Anda di halaman 1dari 36

TAJUK 1: Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan Pengenalan: Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan

sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal. 1. Konsep Dan Definisi Pengelolaan, Pengurusan dan Pentadbiran 1.1 Konsep Pengurusan Menurut kamus dewan, pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain, pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahirankemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani. Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah: (a) Merancang : Menentukan perkara yang mesti dilakukan dan cara melaksanakannya. (b) Menyediakan bajet : Menerangkan urusan belanjawan dari segi peruntukan, perbelanjaan dan kawalan. (c) Mengawal : Mengawal tindakan setiap unit atau bahagian dalam organisasi. (d) Mengarah : Tugas membuat keputusan dan memberikan arahan serta tunjuk ajar kepada kakitangan.

(e) Mengelola : Membentuk satu struktur formal tentang pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugasan dan aktiviti yang dirancang. (f) Menyediakan jadual pertandingan : Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah: 1. Jenis pertandingan 2. Masa yang diperlukan 3. Alatan dan kemudahan yang ada 4. Agihan perlawanan yang adil 5. Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan 6. Kewangan 7. Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan 8. Penentuan pemenang dan pemain yang sah (g) Membuat keputusan : Menyampaikan maklumat kepada pihak atasan dan bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian. (h) Menilai : Menilai dan melaporkan kerja yang dijalankan. Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:(a) Persediaan profesional (b) Sikap profesional (c) Perkembangan profesional Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan. Memperolehi kecemerlangan dan

kegemilangan. 1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya, Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Oleh yang demikian, pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau diajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan. (a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum. (b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. Membentuk sahsiah dan disiplin diri. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan. (Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999) Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu: Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999) Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal penyakit dalam

kehidupan seharian. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru PJK (1988). (c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan. Oleh itu, di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru akademik. (d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani Memastikan digunakan Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani Menyediakan perancangan tahunan panitia Memantau pengajaran pendidikan jasmani Memeriksa buku latihan pelajar Merancang pembelian alatan untuk panitia Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia Merancang latihan dalaman rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk penolong kanan

(e) Perancangan Belanjawan Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.

(f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barangbarang pendidikan jasmani. Stor yang disusun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu, penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid. Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani: i. ii. iii. iv. v. vi. Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani. Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini. Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru. Buku catatan barang keluar masuk perlu disediakan bagi merekodkan pergerakan alatan. Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurangkurangnya sekali setahun. Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

1.1.2 Pengurusan Sukan Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa. Ringkasnya, sukan merupakan bentuk permainan yang dikelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Sukan melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi. Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kata lain, sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain

daripada meraih keuntungan dari aktiviti sukan. Dari aspek afektif, sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas. Memandangkan kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara, di Malaysia sukan sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandang serius oleh pemimpin masyarakat. Di Malaysia, sukan biasanya ditadbir oleh badan-badan amatur dan profesional. Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialah Kementerian Belia Dan Sukan. Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya. Dasar Sukan Negara yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari 1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Dasar sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas. (a) Dasar Sukan Negara Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan digubal hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. (b) Rasional Dasar Sukan Negara Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara. (c) Peringkat Individu i. Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan yang sihat.

ii. iii. iv. v. vi.

Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri. Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup. Interaksi sosial yang baik. Mengasah kemahiran-kemahiran asas.

(d) Peringkat Masyarakat i. ii. iii. iv. Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan produktiviti negara. Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna. (e) Peringkat Antarabangsa i. ii. iii. iv. Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa. Memupuk persahabatan. Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi. 1.1.3 Objektif Dasar Sukan Negara Antara objektif dasar sukan negara ialah: a. Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. b. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan. c. Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.

d. Mencapai

kecemerlangan

dengan

semangat

kesukanan

yang

tulen

di

pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan. 1.1.4 Strategi dan Pelaksanaan Dasar Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut : (a) Perancangan Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan: i. ii. Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada. Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

(b) Organisasi Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini. Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS dalam kalangan rakyat Malaysia. (c) Personel Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan.

(d) Kewangan Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu, kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan. (e) Insentif Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif. Insentif boleh diberi dalam berbagai berbentuk. Contohnya, peluang memasuki IPTA, biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. (f) Kemudahan Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masingmasing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga digalakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahankemudahan sukan. (g) Am Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan. 1.1.5 Dalam konteks pengurusan, fungsi utama pengurusan terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut : (a) Perancangan (Planning) (b) Pengelolaan (Organizing) (c) Memimpin (Leading) (d) Pengawalan (Control) Apabila anda terlibat dalam semua aktiviti ini anda dikatakan telah terlibat dalam proses paling asas dalam pengurusan atau dikenali sebagai Basic Process of Management. (a) Perancangan (Planning) Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting dalam aktiviti pengurusan. Ianya boleh dilihat sebagai satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Kesemua aspek dalam perancangan dirangka secara terperinci dan ianya sering dikaitkan dengan masa. Perancangan yang baik dan berkesan adalah perancangan yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan.

