Anda di halaman 1dari 17

Teknik TeaTEKS: Meningkatkan Penguasaan Karya Teks Permata Sastera Melayu

Dalam Kalangan Pelajar Kesusasteraan Melayu Komunikatif Semester 1 SMK Raja


Muda Musa Kuala Kangsar, Perak.

Suriani binti Mohd Noor


Mohd Shahir bin Mohd Najib
Pusat Tingkatan Enam SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap peristiwa-
peristiwa penting yang terdapat dalam karya Permata Sastera Melayu melalui teknik
TeaTEKS. Teknik ini berorientasikan kaedah main peranan yang berpusatkan kepada murid
sepenuhnya. Selain itu, kajian ini juga diharap akan dapat menjadi petunjuk terhadap
pencapaian pelajar kerana murid akan bertindak lebih aktif sama ada secara individu
mahupun secara berkolaboratif semasa aktiviti persembahan berasaskan teks Permata
Sastera Melayu dipentaskan. Secara tidak langsung, teknik TeaTEKS dapat melahirkan
kualiti murid yang lebih berdaya saing melalui kemahiran nilai tambah dalam aspek
komunikasi, keyakinan diri, sikap berani dan lebih berketrampilan selari dengan hala tuju
pendidikan negara. Kajian tindakan ini dijalankan secara kuantitatif dan kualitatif dengan
sampel kajian terdiri daripada 34 orang pelajar. Pengajaran menggunakan kaedah telah
dijalankan selama tiga minggu iaitu pada bulan Ogos hingga September. Ujian pra
berasaskan ujian Pengesanan Penggal Satu yang telah dijalankan dalam bulan Ogos. Pada
minggu kedua, program intervensi dilaksanakan untuk melihat peningkatan prestasi murid
dengan menggunakan tenik TeaTEKS . Pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian
dan temubual untuk melihat sejauhmana keterujaan dan kesan perubahan terhadap tingkah
laku dan pencapaian murid. Analisis data dilakukan dengan menggunakan peratusan.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan penggunaan teknik TeaTEKS ini telah
meningkatkan prestasi penguasaan pelajar terhadap kandungan peristiwa penting dalam
teks Permata Sastera Melayu. Secara tidak langsung pengalaman baharu ini dapat
mengangkat semula satu kaedah konvensional untuk diadaptasikan menjadi satu kaedah
pembelajaran ekspres dan bersepadu. . Sejajar dengan pembelajaran abad ke- 21, teknik
TeaTEKS yang dijalankan menggabungjalinkan elemen ICT dengan merakamkan hasil
persembahan murid sebagai sumber rujukan untuk persediaan murid menghadapi
peperiksaan. Akhir sekali kaedah ini juga memperlihatkan kesungguhan serta
menampakkan keyakinan pelajar dalam penyampaian idea serta menunjukkan iltizam
mereka dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

Kata Kunci: Main peranan, berpusatkan murid, skrip ,watak dan perwatakan, video.

1
1.0 REFLEKSI AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Dalam Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunkatif Tingkatan Enam Semester 1,


murid-murid perlu menelaah dan mengkaji teks Permata Sastera Melayu . Rangkuman
kepelbagaian genre prosa dan puisi yang terdiri daripada 21 buah puisi dan 11 buah prosa
menjadi bahan koleksi kajian yang perlu dianalisis oleh mereka. Skop pembelajaran yang
agak banyak mempengaruhi gaya pembelajaran murid terhadap teks Permata Sastera
Melayu khususnya genre prosa tradisional. Kerencaman cerita dengan pelbagai watak dan
peristiwa yang berbeza menyulitkan murid untuk menguasai dan mengingati intipati cerita
yang ingin disampaikan.

