Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA MELEWAR, JLN SIKAMAT, 70990 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN JUN 2011

LAPORAN AJK PERSIAPAN TEMPAT

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PELAJAR PPG PJ KOHORT 1 AMBILAN JUN 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

1.0 PENGENALAN Aktiviti Permainan Tradisional merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua pelajar pendidikan jasmani PPG PJ Ambilan Jun 2011. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran permainan tradisional ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua pelajar. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa permainan tradisional ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara pelajar pendidikan jasmani. Antara pengisian dalam permainan tradisional ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan, sambutan aktiviti permainan tradisional ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

2.0

MATLAMAT Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk para pelajar menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu

pengurusan sukan serta Pendidikan Jasmani. Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam silibus subjek PJM3112.

Disamping itu, program yang sebegini juga akan dapat menerapkan kemahirankemahiran dalam diri masing-masing.

3.0 OBJEKTIF 2.1 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar-pelajar IPGKRM. 2.2 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 2.3 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar IPGKRM sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. 2.4 Menyelami dan menghayati semangat dan suasana sebenar permainan tradisional pada zaman dahulu. 2.5 Memenuhi kehendak dan tuntutan sukatan pelajaran PJM 3112 semester 5.

4.0 TEMA Cadangan tema Karnival Permainan Tradisional ialah PRIDE AND JOY

5.0 PERINCIAN PROGRAM 5.1 Tajuk: Karnival Permainan Tradisional 5.2 Tarikh: 06 Oktober 2013 5.3 Masa: 2.00 petang hingga 5.00 petang. 5.4 Tempat: Padang IPG Kampus Raja Melewar

5.5 Anggaran Bil Peserta: 40 orang

6.0 PENYERTAAN Pelajar-pelajar Pendidikan Jasmani PPG Ambilan Jun 2011 sahaja.

7.0 JENIS PERTANDINGAN : PERMAINAN TRADISIONAL

PERMAINAN LAPANGAN Lompat Untai Getah Konda Kondi Galah Panjang Tuju Getah Para

PERMAINAN ANJUNG Congkak Batu Seremban

4 permainan

2 permainan

Laporan AJK Persiapan Tempat Persiapan Tempat : SAUDARA MOHD ZAKI BIN JANHARI/PJ1 SAUDARA SUNAN/PJ1 SAUDARA SUARDIHAZALI BIN ISMAIL/PJ1 SAUDARA MOHD NADLY BIN OSNI ANUAR/PJ2 SAUDARA MOHD IKHMAL HAFIZI BIN MOHD NORSUHAIMI BIN MOHD

HAIRUDIN/PJ2

1. Aktiviti Pengelolaan Permainan Tradisional 1.1. Persiapan Tempat

Sebelum Kami mengadakan perjumpaan untuk berbincang dan menyenaraikan tugas-tugas setiap unit. Ahli jawatankuasa kecil yang telah dibentuk diminta berkumpul di dalam kumpulan AJK masing-masing bagi menyenaraikan aktiviti permainan tradisional.

Antara cadangan persiapan yang perlu kami laksanakan ialah melakarkan pelan padang bagi acara yang akan dijalankan. Selain itu, kami berbincang menyusun atur kedudukan padang mengikut acara bagi memudahkan persiapan lain seperti khemah utama dan peralatan yang diperlukan sepanjang acara karnival. Kami juga membantu kumpulan penganjur membuat garisan dan penyediaan peralatan yang diperlukan.

Semasa Kami AJK Persiapan Tempat bertanggungjawab dalam memastikan kawasan permainan tradisional disusun dengan keadaan baik supaya tidak mengganggu

kelancaran aktiviti permainan tradisional tersebut. Kami menasihatkan setiap ahli kumpulan yang telah selesai membuat amali supaya mengemas kawasan atau sudut yang telah mereka gunakan tadi. Semasa aktiviti permainan tradisional berlangsung, Keadaan berjalan lancar dan sempurna setelah persiapan rapi dilakukan. Pada hari tersebut juga keadaan cuaca yang sangat panas dan kering membantu kelancaran karnival ini. ` Selepas Selepas acara penutupan majlis, AJK Persiapan Tempat telah memastikan semua peralatan telah dipulangkan dan padang bersih daripada sampah kerana padang tersebut akan digunakan oleh ramai guru pelatih lain. Peralatan seperti khemah serta alat permainan telah dipulangkan dan disusun kepada keadaan asal.

Kemudian setiausaha AJK Persiapan Tempat menulis laporan tentang perjalanan aktiviti permainan tradisional dari aspek keselamatan.

Kekuatan Persiapan tempat merupakan satu proses yang amat penting dalam memberi kelancaran dan kejayaan pengelolaan aktiviti permainan tradisional. Maka, setiap AJK Persiapan Tempat telah memberi 100 peratus komitmen yang baik supaya dapat menjayakan dan memastikan karnival berjalan dengan lancar.. Setiap AJK kami terdapat di setiap kumpulan permainan. Sekiranya berlaku apaapa kejadian yang kurang menyenangkan, wakil tersebut akan terus memaklumkan kepada Ketua AJK Persiapan Tempat untuk tindakan susulan. Sekiranya keadaan padang atau peralatan tidak menepati kehendak permainan, maka pengubahsuaian serta merta akan dilakukan bagi mengelakkan gangguan kepada kelancaran aktiviti karnival. Kelemahan Seperti yang sedia maklum, AJK Persiapan tidak mempunyai masa yang mencukupi akibat jarak atau kedudukan berkhidmat ahli terlibat. Ahli AJK terpaksa bergerak awal pada hari sebelum karnival bagi menyiapkan kawasan permainan yang diperlukan. Walau bagaimanapun semua kelemahan ini dapat diatasi dengan bantuan dari rakan

yang tinggal berhampiran dengan IPGKRM. Peti kecemasan kami juga tidak mempunyai kelengkapan ubat yang baik. Sebahagian ubat yang terdapat di dalam peti itu hanya mencukupi untuk mengubat bilangan pesakit yang terhad.

Cadangan Bagi meningkatkan keberkesanan AJK Persiapan Tempat, AJK ini harus melantik seorang ahli yang berhampiran dengan tempat karnival.. Perkara ini lebih efektif sekiranya dibandingkan dengan mengharapkan bantuan dari kalangan ahli yang berjauhan. Selain itu, khemah yang berasingan juga amat penting untuk memberi ruang kepada pesakit berehat tanpa gangguan daripada peserta-peserta lain. Khemah yang lengkap dengan kipas, air mineral dan kerusi rehat juga dapat menambahbaikkan aktiviti pengelolaan permainan tradisional. Penyediaan jadual bertugas juga boleh memastikan semua ahli bertugas dan berperanan sebagai orang penting sekiranya terdapat sesuatu masalah berlaku pada masa dia bertugas. Sebaik-baiknya AJK Persiapan Tempat perlu mengurangkan penglibatan mereka dalam permainan tradisional. Disediakanoleh :

(MOHD ZAKI BIN JANHARI) Ajk Keselamatan Karnival Permainan Tradisional 2013

Anda mungkin juga menyukai