Perancangan boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu : (i) Perancangan Strategik Perancangan jenis ini dirangka bagi memenuhi objektif organisasi dalam konteks

yang lebih luas. Ianya merangkumi kepada pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga dikenali Master plan (ii) Perancangan Operasi Perancangan aspek: a. Perancangan Jangka panjang dan Jangka Pendek Perancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang melibatkan tempoh masa. Tempoh masa yang ditetapkan ditentukan oleh perancang berdasarkan objektif ingin yang dicapai. Tiada tempoh masa yang spesifik ianya boleh jadi satu tahun atau pun kurang. Jika perancangan itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh kurang dari satu tahun ianya diklasifikasikan sebagai Perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya bagi Perancangan Jangka Panjang. b. Perancangan Berfungsi Perancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai. Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada. Sebagai contoh perancangan jenis ini adalah seperti : Perancangan sumber manusia Perancangan kewangan Perancangan program pembangunan atlet sekolah Untuk Perancangan program pembangunan atlet sekolah untuk memastikannya tercapai ianya memerlukan kewangan dan juga sumber manusia bagi menjayakan rancangan tersebut.. Jadi setiap perancangan ini boleh dilihat mempunyai perkaitan di antara satu sama lain bagi tujuan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. ini dirangka secara terperinci dan digunakan untuk bagi melaksanakan plan strategik. Perancangan operasi boleh dibahagikan kepada dua

(iii) Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan Dalam merangka satu perancangan yang baik ianya memerlukan anda mengambil

kira semua aspek yang berkaitan dan juga aspek luar jangka. Anda perlu memastikan perancangan yang anda buat ini dirangka dengan betul dan berkesan bagi memastikan prestasi dan masa depan organisasi tidak terjejas. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda gunakan dalam merangka sesuatu perancangan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. Memikirkan idea yang baik Memilih idea yang terbaik Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea anda Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu Menentukan struktur organisasi Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh digunakan Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik Memastikan rancangan ini bertulis ( Blueprint) dan sebaiknya dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat Melaksanakan rancangan ini Pastikan anda menilai akan keberkesanan setiap perancangan yang dibuat bagi membantu memberikan gambaran keberkesanan dan permasalahan yang dihadapi untuk tujuan pembaikan dan rujukan di masa hadapan (iv) Faedah Perancangan Berikut adalah faedah diperolehi melalui perancangan yang baik : i. ii. iii. iv. Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat Membantu organisasi menentukan masa hadapannya Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek pengurusannya

(b) Pengelolaan (Organising) Pengelolaan dalam organisasi zaman ini banyak merujuk kepada usaha-usaha yang berperanan menetapkan jenis tugas dan mengenal pasti dalam pengurusan

sumber. Penetapan ini kemudian dikelolakan secara bersama dengan tersusun dan bersistematik dan disertai dengan usaha-usaha yang kolektif. Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukanya satu proses yang berasing. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara kolektifnya anda perlu melihat proses dan fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, dan pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing). Anda perlu melihat pengelolaan objektif sesebuah organisasi. Ianya ini sebagai satu usaha pengurusan yang berperanan mengelak dari berlakunya bertujuan menetap keutamaan pelbagai tugasan yang perlu dijalankan bagi memenuhi kekalutan di dalam organisasi. (i) Langkah-langkah dalam Melaksanakan Pengelolaan Berikut adalah-adalah langkah yang anda boleh diikuti dalam aktiviti pengelolaan: a. Membahagikan Tugas Secara Spesifik Keberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada pembahagian tugasan secara spesifik kepada mereka yang dipertanggungjawab. Tanpa membahagikan tugas seseorang individu perlu melaksanakan pelbagai tugasan dalam satu masa. Ini merupakan satu petunjuk bahawa sesebuah organisasi itu tidak efisien dalam pengurusannya. Ada faedahnya jika amalan ini dilaksanakan, antaranya seperti individu yang menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan lebih mahir melakukan tugasnya kerana tugasan tersebut telah dilakukannya secara berulang. Ini memberikan manfaat dalam membantu mempertingkatkan kemahiran dan menjamin pencapaian matlamat yang

diinginkan dalam perancangan. b. Pembahagian Tugasan Berdasarkan Kumpulan atau Unit Kecil

