Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

Mengumumkan KEtibaan Yang Berusaha ., ., .., Memasuki dewan yang serba indah ini Hadirin diminta berdiri

Bismillah Yang Berusaha VIP1 VIP 2 VIP 3 . ahli jawatankuasa program seterusnya Hadirin yang dihormati sekalian, Assalamu`alaikum wbt & salam sejahtera diucapkan

Alhamdulillah, dengan izin dan Rahmat-Nya dapat kita bersama-sama hadir di majlis . Anjuran Dengan kerjasama

Hadirin yang dihormati, Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna / berkah ini, Marilah sana-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara dipersilakan

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin, Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara atas bacaan doa itu tadi. Tak molek jika ada alu tapi tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tapi tiada perahunya & Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Dengan itu majlis menjemput VIP 1 ., untuk menyampaikan ucapan Seterusnya merasmikan majlis pembukaan Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha VIP 1.. Atas ucapan beliau sebentar td

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video berkenaan perjalanan aktiviti-aktiviti kesas sebelum bulan ramadhan al Mubarak ini Hadirin Sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan Buat Yang Berusaha VIP1 ..

Dengan ini, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha VIP 1 tampil ke hadapan / naik ke pentas Dengan diiringi . Untuk menerima cenderamata Majlis mempersilakan Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha VIP 1 .. Atas kesudian menerima cenderamata itu tadi

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirnya sudah majlis kita pada hari ini. Majlis sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih Kepadan semua pensyarah dan guru pelatih atas kesudian hadir di majlis .. ini

di kesempatan ini, kami memohon ribuan ampun dan maaf jika terdapat sebarang kekhilafan sepanjang kami mengacarakan majlis ini

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, salam satu Malaysia. Wabilahi taufik wal hidayah, Assalamu`alaikum warahmatullahhi wabaraqatuh

Anda mungkin juga menyukai