Anda di halaman 1dari 4

http://qalish.com/2010/12/dasar-kebudayaan-kebangsaan.html Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan.

Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pengertian : i. Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal

ii. Kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tajap pemikiran dalam menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut iii. Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

iv. Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah : i. membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti

ii. memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental Culture dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan sesuatu. Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat. Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan boleh diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa. Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Nik Safiah Karim, budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa mengerakkan jiwa. Mohd Taib Osman (1988), budaya adalah satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , budaya merupakan satu alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat. Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka. Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarkat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang mengandungi budaya rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama. Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

http://didikhibur.blogspot.com/2011/12/aspek-kebudayaan-melayu.html

HOME

Lifelong learning
Aspek Kebudayaan Melayu
No comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Satu Kajian Aspek Kebudayaan Melayu : Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) karya A. Aziz Deramanmembandingkan Melayu Klasik pada abad ke-19 dengan Bahasa Melayu Moden. A. Aziz Deraman secara umumnya menceritakan fenomena yang berlaku dalam kebudayaan Melayu. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aziz Deraman memperlihatkan bahawa Melayu tidak memelihara budaya Melayu sendiri pada masa ini. Oleh sebab itu kajian dilakukan terhadap Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) untuk melihat kenyataan A. Aziz Deraman secara lebih mendalam terhadap Bangsa Melayu. Hasil kajian tentang kebudayaan Melayu ini dibahagikan kepada tiga aspek iaitu daripada segi politik, ekonomi dan sosial.

2.0 Ekonomi Masyarakat Melayu Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan. 2.1 Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan Antarabangsa Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka pada Abad ke15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan

mengambil

alih

peranan

pusat

perdagangan

yang

dulunya

dipegang

oleh

Srivijaya.

Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada halaman 9 dan 16 yang berbunyi: ...Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa sistem kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15. ... 2.2 Sistem Sara Hidup Berasaskan Pertanian Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini berbeza daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Buktinya dapat dilihat pada halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah daripada hasil pertanian. ...Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara hidup yang mengusahakan ladang untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri. ... Bibliografi A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Posted in: Kebudayaan Melayu

Anda mungkin juga menyukai