Langkah yang kedua ialah membahagikan tugasan mengikut kumpulan secara sistematik dan tersusun. Ini dapat membantu ketua memantau anggota di bawahnya berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh anda ditugaskan sebagai ketua unit kemudahan sukan dan latihan, tanggungjawab anda adalah untuk memenuhi objektif perancangan dan dalam masa yang sama bekerjasama dengan anggota lain serta memantau pelaksanaan tugas. c. Memberikan Autoriti dan Tanggungjawab Setelah tugasan kepada kumpulan dan unit-unit kecil telah diberikan, seterusnya anda perlu memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada kesemua ketua berdasarkan portfolio masing-masing. Ketua memiliki autoriti yang boleh dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang dibenarkan. ke bawah dalam satu masa dan mengikut keperluan tugas. Tanggungjawab pula sering dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang ada, ia datang secara bersama. Tanggungjawab ini merupakan satu bentuk akauntibiliti terhadap tugasan yang diterima. d. Menentukan Span of Management Span of Management bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satu-satu kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu tugasan. Jika terlalu sedikit ketua anda akan hilang kawalan anggota yang diperlukan ianya akan terhadap anggota bawahan yang mengurangkan keberkesanan kerja, manakala jika terlampau ramai sebagai terlampau ramai. e. Mengkoordinasi Sumber Organisasi Langkah ini adalah yang terakhir dalam aktiviti pengelolaan, Mengkoordinasi sumber organisasi oleh semua anggota kumpulan adalah merupakan usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektif organisasi. Ini dilakukan bagi memastikan sumber yang ada dalam organisasi dapat di manfaat dan digunakan dengan baik sepenuhnya. Koordinasi ini merujuk kepada satu kaedah penggabungan, integrasi dan keseragaman di antara kumpulan dan Autoriti ini merupakan kuasa yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan dari satu tahap

unit-unit lain. (ii) Faedah Pengelolaan Berikut adalah faedah diperolehi melalui pengelolaan yang tersusun dan sistematik: a. Tindakan yang diambil akan lebih berkesan b. Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien c. Membantu dan memudahkan proses meletak tugasan dan tanggungjawab kepada individu yang berkenaan d. Membantu mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang Berkesan (c) Memimpin (Leading) Dalam aktiviti perancangan dan pengelolaan ketua akan bekerjasama dengan anggota di bawahnya dalam setiap tugasan yang ingin dicapai. Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. Dalam konteks ini sebagai seorang ketua, objektif ini bukan hanya disebut dari mulut sahaja, tetapi ianya menuntut seorang ketua memotivasikan anggotanya ke arah mencapai objektif. Tugasan ini tidak terhenti di situ sahaja sebagai ketua anda perlu memimpin anggota anda mencapainya. Sebagai seorang ketua yang efektif perlu mempunyai kekuatan dalam hubungan sesama manusia dan komunikasi. (i) Kuasa Memimpin dalam Organisasi Untuk menjadikan organisasi anda efektif dari aspek pengurusan anda perlu memahami akan situasi bagaimana manusia memiliki dan menggunakan kuasa dalam memimpin sebuah organisasi. Kuasa sering dilihat sebagai satu bentuk keupayaan di mana seseorang itu boleh mengarah atau menyuruh orang lain melakukan sesuatu tugasan atau kerja dan juga bagaimana ia menggunakan kuasa untuk melakukan sesuatu tindakan untuk dirinya dan orang lain. Dengan perkataan yang lebih mudah kuasa itu merupakan keupayaan yang dimiliki untuk mempengaruhi tindakan-tindakan lain. Tanpa pemilikan kuasa, organisasi, pengurus dan juga pemimpin akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencapai sebarang objektif yang telah ditetapkan.

(ii) Kepimpinan Kepimpinan boleh dijelaskan melalui konsep-konsep berikut: a. Kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif yang di rumus secara kolektif. Bekerja secara sedemikian akan memberi kepuasan kepada pemimpin dan pengikutnya. b. Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruang yang tidak mempunyai udara, tetapi bekerja dalam iklim yang diwujudkan oleh berbagai unsur. Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana sekitaran sentiasa berlaku. c. Kepimpinan sentiasa aktif. Kepimpinan mungkin berubah-ubah mengikut peringkat, kekuatan, atau had tetapi ia tidak akan tenggelam dan timbul. Ini bermakna tiada pemimpin, tiada pengikut dan jika tiada anggota maka tiada kumpulan. Keadaannya sama ada dinamik atau tidak ada langsung. d. Kepimpinan mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan. Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan. (iii) Kepimpinan dan Pengurusan Dari konsep yang diberikan, jelas menggambarkan bahawa kepimpinan dan pengurusan sering berkait rapat dari segi peranannya. Ianya merupakan aspek penting yang dilaksanakan secara bersama dalam mencapai sesuatu objektif dalam organisasi walau bagaimanapun berikut: a. Pemimpin mementingkan kualiti kerja agar layanan yang diberi adalah saksama, mempunyai fokus jangka panjang, tumpuan lebih kepada perubahan dan memberi aspirasi serta memotivasikan orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka. b. Pengurus pula mementingkan kepada melakukan sesuatu perkara dilakukan dengan betul, punyai fokus jangka pendek, mengekalkan status quo, bertindak menyelesaikan masalah orang lain. ianya juga mempunyai sedikit perbezaan seperti

