga langkah pertama dan kedua. Dalam langkah ini murid berbincang dengan guru dan rakan sekelas mengenai pencemaran udara di dalam kumpulan dan mengeluarkan isi-isi penting yang terdapat di dalam teks yang telah disediakan.Dalam kaedah ini perancangan adalah perlu untuk memastikan perbincangan dibawa kepada halatuju yang dikehendaki. Guru yang berkesan adalah guru yang mengetahui bagaimana menyesuaikan bahan yang digunakan dengan objektif pengajaran seterusnya dengan perbincangan yang sedang berjalan. Dalam set induksi misalnya, selepas murid mendengar lagu

17

Cintai alam sekitar mereka diajak berbincang dengan dorongan guru untuk menyatakan hidupan yang terlibat melalui soalan-soalan yang diajukan kepada mereka.

Selain dari kaedah perbincangan, penglibatan murid dalam pembelajaran melalui media yang digunakan juga boleh dibuat melalui sumbangsaran. Sumbangsaran merupakan satu cara yang berkesan untuk mendapatkan banyak idea daripada murid dan kemudian menentukan idea yang paling sesuai untuk digunakan dalam menyelesaikan suatu masalah ( Wan Abdul Kadir, 2005). Kaedah ini dapat dilihat melalui langkah pengajaran yang kedua di mana murid samasama berbincang dan membina ayat seterusnya membentangkan hasil perbincangan mereka. Dalam sesi ini tidak sesiapa dibenarkan mengkritik atau mentertawakan idea yang diberikan oleh rakan mereka. Ia adalah untuk menggalakkan penglibatan murid dalam memberi idea.

Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise)

Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai. Kita dapat mengetahui pencapaian dan aras kefahaman murid melalui tindak balas dan perlakuan yang baik, iaitu hasil daaripada aktiviti termasuklah latihan bertulis atau soalan lisan. Di samping itu, kebolehan murid mengaplikasikan segala konsep yang baru dipelajari menandakan juga mereka dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Dalam rancangan pelajaran di atas, murid dikehendaki menulis 5 ayat majmuk dan membuat satu karangan gejala pencemaran dengan bimbingan guru. Melalui penelitian guru terhadap keupayaan murid membuat latihan dan perbincangan, guru dapat menilai pencapaian murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang terkandung dalam objektif pengajaran. Dengan itu, guru juga dapat menilai keberkesanan kaedah, media dan bahan yang digunakan dalam pengajaran seterusnya merancang strategi pengajaran yang akan datang.Bagi mendapatkan ketelusan dalam keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran,guru juga boleh membuat pra ujian dan soal selidik.Sebelum sesi pembelajaran dijalankan murid-murid yang terlibat dalam rancangan pengajaran ini diberikan 18

ujian pra. Selepas itu guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah yang menggunakan Model ASSURE seperti yagn telah diterangkan di atas dengan murid-murid tersebut selama satu jam dalam satu masa persekolahan. Pengajaran menerusi kaedah ini telah dilakukan sebanyak sekali dan sekali sesi perbincangan.Prosedur penilaian tahap pemahaman murid bagi kaedah ini adalah seperti berikut :i. Ujian Pra (Untuk mengesan pencapaian awal murid) Dijalankan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di kelas.Murid yang telah dipilih diberikan ujian pra untuk menilai tahap penguasaan mereka sebelum diajar dengan menggunakan model ASSURE. Soalan ujian merangkumi tajuk berkaitan topik pencemaran udara. Soalan ujian pra dan ujian pasca terdiri dari 10 soalan di mana ia terdiri dari soalan berbentuk objektif. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini adalah 15 minit. Dalam bahagian ini soalan ujian digunakan untuk menguji pengetahuan dan kefahaman murid-murid yang direka mengikut kajian dan kesesuaian tahap murid-murid.Guru menganalisa markah ujian pra untuk menilai tahap penguasaan mereka sebelum diajar dengan Model ASSURE. (Rujuk Lampiran).

ii.

Pengajaran menggunakan Kaedah PBK Model ASSURE Guru membahagikan pelajar kepada lima kumpulan, bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ini dijalankan di dalam kelas. Langkah-langkah yang dijalankan dalam proses pengajaran adalah seperti berikut:

a. Setiap murid dibahagikan ke dalam kumpulan tertentu. Setiap kumpulan terdiri daripada murid-murid yang berbeza keupayaan.

b. Guru menerangkan peranan setiap ahli kumpulan. Pengajaran dan pembelajaran serta kaedah untuk mencapai objektif pengajaran dijalankan.

c. Murid-murid diberikan penerangan terlebih dahulu tentang tujuan serta hasil pembelajaran sebelum diminta oleh guru untuk memberikan pendapat mengikut 19

kreativiti masing-masing berdasarkan objektif pengajaran dan isi pembelajaran pada hari tersebut.

d. Dalam masa yang sama guru bertindak sebagai fasilitator untuk memantau dan membimbing murid-murid serta membetulkan kesalahan murid-murid di dalam perbincangan yang dibuat dan memberikan cadangan bentuk karangan dan isi penting yang betul menggunakan PowerPoint.

e. Di akhir pembelajaran guru meminta murid-murid membuat kesimpulan berdasarkan hasil perbincangan dan menulis karangan ringkas mengenai Gejala Pencemaran.

f. Guru seterusnya menyemak hasil kerja murid-murid.

g. Kejayaan murid menyiapkan isi-isi penting dan karangan yang lengkap diberikan ganjaran.

iii.

