Anda di halaman 1dari 20

Berikan 3 nilai zaman dahulu yang mesti dikikiskan.

Berikan justifikasi kenapa nilai tersebut mesti dikikiskan dengan hubung kait dengan teori etika dan teori perkembangan moral yang anda pelajari. 1. Nilai mementingkan diri sendiri Pada pendapat saya, masyarakat cina banyak mengamalkan nilai mementingkan diri sendiri. Apa maksud mementingkan diri sendiri?

Mementingkan diri sendiri merupakan sesuatu perasaan dalaman seseorang. Perasaan inilah yang mengarah tingkah laku dia untuk membuat sesuatu yang menyusahkan orang lain tidak kira tingkah laku tersebut memanfaatkan dia diri sendiri atau tidak. Yang paling penting, dia tidak mahu tengok orang lain baik. Sebagai contohnya masyarakat cina biasanya tidak akan menyampaikan ilmu sepenuhnya kepada orang lain. Mungkin individu A mengajar individu B buat kek. Individu A ini tidak akan mengajar langkah 1 hingga langkah terakhir. Individu A ini akan menyimpan beberapa langkah yang boleh menambah baik kualiti kek itu daripada individu B untuk kepentingan diri sendiri dan dia tidak mahu individu B sepandai atau lebih pandai daripada dia. Contoh lain ialah individu A tidak mahu memberi nota kepada kawan lain apabila mendapat nota tambahan daripada pensyarah. Contoh ketiga individu A pinjam sesebuah buku daripada perpustakaan dengan masa yang lama, simpan dalam almari, tidak ada guna, tapi tidak mahu pulangkan juga sebab dia tahu kawan lain amat memerlukan buku tersebut. Teori Teologikal Masyarakat cina akan mengamalkan nilai ini kerana kita berpegang kepada teori teologikal (Egoisme) dan teori Jean Piaget. Berdasarkan Teori Teologikal, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai

instrumentalnya. Teori ini mempunyai dua komponen yang penting iaitu Utilitarianisme dan Egoism. Jadi masyarakat cina yang mementingkan diri sendiri adalah mengamalkan Egoisme. Egoisme ini ditakrifkan sebagai teori yang menganggap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk merugikan diri sendiri. Dengan itu selagi seseorang individu rasa bahawa tingkah

laku mementingkan diri yang dia lakukan amat melegakan dia diri sendiri, itulah nilai baik. Walaupun orang lain tidak puas hati tapi perasaan orang lain bukan hal dia. Apa yang dia prihatin ialah kepentingan dia diri sendiri. Teori Jean Piaget Faktor lain yang menyebabkan kejadian mementingkan diri sendiri ini berlaku ialah orang ini memegang Teori Jean piaget. Sebenarnya ibu bapa harus mengajar anak-anak supaya sukarela untuk berkongsi apa-apa sahaja dengan kawan. Tapi sebahagian ibu bapa sekarang mengajar anak dia supaya tidak mengkongsikan nota tambahan dengan kawan. Ini akan berlaku proses asimilasi pada pemikiran kanak-kanak. Ajaran daripada ibu bapa akan tambah ke struktur kognitif sedia ada mereka supaya simpan apa sahaja yang baik untuk diri sendiri sahaja. Pada masa dulu, saya mempunyai seorang kawan kongsi nota kelas tambahannya dengan kami. Akhirnya, dia ditegur oleh ibunya. Pada situasi ini, proses akomodasi pula berlaku pada kognitif dia. Pada asalnya, dia akan kongsi apa yang baik dengan kawan. Lepas ditegur oleh ibu, dia ubah skemata sedia ada(kongsi apa yang baik dengan kawan) kepada skemata baru iaitu simpan apa yang baik untuk diri sahaja. Nilai ini adalah tidak baik. Jadi bagaimana kita kikiskan nilai ini ? Teori Teologikal (Utilitarianisme). Yang pertama sekali kita boleh guna Teori Teologikal (Utilitarianisme). Utilitarianisme ini diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Berdasarkan Utilitarianisme, kita haruslah bertindak untuk menghasilkan kebaikan atau keseronokan maksima kepada bilangan orang yang sebanyak mungkin atau pihak yang terlibat. Dengan teori ini, kita boleh buat apa sahaja selaginya matlamat akhir yang kita ingin capaikan ialah keseronokan ramai. Jika berpegang teori ini, kita kongsi apa sahaja dengan orang ramai supaya orang ramai seronok.