(iv) Peranan Pemimpin Berikut adalah peranan sebagai pemimpin dalam organisasi: a. Wujudkan kecenderungan terhadap kecepatan dan tindakan b. Sedia berinovatif atau mengalami kepupusan c. Runtuhkan segala halangan d. Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala kemahiran mereka, segala masa yang mereka ada untuk keberkesanan organisasi. e. Wujudkan perspektif dan asas pengetahuan (Budaya ilmu) f. Wujudkan Organisasi Pembelajaran yang berteraskan rohani dan jasmani g. Bertindak Proaktif h. Mengurus perubahan i. Membuat tinjauan dan pemantauan berterusan j. Merujuk kepada mesyuarat atau perbincangan (d) Pengawalan (Control) Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan. Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik. Sudah tentu sebagai pengurus anda menginginkan tahap atau kualiti kerja yang anda mahukan. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya berfungsi untuk memberikan maklumat kepada pengurus. Melalui maklumat yang diterima ini ianya nanti akan membantu pengurus dalam membuat keputusan. Antara peranan penting pengawalan ini adalah bertujuan untuk menyesuaikan cara kerja kepada sesuatu standard yang telah ditetapkan. Aktiviti pengawalan ini perlu dilihat sebagai usaha yang positif dan bukannya bermaksud untuk menghukum, mencari kesalahan ataupun sebaliknya tetapi aktiviti ini perlu dilihat sebagai satu pendekatan yang membina dan korektif bai tujuan mencapai objektif sebuah organisasi. (i) Proses dalam Pengawalan Proses dalam pengawalan melibatkan tiga peringkat iaitu:

a. Menetapkan Standard atau Piawai Standard atau sesuatu piawaian wujud dari proses perancangan pengurusan dan ianya ditetapkan berdasarkan untuk matlamat dan objektif asal sesebuah hoki ke organisasi. Standard ini merupakan satu garis panduan yang tetap dan perlu dipatuhi, sebagai contoh kelayakan menghantar pasukan sebarang kejohanan di peringkat negeri, pasukan yang dipilih perlu sekurangkurangnya menjadi johan peringkat zon atau pun daerah. Untuk memberikan nilai kepada aktiviti pengawalan ianya perlu diterjemahkan kepada satu kaedah yang boleh diukur (measurable) dan mudah difahami oleh mereka yang terlibat dalam satu proses pengawalan. Standard juga perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 1. Memiliki objektif 2. Mudah diukur 3. Relevan kepada matlamat sesebuah organisasi (ii) Pemantauan dan Pemeriksaan Dalam aktiviti ini pula dua peringkat pemantauan dan pemeriksaan perlu dilakukan iaitu: 1. Mengukur atau Menilai Prestasi Kaedah yang boleh digunakan mengukur prestasi terdiri dari kaedah seperti kaedah kualitatif, kuantitatif ataupun gabungan kedua-kedua kaedah ini. Mengukur jumlah perlawanan antarabangsa yang disertai dan menepati standard dikategorikan sebagai Kuantitatif manakala mengukur keupayaan pemain seorang kewangan junior menyesuaikan diukur pula dan diri dengan pasukan atau permainan menguruskan menaikkan dikategorikan sebagai kualitatif. Contoh bagi kaedah gabungan pula prestasi pengurus dengan berdasarkan prestasinya tanduk-tanduknya berkesan dalam

prestasi atlet melalui pengurusan kewangannya yang berkesan. 2. Membandingkan Prestasi dengan Standard yang Telah Ditetapkan Perbandingan yang dilakukan ini perlu memenuhi keperluan standard yang telah ditetapkan adakah ianya gagal dipenuhi atau menjangkau lebih dari yang telah ditetapkan.

3. Tindakan Pembetulan Tindakan pembetulan ini hanya dijalankan jika standard yang diinginkan tidak tercapai. Sesuatu tindakan yang diambil perlu dianalisis di mana berlaku kepincangannya, mencari punca ataupun mungkin standard yang telah ditetapkan sukar dicapai atau tidak realistik. 4. Faedah Pengawalan Berikut adalah faedah diperolehi melalui pengawalan yang berkesan: 1. Membantu untuk pencapaian objektif dalam tempoh masa yang telah ditetapkan secara efektif dan efisien. 2. Mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah yang rumit. 3. Membantu bertindak jika berlaku sebarang kesilapan ataupun aktiviti pengurusan yang lembap

1.2 Konsep Pentadbiran Dimock (1979): Satu proses tentang apa dan bagaimana tugas sesebuah pertubuhan dikendalikan. Siondang (1981): Keseluruhan proseskerjasama antara dua orangatau lebih yang didasarkan atas rasional tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan. Shukur (1988): Memberi penumpuan kepadahal-hal yang berhubungdengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi.

