Anda di halaman 1dari 2

ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat majmuk gabungan dengan

betul. Responden kajian ini terdiri daripada empat orang murid Tahun 3 Perdana dari Sekolah Kebangsaan Kampong Delima, Wakaf Bharu. Kajian yang dijalankan menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan. Data-data yang diperoleh telah dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Tindakan-tindakan yang dilaksanakan adalah seperti Tapak Tangan ForBAM, Kotak Pecah, dan Pop-Up Gambar Bina Ayat. Instrumen utama kajian yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos manakala pemerhatian, dan temubual adalah untuk menyokong data utama serta dipersembahkan secara kualitatif. Dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat majmuk gabungan daripada 28.5 peratus (purata keseluruhan ujian pra) menjadi 85.0 peratus (purata keseluruhan ujian pos) iaitu peningkatan sebanyak 56.5 peratus. Sementara itu, ketiga-tiga tindakan yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam membina ayat majmuk gabungan dengan betul. Di samping itu, responden juga telah menunjukkan minat dalam membina ayat majmuk gabungan dengan betul. Hasil kajian memperlihatkan bahawa, aspek pembinaan ayat majmuk gabungan dengan betul harus diberikan penekanan dan tumpuan yang berterusan untuk memastikan mutu penulisan murid dalam Penulisan Bahasa Melayu adalah bertaraf tinggi.

ABSTRACT This research is carried out to improve students skill to construct compound sentence. The respondents consist of four Year 3 Perdana students of SK Kampong Delima Wakaf Bharu. The data gathered from the action research is analysed quantitatively and qualitatively. There are three methods used in the research, which are Tapak Tangan ForBAM, Kotak Pecah, dan PopUp Gambar Bina Ayat. The main instruments of the research are pre and post test while observation and interview are the supporting instrument. The finding of the research shows a vast difference in students ability to construct compound sentence, which is an improvement of 56.5% from 28.5 to 85%. This shows that the three methods used have successfully improve the students skill in constructing compound sentence. Apart from that, the respondents also show interest in building correct compound sentence. The research also suggests that more emphasis should be put on constructing correct compound sentence to ensure the students are able to produce a good piece of writing.

Anda mungkin juga menyukai