Anda di halaman 1dari 5

2.

0 FOKUS KAJIAN Saya akan menjalankan kajian ini dengan menggunakan kad tenggelam-timbul yang mengaplikasikan penggunaan multisensori bagi membantu murid bermasalah pembelajaran dalam kategori slow learner untuk mengecam huruf b dan d. Terdapat dua daripada empat orang murid dalam kelas B tidak dapat mengecam dan huruf b dan d dalam bacaan. Mereka terdiri daripada seorang murid perempuan dan seorang murid lelaki. 2.1 Huraian Fokus Kajian Kajian ini bertumpu kepada masalah yang dihadapi oleh dua orang murid dari kelas B iaitu masalah dalam mengecam huruf b dan d. Masalah ini dapat dikesan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran murid dalam kelas B. Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, saya dapati mereka mempunyai masalah dalam mengecam huruf b dan d. Mereka selalu tertukar jika saya meminta mereka menunjuk huruf-huruf tersebut. Maka, kajian yang dijalankan ini memberi penekanan untuk membantu murid mengecam huruf b dan d dengan penggunaan kad tenggelam-timbul yang mengaplikasikan penggunaan multisensori (VAKT) dan beberapa bahan lain. 2.1.1 Kebolehtadbiran Jika dilihat dari sudut kebolehtadbiran, kajian yang saya jalankan ini dapat ditabir dengan mudah dan baik. Kebolehtadbiran kajian ini dapat dilihat dari segi pemilihan murid, bahan dan sumber. Dari aspek pemilihan murid, kedua-dua orang murid yang saya pilih merupakan murid dari kelas yang sama dan saya mengajar mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini memberi kemudahan kepada saya untuk memantau dan membuat pemerhatian terhadap

peningkatan prestasi mereka. Murid-murid ini juga mempunyai keupayaan yang memuaskan dalam kemahiran mendengar, kemahiran motor kasar dan halus serta kemahiran-kemahiran yang berkaitan yang terlibat semasa menjalankan aktiviti intervensi. Selain itu, bilangan responden yang sedikit memudahkan pengkaji kerana kesemua tugasan boleh dilakukan sendiri tanpa memerlukan pembantu. Pengkaji menggunakan alat teknologi dan perisian komputer bagi memudahkan tugas dalam memungut dan menganalisis data. Dari aspek penggunaan bahan dan sumber yang diperlukan dalam kajian ini pula, semua bahan yang diperlukan bagi kajian ini mudah diperoleh. Selain itu, harga bagi bahan-bahan yang diperlukan juga berpatutasn. Pengkaji tidak menghadapi masalah untuk menyediakan alatan-alatan yang diperlukan kerana ia mudah disediakan. Penggunaan bahan dan sumber yang mudah didapati ini dapat memudahkan pengkaji melaksanakan intervensi ini. 2.1.2 Kepentingan Kajian tindakan ini mempunyai kepentingan yang besar bukan sahaja dalam bahasa Melayu tetapi juga untuk mata pelajaran lain. Hal ini kerana bukan hanya dalam bahasa Melayu sahaja murid mesti mengecam huruf b dan d malah dalam mata pelajaran lain juga. Sekiranya murid dapat mengecam huruf b dan d, murid dapat meluaskan cabang-cabang ilmu yang lain. Selain itu juga, kepentingan kajian ini dilakukan adalah dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada banyak pihak. Kajian ini dapat membantu guru menyelesaikan masalah yang sering timbul dalam kalangan murid-murid iaitu

meningkatkan kemahiran mengecam huruf b dan d. Kajian yang dipilih ini juga dapat membantu murid meningkatkan penguasaan pengamatan, kemahiran lisan dan sebagainya. Sekiranya murid boleh mengecam kedua-dua huruf ini, murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan mudah. Sekiranya murid-murid ini dapat menguasai kedua-dua huruf ini, pastinya mereka akan dapat menguasai aras yang lebih tinggi lagi. Oleh itu, kajian ini penting bagi membantu murid

menguasai abjad iaitu pada peringkat yang mudah dahulu seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Menerusi kajian ini juga, pengkaji dapat memberikan idea kepada guruguru pendidikan khas yang lain untuk menjalankan kaedah yang sama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Secara tidak langsung, guru-guru lain dapat mengubah corak pengajaran mereka kepada yang lebih kreatif untuk kebaikan murid-murid pendidikan khas. 2.1.3 Kolaborasi Dari aspek kolaborasi pula, kajian ini dilihat dapat mewujudkan perhubungan yang baik antara pengkaji dengan guru pendidikan khas, guru penyelaras pendidikan khas, ibu bapa. Mereka banyak membantu dari segi pengumpulan data awal dan memberikan sokongan sepanjang intervensi dilakukan. Mereka banyak memberikan maklumat tambahan seperti latar belakang murid dan juga masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan. Mereka juga

membenarkan pengkaji untuk melihat fail murid untuk mengetahui masalah yang telah didagnosis oleh pegawai perubatan. Selain itu juga, mereka memberikan sokongan sepanjang intervensi dilakukan. Sokongan yang diberikan ialah daripada aspek kebenaran dan masa untuk menjalankan intervensi selain daripada bahan dan alatan yang diperlukan untuk menjalankan kajian. 2.2 Intervensi Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada masalah yang dihadapi oleh dua orang murid bermasalah pembelajaran dari kelas B di mana mereka mempunyai masalah dalam mengecam huruf b dan d. Oleh itu, saya telah memilih satu intervensi iaitu dengan mengaplikasikan penggunaan multisensori bagi meningkatkan kemahiran mengecam huruf b dan d dengan menggunakan kad tenggelam-timbul. Saya melibatkan penggunaan multisensori yang mana saya yakin murid akan lebih mengingat berbanding dengan penggunaan visual atau auditori sahaja. Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan ketika melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid tersebut, mereka lebih berminat dan lebih cepat mengingat apabila menggunakan multisensori. Saya pernah menggunakan carta multisensori bagi mengajar responden mengenai abjad. Hasilnya, mereka lebih cepat menguasai pelajaran tersebut berbanding dengan menggunakan kaedah pandang dan sebut sahaja. Berdasarkan pengalaman praktikum yang lepas, saya yakin bahawa setiap murid akan berasa lebih seronok dan dapat memberikan tumpuan yang penuh jika sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lain dari yang lain. Murid akan lebih berminat untuk

mengetahui selanjutnya apa yang guru cuba ajarkan. Sebagai seorang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran, guru perlu lebih peka dan mempelbagaikan kaedah mengajar kepada murid-murid ini supaya mereka tidak cepat bosan dan hilang tumpuan ketika berada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nind dan Hewett dalam Jamila K.A Mohamed (2005), kanak-kanak bermasalah pembelajaran memerlukan metodologi pengajaran yang menggalakkan mereka berinteraksi dan ini bergantung kepada keupayaan guru bagi mengenal pasti cara murid itu bertingkah laku. Berdasarkan hasil temubual saya dengan pensyarah-pensyarah, saya dapati telah banyak kajian yang dijalankan menggunakan kaedah multisensori atau VAKT ini. Kaedah ini dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih terperinci seperti Kaedah Fernald yang diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988), Kaedah Gillingham yang diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an dan lain-lain lagi. Justeru itu, saya akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian mengenai keberkesanan kaedah VAKT menggunakan kad tenggelam-timbul sebagai bahan bantu mengajar utama dalam membantu meningkatkan kemahiran mengecam huruf b dan d bagi murid bermasalah pembelajaran, sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru yang kreatif.

Anda mungkin juga menyukai