Anda di halaman 1dari 40

TOPIK 2:

REKA BENTUK
PENGAJARAN
Pengenalan
Tanpa perancangan yang lengkap dan
sistematik, seseorang guru tidak dapat
mencapai kompetensi dalam pengajaran.
Guru yang melaksanakan tugas mereka dengan
jujur dan penuh minat merasakan perlu
mengetahui;
APA yang hendak dibuat; dan
BAGAIMANA hendak merancang untuk
melaksanakannya.
Pengenalan
Daya penarik, pengetahuan, daya
inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan
pengalaman bukan merupakan
pengganti kepada perancangan
pengajaran yang berterusan dan
berkesan (Prehn, 1980)
Pengenalan
Maklumat di atas memberi gambaran
betapa pentingnya seseorang pengajar itu
membuat perancangan yang lengkap, yang
akhirnya membawa kepada kecemerlangan
pengajar tersebut.
Perancangan yang lengkap mengelakkan
pengajar melakukan kesilapan.
Pengetahuan ttg. rekabentuk pengajaran
adalah sangat penting utk. dikuasai.
Objektif
Menghuraikan konsep reka bentuk
pengajaran.
Menyenaraikan kepentingan
rekabentuk pengajaran; dan
Menghuraikan model ASSURE serta
dapat mengaplikasikannya dalam
pengajaran.
2.1 KONSEP REKA
BENTUK PENGAJARAN
Wujud lebih 40 tahun yang lalu
Digunakan untuk membangunkan pelbagai
jenis bahan pengajaran seperti bahan
bercetak, pengajaran berbantukan
komputer dan pengajaran melalui
televisyen.
Terdapat lebih dari 40 jenis reka bentuk
pengajaran
Apa itu Reka Bentuk
Pengajaran (RP) ?
Menurut Dick dan Reiser (1989), RP ialah
suatu proses sistematik untuk mereka bentuk,
membangun, melaksanakan dan menilai
pengajaran.
Richey (1986), RP sebagai sains untuk
mencipta spesifikasi pengajaran dengan
terperinci untk pengembangan, penilaian dan
penyelenggaraan sesuatu keadaan yang boleh
memudahkan pembelajaran sesuatu unit
pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam
sesuatu mata pelajaran.
Enam perkara asas yang
merangkumi seluruh proses
pengajaran, iaitu:

Menentukan keperluan pelajar;


