Anda di halaman 1dari 12

KONSEP DAN DEFINISI

Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dalam Literasi Bahasa Melayu bermaksud proses asas pembelajaran kemahiran menulis dan membaca melalui aktiviti fizikal yang diperkukuh dengan pengalaman murid dengan tujuan memberikan maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku.

MAKSUD PJK

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

KEPENTINGAN PJK KEPADA MURIDMURID


a) Membantu membangunkan tahap kecergasan melalui aktiviti fizikal. b) Membangunkan kemahiran pergerakan asas, kreatif, sukan dan gimnastik sambil mempelajari literasi bahasa. c) Memberikan kefahaman tentang keselamatan diri dan orang lain, peralatan dan tempat aktiviti sambil mempelajari literasi bahasa.

d) Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengenali diri dan penjagaan kebersihan diri sendiri. e) Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak tentang Gaya Hidup Cergas dan Gaya Hidup Sihat. f) Mengenal pasti isu semasa PJK yang boleh mempengaruhi kehidupan seharian murid.

Contoh-contoh penyerapan pemulihan dalam PJK

EJA NAMA SENDIRI

Tuliskan nama kanak-kanak di atas kepingan kad yang berasingan. Kemudian campurkan kad itu. Murid- murid diminta bersedia di garisan permulaan. Apabila wisel ditiup, murid dikehendaki berlari mendapatkan kad dan menyusun nama mereka ke dalam susunan yang betul. Mereka boleh juga menukar kad-kad dengan murid lain dan cuba untuk mengeja nama-nama lain. Secara tidak langsung murid-murid tadi akan tahu mengeja nama mereka dengan ejaan yang betul. Setelah selesai, murid diminta berlari ke garisan penamat.

PERMAINAN PEMBURU ABJAD.

Guru menyembunyi beberapa kad huruf atau abjad di tempat-tempat tertentu seperti di sekeliling pokok, tiang gol, pagar, tepi bilik darjah, di celahcelah halaman majalah atau buku. Kemudian. setiap murid diberikan sekeping kad huruf atau abjad. Minta mereka mencari kad abjad yang sepadan dengan kad yang mereka dapat di sekeliling pokok, tiang gol, pagar, tepi bilik darjah, di celah-celah halaman majalah atau buku. Murid yang berjaya menemuinya dikehendaki lari sekuat hati dengan mencuit guru atau menekan loceng seperti yang diarahkan.

SUSUN PERKATAAN

Murid-murid diminta memilih kad perkataan yang telah disediakan oleh guru. Kemudian murid-murid diminta menyusun kad perkataan itu mengikut susunan abjad berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru. Misalnya, ayam, basikal, cempedak, durian, emak dan seterusnya. Apabila siap, murid dikehendaki berlari ke kumpulan masing-masing dan cuit tangan rakan lain.

Langkah satu: Murid dibahagi kepada dua kumpulan. Langkah dua: Guru menunjukkan gambar yang disediakan kepada murid. Langkah tiga: Permainan dimulakan dengan seorang demi seorang. Langkah keempat: Murid yang pertama perlu menitiskan bola melalui beberapa halangan. Langkah kelima: Apabila mencapai ke stesen, pelajar bermain lompat tali 5kali. Langkah keenam: Pelajar memilih satu ayat dan meletak di tempat yang disediakan. Langkah ketujuh: Berlari balik kepada kumpulan dan bertukar orang. Langkah-langkah diulang sehingga berjaya membina ayat.

KOS ABM
Lompat tali = RM 6 Kertas warna + cetak =RM 2 Kos ABM keseluruhan = RM 8

Sekian terima kasih. >///<

Anda mungkin juga menyukai