Anda di halaman 1dari 5

Itinerary Trip Korea (7 Nov – 13 Nov 2019) ~ Noraini anie

Day 1:
• Flight dari KLIA➡Incheon (12.00 am - 6.50 am)
• Sampai airport Incheon, saya cari Express Train
ticket vending Machine di B1 untuk redeem tiket
Arex train. Semua saya beli awal-awal dari Klook.
T money memang dah beli awal2 dari
Klook 30 ribu won di Malaysia dan ambil d
kaunter Wiyo KLIA2. Naik Arex to Seoul Station
dan tukar Line 1 ke Jongno 3-ga station. Then
kitorang walk in dlm 500m ke In Seoul
Guesthouse. GH saya dah book awal-awal lagi
sebab banyak dah full house.
• 3.00 pm saya jalan-jalan area In Sadong dan
Myeondong.
• 3.30 pm saya ke The King Hanbok sewa
Hanbok kemudian terus ke Gyeongbokgung
Palace. Saya servay beberapa kedai The King
Hanbok antara termurah. 9000 won untuk 4 jam
Siap diorg pakaikan saya lagi.
• 6.00 pm jalan-jalan cari Mart dan 7eleven beli
barang.
• 7.30 pm sampai GH.
• Suhu siang sejuk cecah 11 celcius. Tak tahan jalan
lama2..malam ni pun cek suhu cecah 3 celcius.

Day 2: Pagi - Tengahari


📍Haneul Park (Pink Muhly Grass)

• Naik train dari Jong 3-ga Station exit Line 5 ke


Gongdeok Station.
• Sampai Gongdeok Station exit Line 6 ke World
Cup Stadium.
• Sampai World Cup Stadium, berjalan kaki ke
Haneul Park 29 minit sebab kitorang nak lalu
tangga 291 tu sambil hiking..actually boleh naik
buggi ke atas return 4000 won. Tp ramai sangat
orang berjalan kaki...so ramai-ramai kami berjalan
kaki dan jumpa orang Malaysia sambil senyum2
dan sembang. Bukan orang Malaysia je ada tp
negara luar termasuk la Korea pun ramai datang
sebab weekend.
• Actually hujung bulan Oktober rumput pink tu
memang sangat cantik warnanya then ada
festival Pink Muhly Grass tapi skrg awal Nov still
pink tapi tidak la secantik hujung bulan Oktober.
Yang penting ada gambar kenangan d sana.
Sangat luas dan banyak tempat rehat dan boleh
tengok view bandar Seoul.
• Jam 12.30 kitorang balik naik train sama juga.
• 1.30 pm sampai GH rehat makan solat. Petang
sambung lagi.
Day 3:
📍Nami Island

• Round trip bus-admission ticket combo package


(Insadong course) beli di Klook.
• Tunggu bas betul-betul depan GH saya. Masa nak
beli tiket pastikan dekat dengan GH/Hotel supaya
senang nak pick up location.
• Jam 9.45 am bas bertolak ke Nami Island selama
sejam lebih.
• Jam 11.05 am sampai, lambat sampai jem maybe
weekend...ramai sangat orang nak ke Nami
Island hari Ahad ni.
• Naik feri selama 5-10 minit macam tu. Ramainya
orang. Akan jumpa orang Malaysia, Indonesia,
Thailand, Hong Kong, Europe dan ramai lagi la.
• Aktiviti bebas d Nami Island dari jam 11.20 hingga
jam 3.30 pm. Suka hati nak buat apa di sana, byk
aktiviti (basikal ala winter sonata, zip wire, kereta
api dan sky bike, makanan halal, kopi dan
hatteok, international library, ada muslim solat,
berjalan di bawah pepohon, kolam renang, bilik
Yusof Gajah).
• 3.30 pm kami naik feri balik.
• Jalan-jalan ke Mart cari minuman dan banyak
buah jual d tepi jalan tu (sambil tunggu bas kami
jam 4.00 pm suru naik bas).
• Jam 4.00 pm kami bertolak balik ke Seoul.
• Jam 6.30 pm sampai GH sebab jem.
• Autumn memang best

Day 4:
📍Everland

• Everland one day ticket combo Q-pass beli di


Klook. Tiket cover semua ride. Ride paling famous
T-Express tu, Rollercoaster kayu, Runningman
pernah shooting di sini.
• Naik subway dari Jong 3-ga Station dan keluar
Exit 3 ke Yangjae Station.
• Sampai Yangjae Station transfer bas ke Everland.
Ambil bas No 5002. Perjalanan lebih kurang 35
minit dan turun di Everland Station. Sampai saja
sana jalan ke depan sikit ada bus stop untuk
tunggu free shuttle bus ke Everland.
• Tempat ni sangat besar untuk cover semua
permainan dalam 1 hari. Hebatlah kalau dapat
cover semua. Kalau bawa anak-anak memang
diorg suka sebab semua ada. Safari best, ada
harimau, singa, bear, zirafah dan macam-macam
lah. Ada taman bunga tulip juga. Banyak tempat
cantik untuk ambil gambar dan ada Ferris wheel.
Satu permainan pun kami tak join sebab nak
jalan-jalan saja, cuma rugi sebab tak guna tiket
tu.
• Untuk solat ada prayer room disediakan di
bangunan Shooting Ghost berdekatan dengan
Sky Way. Dalam map Everland No 155. Prayer
room gabung lelaki dan perempuan, ada tempat
wuduk di dalam. Untuk makanan halal, boleh cari
shrimp burger dan popcorn. Atau bawa makanan
siap-siap dari luar.
• Jam 4.00 pm lebih macam tu kami balik sebab
penat dah berjalan di dalam tu.
• Naik bus+subway balik ke Chungmuro Station.

