Anda di halaman 1dari 2

5.2 : KEMAHIRAN MELAYAN & MENDENGAR 5.2.

4 - Kemahiran Menyoal

KEMAHIRAN MENYOAL
satu cara yang digunakan oleh kaunselor untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih spesifik mengenai diri klien, ataupun tentang isu yang sedang dibincangkan. adalah cara yang paling mudah untuk digunakan oleh kaunselor untuk menyoal klien, ataupun menggalakkan klien untuk bercakap dan juga cara untuk meneroka diri klien.

KEMAHIRAN MENYOAL
Matlamat: mendapatkan maklumat dengan lebih tepat mendapat maklumat yang lebih lanjut mendapatkan kepastian

KEMAHIRAN MENYOAL
Terdapat 2 jenis bentuk kemahiran menyoal: Soalan tertutup Soalan terbuka

KEMAHIRAN MENYOAL Soalan tertutup :


ialah soalan yang memerlukan jawapan yang pendek saja dan tidak memerlukan penjelesan. Jawapan yang diberikan hanya memerlukan maklumat yang khusus saja dan hanya untuk memastikan sesuatu perkara yang dibincangkan oleh klien dengan kaunselor. dapat digunakan oleh kaunselor untuk menghalang klien dari terpesong dari isu yang sedang dibincangkan ataupun menghentikan klien yang bercakap terlalu banyak dalam sesi ini tanpa membantu dalam mengembangkan sesi ke arah yang mencapai matlamat yang sebenarnya.

Jawapan seperti ya atau tidak serta mungkin bersifat fakta yang tidak memerlukan penjelasan yang panjang. Contoh:-Berapa usia awak semasa ibu awak meninggal? -Awak mempunyai berapa orang abang dan kakak? -Adakah awak bekerja semalam? -Berapakah usia ayah awak sekarang?

Soalan terbuka:
ialah menggalakkan perbincangan oleh klien mengenai perkara yang diingin dikongsinya. soalan berbentuk membuatkan klien berasa lebih selamat dan diterima dan tidak memerlukan jawapan khusus. lebih menggalakan penerokaan dan pengembangan klien oleh kaunselor kerana klien berasa selesa dengan soalan yang dikemukan dan memberi ruang kepada klien untuk meluahkan perasaan mengikut arahnya sendiri. klien akan merasa bebas dalam meluahkan perasaannya, memberi maklumat tanpa berasa defensif serta membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri mengikut cara klien itu sendiri.

SOALAN TERBUKA (MENYOAL) Contoh:


1. Digunakan ketika hendak memulakan sesi temu bual Cth- Bagaimana saya boleh menolong awak? Apa isu yang ingin awak bincangkan pada kali ini? 2. Membantu klien memberi penerangan yang lebih terperinci tentang sesuatu isu. Cth- Boleh awak jelaskan lagi tentang perhubungan tersebut?

SOALAN TERBUKA (MENYOAL)


3. Membantu kaunselor mendapatkan contoh spesifik berkenaan sesuatu pelakuan/ungkapan Cth- Apakah yang awak maksudkan dengan dia talam dua muka? 4. Membantu menumpukan perhatian kepada perasaan Cth- Apa perasaan anda sekarang setelah anda berkongsi tentang hal ini dengan saya?

Anda mungkin juga menyukai