1.2.1 Fungsi Pentadbiran Mengikut L. Gulick dan L. Urwick, 1959: Fungsi Merancang Penerangan Menentukan perkara mesti dilakukan dan cara

Mengelola

melaksanakannya. Membentuk satu struktur formal tentang pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugasan dan aktiviti yang dirancang. Fungsi tenaga pekerja. Tugas membuat keputusan dan memberikan arahan serta tunjuk ajar kepada kaki tangan. Mengawal tindakan setiap unit atau bahagian dalam organisasi. Menyampaikan maklumat kepada pihak atasan dan bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian. Menerangkan urusan belanjawan dari segi peruntukan, perbelanjaan dan kawalan

Mengisi tenaga Mengarah Menyelaras Melapor Menerang Belanjawan

1.2.3 Peranan Pengurus dalam organisasi Pengurusan sukan ialah sebarang gabungan kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget. Kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi/jabatan di mana produk/perkhidmatan berkaitan dengan sukan. (i) Peranan pengurus dalam organisasi: Dikenali sebagai POSDCORB (Luther Gulick) : 1. P (Planning) Merancang perkara mana yang perlu diutamakan dahulu dan kaedah yang akan digunakan untuk menyelesaikan matlamat untuk perusahaan. 2. O (Organizing) Menubuhkan struktur formal bidang kuasa melalui subkerja yang disusun, ditentukan dan diselaraskan bagi mencapai objektif. 3. S (Staffing) Kesemua fungsi kakitangan dalam mengrekrut dan melatih pekerja dan mengekalkan kondisi kerja yg baik.

4. D (Directing) Tugas yang berterusn dalam membuat keputusan dan merangkumkan mereka secara khusus dan arahan umum serta arahan dan berkhidmat sebagai ketua perusahaan. 5. CO (Co-ordinating) Semua tugas penting dalam hubung kait semua jenis bahagian pekerjaan. 6. R (Reporting) Menyampaikn semua maklumat kepada eksekutif yang bertanggungjawab untuk diberitahu tentang apa yang sedang berlaku serta diri sendiri mengetahui dan orang bawahannya diberitahu juga tentang rekod, penyelidikan dan pemeriksaan. 7. B (Budgeting) Budjet yang dikelurkan semua dalam bentuk perancangan fisikal, akaun dan kawalan. 1.2.4 Kemahiran Pengurusan Pendidikan Jasmani Pengurusan pendidikan jasmani bertujuan membentuk masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang sihat berasaskan falsafah pendidikan negara. dengan menggunakan tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor dalam aktiviti pendidikan jasmani. Berdasarkan kepada prinsip: a. Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif. b. Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. c. Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran iaitu: i. Kecergasan

ii. iii.

Kemahiran Kesukanan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat

d. Pendidikan

mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. e. Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan normanorma masyarakat. 1.2.5 Prinsip Kemahiran Pengurusan Sukan Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental, bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal. Berdasarkan kepada prinsip: a. Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia. b. Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing. Semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. c. Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.

1.3 Konsep Pengelolaan Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 722 : Perihal mengelolakan, pengarahan dan pengawalanserta pengurusan penyelenggaraan. Merangkumi :

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Jangkaan keperluan kewangan. Padang atau gelanggang. Jam setiap permainan. Makanan dan minuman. Keperluan pengangkutan. Keperluan pegawau perubatan. Sumber kewangan. Sambutan penonton.

1.4 Definisi Pengurusan i. Pengarahan, pengawalan, pengelolaan dan penyelenggaraan. Pengurusan juga didefinisikan sebagai gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan, pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawaian, pengurusan bajet, kepimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan Pendidikan jasmani. (Kamus Dewan Edisi Keempat) ii. iii. Proses menyempurnakan sesuatu tugasan dengan cekap dan berkesan melalui individu lain. (Robbins dan Decenzo,2001) Mendefinisikan 2001) pengurusan dalam duadimensi iaitu menggambarkan pengurusdalam organisasi dan melihat apa yang pengurus lakukan (Dessler,

1.5 Definisi Pengelolaan i. ii. Usaha-usaha dalam pengurusan yang berperanan menetapkan jenis tugas dan mengenal pasti sumber. Satu proses yang membabitkan dua atau lebih manusia menggembleng tenaga dan sumberuntuk mencapai tujuan tertentu. 1.6 Definisi Pentadbiran i. Satu proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan, bimbingan dan kawalan ke atas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang

diharapkan atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian matlamatmatlamat tertentu. (Leith,1990) ii. Koordinasi aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun melibatkan pengurusan kakitangan, perancangan organisasi, penghasilan dan perhubungan awam. (Daughtrey &Woods,1976) iii. Satu proses atau keadaan yang melibatkan dua atau lebih individu menggembleng tenagan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Skop Pengelolaan Pendidikan Jasmani dan Sukan Pengelolaan merupakan satu proses yang membabitkan dua atau lebih manusia menggemblengtenaga dan sumber untuk mencapai tujuan tertentu. Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran Pendidikan Jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.

2.1 Faedah:

i. ii. iii. iv.

Tindakan yang diambil akan lebih berkesan. Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien. Membantu dan memudahkan proses meletak tugasan dan tanggungjawab kepada individu yang berkenaan. Membantu mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang berkesan.