Keadaan semakin meruncing dengan sikap murid yang kurang berminat untuk membaca
teks. Sikap sebegini jelas akan mengagalkan matlamat Sukatan Pelajaran Kesusasteraan
Melayu Komunikatif untuk mempertingkatkan pengetahuan murid tentang Kesusasteraan
Melayu Komunikatif melalui penghayatan karya,bina insan dan pembangunan kreativiti
berasaskan teks pilihan. Penguasaan terhadap teks menjadi indikator utama kepada murid
untuk mempersembahkan jawapan yang mantap. Mereka akan berhadapan dengan risiko
sekiranya gagal menyempurnakan huraian berpaksikan teks kajian terutamanya dalam
peperiksaan yang bakal menjelang nanti.

2.0 FOKUS KAJIAN

Permasalahan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirungkai
agar situasi sedemikian tidak akan menjadi barah yang akan merencatkan aspek
perkembangan kognitif murid. Diharapkan teknik TeaTEKS yang dikemukakan kepada murid
akan berhasil dan berjaya menunjukkan peningkatan mahupun perubahan dalan memahami
dan mengingati dengan lebih baik setiap cerita dalam teks. Secara tidak langsung
perubahan ini mampu menjana pemikiran murid dalam menjawab soalan peperiksaan
dengan lebih cemerlang

Oleh itu, Teknik TeaTEKS yang berpusatkan kepada murid diperkenalkan kepada murid
bagi memudahkan menghayati dan mengingati jalan cerita , watak-watak dan pelbagai
elemen lain yang membina sesebuah karya prosa. Pengajaran berpusatkan murid
adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif. Teknik TeaTEKS
mewujudkan pengalaman pembelajaran yang berkesan kerana penglibatan murid
sepenuhnya dalam menggerakkan plot sesebuah penceritaan yang terdapat dalam teks

2
Permata Sastera Melayu. Guru merumuskan bahawa tema/masalah kajian yang menjadi
fokus projek ini ialah “isu penguasaan pemahaman dan mengingat” dalam kalangan murid
kelas yang diajar oleh guru.

3.0 ANALISIS SWOT

3.1 Kekuatan

3.1.1 Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama 20 tahun mata

pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif

3.1.2 Komitmen dan sokongan padu daripada pihak pentadbir dalam

pelaksanaan kurikulum di sekolah amat memuaskan

3.1.3 Murid-murid mempunyai asas yang kukuh dalam sastera dapat

membantu memahami teks yang dibaca

3.2 KELEMAHAN

3.2.1 Murid tidak suka membaca teks kerana tidak berminat dengan bahan

yang diadun dan diolah dalam teks

3.2.2 Terdapat segelintir murid yang bekerja sambilan menyebabkan

mereka kesuntukan masa untuk membaca dan membuat persediaan.

3.3 PELUANG

3.3.1 Laman sesawang yang turut memuatkan bahan-bahan

kesusasteraan boleh membantu pelajar membuat rujukan.

3.3.2 Buku-buku rujukan Permata Sastera Melayu yang berada di pasaran

turut menjadi pilihan murid dalam mencari bahan

3.4 ANCAMAN

3.4.1 Penyalahgunaan alat peranti menyebabkan murid-murid lalai dan

tersasar daripada membaca teks.

3.4.2 Sukar menguasai teks kerana jumlah karya prosa moden dan prosa

tradisional yang terdapat dalam teks Permata Sastera Melayu agak

Banyak.

3
4.0 OBJEKTIF

4.1 Objektif Umum

Meningkatkan penguasaan murid terhadap teks Permata Sastera Melayu dengan lebih

berkesan

4.2 Objektif khusus

4.2.1 Mengenal pasti masalah murid dalam menguasai sesebuah cerita

4.1.2. Meningkatkan penguasaan murid dengan menggunakan Teknik TeaTEKS

5.0 KUMPULAN SASARAN

Responden dalam projek ini ialah terdiri 34 orang murid di Pusat Tingkatan Enam SMK Raja
Muda Musa, Kuala Kangsar yang mengambil Kesusasteraan Melayu Komunikatif.