Teori Deontologikal (Prinsip Kewajipan). Yang kedua, kita juga boleh menggunakan Teori Deontologikal (Prinsip Kewajipan). Dalam teori ini, menekankan kepada perkataan kewajipan dan tanggungjawab. Menurut kant juga, prinsip kemoralan ialah kewajipan. Kalau semua manusia menjadikan prinsip menjaga kebajikan semua orang sebagai prinsip diri sendiri, hal-hal yang mementingkan diri sendiri tidak akan berlaku. Hal ini demikian kerana kita akan menjadikan prinsip tersebut sebagai niat , tujuan, dan motif dalam diri sendiri. Pada masa itu, kita akan rela hati lakukan tingkah laku yang memanfaatkan semua orang atas sebab motif tindakannyaadalah sesuatu tanggungjawab moral yang diakui. Teori Kemoralan Sosial Yang ketiga, Teori Kemoralan Sosial juga boleh kita gunakan untuk mengikis nilai mementingkan diri sendiri. Teori ini merujuk kepada hubungan sesama manusia. Ia berkait dengan kepiawaian moral, peraturan masyarakat, dan undang-undang negara atau alam sejagat dengan konsep etika. Dalam teori ini, kita haruslah meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri. Dalam perkataan lain kita terpaksa mengikis dan mengelakkan diri daripada mengamalkan tingkah laku mementingkan diri yang boleh membahayakan keamaan dan kepentingan masyarakat. Aspek ini juga pernah dikatakan oleh Velasquez, M.G.(1992). Beliau menunjukkan bahawa kepiawaian moral Teori ini mempunyai dua fungsi utama dalam masyarakat ini. Antaranya ialah setiap orang harus menolak sifat mementingkan diri untuk mengukuhkan satu sistem kelakuan yang memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Sebagai contoh kalau orang yang mahir dalam bidang masak masakan tradisi orang cina mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengajar orang lain. Lama-kalamaan, cara memasak makanan tradisi orang cina pun akan hilang dan gagal untuk diwariskan. Sebaliknya, jika semua orang fikir bahawa makanan tradisi orang cina dapat melambang orang cina dan mesti diwaris dari turun temurun. Jadi mereka akan mengajar apa sahaja yang mereka tahu kepada orang lain atas

sebab dia menjaga kepentingan makanan tradisi tersebut kepada sesebuah masyarakat.

2. Nilai etnosentrisme Tambahan pula, masyarakat cina juga mengamalkan nilai Etnosentrisme. Nilai etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain. Bagi masyarakat cina, kita sangat mengutamakan masyarakat diri sendiri. Sebahagian daripada kami enggan berkawan dengan etnik lain. Tingkah laku ini macam katak di bawah tempurung hanya mengehadkan dunia pergaulan untuk orang cina. Kadang kala, kita juga mengagung-agungkan bangsa diri lebih baik daripada etnik lain. Inilah sebab kita tidak mahu bergaul dengan orang etnik lain. Keadaan ini boleh dibuktikkan apabila kita mempunyai perhimpunan di Dewan Muhibah. Orang cina biasanya akan duduk dengan kelompok cina. Apabila memilih aktiviti kokurikulum, orang cina juga lebih suka berkelompokkelompok dan tidak mahu bercampur dengan kaum lain. Teori Kemoralan Sosial Punca keadaan ini berlaku ialah orang cina telah mengamalkan Teori Kemoralan Sosial. Teori ini menekankan bahawa kita sebagai sebahagian daripada sesuatu masyarakat. Jadi kita haruslah meletakkan kepentingkan masyarakat melebihi kepentingan diri. Emile Durkheim juga mengatakan bahawa etika terdiri daripada suatu sistem peraturan yang ditetapkan terdahulu tentang bagaimana seseorang harus bertindak dalam sesuatu situasi. Bagi masyarakat cina, kita amat menekankan satu slogan iaitu orang cina untuk orang cina. Slogan ini macam satu peraturan yang harus diamalkan selagi kamu ialah orang cina. Jadi apa yang anda lakukan harus menjaga kepentingan masyarakat cina. Kalau tidak kamu pun akan disindir dan dimarahi oleh masyarakat cina. Dalam keadaan ini cukup jelas bahawa orang cina amat mempertahankan masyarakat diri sendiri dan kepentingan bangsa diri sendiri. Dengan Teori ini, bagi masyarakat cina adalah baik kerana kita sebagai orang cina kita bersama-sama menjaga kepentingan masyarakat cina. Tapi jangan lupa bahawa kita lahir di Tanah Malaysia yang berbilang kaum ini. Kalau kita terlalu etnosentrisme dan

hanya menjaga kepentingan masyarakat cina hingga lupa akan kepentingan masyarakat Malaysia, hubungan etnik di negara kita pun akan terancam. Kalau tidak urus dengan baik maka sejarah yang begitu dahsyat iaitu peristiwa 13 Mei, rusuhan kaum akan muncul lagi. Teori kepribadian mulia Pandanglah negara kita adalah terdiri daripada pelbagai kaum. Jadi adalah begitu penting bagi kita mengikiskan nilai etnosentrisme ini. Dengan itu, kita harus mengamalkan Teori kepribadian mulia untuk mengikis nilai ini. Siapa yang mepelopor teori ini? Apa maksud kepribadian mulia? Aristotle merupakan salah seorang tokoh yang mepelopor teori ini. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa. Keperibadian mulia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia moral. Keperibadian mulia intelektual merupakan ilmu pengetahuan ialah keistimewaan akal. Sebagai contoh kebolehan mengira, menaakul, menyoal jawab, memahami dan sebagainya. Keperibadian ini boleh dicapai melalui pengajaran guru. Keperibadian mulia moral merupakan sifat-sifat yang dipupuk melalui latihan dan pengalaman. Keperibadian ini tidak dapat diajar tapi dapat menjadi sesuatu kebiasaan jika kita selalu melatih. Dengan Teori ini, kita boleh cuba berkomunikasi dengan kaum lain. Walaupun kita mungkin rasa pelik atau tidak selesa untuk bergaul dengan mereka. Tapi kita harus tetap melatih diri sendiri untuk buat demikian. Lama-kelamaan, kita akan rasa bebas dan selesa untuk bergaul dengan mereka. Selagi bejumpa, kita pun dapat berkomuikasi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa yang kedua-dua pihak faham. Teori Emile Durkheim Teori lain yang patut kita amalkan untuk mengikis nilai etnosentrisme ialah Teori Emile Durkheim. Perkara yang dititik berat dalam Teori Durkheim ialah cara sesebuah masyarakat mengekalkan integrity mereka dalam era moden. Beliau juga menegaskan bahawa masyarakat merupakan lebih daripada hasil

tambah

bahagian-bahagiannya.

Ia

tidak

fokus

kepada

usaha

untuk

memotivasikan tindakan seseorang individu. Perkara yang diberi fokus dalam teori ini ialah setiap individu bertabggubgjawab buat yang baik supaya masyarakat ini baik juga. Teori ini melihatkan masyarakat sebagai organisma manakala altuisme sebagai punca organism. Kalau pakai teori ini pada nilai etnosentrisme, bermaksud kita melihatkan masyarakat Malaysia sebagai organism. Jadi sebagai ahli-ahli dalam organisma ini, kita menjadikan altruism sebagai punca masyarakat Malaysia. Dengan itu setiap tindakan kita adalah untuk kepentingan masyarakat. Pada masa ini, kita pun akan meruntuhkan dinding antara kaum dan bercampur dengan etnik lain sebab kita sedar bahawa masyarakat cina, masyarakat malayu, masyarakat india dan etnik lain semua hidup di bawah satu payung sebagai satu organisma. Kalau kita tidak fungsionalisme dengan ahli-ahli lain dalam organisma ini, organisma ini pun akan rosak dan mati pada suatu hati. Bak kata pepatah: bersatu padu kita teguh, bercerai kita runtuh.

3. Nilai mengagungkan kedudukan diri sendiri Apa maksud nilai mengagungkan kedudukan diri sendiri. Yang pertama sekali, kedudukan diri sendiri bermaksud seseorang mempunyai sedikit kedudukan dalam sesebuah masyarakat, persatuan, atau keluarga. Yang kedua, menagungkan bermaksud orang yang mempunyai kedudukan ini sebenarnya mempunyai kuasa tapi mereka megunakan kuasa ini untuk mengagungagungkan diri sendiri dan menyuruh orang lain untuk buat apa sahaja atau semua orang wajib untuk mendengar dan mematuhi apa yang dia cakap. Dalam nilai ini, orang tersebut melihatkan diri sendiri sebagai maharaja. Keadaan ini sering kali berlaku di kalangan masyarakat cina. Sebagai contoh seseorang ibu selalu menyusahkan isteri anak dia. Dia berpendapat bahawa diri dia sebagai orang tua dan semua orang harus menghormati dia dan mendengar apa sahaja yang dia mahu. kadang kala pemintaan orang tua ini amat menyusahkan orang lain dan boleh menyebabkan suasana dalam keluarga menjadi tidak seronok. Sebagai contoh orang tua tersebut mewajibkan anak dia mesti balik rumah sebaik sahaja dia menelefon mereka tidak kira anak dia sedang buat kerja atau apa. tambahan pula, orang tua ini selalu mengkritik orang lain sebab dia rasa diri sendiri dia lebih berpengalaman. Kadang kala orang yang bermacam ini mahu semua perkara termasuk tingkah laku, pertuturan, dan sebagainya di bawah penguasaannya atas sebab kedudukan dia dalam sesebuah masyarakat, persatuan atau keluarga. Jika ada orang yang membangkang atau tidak buat apa yang dia cakap, dia akan marah. Teori Deontologikal (prinsip kewajipan) Jadi apakah sebab bagi nilai ini? Pada pendapat saya, sebabnya ialah masyarakat mengamalkan Teori Deontologikal (prinsip kewajipan). Teori ini sering kali dikaitakan dengan Immanuel Kant, seorang falsafah German. Berdasar beliau, perkara yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan ialah motif. Ini adalah kerana akibat tindakan kita adalah di luar kuasa atau anggapan kita.Teori ini merangkumi dua komponen yang penting iaitu, eksistensialisme dan prinsip kewajipan. Jadi faktor bagi nilai ini ialah Prinsip

Kewajipan. Menurut Kant, prinsip kemoralan ialah kewajipan. Mengikut kategorikal inperatif dalam prinsip kewajipan, prinsip moral yang ditetapkan oleh individu itu mestilah dipatuhi oleh orang lain. Jadi masyarakat cina memegang teori ini dan mahu orang lain mematuhi apa saya yang dia tetapkan. Kadang kala apa yang dia minta adalah begitu meyusahkan orang lain tapi dia berpendapat bahawa dia adalah seseorang yang berkedudukan dalam keluarga. Contohnya, seorang ibu menyuruh isteri anaknya tidak boleh balik rumah sebelah ibu kandung dia. Pada hal ini, dia mahu isteri anaknya patuh kepada apa yang dia minta sebab dia adalah orang tua dalam keluarga ini. Teori Teologikal (Egoisme) Tambahan pula, faktor lain yang menyebabkan berlakunya nilai ini ialah masyarakat Teologikal, cina mengamalkan atau Teori Teleologikal. sesuatu Berdasarkan oleh Teori nilai

kebaikan

kejahatan

ditentukan

instrumentalnya. Teori ini mempunyai dua komponen yang penting iaitu Utilitarianisme dan Egoism. Jadi masyarakat cina yang mengagung-agungkan kedudukan diri sendiri adalah mengamalkan Egoisme. Egoisme ini ditakrifkan sebagai teori yang menganggap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk merugikan diri sendiri. Egoisme pula boleh dibahagikan kepada 3 jenis. Bagi pihak yang mengamalkan nilai ini dalam masyarakat cina adalah dalam kategori Egoisme Etika Individu. Mereka berpendapat bahawa semua orang patut bertindak untuk kepentingan dia. Sebagai contoh seseorang kanakkanak yang manja dan mahu semua orang termasuk ibu bapa, datuk, nenek, gurunya mendengar dan buat apa sahaja yang dia mahu. kalau tidak dia pun nangis sebab dia sedar sahaja sekali sahaja dia nangis dia akan dapat apa sahaja yang dia ingin. Dia macam seorang little king dalam keluarga. Atas sebab dia sedar bahawa pengaruhnya kepada orang lain jadi dia guna kedudukan ini untuk memaksa orang lain bertindak untuk kepentingannya.

Teori Teleologikal(Utilitarianisme). Nilai ini mesti dikikiskan. Pada pendapat saya, nilai ini boleh dikikis jika kita mangamalkan Teori Teleologikal(Utilitarianisme).Perenggan 4 telah menjelaskan definisi Teori Teleologikal. Jadi sekarang apa Utilitarianiame dalam Teori Teleologikal dan bagaimana teori ini membantu kita membentuk masyarakat yang sihat yang bebas daripada nilai mengangungkan kedudukan diri sendiri.Teori Utilitarianisma adalah diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Teori ini menekankan bahawa kita haruslah meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri. Dengan itu, kita haruslah mengikis nilai mengagungkan kedudukan diri sendiri demi kegembiraan ramai supaya selaras dengan teori ini. lepas itu, kita boleh meletakkan nilai saling menghormati sebagai Utiliarisme Tindakan. Dengan utiliarisme ini, setiap orang patut saling menghormati untuk membawa kebaikan maksimum untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh nilai baik ini. kemudian, nilai yang baik ini akan menjadi satu bulatan (circle) di kalangan orang ramai. Kalau bulatan ini semakin besar, masyarakat ini juga akan semakin baik dan aman. Teori Jean Piaget Tambahan pula, Teori Jean Piaget juga boleh digunakan untuk mengikis nilai menagungkan kedudukan diri sendiri. Jean Piaget telah mengemukakan tiga proses penting yang berlaku pada kognitif iaitu assimilasi dan akomodasi. Sebelum kita memahami kedua-dua proses ini kita haruslah faham dengan perkataan skema. Dalam perkataan ringkas, skema ialah pengetahuan sedia ada. Assimilasi pula merupakan proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema sedia ada. Akomodasi pula merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Dengan menggunakan teori ini, kita boleh mengakomodasikan pemikiran pihak yang mempunyai nilai

mengagungkan kedudukan diri sendiri supaya mereka sedar bahawa tindakan mereka adalah salah dan harus ubah. Dengan akomodasi pada kognitif mereka, masyarakat kita akan menjadi lebih aman dan harmoni.

Berikan 3 nilai zaman dahulu yang mesti dikekalkan. Berikan justifikasi kenapa nilai tersebut mesti dikekalkan dengan hubung kait dengan teori etika dan teori perkembangan moral yang anda pelajari.

1. Nilai : Semangat Mengutamakan Pendidikan Semangat mengutamakan pendidikan merupakan sala satu nilai masyarakat zaman dahulu yang mesti dikekalkan. Pendidikan adalah proses pengubahan sikap dan tatalaku seseorang atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan pelatihan, proses, cara ataupun perbuatan mendidik. Ketika masyarakat cina baru sahaja berhijrah dari Negara China, kehidupan mereka adalah amat susah dan miskin. Walau bagaimanapun, terdapat satu ungkapan cina yang amat bermakna iaitu tidak kiralah betapa miskinnya kita, pendidikan a dalah tidak boleh dimiskinkan. Disebabkan oleh semangat sebeginilah, masyarakat cina sentiasa berusaha untuk memastikan supaya anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan yang sepatutnya. Bagi mereka, peluang pendidikan itu meruakan yang yang semsestinya disediakan untuk setiap kanak-kanak. Semangat mengutamakan pendidikan ini telah wujud dalam kalangan

masyarakat cina zaman dahulu disebabkan oleh pemegangan mereka terhadap prinsip eksistentialisme.

Prinsip Eksistensialisme Prinsip eksistensialisme kurang memberikan penekanan kepada peraturang tradisi serta mutlak yang menentukan manusia untuk melakukan sesuatu atas sebab pematuhannya kepada peraturan. Bagi prinsip ini, kebebasan dapat dibahagikan ke dalam 3 bentuk iaitu kebebasan jasmani, kehendak dan juga moral. Kebebasan yang terdapat dalam prinsip ini adalah termasuklah kebebasan untuk melakukan apa yang ingin dilakukan, kebebasan untuk bertindak berdasarkan kehendak serta kebebasan untuk melakukan perkaran yang bermoral dan bukannya sebaliknya. Sebagai ibubapa, pemberian dan pewujudan peluang pendidikan untuk anak adalah sesuatu yang memang merupakan perkara bermoral yang ingin dilakukan oleh kehendak diri mereka sendiri. Mereka bersusah-payah untuk menghantar anak-anak

mereka untuk mendapatkan pendidikan di sekolah walaupun dalam keadaan keluarga yang kurang berada kerana mereka inginkan anak-anak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Mereka berpendapat dalam diri mereka sendiri bahawa tindakan tersebut adalah sesuatu yang bermoral dan seharusnya dilakukan oleh diri mereka sendiri. Mastarakat zaman dahulu sentiasa memastikan anak-anak mereka menerima peluang pendidikan yang seharusnya dengan motif untuk mewujudkan kehidupan masa depan yang lebih baik untuk anak mereka. tiada undang-undang atau peraturang yang diwujudkan untuk memaksa mereka supaya menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan, tetapi meteka tetap melakukannya atas pilihan diri mereka sendiri. Semangat sebegini perlulah yang mestilah dikekalkan supaya masyarakat kita tetap dapat berkembang dan maju walaupun dalam apa jua sahaja keadaan.

Prinsip Utilitarianisme Selain itu, masyarakat pada zaman dahulu juga telah mengamalkan prinsip utilitarianisme. Berdasarkan Jeremy Bentham, kita mestilak sentiasa bertindak untuk menghasilkan kebaikan atau keseronokan yang paling maksima kepada bilangan orang yang sebanyak mungkin atau semua pihak yang terlibat. Walaupun pembawaan kebaikan dan keseronokan untuk semua pihak yang terlibat dalam perkataan Jeremy adalah amat susah dan tidak mungkin untuk dilakukan, kita tetap boleh berusaha untuk menggembirakan majoriti pihak yang terlibat dalam sesuatu perkara. Selain itu, nilai Machiavellian yang dirangkumi dalam prinsip pegangan ini menyatakan bahawa matlamat akan menghalalkan cara. Nilai ini membawa maksud bahawa sesuatu matlamat tindakan akan menentukan sama ada cara perlakuannya adalah halal atau tidak. Misalnya, tindakan menipu adalah halal sekiranya matlamat akhirnya adalah untuk menyelamatkan mereka yang berada dalam kesusuhan. Oleh itu, matlamat tindakan tersebut telah menghalalkan cara perlakuannya. Kanak-kanak pada zaman dahulu sememangnya tidak mempunyai kesedaran hak dan kepentingan untuk mendapatkan pendidikan yang tinggi. Sesetngah antara mereka juga tidak faham tentang kenapakah ibubapa mereka begitu mementingkan

sama ada mereka menerima pendidikan sehingga mereka tidak berasa perlu untuk belajar. Walau bagaimanapun, mereka tetap perlu belajar untuk membawa kebaikan dan keseronokan yang maksima kepada bilangan orang yang sebanyak mungkin. Sekiranya mereka belajar, ibubapa mereka yang amat mengutamakan pendidikan yang akan diterima oleh mereka akan berasa amat bangga dan gembira kerana tindakan anak yang megutamakan pendidikan lebih daripada perkara-perkara lain akan berkeupayaan untuk membawa perubahan taraf hidup kepada sesebuah keluarga. Selain itu, masyarakat juga akan berasa gembiran sekiranya mempunyai kanak-kanak yang mengutamakan pendidikan dalam masyarakat mereka kerana suatu hari nanti, generasi muda ini mungkin akan dapat mempertahankan serta memajukan masyarakat mereka. Negara juga akan berbangga untuk mempunyai kanak-kanak sebegini kerana mereka akan berkeupayaan untuk memajukan Negara dan bangsa suatu hari nanti. Memandangkan bilangan orang yang akan mendapat kebaikan dan keseronokan adalah begitu banyak, kanak-kanak pun perlulah sentiasa mengutamakan pendidikan.

Teori pembelajaran sosial Albert Bandura Semangat mengutamakan pendidikan ini dapat dikekalkan dengan pelaksanaan teori pembelajaran sosial Albert Bandura. Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Semangat ini akan dapat dikekalkan sekiranya generasi zaman sekarang turut mendukung semangat ini. Bagi memastikan pendukungan semangat ini oleh generasi zaman sekarang, teori pembelajaran sosial ini harus dan perlu digunakan. Berdasarkan teori pembelajaran sosial, kanak-kanak boleh belajar melalui peniruan. Generasi tua boleh mengaplikasikan peniruan secara langsung bagi memastikan kanak-kanak mendukung semangat mengutamakan pendidikan ini. Misalnya, generasi tua perlulah sentiasa memberitahu anak-anak mereka tentang betapa pentingnya untuk menerima pendidikan dan memberitahukan contoh kesan baik akibat penerimaan pendidikan. Selain itu, mereka juga perlu pastikan bahawa anakanak mereka menerima pendidikan sekurang-kurangnya sampai ke tingkatan 5. Tindakan-tindakan sebegini akan secara tidak langsungnya memupuk kesedaran

generasi muda tentang betapa pentingnya pendidikan kepada kita kemudiannya turut mengamalkan semnagat mengutamakan pendidikan ini

Teori pembelajaran Jean Piaget Di samping itu, teori pembelajaran Jean Piaget juga sesuai diaplikasikan dalam usaha untuk mengekalkan semangat mengutamakan pendidikan. Berdasarkan teori pembelajaran Jean Piaget, kanak-kanak dalam jangka umur 2 hingga 7 tahun mempunyai semangat ingin tahu serta egosentrik yang tinggi. Oleh itu, adalah tidak mudah untuk mereka menerima pandangan orang lain. Selain itu, tahap kemoralan kanak-kanak pada peringkat ini adalah peringkat pra-moral. Oleh itu, golongan ibubapa seharusnya mewujudkan kesedaran kanak-kanak terhadap betapa pentingnya pendidikan melalui tindakan ataupun cerita-cerita supaya kanak-kanak menerima dan mengamalkan semangat ini tanpa berasa tertekan akibat keberatan nilai ini. Kanak-kanak pada peringkat ini mungkin tidak berpendapat bahawa pendidikan itu adalah penting. Oleh itu, adalah penting untuk ibubapa mengasimilasikan pendapat mereka ini dengan cara yang lembut dan pelbagai seperti menayangkan filem atau kartun tentang kesan tidak belajar, membacakan cerita mereka yang berjaya akibat rajin belajar walaupun berasal daripada keluarga miskin dan sebagainya. Ini akan secara lambat-launnya mewujudkan semangat mengutamakan pendidikan dalam generasi muda dan secara tidak langsungnya menjadi jaminan bagi mengekalkan nilai mengutamakan pendidikan ini.

2. Nilai : Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan Tradisi kekeluargaan merupakan adat, kebiasaan dan kepercayaan yang telah diamalkan keluarga secara turun temurun. Tradisi kekeluargaan merangkumi banyak aspek termasuklah cara-cara untuk meraikan perayaan, pantang larang semasa perayaan, pakaian-pakaian trdisional yang dipakai secara turun-temurun dan sebagainya. Mengekalkan tradisi kekeluargaan bermakna kita menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu adat, kebiasaan atau kepercayaan yang telah diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

Contohnya, masyarakat cina biasanya akan meletakkan mayat ahli keluarga yang telah meninggal dunia di dalam suatu katil peti kaca erhawa dingin dan letakkannya di dalam rumah untuk jangka 3 hari sebelum mengadakan majlis pengebumian. Tradisi ini perlulah dan mestilah dikekalkan walau sebagaimanapun zaman berubah kerana ini merupakan satu tanpa hormat terhadap ahli keluarga kita dan juga mereka yang ingin datang untuk menjumpa ahli keluarga kita untuk kali yang terakhir. Tradisi ini juga menunjukkan penghargaan dan kesedihan kita berpisah dengan ahli keluarga kita. oleh itu, tradisi sebegini mestilah dikekalkan sebagai satu tanda taat setia kita kepada ahli keluarga kita yang meninggal dunia.

Prinsip kewajipan Prinsip kewajipan yang diamalkan dan dipegang oleh masyarakat cina zaman dahulu merupakan sebab mereka untuk mengekalkan tradisi kekeluargaan yang pelbagai ini. Berdasarkan Kant, prinsip ini memberikan tumpuan yang lebih ke atas niat, tujuan dan motif seseirang dan bukannya atas apa yang dilakukannya. Berpandukan prinsip ini, penekanan diberi kepada sebab masyarakat zaman dahulu mengamalkan tradisi kekeluargaan dan bukannya pada tindakan mereka mengamalkan tradisi tersebut. Masyarakat zaman dahulu mengamalkan tradisi kekeluargaan yang telah diwarisi secara turun-temurun bukan kerana diri mereka sendiri berasa bahawa itu merupakan sesuatu tanggungjawab mereka sejak mereka dilahirkan. Antara tradisitradisi yang diamalkan terdapat juga tradisi yang mungkin tidak begitu dipersetujui oleh mereka tetapi mereka tetap mengamalkan tradisi tersebut. Mereka bertindak sedemikian dengan melihat pengekalan identiti keluarga merupakan tanggungjawab diri yang mesti dilakukan. Prinsip kewajipan ini telah menyebabkan masyarakat pada zaman dahulu mengamalkan tradisi kekeluargaan yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita. Walaupun mereka tidak semestinya mengamalkan tradisi-tradisi tersebut dengan sukarela tetapi adalah atas sebab tanggungjawab dan peraturan, mereka tetap mengamalkan dan mewari tradisi tersebut dengan sempurna.