Menentukan matlamat dan objektif;
Membina prosedur penilaian;
Mereka bentuk dan memilih strategi
penyampaian;
Mencuba sistem pengajaran; dan
Menilai keseluruhan sistem.
RP bukan bertujuan untuk merancang
satu-satu pelajaran sahaja.
Terdapat RP yang berskala besar dan
kecil.
Gustafon (1991) membahagikan model-model
itu kepada tiga tumpuan iaitu:
Model berorientasikan bilik darjah;
Model berorientasikan produk; dan
Model berorentasikan sistem.
Constructivism
Latihan 2.1
Apakah enam perkara asas yang
merangkumi seluruh proses
pengajaran pada hari ini?
2.2 KEGUNAAN REKA
BENTUK PENGAJARAN
Untuk mewujudkan pengajar yang
kompeten.
Untuk menghasilkan pengajaran yang
berkesan.
Menurut Dick dan Reiser (1989),
pengajaran berkesan membolehkan pelajar
memperoleh kemahiran, pengetahuan dan
sikap yang diharapkan.
2.2 KEGUNAAN REKA
BENTUK PENGAJARAN
Pengajaran yang dirancang dengan teliti
dan lengkap akan membantu mewujudkan
keyakinan, kepercayaan dan perasaan
hormat pelajar terhadap pengajar, juga
membantu kepada pembinaan disiplin yang
positif.
Sesi pengajaran akan lebih lancar dan
menarik serta tidak membazir masa dan
tidak bertindak kelam-kabut
2.3 MODEL ASSURE
Model ini mengalami perubahan
terbarunya pada tahun 2002.
2.3 MODEL ASSURE
Model ini mengandungi 6 langkah iaitu;
A Analyse learner (Analisis pelajar)
S State objective (Nyatakan objektif)
S Select method, media, and materials (Pilih
kaedah, media dan bahan)
U Utilise media and materials (Gunakan
media dan bahan)
R Require learner participation (Dorong
penglibatan pelajar)
E Evaluate and revise (Nilai dan Semak)
2.3.1 Analisis Pelajar
Sesuatu media yang hendak digunakan
dengan berkesan perlu disesuaikan dengan
ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran,
kaedah, media dan bahan pembelajaran.
Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat 3
perkara penting yang perlu dilihat iaitu;
2.3 MODEL ASSURE
Digubal oleh Heinich dan rakan-rakan
(1982)
Bertujuan menyediakan panduan merancang
dan mengendalikan pengajaran yang
memerlukan penggunaan media.
Berfokus kepada perancangan pengajaran
dalam situasi bilik darjah.
Ditujukan khas untuk setiap pengajar.
2.3.1 Analisis Pelajar
Ciri-ciri umum;
Deskripsi tentang umur; tahap/tingkatan,
latarbelakang sosio-ekonomi dan sebagainya.
Maklumat di atas boleh dijadikan asas dalam
pemilihan media dan bahan.
Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan
meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara
langsung dan pengajar akan dapat mengetahui
harapan, sikap dan latar belakang mereka.
2.3.1 Analisis Pelajar
Kompetensi khusus peringkat masuk;
Berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan
pelajaran.
Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan
dan juga interaksi bersama mereka.
Mengandaikan pelajar memahami seharusnya
tidak dilakukan oleh pengajar kerana
berkemungkinan mereka akan gagal mengikuti
pelajaran seterusnya
2.3.1 Analisis Pelajar
Stail pembelajaran.
Merujuk kepada kluster trait psikologi
yang menerangkan bagaimana seseorang
menanggap, berinteraksi dan bertindak
balas dengan persekitaran.
2.3.2 Nyatakan Objektif
Objektif pembelajaran bukan bertujuan
menyekat pelajar untuk belajar.
Ia merupakan tahap minimum tentang apa
yang perlu dipelajari oleh pelajar dari
pengajaran yang dijalankan.
Objektif seharusnya berfokuskan kepada
apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang baru untuk dipelajari.
2.3.3 Pilih Kaedah, Media
dan Bahan
Terdapat 3 langkah dalam pemilihan:
Menentukan kaedah yang sesuai dengan
tugasan pembelajaran;
Memilih media yang sesuai untuk
melaksanakan kaedah yang dipilih; dan
Memilih, mengubahsuai atau mereka
bentuk media yang telah ditentukan.
2.3.3 Pilih Kaedah, Media
dan Bahan
Memilih Kaedah
Dalam satu sesi pengajaran terdapat beberapa
kaedah yang berbeza yang boleh dijalankan.
Contoh:
Membuka minat pelajar dengan memulakan set induksi
dengan kaedah simulasi dan diikuti dengan kaedah
