Anda di halaman 1dari 17

-Perkembangan 

pada manusia ialah perubahan yang bersifatkualitatif. Sifat perubahan ini tidak
dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.(Atan
Long,1980).
-Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan
dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.
 
- Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan
bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan
berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan
sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif
serta bahasa.
 
-Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
 
- Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak
dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku
daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organism.

Teori-Teori
Perkembangan
Manusia
Teori Psikoanalisis Sigmund Freud
Tiga alam kesedaran:
i. )alam sedar-pemikiran, perasaan dan ingatan.
ii)alam pra-sedar-pengalaman, ingatan persepsi dan
perasaan.
 iii)alam tidak sedar--bahagian terbesar dan
pendorong asas kpd tingkah laku. Mengandungi
semua naluri serta keinginan manusia
Tiga elemen perkembangan
personality manusia:
 i)Id—hanya tahu mendesak dan memaksa.Sifatnya suka kepada keseronokan dan kegembiraan

 dan kepuasan. Id tidak pernah matang dan membesar dan ia bersifat tidak rasional, tidak
 bermoral. Dorongan yang dilakukan oleh id bersifat di bawah sedar.
  
  
 ii)Ego--mengutamakan pemikiran logik, berkembang secara berperingkat, elemen tahap sedar,
 penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri. Ia merupakan tenaga
 eksekutif yang mengawal jenis tindakan yang akan dilakukan, memilih persekitaran yang
 sesuai.Ia juga terpaksa menangung beban dan tanggungjawab kerana terpaksa menjadi
 orang. tengah di antara id dan superego.Ego perlu waras dan rasional.
  
 iii)Superego—menyerupai hati nurani, merupakan komponen sosial dan moral bertanggungjawab
 menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk berdasarkan kepada
 pendidikan yang diterimanya sejak awal dulu, ia bersifat idealistik. Dapat
 melahirkan ganjaran yang berupa penghargaan diri dan dendaan yang berupa rasa
 bersalah dan kritik diri.
Teori Perkembangan Kognitif Jean
Piaget
 
-Dua proses utk membina kefahaman:
ii) Organisasi
iii) Adaptasi
 
-Dua cara proses adaptasi:
vi)Proses asimilasi-menambah maklumat baru
vii)Proses akomodasi-mengubahsuai skemata sedia ada utk
memahami maklumat baru.
 
-Bila berlaku ketidakseimbangan kena buat organisasi atau
adaptasi semula pada schemata untuk mendapat keseimbangan
Peringkat perkembangan kognitif
mengikut jean piaget
Umur Peringkat Cara Berfikir

0-2 tahun Deria Motor Mengguna deria motor dan deria yang lain meninjau dan memahami persekitaran.

2-7 tahun Praoperasi Berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih
tidak logik

7-11 tahun Operasi Konkrit berfikir secara logik dan konkrit dan boleh selesai masalah secara cuba-jaya

12 tahun Operasi Formal Berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan akibat jangka panjang sesuatu aksi
ke atas
Teori Perkembangan Psikososial
Erikson
 
Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah berdasarkan lima
prinsip,iaitu:
 
•Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
•Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas
terhadap keperluan-keperluan asas.
•Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.
•Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi
sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap
berikutnya.
•Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan
menjejaskan perkembangantahap berikutnya.
Tahap perkembangan manusia
berdasarkan Teori Erikson
Tahap PeringkatUumur Konflik

Pertama 0-18 bulan Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya

Kedua 18 bulan-3 tahun Tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi

Ketiga 3 tahun-6 tahun Tahap inisiatif lawan rasa bersalah

Keempat 6 tahun-12 tahun Tahap industry lawan rasa rendah diri

kelima 12 tahun-20 tahun Tahap indentity lawan kekeliruan peranan

Keenam 20 tahun-40 tahun Tahap intimasi lawan pengasingan diri

Ketujuh 40 tahun-60 tahun Tahap generativiti lawan stagnasi

Kelapan 60 tahun ke atas Tahap intergriti ego lawan putus asa


Teori Perkembangan
Behaviorisme dan Sosial Kognitif
Behaviorisme dan Sosial Kognitif:
•Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku yg
dapat dilihat dan diukur.
•Perubahan berlaku kerana pengalaman
•Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan
•Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian
boleh dibuat terhadap perlakuan yg dizahirkan.
 •Tiga versi utama pendekatan behaviorisme ialah
Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan
Skinner dan Teori Sosial Kognitif Bandura
a.)Teori Pelaziman Klasik Pavlov:
•Dipelopori oleh Ivan P. Pavlov.
•Kajian terhadap sistem pencernaan anjing
menghasilkan konsep ransangan dan gerak balas.
•Ransangan ialah sebarang bentuk tenaga yg
menimbulkan gerak balas.
•Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yg timbul
akibat ransangan.
 •Pembelajaran yg berlaku akibat kaitan antara
ransangan dengan gerak balas dinamakan pelaziman.
 •Pembelajaran yg berlaku akibat dua ransangan
dikenali sebagai pelaziman klasik.
•John B. Watson(1878-1958) membuktikan bahawa
emosi manusia juga boleh dilazimkan
(b) Teori Pelaziman Operan Skinner
 
