Anda di halaman 1dari 11

NOR SHUHADA BINTI CHE OSMAN SITI NURBAITI BINTI HAMZAH

PENGENALAN
Kajian masa depan merupakan perancangan strategi saintifik untuk melatih murid berfikir tentang secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab.

KOMPONEN KAJIAN MASA DEPAN


Komponen Kajian Masa Depan Kemahiran Asas Membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. Kemahiran Khusus Mengumpul maklumat.

Membuat ramalan dan analisis.


Berimaginasi dan berkreativiti.

Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend atau perubahan masa Merancang strategi sesuai untuk hadapan. mengatasi cabaran. Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.

EMPAT PRINSIP KAJIAN MASA DEPAN


1) PRINSIP PERUBAHAN
Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya tidak semestinya dijadikan asas untuk membuat sesuatu keputusan dan rancangan.

2) PRINSIP BERPANDANGAN JAUH


Era gloalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial menjadi lebih dekat. Kejadian yang berlaku di sesuatu tempat akan memberikan kesan kepada manusia secara keseluruhannya. Kemahiran dalam berpandangan jauh boleh menjadikan mengambil sesuatu langkah perlindungan atau pencegahan sebelum sesuatu berlaku.

3) PRINSIP PERANCANGAN STRATEGIK


Andaian terhadap masa hadapan boleh membentuk dan mempengaruhi sesuatu perancangan pada masa kini.

4) PRINSIP PENGUPAYAAN
Murid selalunya prihatin terhadap masa hadapan. Oleh itu, mereka perlu mempelajari kemahiran perancangan strategik dan cara menangani masalah supaya tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka

OBJEKTIF KAJIAN MASA DEPAN


1) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan. 2) Melakukan kajian dan menguruskan maklumat tentang hal-hal masa depan. 3) Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. 4) Membina sikap dan nilai tentang masa depan. 5) Mempunyai pengetahuan serta kefahaman tentang masa depan.

FUNGSI KAJIAN MASA DEPAN DALAM BILIK DARJAH


Fungsi Kajian Masa Hadapan Di Bilik Darjah Oleh Guru Menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid Menggiatkan peranan sebagai peneroka yang aktif. Berusaha mempelbagaikan gaya belajar dalam kalangan murid. Mewujudkan iklim di dalam bilik darjah yang seronok, kreatif dan meransang murid dalam pembelajaran. Oleh Murid Meransang kendiri menerusi keupayaan berfikir. Menyemaikan semangat optimistik tentang masa hadapan. Menggalakkan kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu. Menyelesaikan isu-isu kritikal. Melakukan penerokaan terhadap alam pekerjaan masa hadapan. Menyemaikan keyakinan diri untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Melatih diri untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menghasilkan idea dan pandangan tentang sesuatu tema.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN PERANCANGAN SEORANG GURU

Isu dan Tema Yang Relevan

Perancangan Yang Strategik Aplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokrikulum atau Sepanjang Hayat Berpusatkan Murid Peranan Guru Sebagai Fasilitator

Perancangan yang strategik

Aktiviti dan tugasan yang diberikan perlu melibatkan alat-alat dan teknik Kajian Masa Depan bagi menyelesaikan masalah dan membuat pilihan alternatif ke arah keputusan .

Isu dan tema yang relevan


Aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang hayat

Pemilihan isu dan tema bersesuai dengan tajuk mata pelajaran dan tahap murid

Murid boleh merancang projek-projek di dalam dan di luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum. Aktiviti Kajian Masa Depan tidak terhad kepada aktiviti di bilik darjah.

Berpusatkan murid

Bahan, aktiviti dan tugasan yang dipilih hendaklah mengambil kira minat dan kematangan murid agar mereka dapat mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Peranan guru sebagai fasilitator

Dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Masa Depan, guru boleh memainkan peranan sebagai fasilitator. guru peka terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran, membimbing murid untuk mencapai matlamat dan objektif pembelajaran

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai