Anda di halaman 1dari 7

ADAPTASI

Adaptasi bermaksud mengubah atau


mereka bentuk sesuatu genre sastera
kepada bentuk lain yang difikirkan
lebih menarik.
Contoh, dalam memahami isi sesebuah
sajak, guru boleh mengadaptasi sajak
tersebut kepada bentuk drama, cerpen
atau nyanyian.

Contoh karya yang diadaptasi,

KERUSI PANAS
Kerusi panas
Teknik kerusi panas boleh digunakan untuk
pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam
sesebuah karya sastera.
Seorang pelajar akan diminta menghayati dan
mendalami watak dalam sesebuah cerita.
Pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan
di hadapan kelas.
Pelajar-pelajar lain diminta menanyakan soalan-
soalan yang berkaitan dengan watak yang
dipegang oleh pelajar di kerusi panas
Pelajar ini akan menjawabnya berdasarkan cerita
atau peristiwa dalam karya sastera tersebut.
Aktiviti ini menjadikan pelajar menghayati setiap
watak dan perwatakan dan memahami plot cerita
yg dipelajari.
Teknik ini menerapkan kemahiran lisan para
pelajar melalui pendapat dan perasaan yang
dikemukakan.
Guru dapat menerapkan beberapa perkara
seperti kemahiran interpersonal, mencari
maklumat, latihan bertanya dan menjawab
soalan secara spontan atau berstruktur.
Pelajar yg duduk di kerusi panas perlu menjawab
setiap soalan dan tidak boleh mengatakan tidak
tahu.
Teknik ini sesuai bagi mengajar prosa tradisional,
prosa, cerpen dan drama.


Contoh soalan kerusi panas
1- Mengapakah awak suka mencaci dan
mendera Bawang Putih?
2-Mengapakah awak tidak sayang akan kakak
awak sendiri?






Contoh soalan kerusi panas


1- Mengapakah awak bekerja sebagai seorang
samseng?
2- Apakah rahsia tubuh awak cantik dan menawan?

Anda mungkin juga menyukai