Tradisi sesebuah masyarakat atau keluarga merupakan sejarah dan identitinya yang mesti dikekalkan demi pengetahuan generasi masa depan. Oleh itu, adalah amat penting untuk nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan ini dikekalkan demi menjamin identiti kaum, masyarakat dan juga keluarga kita.

Teori Keperibadian Mulia Selain prinsip kewajipan, masyarakat zaman dahulu juga telah mengekalkan tradisi kekeluargaan atas teori keperibadian mulia. Teori keperibadian mulia menunjukkan bahawa keperibadian mulia tidak dihasilkan dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakmi tidak dikudaratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengalaman sehinggalah menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyenorokkan. Masyarakat pada zaman dahulu telah mengamalkan pelbagai tradisi

kekeluargaan seperti adat perkahwinan, adat pengebumian, adat perayaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tradisi ini bukan sesuatu yang mereka pandai sejak mereka dilahirkan. Mereka telah diajarkan kepentingan dan cara untuk mengamalkan pelbagai tradisi dan adat oleh ahli keluarga dan orang di sekitar mereka. Latihan turut diberi oleh orang tua supaya tradisi yang diamalkan adalah dalam cara yang betul dan tepat. Lama-kelamaan, pengamalan terhadap tradisi ini telah menjadi satu kebiasaan dan terus diamalkan oleh mereka. Teori keperibadian mulia ini telah memastikan kesinambungan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan. Ia telah memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan tradisi kekeluargaan yang merupakan identity kita.

Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura Bagi memastikan nilai ini dikekalkan, teori pembelajaran sosial Albert Bandura perlulah diaplikasikan oleh ibubapa. Berdasarkan teori ini, kanak-kanak berkeupaya untuk meniru secara langsung dengan melihat model itu sendiri atau secara tidak langsung.

Oleh itu, ibubapa dan orang tua dalam keluarga perlulan sentiasa mendedahkan tradisi-tradisi kekeluargaan kepada kanak-kanak. Dengan cara sebegini, kanak-kanak akan meniru cara untuk melakukan tradisi-tradisi kekeluargaan tanpa disedari. Bagi memastikan keberkesanan peniruan, ibubapa boleh memberi kanak-kanak peluang untuk cuba melakukan tradisi tersebut dan memberikan peneguran positif apabila kanak-kanak melakukannya dengan betul dan tepat. Peniruan sebegini akan kemudiannya bertukar menjadi suatu kebiasaan bagi kanak-kanak dan terus diamalkan dalam diri mereka sendiri. Dengan cara inilah, nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan akan dapat dikekalkan demi kesinambungan tradisi masyarakat, kaun dan keluarga kita.

3. Nilai : Ketaatan Kepada Ibubapa Ketaatan kepada ibubapa merupakan satu nilai yang merangkumi banyak aspek, termasuklah layanan yang diberikan oleh kita kepada ibubapa serta sikap yang ditunjukkan oleh kita apabila berdepan dengan mereka. Ketaatan kepada ibubapa merupakan suatu ciri-ciri masyarakat cina zaman dahulu. Pada zaman itu, setiap keluarga akan memberikan hormat yang paling tinggi kepada ibubapa mereka. Bagi mereka, ibubapa mempunyai pengalaman kehidupan yang amat banyak dan mampu untuk memberikan nasihat-nasihat dan jagaan kepada mereka. Oleh itu, masyarakat cina pada zaman dahulu sentiasanya menyatakan bahawa orang tua merupakan harta karun dalam keluarga. Disebabkan ini, masyarakat zaman dahulu sentiasanya menjaga ibubapa mereka dengan baik dan jarang ada yang meninggalkan mereka di rumah warga emas.

Prinsip Eksistensialisme Mereka telah mengamalkan nilai ketaatan ini atas pegangan prinsip

eksistensialisme mereka. Berdasarkan Jean Paul Satre, kemoralan adalah berasaskan andaian kebebasan iaitu kebebasan untuk bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan. Dengan kata lain, golongan yang berpegang kepada prinsip ini melihat sesuatu yang dilakukan oleh mereka adalah apa yang patut dan dilakukan dengan sukarela oleh mereka.

