Anda di halaman 1dari 7

REFLEKSI PERKHEMAHAN Nama : Siti Noor Fadhilah bt Yakub No Kad Pengenalan: 910110-11-5208 Kumpulan : PISMP MT/PJ/BI(1) SEMESTER 4 Alhamdulillah,

syukur ke hadrat Allah SWT kerana perjalanan

perkhemahan program bina insan guru untuk semester empat yang telah berlangsung selama tiga hari dua malam ini dapat berjalan dengan lancar. Program perkhemahan ini telah bermula daripada 8/10/2012 hingga 10/10/2012 dan berlangsung di Kampung Kok Keli Tumpat. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pensyarah penasihat dan juga pensyarah-pensyarah pengiring yang terlibat kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang program berlangsung. Tambahan pula, pengorbanan masa para pensyarah pengiring saya dahulukan ucapan yang berbanyak terima kasih kerana sanggup bersama-sama dengan kami di Kampung Kok Keli ini. Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, pelbagai aktiviti yang menarik yang saya berjaya ikuti dan tidak dapat dilupakan. Tiga hari dua malam ini lah yang telah merapatkan silaturahim kami rak an satu batch. Hanya ini sahajalah medium untuk kami berkumpul bersama-sama dan menjalankan aktiviti bersama-sama.

Hari pertama : 8/10/2012 Pada hari ini, semua ahli kumpulan berkumpul di hadapan dewan Wawasan dan kami semua telah bertolak pada pukul 8.00 pagi daripada IPG menaiki bas IPG. Setelah tiba di tapak perkhemahan di Kampung Kok Keli, kami telah diberikan taklimat oleh Encik Zainol Abidin tentang aspek-aspek yang harus ditekankan semasa aktiviti perkhemahan ini berlangsung, antaranya ialah aspek keselamatan, aspek pergaulan dengan orang kampung dan banyak lagi. Beliau juga memberi taklimat tentang tentatif program Bina Insan Guru pada kali ini buat semester 4 ini. Seterusnya, kami telah menyiapkan tapak perkhemahan dengan membersihkan kawasan, membuat pagar dan membahagikan kawasan mengikut kumpulan. Seterusnya, kami telah diajar tentang cara membuat ikatan asas yang dapat digunakan dalam membina gajet, pertolongan cemas dan sebagainya. Alhamdulillah, teknik ikatan telah banyak kami pelajari semasa mengikuti perkhemahan unit beruniform yang kami telah sertai sebelum ini. Jadi ia tidak menjadi masalah bagi kami semua untuk menggunakan ilmu tersebut dengan sebaiknya pada perkhemahan kali ini. T ambahan pula, pada hari pertama ini juga saya belajar tentang cara mendirikan khemah dengan betul. Selain itu, pada hari ini juga saya banyak mempelajari tentang kepatuhan terhadap arahan ketua. Wan Muhammad Faris selaku ketua memberi arahan dan saya sebagai anak buahnya harus akur terhadap perintah dan arahan beliau. Selepas semuanya telah selesai, pada pukul 4.00 petang hingga 4.30 petang, kami semua telah berehat dan menunaikan solat asar secara berjemaah. Pada pukul 4.30 petang, kami semua telah menyertai majlis sepetang bersama masyarakat setempat. Pada kesempatan ini, ketua kampung telah memberikan sedikit ucapan beliau dan beliau amat mengalu-alukan kedatangan rombongan IPG ke kampungnya ini. Seterusnya, kami juga sempat untuk berkenalan dengan penduduk-penduduk kampung ini. Melalui pengenalan singkat ini, kami dapat tahu tentang latar belakang masyarakat di situ, sejarah

tempat tersebut, asal-usul nama tempat tersebut dan juga latar belakang ekonomi masyarakat di situ. Setelah itu, kami semua telah membersihkan diri dan solat maghrib berjemaah bersama-sama semua peserta perkhemahan. Selepas daripada solat maghrib berjemaah, kami semua telah mengikuti satu tazkirah ringkas daripada pensyarah dan bagi yang bukan muslim, mereka telah mengikuti sesi moral bersama pensyarah yang terlibat. Setelah selesai solat isyak, pada pukul 9.00 malam telah diadakan LDK 1 iaitu intrapersonal. Di dalam LDK ini, kami telah didedahkan bagaimana untuk mengawal emosi dan meningkatkan potensi diri. Semasa LDK ini, kami telah menjalankan beberapa aktiviti yang dapat membantu kami mengenal dengan lebih mendalam tentang diri kami sendiri. Kami juga didedahkan tentang kepelbagaian potensi yang ada dalam diri manusia. Setelah mengikuti LDK ini, paradigma saya telah berubah ke arah yang lebih baik dan kini saya menjadi lebih bermotivasi untuk menjadi seorang guru yang baik. Apa yang saya pelajari pada LDK kali ini ialah, pengurusan emosi amat penting agar kita berada dalam keadaan ceria dan tidak tertekan.

