Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN KETUA MURID SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK SALIKU 2012

UCAPAN KETUA MURID SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK SALIKU 2012 Selamat sejahtera dan salam perpaduan saya ucapkan kepada tuan Guru Besar Encik Aping bin Mantis, Penolong Kanan 1 Encik Alix Kunjin, Penolong Kanan HEM Encik James Baringin, Penolong Kanan Kokurikulum Encik Julius Mojikon, Yang Dipertua PIBG Encik Ambier bin Angusah, guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan sekalian. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya mewakili murid-murid SK Saliku untuk memberikan sepatah dua kata bersempena dengan sambutan Hari Guru yang diraikan pada pagi yang mulia ini. Bersyukur kepada Tuhan kerana pada tahun yang cemerlang ini, kita warga SK Saliku sekali lagi berpeluang untuk menyambut perayaan Hari Guru bersama-sama bagi meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang bertungkus-lumus untuk menjadikan sekolah kita sebagai antara sekolah yang terbaik di daerah Nabawan. Sebelum meneruskan ucapan saya, dengarkan pantun ini: A-B-C dan alif ba ta Satu dua tiga dan empat Selalu cikgu ajar kita Ditubi-tubi sampai dapat

Pantun tersebut menggambarkan kegigihan guru-guru mengajar kami yang serba kerkurangan di sini tanpa mengenal penat dan lelah. Gurulah yang mengenalkan kami huruf A-Z dan angka 1 hingga 100. Mengajar kami mengenal suku kata hinggalah dapat membaca dan mengajar kami operasi-operasi matematik hingga kami dapat mengira. Tanpa guru-guru mengajar kami, kami mungkin gagal dalam pelajaran, seterusnya dalam hidup yang penuh ranjau dan dugaan ini. Kami amat terharu akan jasa dan pengorbanan guru-guru. Komitmen guru-guru amat tinggi dalam memastikan kecemerlangan kami hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga dengan mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan pelbagai program untuk membimbing kami. Selain dalam bidang pelajaran, guru juga berperanan membentuk peribadi mulia di kalangan kami. Supaya apabila kami cemerlang dalam bidang pelajaran kami juga cemerlang dalam akhlak kami.

Cuba fikirkan sejenak, adakah selama ini kita berbuat sesuatu untuk guru-guru kita? Adakah kita sentiasa mendengar nasihat mereka? Oleh itu saya menyeru kepada rakan sekalian sentiasa menghargai guru dan mengenang jasa mereka yang ibarat ibu bapa kita di sekolah. Setidak-tidaknya jadilah manusia yang berguna kepada bangsa dan negara pada masa hadapan sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka. Akhir sekali, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran, saya berdoa agar SK Saliku terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai matlamat menjadi sekolah terbaik bukan sahaja di peringkat daerah, malahan di peringkat negeri. Semoga dengan keizinan Tuhan, guru-guru kita sentiasa diberkati, sihat dan sejahtera. Sebelum saya mengundur diri, terimalah sebuah pantun daripada saya.
Cikgu, Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu, cikgu. Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu, cikgu. Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu, cikgu. Terima kasih cikgu,

Lima enam tujuh lapan Rajin belajar cepat maju Bila dapat maju ke depan Terima kasih banyak, Cikgu!

Anda mungkin juga menyukai