Anda di halaman 1dari 5

8.0 FASA LARI BERPAGAR Acara lari berpagar mempunyai 6 fasa.

Fasa-fasa tersebut ialah fasa permulaan, fasa lonjakan, fasa melepasi pagar, fasa pulihan, fasa berlari di antara pagar dan fasa mengakhiri larian.

8.1 Fasa Permulaan Fasa Permulaan atau juga dikenali sebagai fasa penujuan ke pagar utama menggunakan teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut iaitu dengan menggunakan gaya dekam di blok permulaan. Mula-mula letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan 8 langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk mendapatkan 7 langkah sahaja. Lari dengan larian yang konsisten dari permulaan hingga dua langkah terakhir. Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada di hadapan daripada kaki yang melangkah pagar.

8.2 Fasa Lonjakan

Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu ketinggian atlet, kelajuan larian, jarak jangkauan dan kelajuan langkah kaki hadapan. Manakala bagi mendapatkan gaya lonjakan kaki yang baik adalah seperti berikut:

Meninggalkan permukaan trek sama seperti lari pecut Melonjak dengan menggunakan hujung tapak kaki Kaki hadapan diangkat tinggi Kepala tegak memandang ke hadapan Pusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak

8.3 Fasa Melepasi Pagar Bagi fasa melepasi pagar, pelari perlu mengangkat kaki hadapan dengan pantas melepasi pagar. Hayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas. Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi dengan tapak tangan mengarah keluar. Kemudian, condongkan badan ke hadapan. Pada fasa ini badan seolah-olah melayang ke udara. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat). Berikut merupakan keterangan secara spesifik tentang pergerakan kaki hadapan dan kaki belakang.

(a) Pergerakan kaki hadapan Kaki hadapan diangkat dengan cepat dan lutut dibengkokkan. Apabila kaki yang dibengkokkan sampai ke ketinggian halangan, tumit kaki itu ditendang ke hadapan. Apabila kaki hadapan itu melepasi pagar iaitu ketika tumit kaki melangkah melepasi halangan, ia terus dijatuhkan untuk mencecah tanah seberapa cepat yang mungkin

(b) Pergerakan kaki belakang Apabila kaki hadapan ditendang ke hadapan dan kaki belakang masih di tanah, badan dicondongkan ke hadapan. Apabila kaki belakang diangkat dari tanah, ia dihayun ke sisi dengan lutut dibengkokkan.Tapak kaki belakang diarah ke luar. Lutut dikekalkan tinggi.

8.4 Fasa Pulihan

Jatuhkan kaki hadapan ke tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi pagar. Pelari hendaklah mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg). Kecondongan badan dikekalkan.

8.5 Fasa Berlari di antara Pagar

Bilangan langkah hendaklah sama. Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada dihadapan.

8.6 Fasa Mengakhiri Larian Lari pecut ke garisan penamat.

Anda mungkin juga menyukai