Anda di halaman 1dari 3

CARA BERLAUK

BAHAN UNTUK INTI :-)

100 gram daging ayam, cincang halus

1/2 biji bawang besar, cincang halus

2 ulas bawang putih, cincang halus

2 hirisan halia, cincang halus

3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's)

1 camca besar sos tomato

1camca teh cili kisar

Garam dan gula secukup rasa

1/3 cawan air

1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2

Hirisan daun bawang secukupnya

BAHAN KUIH CARA :-)

75 gram tepung gandum

1 biji telur gred A

165 ml santan

2 camca besar mentega cair

Secubit garam

1 - 2 titik pewarna makanan kuning

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bawang besar,
bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tomato dan rempah kari, kacau rata
dan masak hingga rempah garing. Masuk daging ayam cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar
hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sebahagian cili
merah yang didadu dan juga sebahagian hirisan daun bawang. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan
api. Sejukkan..
UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk
hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat
pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.

UNTUK KUIH CARA BERLAUK :- Panaskan acuan kuih boulu bunga ceremai atas dapur gas, gunakan
api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan (mat guna daun pandan yang
dipotong pendek, ikat dan carik2kan bahagian hujungnya). Masukkan adunan kuih cara dalam bekas
bermuncung (guna jug plastik pun ok), tuang 3/4 penuh seperti dalam gambar.

Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga
sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang. Tutup permukaan acuan dengan tudung
periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan
baki bahan2. Hidangkan untuk minum petang...

CATATAN MAT GEBU :- Untuk resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 28 - 30 biji kuih cara berlauk,
bergantung pada saiz acuan anda guna. Selamat mencuba!! (^__^)

BAHAN UNTUK INTI

200 gm daging kisar

2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 sudu besar udang kering

Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong

Garam dan sedikit gula

BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:

2 cawan tepung gandum

3 1/2 cawan santan sederhana pekat

1 biji telur

Pewarna kuning

Sedikit garam

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI


Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar
hancur sedikit je.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dngn
sedikit air dan tumis hingga naik minyak.

Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.

Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.

Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.

UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG

Pukul telur + garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.

Kalau berketul2, terpaksalah di tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.

Saya gunakan blender je, lagi senang.

CARA MEMASAK KUIH

Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.

Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.

Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun
bwng.

Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan
bolehlah dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai