Anda di halaman 1dari 1

TEKNIK BUG-4G UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF BESAR DAN HURUF KECIL DENGAN KEMAS DAN

BETUL

Oleh : Mohamad Shahfiq bin Mohd Azmi Yohahnadin Abstrak Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf besar K dan S dan huruf kecil iaitu a, r, n, m dan huruf-huruf berekor g, j, y, dan p dalam kalangan 12 orang murid tahun 2 di sebuah sekolah di Subang Jaya, Selangor dengan menggunakan teknik Badan Ulat Gonggok Empat Garisan (BUG-4G). Kajian dijalankan berdasarkan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Data dianalisis secara deskriptif. Kajian dijalankan dalam tempoh 3 minggu. Instrumen tinjauan awal mendapati bahawa murid tidak dapat menulis ayat majmuk dengan tulisan yang betul dan kemas. Instrumen yang digunakan adalah ujian, pemerhatian berstruktur, dan temu bual berstruktur. Hasil dapatan ujian, pemerhatian berstruktur, dan temu bual berstruktur mendapati bahawa BUG-4G berjaya meningkatkan kemahiran menulis huruf besar K dan S dan huruf kecil iaitu a, r, n, m dan hurufhuruf berekor g, j, y, dan p dalam ayat majmuk dengan betul dan kemas. Dapatan ujian akhir menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas menunjukkan bahawa terdapat 9 orang (75%) langsung tiada kesalahan dalam menulis huruf besar K dan S manakala 3 orang (15%) masih melakukan 50% kesalahan dalam menulis huruf besar K dan S. Bagi huruf kecil iaitu a, r, n, m dan huruf-huruf berekor g, j, y, dan p, kesemua murid (100%) berjaya membuat peningkatan 57% dan ke atas semasa menulis huruf a, r, n, m dan huruf-huruf berekor g, j, y, dan p dalam ayat majmuk dengan betul dan kemas. Dapatan pemerhatian berstruktur pula menunjukkan bahawa 100% murid menunjukkan tingkahlaku dan minat yang lebih berfokus semasa menulis dan selepas menggunakan teknik BUG-4G ini. Hasil temu bual berstruktur juga menunjukkan bahawa 100% murid menyukai teknik yang diperkenalkan. Murid juga mengakui bahawa teknik BUG-4G ini memupuk minat mereka untuk menulis ayat dengan bentuk huruf yang betul dan kemas. Oleh itu, teknik BUG-4G boleh dijadikan salah satu teknik pengajaran bagi guru Bahasa Melayu untuk mengajarkan kemahiran menulis ayat dengan betul dan kemas. Cadangan kitaran kedua ialah penggunaan pensel berwarna bagi huruf besar di awal ayat dan kata nama khas serta pengaplikasian teknik BUG-4G ini dilaksanakan dengan lebih kerap dalam tempoh yang lebih panjang iaitu beberapa minggu lagi.

Kata kunci : Menulis huruf besar K dan S dan huruf kecil iaitu a, r, n, m dan hurufhuruf berekor g, j, y, dan p dengan betul dan kemas, BUG-4G

Anda mungkin juga menyukai