6.0 PELAKSANAAN PROJEK

6.1 Tinjauan Masalah

Guru telah mengumpulkan beberapa data dan maklumat sebagai tinjauan awal masalah
melalui beberapa kaedah seperti berikut

Jadual 1 : Kaedah Mengumpul Maklumat

Kaedah
Langkah Mengumpul Tujuan
Maklumat
Langkah 1 Pemerhatian - Kaedah pemerhatian tidak berstruktur digunakan bagi
27 - 28 membantu guru meneliti dan menilai tingkah laku pelajar
Ogos 2018 dari segi sikap dan tahap pemahaman mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
- Guru perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan
murid dan cuba merapati mereka supaya wujud rasa
selesa untuk mereka berkongsi sesuatu dan menonjolkan
sikap sebenar
- Guru akan merekod semua refleksi dalam satu catatan

4
pemerhatian.
- Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku dan sikap,
membolehkan guru merumuskan permasalahan sebenar
dan dapat membuat perkaitan dengan permasalahan
yang berlaku dengan tepat
- Seterusnya, guru dapat menentukan teknik pengajaran
dan pembelajaran yang efektif dan sesuai
Langkah 2 Ujian Pra - Ujian Pra ini diadakan dalam bentuk bertulis.
30 Ogos - Terdapat 6 soalan berbentuk esei yang perlu dijawab
2018 dengan memperuntukkan markah penuh sebanyak 100.
- Ia bertujuan mengetahui tahap ingatan dan pemahaman
murid terhadap karya teks sastera yang dipelajari.
- Guru akan memperuntukkan masa selama 2 jam untuk
menjawab ujian pra.
- Guru akan merekod skor markah dalam satu Borang
Markah Ujian Pra.
- Secara tidak langsung, guru dapat mengetahui tahap
ingatan murid terhadap teks yang dibaca.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah

Jadual 2 : Analisis Tinjauan Masalah

Langkah Kaedah Dapatan


Mengumpul Masalah Dikenalpasti
Data
Langkah 1 Pemerhatian - Hasil pemerhatian, menunjukkan murid tidak faham dan
27 hingga mengingati tentang isi kandungan teks yang dibaca
28 Ogos - Mereka tidak dapat menamakan watak-watak, latar
2018 tempat dan peristiwa penting yang dipaparkan dalam
karya sastera
- Guru memerhatikan bahawa kebanyakan murid tidak
fokus terhadap teks yang dibaca
- Terdapat segelintir pelajar yang suka berbual-bual pada
waktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung
- Ada juga yang leka dengan telefon pintar dengan
melayani aplikasi-aplikasi sosial media.
Langkah 2 Ujian Pra - Hasil dan dapatan daripada Ujian Pra ini menunjukkan
30 Ogos

5
2018 bahawa murid tidak menguasai dan mengingati karya teks
sastera yang dibaca
- Markah yang tertinggi antara 61-72 seramai 11 orang,
pencapaian paling rendah antara 20-33 seramai 9 orang
dan 14 orang lagi berada pada tahap lulus
- Guru mendapati murid tidak dapat menjawab dengan
tepat soalan yang dikemukakan walaupun soalan yang
mengkehendaki contoh peristiwa yang tepat.

6.3 Tindakan Menangani Masalah

Tindakan dan aktiviti yang dirancang oleh pengkaji setelah menganalisis tinjauan masalah
ialah:
1. Mengagihkan murid berasaskan pencapaian
2. Memberi tugasan kepada kumpulan sasaran.
3. Sesi persembahan dengan menggunakan Teknik Teateks.
4. Melaksanakan Ujian Pasca.
5. Mendapatkan maklum balas keberkesanan melalui temu bual.

