Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN SPL4402-01 , Asas pengurusan inovasi dan pengeluaran produk merupakan salah satu subjek yang perlu diambil

oleh mahasiswa fakulti pendidikan UTM, skudai. Melalui subjek ini, pelajar akan didedahkan tentang asas untuk mengelola hal yang berkaitan dengan inovasi serta cara untuk mewujudkan produk inovasi ke pasaran. Pelajar akan didedahkan kepada aspek-aspek asas yang berkaitan dengan inovasi seperti proses perancangan, penyusunan, pengarahan ,pengawalan dan sebagainya. Perkara asas mengenai pengeluaran sebuah produk turut di ajarkan kepada pelajar. Perkataan inovasi boleh didefinisikan sebagai satu proses pengubahsuaian kepada sistem, produk, perkhidmatan dan sebagainya untuk dijadikan kepada sesuatu yang baru. Proses pengubahsuaian itu bertujuan untuk meningkatkan kemajuan sedia ada demi kesenangan masyarakat. Seringkali juga perkataan inovasi dikaitkan dengan perkataan kreatif mahupun kreativiti kerana proses inovasi memerlukan satu pemikiran yang kreatif untuk mengubah suatu yang sedia ada kepada sesuatu yang sangat berlainan darinya. Apabila membincangkan tentang isu inovasi, semestinya ramai pihak yang akan mengaitkannya dengan produk. Dan tidak dinafikan, kepelbagaian produk yang terdapat dipasaran pada masakini ia adalah hasil aktiviti inovasi yang berlaku disebabkan oleh permintaan orang ramai. Aktiviti pengeluaran produk dijalankan selepas proses inovasi dilaksanakan. Pengeluaran bermaksud aktiviti menghasilkan produk untuk memenuhi kehendak dan keperluan pengguna iaitu manusia. Setiap proses pengeluaran mempunyai nilai faedah. Nilai faedah terhasil apabila produk tersebut berubah bentuk, berpindah tempat dan juga berubah pemilik. Proses pengeluaran dapat dilaksanakan dengan adanya beberapa faktor berikut iaitu wang, buruh , tanah dan juga usahawan. Bagi mendapat kefahaman mendalam mengenai subjek ini, kajian terhadap satu produk sedia ada di pasaran dijalankan. Kajian ini merupakan kajian ringkas mengenai perkembangan produk yang terdapat di pasaran. Dimana produk tersebut telah wujud dipasaran sejak bertahun-tahun dahulu dan sehingga kini ia masih berada di pasaran namun telah mengalami proses inovasi dimana menjadikan ianya produk yang lebih canggih daripada yang asal dan kebolehfungsian yang mampu meningkatkan tahap kecekapan

manusia dalam melaksanakan kerja harian. Produk yang dipilih oleh pengkaji adalah komputer bimbit, atau lebih sinonim lagi komputer riba.

PENGENALAN PRODUK

Penggunaan laptop menjadi satu kebiasaan dikalanagan masyarakat sejak akhir ini. Ianya digunakan oleh masyarakat dalam lingkungan umur yang berbeza dan untuk tujuan yang berlainan seperti belajar dan juga hal perniagaan. Satu faktor yang membuatkan komputer riba mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan masayarakat adalah ianya mudah di bawa dan juga di letakkan di mana sahaja dan pad bila-bila masa. Kadangkala komputer riba di anggap sebagai satu simbol kemewahan

Laptop ialah komputer riba persendirian dengan bentuknya yang seakan-akan bentuk cengkerang kerang apabila dibuka dan ditutup. Komputer riba dicipta dengan fungsi untuk digunakan sebagai komputer bimbit. Komputer riba mempunyai kompenan-kompenan yang hampir sama dengan komputer termasuklah papan paparan, papan kunci( keyboard),alat-alat pengarahan seperti pad sentuhan dan pembesar-pembesar suara seunit. Komputer riba berfungsi dengan memperolehi bekalan kuasa elektrik melalui pengecas arus terus (AC Adapter), ataupun boleh digunakan terus tanpa bekalan elektrik dengan berbekalkan kuasa bateri simpanan. Kadangkala komputer riba dipanggil Notebook. Dalam terma yang lain ia seperti ultrabooks atau netbooks, ia merujuk pada jenis komputer riba yang spesifik. Komputer riba masa kini kini telah di reka dengan kamera dan juga mikrofon(prakemasukan).

Komputer mudah alih berasal dari asas Monochrome CRT, iaitu paparan komputer yang sangat terkenal pada awal kemunculan komputer dahulu, iaitu pada awal tahun 1960 sehingga 1980. Ia kemudiannya berkembang menjadi laptop masa kini yang secara asalanya di katakana sebagai mempunyai bidang pasaran yang sempit. Pada masa itu , ianya lebih banyak digunakan oleh pihak tentera, bidang perakuanan dan juga wakil jualan. Namun apabila komputer telah di inovasi menjadi kecil, ringan, murah, lebih tahan lama, paparan yang besar serta mempunyai kualiti yang lebih baik, penggunaan komputer riba menajdi luas dan kegunaan yang pelbagai.

