tiada berekor? Jawapan: Ular Dan Katak 8. Pergi umrah setiap tahun, Moga sentiasa murah rezeki Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi? Jawapan: Lemang 9. Bila kecil boleh ditiup, Sudah besar janganlah lagi, Kalau tercucuk ia meletup, Kalau terlepas terbangnya tinggi. Jawapan: Belon 10. Mulut manis hati nak baik, Itulah amalan turun temurun; Benda apa yang akan naik, Apabila saja hujan turun. Jawapan : Payung 11. Walau dibungkus bukan kiriman, Sudah takdir tuhan yang satu, Meski ditanam bukan tanaman, Cubalah teka apakah itu? Jawapan: Mayat 12. Hidup aman di dalam kota, Ada pemimpin bernama raja; Buruh-buruh rajin bekerja, Askar bertugas setiap masa. Jawapan: Anai-anai/Semut
Kulitnya keras berduri pula, Bila dimakan enak sekali, Bila masak kuning warnanya, Raja buah gelaran diberi. Jawapan : A. Nangka B. Kelapa C. Durian
Isinya putih kulit berbulu, Merah dan kuning warna berseri, Hendak dimakan kulit dipulas, Enak rasanya manis sekali. Jawapan : A. Manggis B. Rambutan C. Tembikai
Rasanya manis bukan kepalang, Bila masak warnanya hitam, Dari luar boleh dibilang, Berapa banyak isi di dalam. Jawapan : A. Manggis B. Anggur C. Duku
Pokoknya tinggi daun melambai, Kekadang terbiar tidak berjaga, Airnya dijual di merata gerai, Mujarab sebagai penghilang dahaga. Jawapan : A. Cempedak B. Pisang C. Kelapa
Hijau dan kuning warna buahnya, Bentuk bersegi seperti bintang, Sedap diminum perahan airnya, Untuk dijamu tetamu yang datang. Jawapan : A. Oren B. Belimbing C. Mangga
Kecil bijinya bulat buahnya, Manis sekali tidak terperi, Merah dan kuning warna isinya. Jawapan : A. Tembikai B. Laici C. Pisang
Ditanam orang dimerata ceruk, Rupa dan bentuk berbagai jenis, Buah yang muda dibuat jeruk, Rasanya bercampur masam dan manis, Jawapan : A. Ciku B. Betik C. Mangga
Isinya lembut kuning memerah, Bijinya banyak hitam warnanya, Tak kira musim ia berbuah, Bulat membujur itulah bentuknya. Jawapan : A. Rambai B. Betik C. Pulasan
Buahnya bulat tapi menggerutu, Banyak dijual oleh penjaja, Keras-keras bukannya batu, Enak dikunyah begitu sahaja. Jawapan : A. Jambu batu B. Durian C. Manggis
Pokoknya rendah tidaklah tinggi, Daunnya panjang berduri pula, Ada mata tiada gigi, Buah apakah tunasnya dikepala. Jawapan : A. Limau B. Ciku C. Nanas
Segar dan enak kalau dikunyah, Tetapi awas terkena getahnya. Jawapan : A. Durian belanda B. Nangka C. Mangga
Batangnya lembut daunnya lebar, Sungguh mudah hendak ditebang, Di merata tempat sudah tersebar, Digoreng panas enak dihidang. Jawapan : A. Pisang B. Kelapa C. Rambutan
Kulit dan isi seakan nangka, Sekali cuba tentulah hendak, Buah apa cuba la teka, Digoreng panas rasanya enak. Jawapan : A. Rambutan B. Sukun C. Cempedak
Dari jauh tidaklah jelas, Sudah dekat jadi sebutan, Hendak dimakan kulit dipulas, Manis rasanya bukan rambutan. Jawapan : A. Tembikai B. Pulasan C. Ciku