Anda di halaman 1dari 9

TEORI HUMANIS ABRAHAM MASLOW

ABRAHAM HAROLD MASLOW 1 APRIL 1908 8 JUN 1970

Keperluan Fisiologi

Keperluan Keselamatan

Keperluan Kasih Sayang

TEORI KEPERLUAN MASLOW

Keperluan Perhargaan Kendiri

Keperluan Kesempurnaan Kendiri

Hierarki Keperluan Maslow


Kesempurnaan Kendiri

Perhargaan Kendiri

Kasih Sayang

Keselamatan

Fisiologi

Keperluan Fisiologi
Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.

Keperluan Keselamatan
Setelah keperluan fisiologi dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar akan disiplin ini. Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan diri mereka sendiri.

Keperluan Kasih Sayang


Berdasarkan Teori Maslow, keperluan ini diperlukan untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasihsayang, dan perasaan diri. Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah manusia yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

Keperluan Penghargaan Kendiri


Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.

Keperluan Kesempurnaan Kendiri


Keperluan untuk penyempurnaan kendiri itu adalah keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan manusia. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri. Keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan manusia.

Anda mungkin juga menyukai