Masyarakat cina zaman dahulu yang berpegang kepada prinsip ini dan melihat penjagaan ibubapa sebagai sesuatu yang seharusnya, semestinya dan secara sukarelanya dilakukan oleh mereka atas kehendak dan kebebasan pilihan diri mereka sendiri. Mereka menjaga ibubapa mereka bukanlah untuk mendapat harta benda, pujian masyarakat atau supaya tidak ditegur orang lain. Mereka berbuat sedemikian adalah dengan perasaan dan fikiran itulah yang saya harus lakukan secara sukarela tanpa sebab. Prinsip ini telah menyebabkan wujudnya nilai ketaatan kepada ibubapa. Nilai ini mestilah dikekalkan supaya amalan masyarakat zaman sekarang yang cenderung untuk menghantar ibubapa mereka ke rumah warga emas dapat dikurangkan dan diperbaikikan. Teori Keperibadian Mulia Selain itu, masyarakat zaman dahulu juga telah mengamalkan nilai ketaatan kepada ibubapa atas teori keperibadian mulia yang dipupuk dalam diri mereka. Teori ini menyarankan bahawa manusia tidak dilahirkan secara semula jadi dengan keperibadian mulia. Keperibadian mulia ini dihasilkan daripada latihan dan pengalaman yang diperolehi setelah dalam proses pembesaran. Oleh itu, masyarakat zaman dahulu juga tidak dilahirkan secara semulajadi dengan kesedaran bahawa mereka mestilah mempunyai nilai ketaatan kepada ibubapa dan sentiasa menjaga mereka dengan hati yang ikhlas. Mereka mungkin bertindak sedemikian akibat pengalaman melihat serta membantu ibubapa mereka dalam menjaga datuk nenek mereka. pengalaman ini akan secara tidak langsungnya merembus ke dalam personaliti diri mereka sendiri dan menjadi satu tingkahlaku yang seharusnya dilakukan dan akan dilakukan secara sukarela oleh mereka. Selain itu, mereka juga mungkin dilatih oleh ibubapa atau norma masyarakat untuk sentiasa bertaat kepada ibubapa. Lama-kelamaan, nilai sebegini akan menjadi satu nilai intrinsik dalam diri anggota masyarakat pada zaman tersebut. Walau bagaimanapun, nilai ini mestilah dikekalkan bagi menjamin kemoralan masyarakat generasi sekarang dan masa akan datang.

Prinsip Utilitarianisme Tambahan pula, prinsip utilitarianisme juga telah dipegang sehingga

menyebabkan masyarakat zaman dahulu mengamalkan nilai ketaatan kepada ibubapa. Memandangkan pengamalan nilai ini dapat mendatangkan keseronokan dan kebaikan kepada semua pihak, kesan yang akan dihasilkan daripada nilai ini adalah selari dengan prinsip utilitarianisme. Berdasarkan prinsip ini, terdapat 7 elemen yang harus dititikberatkan dalam memastikan sama ada sesuatu tindakan tersebut adalah selaras dengan prinsip ini. Berdasarkan prinsip ini, nilai ketaatan kepada ibubapa yang akan memberikan kesan jangka panjang sebagai model dan pengaruh positif kepada generasi akan datang adalah selari dengan elemen kelamaan dalam prinsip ini. Selain itu, tindakan masyarakat zaman dahulu untuk mengamalkan nilai ini juga akan mempengaruhi anggota-anggota masyarakat lain atau sesame anggota masyarakat untuk turut mengamalkan nilai ini. Keadaan yang memberikan kesan mendalam kepada orang lain ini adalah selaras dengan elemen kedalaman dalam prinsip ini. Nilai ini juga adalah selari dengan elemen-elemen lain dalam prinsip ini. Oleh itu, masyarakat yang mengamalkan nilai ini sememangnya adalah mereka yang berpegang kepada prinsip utilitarianisme kerana nilai ini dapat mendatangkan lebih banyak kebaikan dan keseronokan berbanding dengan kesengsaraan. Nilai ketaatan kepada ibubapa mestilah dikekalkan dalam masyarakat demi norma masyarakat yang positif serta kesihatan mental dan tingkahlaku masyarakat dan generasi masa depan. Bagi menjaminkan pengekalan nilai ini, teori moral kognitif Lawrence Kohlberg bolehlah ditekankan.

Teori Moral Kognitif Teori moral kognitif ini merupakan satu susunan perkembangan moral yang dapat membantu masyarakat dalam memahami corak perkembangan moral kanakkanak. Dengan pengaplikasian teori ini, ibubapa dan masyarakat akan dapat membentuk insan yang bermoral melalui piawaian moral dalam sesuatu masyarakat dengan menjadikan teori ini sebagai panduan.

Berpandukan teori ini, kanak-kanak akan mempunyai 3 tahap yang berbeza dalam proses permbesaran mereka. Sekiranya segala keperluan mereka pada setiap peringkat yang berbeza diambil berat dan dipenuhi, maka mereka akan dapat memperoleh prinsip-prinsip etika sejagat yang mampu menjadikan mereka individu yang bermoral dan dihormati. Oleh itu, teori ini haruslah digunakan dalam memastikan nilai ketaatan kepada ibubapa terus dikekalkan dalam masyarakat kita.

Anda mungkin juga menyukai