Anda di halaman 1dari 7

TAJUK 1 Kecederaan dalam sukan dapat didefinisikan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma fizikal yang dialami

oleh tisu-tisu badan. Punca-punca kecederaan adalah disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi dan kurang penyesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.Kecederaan dalam sukan boleh dibahagikan kepada kecederaan tisu lembut dan juga tisu keras. Menurut Smith (1989), kecederaan otot terbahagi kepada dua iaitu kecederaan dalaman seperti lebam (kontusi) dan haematoma serta kecederaan luaran seperti strain, sprain, dan retak. Sport Injury dalam encyclopedia edisi ke-6 pula menghuraikan kecederaan otot kepada lima kumpulan iaitu ketegangan otot, DOMS, kontusi, compartment syndrom, dan juga strain. Tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf otot, tendon, ligament, kelenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ dalam tubuh. Kecederaan tisu lembut merupakan perkara yang sering berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti sukan.Kecedaraan ini walaupun nampak ringan tapi ia memberi kesan kepada otot-otot, ligamen dan juga tendon. Pergerakan seseorang individu yang dilakukan secara tiba-tiba ataupun kasar boleh menyebabkan otot dan ligamen menjadi tegang, terkoyak, atau mungkin lebih teruk lagi seperti terpatah dan retak. Contoh kecederaan tisu lembut adalah kontusi, strain atau ketegangan dan juga sprain iaitu tergeliat. Kontusi ataupun lebam adalah disebabkan oleh pukulan terus yang

menyebabkan kecederaan pada saluran darah atau saluran halus putus yang menyebabkan lebam dan pendarahan dalaman. Dari aspek fizikalnya, kontusi akan menyebabkan pembengkakan dan pergerakan seseorang individu itu terbatas. Kontusi juga bukan sahaja melibatkan kemungkinan otot dan tendon sesesorang individu itu tercedera malahan individu tersebut terpaksa menanggung kesakitan pada bahagian yang tercedera. Kontusi pada otot aan menyebabkan kekejangan pada otot tersebut manakala hematoma pula akan menyebabkan bengkak terjadi pada bahagian yang tercedera. Hematoma merupakan kecederaan yang berlaku secara terus pada kulit dan menyebabkan berlakunya pengumpulan darah dibawah kulit atau diantara otot.

Kontusi boleh dielak dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan. Seseorang individu boleh menggunakan alat perlindungan seperti knee & elbow pad seperti yang sering digunakan dalam permainan bola tampar, shinguard, dan juga faceguard. Seterusnya kecederaan tisu lembut yang sering berlaku katika melakukan sesuatu aktiviti ialah sprain. Sprain merupakan kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang menghubungkan tulang ke tulang. Sprain mungkin terjadi disebabkan jatuh, perlanggaran badan dan sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat. Pada peringkat yang ketiga, ligamen seseorang individu akan putus sepenuhnya. Sprain dapat dikenalpasti melalui beberapa simptom antaranya ialah sakit, lebam, keradangan, bengkak, ketidakupayaan menggerakkan anggota badan, sendi yang longgar, laxity (kelenturan sendi berlebihan), dan juga ketidakstabilan. Antara kecederaan ligamen yang biasa didengari seperti anterior cruciate ligament (ACL) di lutut. Dewasa kini, terdapat banyak kes ACL bukan disebabkan oleh aktiviti bersukan atau senaman sahaja, tetapi ia mungkin berlaku dalam situasi apabila seseorang individu itu dipanggil daripada belakang dan secara spontan dia memusingkan badan dan kepalanya untuk menyahut. Dalam masa yang sama dia terlupa bahawa kakinya masih melekat di tempat yang sama dan menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya.

Gambar 1: Keadaan ligamen ketika sprain.

Gambar 2: Keadaan kaki yang mengalami strain.

Gambar 3: Kekejangan otot Strain merupakan kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang menghubungkan tulang dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan, kekejangan otot, kehilangan kekuatan. Agak sukar membezakan strain biasa dan yang teruk kerana kesakitannya hampir sama. Strain biasa berlaku apabila bersenam dimana seseorang mungkin menggunakan beban yang tidak sepatutnya, berlatih dalam keadaan tidak cukup rehat, menggunakan teknik yang salah dan sebagainya. Kebanyakan yang saya lihat, membiarkan sakit berlalu tanpa sebarang tindakan

membetulkannya. Apabila rasa sakit hilang, meneruskan kembali latihan. Kecederaan yang berlaku mungkin menyebabkan kecederaan lain.