Hari kedua : 9/10/2012 Alhamdulillah, saya dapat meneruskan aktiviti perkehemahan untuk hari kedua. Pada hari ini, saya menjalankan beberapa aktiviti iaitu senamrobik, kembara bukit dan gua. Namun, sebelum aktiviti ini, kami bersama-sama solat jemaah Subuh. Seawal pagi saya bersama rakan sekhemah bangun untuk mandi dan solat Subuh. Namun, sedikit mengecewakan apabila terpancar sedikit kelemahan bagi kaum muslim yang tidak berjaya menghadirkan diri sama-sama mendirikan solat subuh secara berjemaah. Pada pagi itu, kami senamrobik bersama-sama pensyarah dan orang kampung. Semasa menjalankan aktiviti senamrobik ini saya merasa gembira kerana saya memang minat akan senamrobik ini. Tambahan pula, saya sedar bahawa senamrobik ini amat penting agar badan kita sentiasa cergas dan sihat. Saya bersyukur kerana pihak pengurusan menyelitkan unsur senaman dalam program perkhemahan pada kali ini. Untuk aktiviti Malaysia cergas, kami semua telah melakukan senaman aerobik yang telah diketuai oleh beberapa wakil pelajar. Seterusnya, pada pukul 8.00 pagi, kami semua telah melakukan kembara sosial. Untuk sesi kembara sosial, kami semua telah bersiar-siar di sekitar kampung Kok Keli untuk melihat dan bersama penduduk kampung melakukan aktiviti harian mereka seperti berkebun dan membersihkan halaman rumah dan sebagainya. Semasa kembara ini juga kami telah berjaya membantu beberapa orang ibu tunggal yang hidup di dalam kemiskinan. Kami telah membersihkan kawasan rumah mereka dan memberikan mereka sedikit sumbangan berupa barangan makanan. Sementara itu, kami juga telah sempat berbual bersama mereka dan mendengar luahan hati mereka. Sedikit sebanyak perkongsian itu telah memberikan kesedaran dan keinsafan dalam diri kami. Pada sebelah malam pula, kami telah solat berjemaah seperti biasa dan diikuti dengan tazkirah pendek di antara waktu maghrib dan isyak. Selepas selesai menunaikan solat fardu isyak, kami telah mengikuti sesi refleksi kembara

sosial yang kami lalui pada sebelah siang. Apa yang kami dapat sepanjang kembara sosial ialah kami dapat menyelami kehidupan masyarakat kampung dan bersama merasai kepenatan mereka dalam bekerja mencari rezeki untuk menyara keluarga. Di samping itu, kembara sosial ini juga telah memberi kami panduan bagaimana untuk bergaul dan berinteraksi dengan penduduk kampung. Kemahiran ini penting bagi seorang guru untuk dipraktikkan semasa berhadapan dengan masyarakat ketika berkhidmat kelak. Selain itu, kami juga dapat menyelami perit-jerih dan kesusahan yang dialami oleh seorang ibu tunggal dalam menjalani kehidupan bagi menyara keluarga seorang diri.

Hari ketiga : 10/10/2012 Hari terakhir kami seperti biasa aktiviti dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan juga tazkirah subuh dan diteruskan dengan slot Malaysia Cergas, menyanyi lagu patriotik dan menaikkan bendera. Pada pukul 8.00 pagi, LDK 2 telah dijalankan. LDK ini adalah berkaitan dengan kemahiran Interpersonal. Melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang LDK itu, kami telah mempelajari tentang cara untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang di sekeliling ataupun masyarakat. Kami telah mendapat pendedahan tentang pengetahuan-pengetahuan psikologi yang berguna untuk digunakan dalam mendekati masyarakat. Kemahiran ini penting buat seorang guru kerana guru adalah merupakan ejen masyarakat yang sentiasa berinteraksi dan bersosial dengan masyarakat di sekitar sekolah mahupun dirinya sendiri. Majlis penutup pula telah berlangsung pada pukul 12.30 tengah hari. Majlis ini telah di hadiri oleh Tuan Pengarah IPG KKB, Tuan Hasyim Bin Deraman dan pegawai program BIG Encik Zainol Abidin Bin Abdullah dan juga Encik Wan Kamaruddin serta beberapa pensyarah pengiring yang lain. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pegawai program BIG Encik Zainol Abidin Bin Abdullah dan diikuti dengan ucapan serta perasmian penutup daripada Tuan Pengarah IPG KKB, Tuan Hasyim Bin Deraman. Majlis juga telah dimeriahkan dengan penyampaian hamper kepada beberapa orang pendudukan kampung dan juga penyampaian cenderahati kepada ketua kampung, pengarah IPG dan juga pegawai BIG. Kepulangan kami ke IPG bermula pada pukul 2.00 petang dan telah selamat sampai pada pukul 3.00 petang. Perasaan kami berbaur-baur pada ketika ini. Kami merasakan gembira dan kesedihan juga turut terasa bagi mengingati kembali keadaan beberapa orang penduduk kampung yang sagat daif dan miskin. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana sekiranya saya berada di tempat mereka. Banyak pengalaman manis dan pahit yang saya peroleh. Saya juga mempelajari banyak ilmu tentang nilai hidup berkampung dan

banyak lagi. Pengalaman manis sebegini tidak akan saya lupakan. Secara keseluruhannya, semua peserta amat berpuas hati dengan perkhemahan ini kerana telah banyak memberikan input dan kemahiran yang berguna yang amat bermanfaat untuk seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai