Anda di halaman 1dari 22

Teori dan model

FATIMAH SYAHIRAH BINTI MOHAMED

Perpecahan rumah tangga ibu bapa Teri

Penderaan seksual oleh teman lelaki ibu

Teri

Teri mengalami halusinansi akibat

P & P Pendidikan Seksual oleh Cikgu

penderaan seksual

Barbara

Keinginan Teri untuk memiliki bayi

Cikgu Barbara membuat tindakan

teori PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON

Erik H. Erikson dilahirkan di Frankfurt, Jerman. Erikson telah mengemukakan Teori Perkembangan Psikososial melalui bukunya, Childhood and Society yang telah mendapat pengiktirafan daripada Konferen Kanak-kanak White House (1950). Teori perkembangan Psikososial Erikson menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak.

5 Prinsip Utama
I. Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama II. Perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya III. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu IV. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya V. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya

8 Peringkat
(dalam konteks kes Teri Leigh)

Peringkat ke-5
Identiti lawan kekeliruan identiti 12 tahun hingga 18 tahun Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam bersosial

Teri memberi gambar bogel kepada 2 orang budak lelaki sekolah menengah kerana ingin mendapat perhatian dan menjadi popular.

teori Keperluan Maslow

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja diBrooklyn College (1937 - 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya. Meninggal dunia di usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung.

1. Keperluan Fisiologi Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. 2. Keperluan Keselamatan Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. 3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

4. Keperluan Penghargaan Kendiri Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. 5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

Teori Keperluan Maslow


(dalam konteks masalah Teri)

Keperluan Keselamatan - Teri pernah mengalami penderaan seksual oleh teman lelaki ibunya Keperluan Kepunyaan & Kasih sayang - Teri tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya akibat penceraian ibu bapanya.

Model Akibat Logikal Dreikurs

Konsep Model Akibat Logikal Dreikurs


Juga dikenali sebagai Model Disiplin Sosial. Berasaskan kepada empat premis asas teori sosial Adler. (rujuk m/s 88) Fokus utama Dreikurs mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik. Kawalan bilik darjah bukan menggunakan hukuman.

sambungan
Motif-motif Dreikurs : 1) Inginkan perhatian 2) Menggunakan kuasa 3) Membalas dendam 4) Memaparkan kekurangan

Model Dreikurs
(dalam konteks masalah Teri)

Motif : Teri inginkan perhatian a) 3 orang murid perempuan memberitahu Barbara, Teri memdakwa dirinya mengandung. b) Membawa baju bayi ke sekolah. c) Memberikan gambar bogelnya kepada 2 orang budak lelaki sekolah menengah di dalam bas.

Model Glasser

Teori ini telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh mebuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Teori realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology. Tugas kaunselor ialah bertindak aktif, mengarah, didaktik dan kognitif. Terapi ini menolak konsep sakit jiwa yang dipelopori oleh psikoanalisis.

Konsep Model Glasser


o Mencabar persepsi umum di mana tingkah laku digerakkan oleh motivasi dalaman bukannya motivasi luaran.

3 Prinsip Model Glasser


a) Individu bertanggungjawab atas tingkah laku masing-masing bukan hasil masyarakat, warisan atau masa lampau seseorang. b) Individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan sekiranya diberi bimbingan dan sokongan. c) Individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing.

Teori Pilihan
i. ii. iii. iv. Keinginan untuk dipunyai Keinginan untuk kuasa Keinginan untuk kebebasan Keinginan untuk bersuka ria

Teori Pilihan Keinginan untuk Dipunyai


(dalam konteks masalahTeri Leigh)

Hal ini merujuk kepada rasa diterima oleh kelompok sosial, rakan sebaya dan orang sekeliling. Teri membayangkan yang dirinya mengandung dan membawa baju bayi ke sekolah. Hal Teri menjadi buah mulut rakan-rakannya.

Anda mungkin juga menyukai