Gambar 4: Strain Sekiranya seseorang individu itu mengalami kecederaan pada otot, perkara yang boleh dilakukan kpada individu tersebut adalah dengan mendudukkan mangsa supaya berada pada keadaan selesa. Hal ini adalah bagi membantu mangsa mengurangkan tekanan yang dirasainya. Selain itu, kita juga boleh memberikan kompres sejuk kepada mangsa untuk mengelakkan kawasan yang tercedera daripada membengkak dan juga menggunakan alat bantuan seperti pembalut boleh digunakan pada bahagian kaki sekiranya berlaku kecederaan otot pada kaki seperti sprain ataupun strain.. Sekiranya kecederaan tersebut agak serius, kawasan yang tercedera itu boleh diampu dan dianduh sebelum dibawa ke klinik mahupun hospital. Pemilihan kasut yang tepat dan sesuai untuk aktiviti sukan adalah penting tetapi sering kali dipandang remeh oleh setiap individu. Generasi sekarang lebih berminat kepada kasut yang menarik yang terdiri daripada pelbagai warna, corak dan bentuk yang sering dilihat dipasaran tanpa mengambil kira aspek kegunaan kepada kesihatan otot-otot kaki. Pemilihan kasut yang betul adalah penting sekiranya seseorang individu ingin mencari kasut yang sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti sukan. Antara pemilihan kasut yang sesuai adalah mengambil kira aktiviti yang ingin dilakukan,

pastikan terdaoat ruang untuk ibu jari kaki untuk bergerak dan juga buku lali tidak tenggelam ataupun termasuk kedalam kasut yang dibeli. Kecederaan patah atau tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi

badan.Punca berlakunya kecederaan tulang patah ialah apabila berlakunya stress atau tekanan yang tinggi ke atas tulang.Tulang panjang seperti femur atau humerus mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk sembuh. Sementara tulang-tulang kecil yang lain memerlukan masa 3-4 minggu.Kecederaan terkehel berlakukeadaan tulang yang berada dalam posisi yang tidak normal atau ia berpunca daripada pengecutan otot-otot yang terlalu kasar.Manakala kecederaan dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi itu terkeluar dari tempat lekatnya. Tisu-tisu lembut seperti otot, ligamen, tendon dan salur darah akan mengalami kecederaan apabila ialah dislokasi hentakan sering ke berlaku di bahagian sendi bahu. Dislokasi biasanya atas kepala yang otak. mengakibatkan kehilangan (deformiti) bentuk sesuatu sendi itu.Kecederaan konkusi biasanya trauma

Gambar 5: Keadaan dislokasi

Untuk mengelakkan keceradaan ini daripada berlaku,banyak perkara perlu diambil kira. Salah satunya adalah pemilihan pakaian dan juga peralatan sukan. Pakaian yang dipakan oleh individu yang ingin melakukan aktiviti sukan mestilah selesa, sesuai dan dapat menyerap peluh supaya individu tersebut dapat menjalankan aktiviti sukan dengan baik. Peralatan keselamatan juga harus dititikberatkan untuk mengelakkan berlakunya kecederaan. Perkara yang paling penting sebelum menjalankan aktiviti sukan adalah proses pemanasan badan. Aktiviti memanaskan badan dijalankan bagi meningkatkan suhu badan dan otot serta dapat membantu mengurangkan ketegangan pada otot-otot badan. Selain itu juga, aktiviti memanaskan badan dapat meningkatkan intensiti pergerakan sesseorang individu disamping membolehkan jantung, paru-paru dan saluran darah menyesuaikan diri terhadap peningkatan kadar kerja mereka. Aktiviti memanaskan badan juga akan membantu otot untuk menerima darah yang mencukupi disamping dapat mengurangkan risiko kecederaan.

Gambar 6 : Contoh aktiviti memanaskan badan

Selepas melakukan aktiviti sukan, individu juga harus menjalankan aktiviti menyejukkan badan ataupun cooling down. Aktiviti ini dilakukan bagi mengembalikan semula fungsi fisiologi badan pada paras normal secara progresif dan juga

mengurangkan kepenatan otot-otot yang telah bekerja keras sepanjang aktiviti bersukan. Selain itu, penyejukan badan juga bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti otot, tendon, dan ligamen supaya tidak mudah tercedera. Peredaran darah ke jantung juga dapat berlaku dengan baik selepas seseorang itu menjalankan aktiviti menyejukkan badan. Selain daripada itu, kecederaan dalam sukan juga boleh diatasi dengan aktiviti pengurusan kecederaan seperti TOTAPS, DRABS dan RICE.

Anda mungkin juga menyukai