Ujian Pengesanan Akhir(Pasca) (Untuk mengesan pencapaian murid). Setelah murid-murid didedahkan dengan kaedah ini untuk tempoh masa yang telah ditetapkan, guru menggunakan ujian pengesanan akhir bagi menguji keberkesanan kaedah ini kepada murid-murid yang dipilih.Keputusan ujian pra dan pasca dijadualkan untuk dibuat perbandingan.

Setelah semua perkara telah dinilai dan diambil kira,sebagai seorang guru saya akan memberikan borang soal selidik(rujuk lampiran) kepada murid-murid yang terlibat bagai menilai semula pengajaran saya dari aspek-aspek persembahan,kaedah,media dan bahan serta tahap penglibatan mereka.Kaedah ini dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.Murid-murid diberikan satu borang soal selidik dan respon mereka dikumpulkan

20

untuk dianalisa.Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat tentang persepsi muridmurid terhadap kaedah pembelajaran Model ASSURE yang telah mereka lalui.

Kesimpulan

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat mencapai kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuh minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian, Model Reka Bentuk Instruksional ASSURE boleh digunakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan disamping mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik.

Dalam Model Reka Bentuk ASSURE ini, Analisis Pelajar sangat perlu jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran mereka sama ada dari kalangan pelajar auditori, visual atau kinestatik. Objektif pengajaran pula perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari dan ia merupakan tahap minimum yang perlu dicapai oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Selain dari itu, kaedah pengajaran yang digunakan haruslah sesuai dan dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pengajaran dan kumpulan sasaran atau pelajar kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza sama ada secara kelas, berkumpulan atau individu. Pemilihan media pula harus bersesuaian dengan kaedah yang dipilih dan keperluan penggunaanya dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media sedia ada, mengubah suai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Selain dari itu, pelajar juga harus dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, kuiz dan projek bagi memastikan proses pembelajaran berlaku. Bagi melihat keberkesanan rancangan pengajaran 21

yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran yang melibatkan aspek pencapaian pelajar dan pembelajaran yang dihasilkan seterusnya keberkesanan media dan kaedah pengajaran yang digunakan.

Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

22

Prestasi Murid-murid Tahun 3 di dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Prestasi pencapaian responden bagi ujian pra dan ujian pasca dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual di bawah. Skor Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 Jantina (Ujian Pra) P P P P P L L Prestasi Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca (Ujian Pasca) Skor Perbezaan

23

SOAL SELIDIK

Nama responden

____________________________________________

Tahun

_____________________

Jantina

_____________________

Kerjasama anda amat dihargai dalam menjawab setiap soalan ini. Sila tandakan ( / ) pada petak yang disediakan. Pemilihan jawapan berdasarkan kepada skala yang diberikan 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Tidak Pasti 4 Setuju 5 Sangat setuju

24

SKOP

PERNYATAAN

SKOR

Penggunaan Model ASSURE dalam tajuk Pencemaran Udara dapat : 1 2 3 4 5

1.Pembelajaran ini lebih menarik daripada Ingatan pembelajaran biasa

2. Memudahkan saya memahami topik ini. Kefahaman 3. Bahan yang digunakan adalah menarik. Penumpuan 4. Mengukuhkan kefahaman saya. 5. Membolehkan saya menjawab soalan dengan lebih baik. 6. Meningkatkan minat saya terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. 7. Merangsang semangat saya untuk menjadi lebih kreatif dan berinovasi.

25

Punca pencemaran

Kesan pencemaran udara

Cara mengatasi

26

RUJUKAN

Abd Wahab Ibrahim.(1994). PULSAR Modul 5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Azwan bin Abidin & Rozita bt Nawi.(2002)E-Learning:penerokaan media pembelajaran terkini. Atas talian.http:www.elearning.unimas.my/Articles /archives/000002.html. 30 Julai 2005. Ariff Mohammad (2005), Membangunkan Perisian Multimedia Berbantukan Komputer Bagi Tajuk Sumber Tenaga Penjana Elektrik Dalam Mata Pelajaran teknologi Kejuruteraan Tingkatan 4. UTM: Tesis Sarjana Muda.

Baharuddin Aris, Mohamad Bilai Ali. 2003. Sains Komputer Teknik dan Teknologi. Selangor: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Dick, Walter (1989). Planning Effective Instruction. New Jersey: Prentice Hall Inc. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir .2000. Pengenalan Kepada Multimedia. Kuala Lumpur : Venton Publishing.

Heinich, R., Molenda M., Russel J.D dan Smaldino, S.E. 2002. Instructional Media and Technologies for Learning. Edisi 7. New Jersey: Prentice Hall. Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). Pembangunan Perisian Multimedia: Satu Pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2005. Multimedia Konsep & Praktis. Selangor : Venton Publishing (M) Sdn Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). (1997). The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint, Kuala Lumpur. Ministry of Education. Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. (1983). Effect of computer based teaching on secondary students. Journal of educational Psychology, 75 (1): 19-26. 27

Rosenberg, M.J (2000). E-Learning. New York:McGraw Hill. Schramm, W.(1977). Big Media, Little Media, Beverelly Hills, CA: Sage Publication. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1992). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bab 12. Som Hj. Nor & Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfifkir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kuala Lumpur. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Wan Abd Kadir Wan Ahmad, Ramlah Hamzah, Rosini Abu (2005). Prinsip teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur. OUM Yusuf Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd. Zakaria Kasa & Aida Suraya Md. Yunus (2001). Modul Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Serdang. IDEAL

28

Anda mungkin juga menyukai