2.2 Pembentukan Jawatankuasa: Setiap pengelola sukan dan permainan seharusnya membentuk Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan. Pada kebiasaannya pengelolaan sukan ini berdasarkan giliran untuk menganjur. Peringkat MSSM, seluruh pengelolaan diserahkan kepada MSSM yang juga boleh memberi kuasa mengelola kepada mana-mana MSS negeri atau Jawatankuasa MSSM. Bagi negeri-negeri juga sama ada dikelolakan oleh MSS Negeri dan diserahkan kepada MSS Daerah manakala pada peringkat Daerah pula diserahkan kepada sekolah begitulah seterusnya. 2.2.1 Ahli-ahli Jawatankuasa pengelola boleh dibentuk seperti berikut: Ahli Jawatankuasa Induk Ahli Jawatankuasa Kerja/Kecil. 2.2.2 Ahli jawatankuasa induk terdiri daripada: Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Penolong Setiusaha Bendahari Ahli Gabungan/Majlis 2.2.3 Ahli jawatankuasa kerja/kecil terdiri daripada: Negeri Daerah Sekolah

Individu Ahli Gabungan 2.2.4 Berikut adalah disarankan AJK Kerja/Kecil: AJK Pertandingan AJK Teknikal AJK Publisiti AJK Keselamatan AJK Kepegawaian AJK Minuman/Makanan AJK Penginapan AJK Pengangkutan AJK Protokol & Jemputan AJK Statistik & Keputusan AJK Hadiah & Cenderamata AJK Seranta Dan lain-lain mengikut keperluan dan kesesuaian pengelola 2.2.5 Senarai Tugas Jawatankuasa Pengelola Peraturan 10 MSSM telah menyenaraikan tugas-tugas jawatankuasa pengelola adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Menentukan tempat, tarikh dan masa kejohanan setelah berbincang dengan S/U Agong MSSM, S/U Agong Negeri, S/U Daerah atau S/u Sukan Sekolah. Melantik pegawai yang bertauliah yang diperlukan Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti padang atau gelanggang Tempat penginapan, pengangkutan, makanan/minuman, dll kelengkapan sebulan sebelum kejohanan. Menjemput semua S/U Agung/wakil negeri, MSS Daerah, MSS sekolah mengikut peringkat kejohanan

vi. vii. viii. ix. x. xi.

Mengedarkan notis mesyuarat Jawatankuasa pengelola dan salinan minit perlu dihantar kepada setiausaha-setiausaha berkenaan dengan kejohanan Mengedarkan surat pekeliling dan keputusan penuh kpada setiausahasetiausaha MSSM MSSN YDP MSSN Keputusan rasmi hendaklah dihantar dalam satu bulan selepas tamat kejohanan.

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am dan peraturan pertandingan berkenaan akan diputuskan oleh Jaatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad. Bidang tugas ahli jawatan kuasa kerja/kecil - guru bincang bersama pelajar.

2.2.6 Contoh Carta Organisasi

PENGARAH

P.PENGARAH

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM

PENYELARAS PENYELARAS SUKAN UNIT BERUNIFORM DAN PERMAINAN

2.4 Pelan Tindakan: Membuat suatu pelan tindakan untuk pengelolaan sukan adalah sangat penting. Melalui pelan tindakan ini kita dapat mengenalpasti apakah perkara-perkara yang perlu dilaksanakan apabila mengelola nanti. Pelan tindakan seharusnya melibatkan mengorganisasi sebelum pengelolaan, semasa pengelolaan dan selepas pengelolaan. Sesuatu pelan tindakan mestilah lebih menyeluruh. Untuk melicinkan sesuatu kejohanan sukan senarai semak setiap bahagian perlu ada dan bersesuaian dengan event yang dikehendakki. Semua pengelola sukan seharusnya menyediakan borang semakan ini supaya aktiviti pelaksanaan dapat dijalankan dengan licin dan sempurna.

Berikut adalah beberapa contoh senarai semak yang boleh digunakan ketika menganjur kejohanan sukan. Tandakan ( / ). 1. Sebelum Pertandingan/Kejohanan sukan Menyediakan Kertas Kerja Penubuhan Jawatankuasa Induk Mesyuarat JK Induk Penubuhan Jawatankuasa Kerja/Jk Kecil. Mesyuarat JK Kerja Memastikan Bidang Tugas JK Kerja Memastikan JK Kerja JK Teknik Pertandingan ( ( ( ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) ) ) ) )

Menerima Bajet/Anggaran Prbelanjaan dari Setiap JK Kerja (

JK Kepegawaian JK Jemputan JK Publisiti JK Hadiah JK Padang/Gelanggang JK Penginapan JK Pengangkutan Mengedar Jadual Pertandingan

( ( ( ( ( ( (

) ) ) ) ) ) ) ( ( ) )