6.3.1 Langkah / Aktiviti Menjalankan Program Intervensi

Jadual 3: Langkah / Aktiviti Menjalankan Teknik Teateks

Langkah Tujuan
Langkah 1 Mengagihkan murid berasaskan pencapaian
5 - Guru mengagihkan murid berasaskan kepada pencapaian dalam Ujian
September Pra
2018 - Guru memaklumkan senarai murid yang perlu membuat tugasan Teknik
Teateks bagi mengatasi permasalahan yang timbul semasa menjawab
soalan
Langkah 2 Memberi tugasan kepada kumpulan sasaran
- Guru menentukan peranan atau watak-watak yang terdapat dalam teks
6
September kepada murid-murid bagi mengadaptasi Teknik TeaTEKS dalam teks
2018
yang dipilih
- Murid-murid tersebut diminta untuk membuat persediaan dengan
meneliti watak masing-masing dengan merujuk karya sastera .
- Guru telah menetapkan tarikh dan persembahan iaitu semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran

6
Langkah 3 Sesi persembahan dengan menggunakan Teknik Teateks
- Murid-murid yang terlibat dengan persembahan Teknik Teateks diminta
10
September untuk tampil ke depan bagi menjayakan karya pilihan iaitu Hikayat
2018
Pelanduk Jenaka
- Semua yang terlibat memberi komitmen yang padu bagi menyelesaikan
tugasan yang diberikan
- Persembahan dengan Teknik Teateks berjaya diselesaikan dalam 2
waktu pengajaran dan pembelajaran
Langkah 4 Melaksanakan Ujian Pasca
- Ujian Pasca dilaksanakan di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan
13
September pembelajaran dengan mengekalkan format dengan memilih dua soalan
2018
daripada ujian pra.
- Ujian diberikan kepada murid bagi menilai sejauh mana Teknik TeaTEKS
berkesan bagi menangani masalah yang berlaku dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
- Guru akan menyemak Ujian Pasca setelah murid selesai menjawab
Ujian Pasca
Langkah 5 Mendapatkan Maklum Balas (Temu bual)
- Guru akan menemubual murid-murid yang terlibat bagi mendapatkan
17
September maklum balas tentang penggunaan Teknik TeaTEKS berdasarkan karya
2018
sastera yang telah dilakonkan
- Murid-murid akan memberi pelbagai reaksi dan komentar berdasarkan
pengalaman mengadaptasikan Teknik TeaTEKS dalam karya sastera
yang telah ditetapkan.

6.4 Cara Pelaksanaan

6.4.1 Pelaksanaan Langkah


Tindakan awal yang dilakukan oleh guru ialah dengan mengasingkan murid . Murid yang
memperoleh pencapaian rendah diminta untuk bergabung untuk melaksanakan Teknik
CATATAN
TeaTEKS PEMERHATIAN
merujuk kepada karya sastera yang telah dipilih

Tarik : 5 September 2018(Rabu)


Tempat : Kelas 6SJ1 dan KMK1
Masa : 11.10 – 12:50 tengah hari

Peristiwa
Suasana dalam kelas kelihatan riuh-rendah apabila guru mengumumkan nama-nama
7 Teknik TeaTEKS Ada yang menunjukkan
murid yang perlu bekerjasama dalam Projek
rasa tidak puas hati kerana telah diletakkan dalam kumpulan sasaran. Ada juga yang
hanya mendiamkan diri apabila guru mengasingkan kumpulan murid tersebut.
Refleksi
Guru meredakan keadaan dengan menjelaskan rasional guru mengagihkan murid dalam
beberapa kumpulan. Peluang ini digunakan bagi membantu mereka untuk memahami dan
menguasai sesuatu pelajaran dengan lebih mudah. Murid yang terlibat memberi reaksi yang
positif dan melihat peluang ini dapat membaiki tahap pembelajaran mereka

6.4.2 Pelaksanaan Langkah 2


Peranan guru yang seterusnya ialah memberi tugasan kepada murid yang telah dikenal
pasti.Setiap orang mempunyai tugas atau mendukung watak-watak yang terdapat dalam
karya sastera. Mereka diberi kebebasan untuk melakonkan watak masing-masin mengikut
jalinan plot yang terdapat dalam karya sastera.

