Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Pengurusan Bilik Darjah. (Pengurusan Masa) 1.

Masalah

Setelah menjalani beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati pengurusan masa adalah masalah utama. Ini ekoran daripada pembahagian masa tidak cekap dan aspek murid yang kurang member kerjasama dalam mencepatkan membuat sesuatu aktiviti dalam kelas terutamanyan ketika pembentangan.

2. Analisis Setelah meneliti masalah ini, punca utama adalah pembahagian masa untuk pembentangan terlalu terhad sedangkan aktiviti tersebut memerlukan masa yang lama untuk dijalankan. Masa yang lama bagi membolehkan murid melakukan perbincangan dalam kumpulan serta mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki

a) Saya perlu menambah masa bagi aktiviti pembentangan dan mengurangkan tempoh masa bagi aktiviti biasa. b) Saya harus belajar untuk menguruskan masa dengan betul melalui pembacaan ilmiah serta tunjuk ajar daripada orang yang

berpengalaman. c) Pemilihan aktiviti yang sesuai dengan tempoh masa pengajaran tetapi dalam waktu yang sama mampu meningkatkan tahap pemikiran murid. d) Pemilihan tajuk bagi aktiviti pembentangan selari dengan tahap pemikiran dan pemahaman murid. e) Perlu meletakkan hukuman serta arahan yang tegas agar murid melakukan aktiviti dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Tempoh masa

Saya harus cepat mengambil tindakan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan tercapai objektifnya.

5. Penilaian Kejayaan

Bagi mengatasi masalah ini saya memerlukan lebih banyak pembacaan ilmiah serta mendapatkan nasihat dari pihak yang berpengalaman. Malah saya perlu kerap untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing serta guru pembimbing bagi mendapatkan nasihat untuk mengatasi masalah ini.

6. TindakanSusulan.

Semasa menyediakan RPH saya harus memikirkan buruk dan baik sesuatu aktiviti itu agar perkara seperti kekangan masa tidak lagi berlaku. Malah apa yang lebih objektif pengajaran dan pembelajaran saya dapat dicapai dan diukur melalui pemahaman murid.

Anda mungkin juga menyukai