•B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan perlakuan harus
diperhati dlm jangka masa yg panjang.
•Membentuk perlakuan yg kompleks daripada perlakuan
yang mudah.
•Menjalankan kajian menggunakan tikus dan burung
merpati.
•Menghasilkan Skinner Box.
 •Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh
dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak diulang) jika
diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu
ditunjukkan.
 •Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan
dendaan(peneguhan negatif) boleh membentuk
perkembangan individu.
(c) Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977)

 •Merupakan teori kognitif sosial(Bandura, 1986) yg menyatakan
bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif,
kelakuan dan ajen penentu persekitaran.
•Teori pembelajaran ini menekankan peranan kognitif dan
persekitaran dlm perkembangan.
•Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian
terhadap permodelan
 
Empat langkah proses peniruan oleh Bandura:
•Tumpuan kpd tingkah laku model (attention).
•Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa itu dlm sistem ingatan
(retention).
 •Mengingat atau menghasilkan apa yg disimpan dlm bentuk
tingkah laku(reproduction).
 •Motivasi (motivation) yang secukupnya untuk menghasilkan
tingkah laku, contoh pemberian peneguhan.
 
Teori Ethologi Lorenz
 
 •Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dalam keadaan semula jadi.
 •Evolusi dan faktor biologi berperanan penting dalam perkembangan manusia
dan pengalaman awal
 individu adalah penting.
 •Lorenz(1965) memerhati tingkah laku sekumpulan anak angsa.
 •Kesimpulannya kita tidak akan memahamiperkembangan kanak-kanak
sekiranya kita tidak
 memerhati tingkah laku dlm persekitaran semulajadi mereka
 •John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan teori ethologi dlm teori perapatan
(Theory of Attachment)menyatakan semua haiwan termasuk manusia
dilahirkan dgn program biologi yang boleh menghasilkan isyarat yang
membawa kepada perkembangan tingkah laku sosial spt perapatan.
 •Perapatan bermaksud kasih sayang yang kuat yang mengikat seseorang kpd
seorang yang lain.
 •Hubungan perapatan yang kuat semasa kecilakan memberi kesan sepanjang
kehidupan dan individu
Teori Perkembangan Ekologikal
•Menekankan pengaruh persekitaran ke atas
perkembangan organisma.
•Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yang melihat
persekitaran ekologikal manusia
berdasakan hubungannya dgn konteks di mana individu
itu berinteraksi. •Lima sistem persekitaran
ekologikal ialah:
 (a) Sistem Mikro
(b) Sistem Meso
(c) Sistem Ekso
(d) Sistem Makro
(e) Sistem Krono
 (a)Sistem Mikro 
 • Sistem Mikro ialah persekitaran yang paling hampir dengan individu,
contoh rumah dan bilik darjah.

 (b) Sistem Meso
 • Sistem Meso merujuk kpd hubungan individu dengan individulain dlm
persekitaran di mana individu itu berkembang, cth rumah, sekolah dan jiran.
 
 (c) Sistem Ekso
 • Sistem Ekso merujuk kepada keadaan yang tidak melibatkan individu secara
langsung, tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga, contoh tempat
kerja ibu bapa.
 
 (d) Sistem Makro
 • Sistem Makro ialah persekitaran yang abstraks, merangkumi sistem
kepercayaan dan ideologi.
 
 (e) Sistem Krono
 • Sistem Krono merujuk kepada peristiwa dan transisi yang berlaku dlm
persekitaran individu sepanjang hayatnya
Teori Perkembangan Arnold
Gesell

•Arnold Lucius Gesell(1880-1961) mementingkan baka


sebagai penggerak utama terhadap perkembangan di
mana kematangan fizikal adalah faktor utama
menentukan proses pembelajaran.
•Peringkat perkembangan berbeza kerana kadar
pertumbuhan yg berlainan.
•Lima tahun pertama merupakan tapak
perkembangan tingkah laku dan aspek lain yang
membawa kpd perkembangan seterusnya
Teori Tugas Perkembangan
Robert Havighurst
•Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan
masyarakat tentang tingkah laku yg sepatutnya dikuasai oleh
seseorang individu pada peringkat umur tertentu(Atan
Long,1980).
•Tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan
yg perlu dikuasai oleh individu utk menambah penguasaan
terhadap persekitaran(Newman dan Newman,1999)
•Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan kanak-
kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.
•Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya
tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas
perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan
budaya di mana individu tersebut tinggal.

Anda mungkin juga menyukai