Day 4:
📍Namsan Tower

• Daripada Chungmuro Station, kami naik bas No


05, ada bas No 02,03,05 ke sana juga, boleh pilih
antara bas tu. Kami ada Discover Seoul Pass so
free ja. Ke Namsan Tower selain naik bas boleh
naik carble car (tapi husband saya gayat so tak
jadi naik carble car). Boleh jalan kaki dari bawah
tu tapi alahai berbukit (sapa suka hiking mesti
suka jalan kaki).
• Kalau setakat nak amik gambar dekat bawah area
lock love tu tiada bayaran tapi kalau nak masuk
dan naik Namsan Tower kena entrance fee.
• Saya awal-awal dah beli N Seoul Ticket
Observatory Only di Klook tapi tak naik pun
sebab husband gayat. Pujuk dia memang tak nak.
So tiket saya burn macam tu ja.
• Sejam lebih di sana sambil tangkap gambar,
tengok view bandar Seoul then kitorang balik GH
ikut bus+subway.

Day 5:
📍Starfield Library & Gangnam Style

• Naik subway dari Jungno 3-Station ke Samseong


Station. Sampai sana jalan kaki 4 minit ke
Starfield Coex Mall. Library dalam mall ni.
• Cantik sangat library dia. 2 tingkat dan banyak
buku serta tempat lepak sambil baca buku atau
buat kerja. Respect dengan orang-orang tua di
di Korea, membaca buku.
• Di bahagian atas library ni ada Gangnam Style tu
boleh amik pic di sana.
• Kami naik subway ke Ehwa University.
Day 5:
📍Ehwa Womans University

• Naik subway dari Gangnam Station ke Ehwa


Womans Univ. Dlm 20 minit mcm tu sampai.
• Sampai di Ehwa Womans Univ Station jalan kaki
dalam 4 minit ja ke Ehwa Womans Univ ni.
• Bangunan dia cantik dan unik ada daun2 dan akar
pokok di bangunan tu. Ni Univ perempuan dan
ada foreigner tapi dari negara Eropah saja.
• Saya terpegun tengok bangunan dia, cantik dan
berseni begitu juga dengan lanskap. Yang
bestnya tiada jem dalam Univ ni. Tak macam di
UKM susah cari parking sebab student ramai
berkereta.

Day 5:
📍Kampungku Restauran

• Dari Ehwa Womans Univ naik subway ke Euljiro 1-


ga Station dalam 8 minit macam tu. Nak ke
Kampungku Restauran boleh jalan kaki dalam 12
minit, tapi kaki saya dah penat seharian berjalan
kaki berkilo meter dah. So kami naik teksi, tapi kat
Korea naik teksi memang mahal, dalam 6 minit
saja kami ke sana 20000 won dia cas. Teksi tiada
meter tapi dia cakap bz hour. Ok la bayar
ja. Tapi di sini teksi dia best sebab rata-rata
semua keta baru Kia dan Hyundai.
• Sampai di restauran memang saya excited sebab
satu-satunya restauran Halal di Seoul. 3 tingkat,
tingkat 1&2 restaurant, tingkat 3 untuk solat dan
bilik rehat. Kami 2 jam di sana makan dan solat.
Macam saya rasa berada di Malaysia sebab
semua orang Malaysia datang sini untuk makan.
Sempat saya sembang dengan cashier dia.
Owner restauran ni orang Korea tapi joint venture
dengan Malaysia. Ayam import semua dari
Malaysia. Sebelah restauran ni Mart dia punya
juga. Di Halal Mart ada jual Kimchi bungkus kecil-
kecil harga 2500 won dan boleh minta packaging
bawa balik Malaysia. Banana uyu pun murah
4800 won ada 4 botol. Ada jual seaweed juga.
Tukang masak semua dari Malaysia dan pekerja
dia pelajar Malaysia yang belajar di Korea tapi
diorg part time kat sini.
• So sapa-sapa datang Korea mesti datang sini tau,
sedap masakan dia. Saya tapau juga nasi lemak
dia sebab kata kakak sebelah saya tu kalah nasi
lemak AA.
Saya kongsikan Guesthouse saya d Seoul, In Seoul Guesthouse namanya yang terletak di Insadong. Ke
bandar Seoul dalam 5km. Fasiliti yang ada:

• Laundry
• Top view di tingkat atas (bar/lounge)
• Kitchen
• Coway
• Lif
• Hair dryer
• Iron
• Peti sejuk dalam bilik
• Air cond
• Televisyen
• Tandas dalam bilik
Paling penting nak cari GH d Korea mesti berdekatan dengan subway ya. Macam GH ni ada 3 subway
so senang sangat nak gerak ke mana-mana dan bus stop pun dekat lebih kurang 350m-500m mcm tu.
Setiap bilik guna security password masing-masing macam tu juga pintu GH ni. So kena ingat la kalau
lupa kena kol diorg balik.

Tempat menarik pun dekat antaranya:


• Myeondong shopping street
• Changdeokgung palace
• Gyeongbokgung palace
• N Seoul Tower
• Deoksugung
• Cheonggyecheon stream
• Tapgol park
• Bus stop ke Nami Island depan GH ni

Ahjussi owner tu baik sangat dan peramah. Even dia tidak fasih bahasa English tapi dia guna
translation service. Baju yang saya nak basuh dia tolong basuh dan jemur lagi. So, recommended GH
ni sapa nak ke Seoul.

GH saya booking di agoda. Dan boleh hubungi/wasap no tel GH ni +821022559325

Anda mungkin juga menyukai