CATATAN PEMERHATIAN

Tarikh : 6 September 2018 (Khamis)


Masa : 12:40 tengah hari – 02:00 petang
Tempat : 6SJ1 dan KMK1

Peristiwa :
Murid kelihatan gembira dan ceria apabila mereka diberi tugasan dalam menjayakan
Teknik TeaTEKS. Setiap murid mula meneliti dialog masing-masing sebagai
persediaan awal untuk Teknik TeaTEKS.

Refleksi :

8
Guru memberi kebebasan kepada murid untuk memilih dan melakonkan watak-watak yang
terdapat dalam karya sastera. Fenomena ini dapat mengelakkan murid berasa tertekan
semasa membuat persediaan dalam menjayakan tugasan yang diberikan.

6.4.3 Pelaksanaan Langkah 3


Guru meminta murid yang ditugaskan untuk menggunakan Teknik TeaTEKS dalam karya
sastera membuat persembahan di hadapan kelas. Murid dibenarktan untuk merujuk teks
semasa melakonkan karya tersebut .

CATATAN PEMERHATIAN

Tarikh : 10 September 2018 (Isnin)


Tempat : Kelas 6SJ1 dan KMK1
Masa : 11:10 pagi – 12:30 tengah hari

Peristiwa :
Semua murid memberikan kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya
persembahan.Ada yang kelihatan malu-malu semasa cuba melakonkan watak masing-
masing. Kelas menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa apabila melihat gelagat
murid-murid yang pandai menghidupkan watak yang telah ditugaskan

Refleksi:
Teknik Teateks ini dapat meransang murid-murid dalam mengingati jalan cerita dalam karya.
Murid-murid lebih tertarik untuk melakonkan watak-watak berbanding dengan membaca
teks.Selain itu penglibatan murid sepenuhnya dalam karya sastera turut membantu murid
fokus terhadap persembahan yang dlakukan.
CATATAN PEMERHATIAN
6.4.4 Pelaksanaan Langkah 4
Tarikh : 13 September 2018 (Khamis)
Guru cuba menguji keberkesanan Teknik TeaTEKS dengan mengadakan Ujian Pasca, 34
Tempat : Kelas 6SJ1 dan KMK1
orang murid telah menduduki ujian tersebut pada 13 September .
Masa : 12:40 tengah hari –02.00 petang
Peristiwa :
Murid lebih berkeyakinan semasa menjawab Ujian Pasca.Majoriti dapat menjawab
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Guru berasa gembira menyaksikan
perkembangan yang positif dengan melaksanakan Teknik TeaTEKS dalam menguasai
teks sastera 9
Refleksi:
Guru mendapati berlaku peningkatan yang mendadak dalam markah yang dikumpul oleh
setiap murid setelah Teknik TeaTEKS diperkenalkan. Teknik ini dapat membantu murid
mengingat dengan lebih cepat dan mudah berbanding dengan membaca. Jelas
menunjukkan Teknik TeaTEKS merupakan strategi yang sesuai dalam mengatasi
permasalahan dalam pembelajaran teks sastera.

Jadual 4 : Rekod Pencapaian Murid Kelas 6SJ1 Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pasca

BIL NAMA UJIAN PRA


1 NUR KHALILA ALIFAH BINTI SULAIMAN 72 B+
2 NURUL AZIAN IZZATI BINTI MOHAMED KHADRI 71 B+
3 NUR HIDAYATI BINTI MAT TAHAR 71 B+
4 NURUL ZUEHASLYSA BINTI MOHD ISA 71 B+
5 NUR SUFI NAJWA BINTI JAMAL NASIR 68 B+
6 NUR HIDAYAH BINTI MOHD SABRI 67 B+
7 EIYANA SYAFAWANI BINTI AMRAN 67 B+
8 NUR ARYANI FITRI BINTI SHAMSU BAHRIN 65 B
9 MUHAMMAD FAQRUL IDZMEER BIN AZMI 64 B
10 AININ SYAHZANI ZUHAYRA BINTI ROSMAIDI 63 B
11 MUHAMMAD HANAFI AMIL BIN MOHD ZAKMAN 61 B
12 AMY NUR ZULAIKHA BINTI MUHAMAD MAHTHIR 59 B
13 ZURINI BINTI BAHARI 57 B
14 NURUL HIDAYAH BINTI HAMIRUZDIN 55 B
15 NOR ALIA NATASHA BINTI ABDULLAH 52 B-