Semuanya telah melaksanakan persediaan pada peringkat awal

2. Semasa Pertandingan/Kejohanan sukan Taklimat Kejohanan JK Teknikal JK Pertandingan JK Padang/Gelanggang JK Kepegawaian JK Keputusan dan Statistik/Pencatat JK Aturcara JK Sambutan JK Seranta JK Pengangkutan JK Minuman/Jamuan JK Pemantauan JK Laporan ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) )

3. Selepas Pertandingan/Kejohanan sukan Tindakan Perlu diambil adalah Mesyuarat Post mortem Laporan oleh setiap JK Kerja Surat-surat Penghargaan kepada yang berkenaan ( ( ( ) ) )

3. Skop Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

a. Dasar Sukan b. Langkah Pembangunan Sukan c. Kelebihan Sukan d. Pembinaan Kualiti Sahsiah 3.1 Dasar Sukan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Pergerakan sejajar dengan Dasar Sukan Negara. Jentera Penyelaras menentukan hubungan yang lebih rapat dikalangan persatuan sukan tempatan. Perancangan semua kemudahan dan peralatan sukan hendaklah diselenggarakan dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya. Golongan masyarakat bergiat cergas untuk untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan yang sihat dalam pendidikan. Langkah masyarakat yang berdisiplin dan bersepadu melalui penyertaan yang lebih luas dan peluang yang lebih baik dalam bidang sukan. Program Sukan sentiasa mendapat pengiktirafan, penghormatan supaya sentiasa bergerak secara bersepadu dan terpimpin. Pertingkat kualiti sukan supaya menjadi kebanggaan.

3.2 Langkah Peningkatan Sukan i. Selaras penglibatan sesetengah golongan masyarakatdisebabkan oleh beberapa faktor. Sistem latihan yang perlu diselaraskan. IPTA dan pendidikan tinggi digerakkan supaya mencapai peringkat kebangsaan. ii. iii. Langkah melaksana, menilai dan menyusun strategi dan program memaju dan membangunkan sukan. Komitmen mewujudkan seminar, kursus, dan bengkeldalam dan luar negara untuk meningkatkan komitmen yang cergas di kalangan pegawai sukan dan kakitangan. iv. Kerjasama beberapa program latihan sukan jugadiadakan hasil daripada kerjasama yang wujud. Perkembangan yang sihat untuk mengembangkan program kegiatan sukan di kalangan belia tanah air. 3.3 Kelebihan Sukan

i. ii. iii. iv. v.

Secara

individu,

sukan

dapat

menyumbangkan

pembentukan

sahsiah,

meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan fizikal. Penggunaan masa lapang secara berfaedah dan dapat mengurangkan tekanan hidup moden. Mewujudkan interaksi sosial yang bermakna dan berjaya memperluaskan lagi perkembangan kemahiran asas dalam bidang sukan. Kegiatan sukan secara menyeluruh akan mencegah jenayah dikalangan remaja dengan penggunaan masa secara berkesan. Memupuk dan menjalinkan ikatan persahabatan yang abadi dan berkekalan di kalangan anggota masyarakat yang berbilang kaum. 3.4 Pembinaan Kualiti Sahsiah i. Moral peranan yang dimainkan oleh jaguh, pakar, kaum pelajar, dan pendidik dalam sukan secara aktif menggalakkan pembinaan kualiti fizikal sesuai memenuhi hasrat negara. ii. iii. Meningkatkan produktiviti dan pembangunan negara. Kekurangan sentiasa membuat perubahan dan p enambahbaikan untuk mengatasi kekurangan pendekatan saintifik dalam latihan, kekurangan jurulatih dan pegawai yang bertauliah. iv. Galakan calon-calon yang mempunyai kehandalan dan bakat dalam bidang dan kegiatan kokurikulum, termasuk sukan, sentiasa diberi pertimbangan untuk memasuki sesetengah pusat pengajian dengan syarat mempunyai kelayakan dalam akademik. v. vi. Nadi peranan sukan di dalam masyarakat diperlihatkan dengan guru sebagai pengganti pemimpin negara pada masa hadapan. Budaya hidup sentiasa diteruskan secara bersepadu melalui latihan yang sistematik di kalangan pelbagai pihak. Kesungguhan dan usaha membantu perkembangan sukan sebagai budaya masyarakat. vii. Sosial alat integrasi, mengasah bakat, menyekat masalah sosialterutama di kalangan remaja. Kecemerlangan yang cemerlang dikalangan remaja.