demonstrasi, latihan dan latih tubi untuk mempelajari
sesuatu kemahiran yang baru.
Kaedah yang dipilih seharusnya berkait rapat
dengan objektif, kandungan pelajaran dan
kumpulan sasaran atau pelajar.
2.3.3 Pilih Kaedah, Media
dan Bahan
Memilih Media
Pemilihan media dilihat dari dua aspek;
Memilih media yang telah tersedia; dan
Memilih format atau bentuk media yang
belum ternyata mesej di dalamnya.
Pemilihan media pengajaran perlu
berasaskan kriteria yang tertentu;
2.3.3 Pilih Kaedah, Media
dan Bahan
Pemilihan media pengajaran perlu berasaskan
kriteria yang tertentu;
Sepadan dengan kurikulum;
Maklumat tepat dan terkini;
Bahasa yang jelas dan tepat;
Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar;
Menggalakkan penglibatan pelajar;
Mempunyai teknikal kualiti yang baik;
Terdapat bukti keberkesanannya;
Bebas daripada bias; dan
Mempunyai buku panduan yang lengkap
2.3.3 Pilih Kaedah, Media
dan Bahan
Media tersedia boleh diterokai melalui
pelbagai sumber seperti agensi
pendidikan seperti;
Pusat Sumber Sekolah;
Pusat Kegiatan Guru;
Bahagian Teknologi Pendidikan;
Agensi kerajaan;
Agensi swasta; dan sebagainya.
2.3.3 Pilih Kaedah, Media
dan Bahan
Mereka Bentuk Media
Seandainya gagal untuk memilih media
yang sesuai, maka penting bagi pengajar
untuk mengubahsuai media yang tersedia
atau menyediakan sendiri.
7 perkara yang perlu diambilkira ketika
mereka bentuk media, antaranya ialah:
2.3.3 Pilih Kaedah, Media
dan Bahan
i. Objektif;
ii. Pelajar;
iii. Kos;
iv. Kepakaran teknikal;
v. Peralatan;
vi. Fasiliti; dan
vii. Masa.
2.3.4 Gunakan Media dan
Bahan
Penggunaan media dan bahan dalam
pengajaran adalah fasa yang amat kritikal.
Kecanggihan media atau media yang cantik,
jika gagal digunakan dengan baik, akan
memberi kesan negatif kepada
pembelajaran.
Terdapat lima langkah penggunaan media
yang baik:
2.3.4 Gunakan Media dan
Bahan
Lima langkah penggunaan media yang
baik:
Pribiu bahan;
Sediakan bahan;
Sediakan persekitaran;
Sediakan pelajar; dan
Sediakan pengalaman pembelajaran.
2.3.5 Libatkan Pelajar
Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku,
pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran
seperti:
Membuat latihan;
Perbincangan;
Latih tubi;
Kuiz;
Projek dan sebagainya.
Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas
tindak balas pelajar yang betul.
2.3.6 Nilai dan Semak
Penilaian ialah proses membuat
pertimbangan nilai tentang sesuatu
perkara.
Keputusan penilaian akan mempengaruhi
keputusan yang diambil terhadap perkara
yang dinilai.
Penilaian berlaku sepanjang proses
pengajaran; iaitu sebelum, semasa dan
selepas sesi pengajaran.
2.3.6 Nilai dan Semak
Sebelum sesi pengajaran, analisis pelajar perlu dilakukan
supaya sesuai dengan
Kandungan;
Kaedah; dan
Media yang akan digunakan.
Media perlu dinilai sebelum digunakan.
Penilaian melibatkan aspek berikut:
Menilai pencapaian pelajar;
Pembelajaran yang dihasilkan;
Menilai media dan kaedah;
Kualiti media;
Penggunaan guru; dan
Penggunaan murid
2.3.7 Menilai Kaedah dan
Media
Kualiti media perlu dilihat dari aspek
sumbangannya terhadap pembelajaran:
Adakah media berkesan?
Bolehkan ia dipertingkatkan?
Adakah ia berguna?
Adakah media membantu pelajar mencapai
objektif?
Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar
yang bererti?
2.3.7 Menilai Kaedah dan
Media
Garis panduan menilai media:
Amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik
minat pelajar;
Menyokong pemikiran tinggi (Sokratik);
Memperkembang kemahiran berfikri;
Menyampai kandungan secara mendalam;
Merangsang naluri ingin tahu pelajar;
Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif;
Memboleh penerokaan isu secara mendalam;
Menghubungkait bidang pelajaran; dan
Meningkatkan nilai murni.
Kaedah penilaian
Soal selidik
Senarai semak
Perbincangan dengan kelas
Temubual dengan setiap individu
pemerhatian
penilaian
Melibatkan dua peringkat :-

Formatif
Sumatif
sekian
Tamat

Anda mungkin juga menyukai