10
16 NUR AINA MAISARA BINTI KHALID AFANDI 52 B-
17 NUR RASYIDAH BINTI ADNAN 51 B-
18 MARDIAH BINTI HASSANUDIN 47 C+
19 NURUL HANISAH BINTI AHMAD KUSHAIRI 47 C+
20 NUR DALILA FARHANA BINTI RAZALI 47 C+
21 NURAQILAH BINTI SHAHIBUL FADZILAH 44 C+
22 NUR AIN BINTI AMRAN 44 C+
23 SITI NURAIDA ARIFAH BINTI MD AZMI 41 C+
24 NUR AFIFAH BINTI AHMAD FOZI 40 C
25 NIK MUHAMAD SYAKIRIN B NIK ZAINAL ABIDIN 39 C
26 NUR NAZATUL FAIRUZ BINTI ZULKIFLI 33 C-
27 MASS SYARAH BINTI MASS ARIFF 33 C-
28 NURUL IZZAH BINTI ALI JUHARI 28 D+
29 SITI RAHIMAH BINTI SYED ZAINAL ABIDIN 28 D+
30 NURUL HAFFIZA ANIS BINTI RUSDI 28 D+
31 NUR IZATI ROHAIZAD 28 D+
32 SOFIAH KHALID SUREND 27 D+
33 MUHAMMAD IKMAL DANISH BIN FAUZI 24 D
34 NURDIANA BINTI ROSNI 20 F

6.4.5 Pelaksanaan Langkah 5


Guru mengadakan sesi temu bual dengan murid yang terlibat dengan Teknik TeaTEKS bagi
mendapatkan maklum balas pelaksanaan teknik ini. Temu bual ini dilakukan pada 17
September 2018 di dalam kelas.

MURID TARIKH MAKLUM BALAS

5 Sangat menarik
14 Lebih memahami jalan cerita
7 Berasa terhibur melihat pelbagai ragam
17 SEPTEMBER 2018 kawan-kawan semasa berlakon
4 Dapat mengingat cerita dengan mudah
4 Penghayatan yang lebih mendalam

Refleksi
Berdasarkan maklum balas temu bual, jelas memperlihatkan komentar-komentar positif
yang membuktikan Teknik TeaTEKS antara strategi yang berkesan dalam membantu
kefahaman dan meransang minda murid-murid. Pembelajaran menjadi lebih
menyeronokkan dengan pengisisan aktiviti yang berpusatkan murid.

11
6.5 Refleksi Kajian

6.5.1 Penilaian Pencapaian Murid


Guru telah memilih kaedah Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam menilai pencapaian murid
6SJ1 dalam menguasai teks sastera yang dikaji. Ini bersesuaian dengan objektif utama
Tektik Teateks bertujuan membantu murid menguatkan daya ingatan supaya mampu
menguasai sesebuah teks sastera.

