Anda di halaman 1dari 5

Mata Pelajaran Tajuk Tarikh Masa Bilangan Murid Kemahiran

: : : : : :

Kemahiran Hidup Kreativiti Dan Reka Cipta 6 Ogos 2013 9.05 pagi 10.05 tengahari 20 orang Aras 1 Mengenal pasti alatan tangan seperti gandin plastik, tukul kecil dan set pemutar skru kecil, membuka dan mengenal pasti komponen, menyatakan fungsi komponen dan memasang semula kit model seperti kit model robot, jentolak, kereta, motosikal, dan kereta kabel.

Pengetahuan Sedia Ada

1. Murid pernah melihat alatan tangan di rumah. 2. Murid mempunyai pengetahuan mengenai kit model yang berada di pasaran seperti kit model kereta.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Mengenal pasti alatan tangan tanpa membuat rujukan. 2. Membuka dan mengenal pasti semua komponen kit model tanpa bantuan guru. 3. Menyatakan lima fungsi komponen kit model tanpa membuat rujukan. 4. Memasang kit model semula tanpa bantuan guru. 5. Mengenal pasti sistem pergerakan kit model.

Kemahiran Berfikir (KB)

1. Murid boleh membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. 2. Murid berfikir secara kreatif dan kritis dalam membuat keputusan.

Penerapan Nilai

Menumpukan perhatian, bekerjasama, tekun dan jujur.

Bahan Bantu Mengajar

1. Model kit kereta ( Langkah 1 & 2) 2. Paparan slaid (gambar dan isi pelajran) (Set induksi, langkah 1 & 3) 3. Alatan tangan ( Langkah 1 & 2 ) 4. Litar ( Langkah 2 ) 4. Lembaran kerja (Langkah 3) 5. Video (Set induksi) 6. Lembaran kerja kuiz ( Penilaian)

Penyerapan Ilmu Strategi dan kaedah

: :

Memasang kit model mudah. Tunjuk cara, soal jawab dan kontekstual.

Langkah Masa (Minit)

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pengenalan tentang kit model.

Catatan

Aktiviti : 1. Murid menonton video perlawanan kereta Set Induksi ( 5 min) Formula 1. 2. Guru bertanya adakah murid pernah mempunyai kit model kereta Formula 1. 3. Guru menunjukan beberapa gambar kit model di pasaran. Penerangan alatan tangan dan komponen kit model untuk membuka dan memasang kit model.

BBM : Kit model kereta, paparan slaid gambar dan video. Nilai : Prihatin dan menumpukan perhatian.

Aktiviti: 1. Guru membahagikan kepada lima kumpulan kecil dengan empat orang murid setiap kumpulan. 2. Penyampaian Setiap kumpulan mendapat alatan tangan seperti gandin plastik, pemutar skru Philips, kunci Allen, sepana hujung terbuka dan 1 Langkah 1 ( 10 min) set kit model kereta.
3. Guru bertanyakan kepada murid tentang

BBM : Paparan slaid (gambar) dan isi pelajaran, kit model kereta, alatan tangan untuk membuka dan memasang kit model kereta.

apakah nama-nama bagi setiap peralatan tersebut dan adakah mereka pernah melihatnya atau menggunakannya. 4. Guru dan murid berbincang tentang kegunaan alatan tangan dan komponen kit model kereta.

Nilai : Menumpukan perhatian.

Guru menunjukkan cara pemasangan kit model.

Aktiviti : 1. Guru memastikan setiap kumpulan mempunyai satu kit model kereta serta alatan. 2. Guru mengedar kertas panduan langkahLangkah 2 ( 20 min) langkah kerja kepada setiap kumpulan. 3. Kemudian, guru memberi penerangan dengan teliti dan menunjuk cara pemasangan kit model kereta dengan betul langkah demi langkah. 4. Murid memasang kit model kereta dalam kumpulan. 5. Murid membuat pengujian di atas litar yang disediakan oleh guru. Guru menerangkan sistem pergerakan kit model. BBM: kertas panduan pemasangan kit model kereta, alatan tangan dan litar.

Nilai: Bekerjasama dan tekun.

Aktiviti : 1. Guru menunjukan paparan slaid mengenai Langkah 3 ( 10 min ) jenis sistem pergerakan kit model. 2. Murid mendengar dengan tekun. 3. Guru memberi lembaran kerja tentang sistem pergerakan kit model. 4. Murid dikehendaki melengkapkan lembaran kerja dan hantar tugasan tersebut. Guru memberikan kuiz mengenai topik hari ini dalam bentuk lembaran kerja. Penilaian ( 10 min)

BBM : Paparan slaid isi pelajaran dan lembaran kerja.

Nilai : Tekun dan bekerjasama

BBM : Lembaran kerja

Aktiviti : 1. Guru mengedarkan soalan kuiz. 2. Murid diminta untuk menjawab semua soalan tanpa berbincang dengan rakan

Nilai : Menepati masa dan jujur

lain. Guru membuat rumusan dan kesimpulan tentang topik hari ini. Penutup ( 5 min) Nilai : Jujur dan memberi perhatian.

Aktiviti : 1. Guru membuat rumusan pelajaran hari ini. 2. Murid membuat refleksi tentang pelajaran hari ini.

Anda mungkin juga menyukai