4. Skop Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Definisi Pentadbiran i. Dimock (1979), menyatakan pentadbiran sebagai suatu proses tentang 'apa' dan 'bagaimana' tugas (fungsi) sesebuah pertubuhan dikendalikan. 'apa' adalah isi penting kepada pengelolaan organisasi seperti pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu. 'bagaimana' adalah teknik-teknik pengurusan dan prinsipprinsip yang digunakan ke arah pencapaian matlamat organisasi. ii. iii. Kamus Dewan Edisi keempat menyatakan pentadbiran bermaksud, perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan dan pemerintahan. Pentadbiran didefinisikan sebagai proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan,bimbingan dan kawalan keatas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan atau mengarahkan program kepada pencapaian matlamat tertentu, (Wee Eng Hoe). iv. Daughtrey & Woods (1976) menyatakan, pentadbiran merupakan koordinat aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun. Pentadbiran melibatkan pengurusan kakitangan, perancangan, organisasi, penghasilan dan perhubungan awam. v. Unsur kepimpinan ditambah oleh Newman (1963) bagi melengkapkan idea proses pentadbiran Griffiths (1959) dalam buku bertajukAdministration Theory, menyatakan bahawa pentadbiran adalah satu corak tingkah laku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. 4.1 Tujuan Pentadbiran dan Pembentukan Organisasi i. ii. iii. iv. v. vi. Perancangan organisasi Delegasi Bilangan Paras organisasi Kedudukan dalam pentadbiran Objektif organisasi

4.2 Jenis-jenis Pentadbiran

a. Laissez-Fair : Pemimpin memberi bimbingnya kepada ahli tetapi memulangkan kepada ahli kumpulan untuk membuat keputusan. Pemimpin ini tidak dianggap sebagai pemimpin sejati kerana tidak menggunakan kuasa kewibawaanya dan tidak menggunakan sepenuhnya. i. ii. Membiarkan organisasi berfungsi sendiri. Membolehkan individu dalam organisasi melakukan apa sahaja diingini. sepenuhnya ciri kepimpinannya. Pemimpin ini mudah menyebabkan keadaan yang tidak terkawal dan boleh merugikan organisasi

b. Autokratik : kepimpinan tunggal/semua keputusan dan kuasa daripada ketua adalah mutlak. Pemimpin memberikan arahan dan kawalan yang ketat terhadap individu atau kumpulan bawah jagaannya. Pemimpin ini juga tidak memberi peluang kepada orang bawahan bertanya atau membuat sebarang cadangan. Kakitangan kurang bermotivasi dan tidak berinisiatif dan bersikap pasif terhadap arahan yang diberikan. i. ii. Pemerintahan kuasa mutlak. Menggunakan kuasa dan autoriti untuk mengawal semua individu dalam organisasi. c. Diktator : Merupakan seorang pemimpin negara yang berkuasa mutlak. Diktator biasanya bukan dipilih secara demokratik oleh rakyat negaranya dan merampas kuasa melalui cara kekerasan. Seorang diktator berupaya melaksanakan undang-undang sendiri tanpa perundingan dengan pihak atau badan lain. Biasanya, diktator merupakan ketua tentera atau parti dominan satu negara. i. ii. Ketua berperanan penting. Kakitangan bergantung kepada ketua.

d. Eklektik : Merupakan pemimpin yang menggunakan pendekatan yang lebih daripada satu bentuk pentadbiran.

i. ii.

Menggabungkan pendekatan laissez-faire dan autokratik. Menggunakan jenis pentadbiran yang berlainan ikut situasi.

e. Demokratik : Suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. i. ii. iii. iv. v. Pemimpin membentangkan segala masalah secara perbincagan. Mesyuarat antara kakitangan diadakan secara tetap dan berkala. Ahli bebas menyuauarakan pendapat. Keputusn terakhir bergantung kepada persetujuan bersama dalam kumpulan. Sistem kadang kala gagal membawa golongan pelampau dan pakatan dalaman sehingga menyebabkan pertukaran pemimpin yang terlalu kerap. 4.2.1 Konsep-Konsep Asas Pentadbiran Sumber kuasa: a. Asas Sosial Kuasa yang sah, kuasa, kepakaran, kuasa rujukan, kuasa ganjaran dan kuasa paksaan. b. Asas Informasi Individu yang mempunyai lebih banyak informasi mampu mempengaruhi pemikiran individu lain. Kuasa : Kebolehan mempengaruhi orang lain mengikut hala tuju yang diingini. a. Kuasa yang sah Wujud disebabkan nilai budaya dan struktur sosial. (ketua mempunyai kuasa) -Kuasa wujud dalam dua bentuk. Kuasa ke atas dan kuasa ke bawah. Contoh: Kuasa ke bawah (ketua membuat peraturan) :- Kuasa ke atas (seorang pustakawan meminta guru memasukkan butir peribadi sebelum memasuki perpustakaan)

b. Kuasa kepakaran Seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. c. Kuasa rujukan Berasaskan sifat-sifat yang berkarisma seorang pemerintah. d. Kuasa ganjaran Seseorang individu mempunyai keupayaan untuk memotivasikan orang bawahan dengan ganjaran kenaikan pangkat. e. Kuasa paksaan Kuasa ini mengakibatkan kakitangan bawahan mengikut arahan walaupun tidak bersetuju.

Anda mungkin juga menyukai