Jadual 5 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

BIL NAMA UJIAN PRA UJIAN


PASCA
1 NUR KHALILA ALIFAH BINTI SULAIMAN 72 B+ 75 B+
2 NURUL AZIAN IZZATI BINTI MOHAMED KHADRI 71 B+ 75 B+
3 NUR HIDAYATI BINTI MAT TAHAR 71 B+ 91 A
4 NURUL ZUEHASLYSA BINTI MOHD ISA 71 B+ 73 B+
5 NUR SUFI NAJWA BINTI JAMAL NASIR 68 B+ 68 B+
6 NUR HIDAYAH BINTI MOHD SABRI 67 B+ 82 A-
7 EIYANA SYAFAWANI BINTI AMRAN 67 B+ 66 B+
8 NUR ARYANI FITRI BINTI SHAMSU BAHRIN 65 B 70 B+
9 MUHAMMAD FAQRUL IDZMEER BIN AZMI 64 B 90 A
10 AININ SYAHZANI ZUHAYRA BINTI ROSMAIDI 63 B 90 A
11 MUHAMMAD HANAFI AMIL BIN MOHD ZAKMAN 61 B 73 B+
12 AMY NUR ZULAIKHA BINTI MUHAMAD MAHTHIR 59 B 80 A-
13 ZURINI BINTI BAHARI 57 B 59 B
14 NURUL HIDAYAH BINTI HAMIRUZDIN 55 B 67 B+
15 NOR ALIA NATASHA BINTI ABDULLAH 52 B- 54 B-
16 NUR AINA MAISARA BINTI KHALID AFANDI 52 B- 58 B
17 NUR RASYIDAH BINTI ADNAN 51 B- 58 B
18 MARDIAH BINTI HASSANUDIN 47 C+ 52 B-
19 NURUL HANISAH BINTI AHMAD KUSHAIRI 47 C+ 54 B
20 NUR DALILA FARHANA BINTI RAZALI 47 C+ 55 B
21 NURAQILAH BINTI SHAHIBUL FADZILAH 44 C+ 55 B
22 NUR AIN BINTI AMRAN 44 C+ 55 B
23 SITI NURAIDA ARIFAH BINTI MD AZMI 41 C+ 72 B+
24 NUR AFIFAH BINTI AHMAD FOZI 40 C 70 B+
25 NIK MUHAMAD SYAKIRIN B NIK ZAINAL ABIDIN 39 C 45 C+
26 NUR NAZATUL FAIRUZ BINTI ZULKIFLI 33 C- 43 C+
27 MASS SYARAH BINTI MASS ARIFF 33 C- 44 C+
28 NURUL IZZAH BINTI ALI JUHARI 28 D+ 46 C+

12
29 SITI RAHIMAH BINTI SYED ZAINAL ABIDIN 28 D+ 46 C+
30 NURUL HAFFIZA ANIS BINTI RUSDI 28 D+ 47 C+
31 NUR IZATI ROHAIZAD 28 D+ 48 C+
32 SOFIAH KHALID SUREND 27 D+ 45 C+
33 MUHAMMAD IKMAL DANISH BIN FAUZI 24 D 47 C+
34 NURDIANA BINTI ROSNI 20 F 41 C+

Guru telah melaksanakan Ujian Pra dan Ujian Pos kepada semua murid yang terlibat dalam
bentuk soalan esei. Keputusan Ujian Pra menunjukkan skor markah murid tidak
memuaskan yang mana murid agak lemah dalam penguasaan fakta sehingga mereka tidak
mampu mengemukakan jawapan yang tepat bagi semua soalan yang diajukan. Namun,
setelah Teknik TeaTEKS diperkenalkan, guru berasa kagum dan tidak percaya apabila
melihat perubahan yang ketara dari segi daya ingatan dan kefahaman murid kelas 6SJ1
dan KMK1 yang kebanyakan mereka mencapai markah lebih daripada 41 ke atas.

