Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah telefon bimbit.

Aku dilahirkan di sebuah kilang


yang bernama Nobiz. Aku sejenis alat perhubungan yang canggih.

Aku diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan aku bermutu


tinggi. Setelah diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak.
Kemudian, aku dihantar ke pelabuhan untuk dieksport.

Setelah beberapa hari, aku tiba di Tokyo dan aku dihantar ke


sebuah pasar raya. Selepas itu, aku dipamerkan di dalam sebuah
almari kaca. Aku gembira kerana ramai orang yang membelekbelek kami. Aku telefon tercanggih di dalam kedai itu.

Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang perempuan yang


cantik. Perempuan itu menjagaku dengan baik. Aku sangat
gembira kerana mendapat tuan baru.

Malang tidak berbau. Pada suatu malam, seorang pemuda


telah meragutku dari tuanku. Tuanku menjerit meminta tolong.
Dua orang polis berjaya memberkas peragut itu. Aku diserahkan
semula kepada tuanku.

Aku bersyukur kerana berjaya diselamatkan oleh polis itu.


Sejak dari itu, tuanku sangat sayang akan diriku.

Anda mungkin juga menyukai