Rajah 1: Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

6.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti/Langkah Dijalankan


Secara keseluruhannya, banyak perubahan yang berlaku kepada murid kelas 6SJ1 dan
KMK1 serta guru sendiri antaranya:

13
i. Teknik TeaTEKS dapat membantu meningkatkan penguasaan murid terhadap jalan
cerita dan fakta-fakta yang tersurat dalam teks sastera
ii. Teknik TeaTEKS dapat menarik minat murid untuk menguasai teks kerana ia tidak
membosankan
iii. Teknik TeaTEKS mampu memberi kesan penghayatan yang mendalam kerana
penglibatan murid sepenuhnya dalam menggerakkan peristiwa dalam teks
iv. Teknik TeaTEKS dapat menyelesaikan masalah murid yang tidak suka membaca teks
v. Teknik TeaTEKS dapat membantu murid mendapatkan markah huraian dan contoh
sekiranya mereka berjaya menguasai peristiwa yang terdapat dalam teks

6.5.3 Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Keseluruhan


Sepanjang kajian ini, guru telah mendapat banyak pengalaman terutamanya semasa PdPc.
Terdapat perubahan yang positif ke atas sikap dan tingkah laku murid-murid kelas 6SJ1 dan
KMK1
i. Perubahan Sikap dan Tingkah Laku
Guru mendapati murid semakin berminat untuk mempelajari dan membaca teks
sastera. Potensi dan bakat murid dapat digilap semasa melakonkan cerita-cerita dalam
teks sastera.Mereka menjadi lebih berani dan yakin diri apabila tampil di khalayak
ramai.Peluang untuk melakonkan cerita-cerita yang terdapat dalam teks sastera
sentiasa dinanti-nantikan oleh murid.
ii. Perubahan Semasa Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknik TeaTEKS dapat membantu murid menguasai cerita dalam teks sastera dengan
lebih pantas.Pemahaman dan peristiwa penting dalam teks sastera menjadi aspek
utama dalam teknik menjawab Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Teknik TeaTEKS
antara kaedah yang dapat menyumbang kepada pemarkahan murid dalam
peperiksaan.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Guru akan mengekalkan kaedah ini untuk membantu murid untuk meningkatkan
penguasaan mereka terhadap teks Permata Sastera Melayu. Guru juga akan
mempraktikkan Teknik TeaTEKS ini untuk kelas-kelas lain yang bakal diajar selepas ini.

8.0 PENUTUP
Kesimpulannya, Teknik TeaTEKS dapat membantu guru menyelesaikan masalah murid
yang tidak dapat menguasai dan mengingati karya-karya sastera.Walau bagaimanapun
teknik ini turut menghadapi kesukaran untuk dilaksanakan sepenuhnya kerana kekangan
peperiksaan.

14
BIBLIOGRAFI

Azhar Hj. Wahid (2009) Pendidikan Pembangunan Modal Insan : Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (2017). Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam.


Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia

Majlis Peperiksaan Malaysia (Penyelenggara). 2012 Permata Sastera Melayu, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari (1998) Kesusasteraan Dalam Pendidikan Sastera : Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

Roslina Abu Bakar. Komunikasi Dua Hala Terancang (2013). Satu Aplikasi dalam
Penyampaian Cerita Rakyat Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Juriah Long, Ed. (1998). Inovasi dalam perkaedahan pengajaran: Bahasa, Sains Sosial dan
Teknologi Maklumat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

15
Lampiran 1

Teks Hikayat Pelanduk Jenaka yang diubahsuai oleh murid sendiri dalam bentuk skrip

PETIKAN DIALOG: RANCANGAN MEMERANGKAP RAKSASA

Pelanduk: Hai saudaraku sekalian, apakah pekerjaan tuan- tuan sekalian datang kepada
hamba ini?

Harimau: Ya tuanku, adapun maksud patik datang ini hendak mengadu bahawa hamba
sekalian

telah dianiaya oleh raksasa di Sungai Tinam. Pada suatu hari hamba sekalian
pergi

mengambil ikan tetapi semuanya telah dirampas oleh raksasa itu.

Pelanduk: Hai saudaraku sekalian, jika demikian hambalah yang akan melawan raksasa itu.

Harimau: Baiklah tuanku, jikalau demikian berapa hari lagi tuanku akan berangkat?

Pelanduk: Lagi tujuh hari lagi hamba akan berjalan.

16
Lampiran 2

Gambar semasa Tteknik TeaTEKS dilaksanakan di dalam kelas

17

Anda mungkin juga menyukai