Kemunculan produk ini di pasaran menunjukkan tahap permintaan daripada pengguna masih pada tahap yang tinggi. Sub-topik yang akan di bincangkan seterusnya adalah mengenai perkembangan komputer riba iaitu dari awal kemunculan, kini dan komputer riba yang akan tercipta pada masa hadapan akibat dari akitiviti pemodenan.Berikut merupakan komputer yang menggunakan Monochrome CRT dan seterusnya di kembangkan menjadi komputer riba masa kini.

SEJARAH PERKEMBANGAN

Awal kemunculan

Kemunculan komputer riba merupakan hasil imaginasi Alan Kay. Alan Kay dilahirkan pada 17 Mei 1940. Dia merupakan seoarang saintis komputer di Amerika. Dia telah dilantik menjadi ahli akademik amerika arts and sciences, akademik kejuruteraan kebangsaan, royal society of arts. Dia sangat dikenali dengan satu kerja perintisan iaitu penggunaan grafik antara muka, pengatucaraan berorentasikan objek. Beliau berkata jalan terbaik meramalkan masa depan ialah untuk menciptanya. Penglibatan beliau yang banyak dalam bidang pengkomputeran menyebabkan beliau sering dipanggil untuk menjadi penasihat, penceramah dan sebagainya.

Ianya mula di cipta di Xerox PARC pada awal tahun 1970 dan komputer riba yang pertama, di namakan sebagai Xerox Note Taker. Ia merupakan produk yang utama dalam konsep Dynabook Alan Kays. Hanya 10 buah prototaip kmputer riba sahaja yang dihasilkan pada ketika itu. Walaupun ianya tidak mempunyai pengeluaran yang banyak, namun komputer riba terawal ini dapat mempengaruhi rekabentuk komputer riba Osborne 1 and Compaq Portable.

Komputer riba tersebut di bina dengan teknologi terkini, termasuk pembinaan monitor paparan monochrome, ruang untuk disket(floppy disk drive) dan juga tetikus. Ianya mempunyai kelajuan (RAM) 128kB dan menggunakan 5 MHz intel 8086 CPU.untuk sistem operasi didalam komputer riba , smalltalk operating system yang memang direka khusus untuk komputer Xerox Alto. Komputer riba terawal ini juga mempunyai grafik antara muka. Saiz komputer riba pada masa itu adalah sama seperti mesin menjahit mudah alih. Papan kunci di lipat keluar dari bawah untuk mendedahkan paparan dan juga cekera padat.

Komputer riba diinovasikan lagi dengan

adanya bentuk perlindungan. Osborne

1 and Compaq Portable merupakan komputer riba yang terhasil dari inovasi tersebut. Ianya mempunyai keberatan separuh daripada komputer riba diawal penciptaan, yang mana beratnya adalah 22kg (48lb). Pada tahun 1973 sebuah syarikat yang dinamakan IBM memperkenalkan , Computer APL Machine Portable (SCAMP. Prototaip ini adalah berdasarkan pada IBM PALM processor (Put All Logic in Microcode or 128 bit). Pada masa itu, hanya prototaip sahaja yang dihasilkan , maka pada bulan September 1975 komputer riba IBM5100 dikomersialkan dan ianya direka berasaskan pada prototaip SCAMP.

Kuantiti komputer riba semakin meningkat dengan cepat apabila penerimaan meluas terhadap mesin 8-CPU. Pada tahun 1981, kemunculan komputer riba yang kini mempunyai berat 10.7 kg sahaja dan menggunakan perisian zilog Z80. Dapat dilihat dengan jelas disini, proses inovasi komputer riba telah berlaku. Komputer riba tersebut tidak mempunyai bateri, mempunyai keluasan skrin 13 cm. Pada tahun yang sama komputer mudah alih Epson HX-20 di umumkan. Komputer riba ini mempunyai skrin LCD , bateri yang boleh di cas dan pencetak bersaiz kalkulator dalam rangka yang beratnya 1.6kg. Pada masa ini juga kemunculan komputer riba ,Tandy/RadioShack dan HP dengan pelbagai jenis rekabentuk.

Komputer riba pertamayang menggunakan pelindungan jenis cekerang kerang muncul pada awal tahun 1980. Dulmont Magnum telah di keluarkan di Australia dalam tahun 198182 tetapi tidak dipasarakan secara global sehinggalah tahun 1984-85. Komputer riba yang pertam di panggil sebgai laptop oleh kilang-kilang dikeluarkan pada tahun 1983. Dari

tahun 1983 dan seterusnya, pelbagai teknik dibangunkan di dalam komputer riba dan beberapa bahagian di tambah pada komputer riba termasuklah ,pad sentuhan (touch pad), batang penunjuk (pointing stick) dan pengecaman tulisan tangan.Kecanggihan komputer riba semakin berkembang pada ketika itu. Pada ketika itu juga , terdapat komputer riba yang dicipta dengan keistimewaannya dapat meminimumkan penggunaan kuasa bateri.

Pada tahun 1991 skrin berwarna telah menjadi satu kebiasaan dalam perkembangan komputer riba. Pereka komputer riba juga mereka komputer riba yang mempunyai resolusi yang tinggi dan juga dengan skrin yang bersaiz 17 pada tahun 2003. Alat-alat elektronik yang digunakan bersama-sama dengan komputer riba atau lebih dikenali sebgai Hard driver telah mula di gunakan secara mudah alih sejak lewat tahun1980.

Produk masa Kini Pada hari ini, komputer riba bukan hanya di gunakan oleh pihak pihak tertentu sahaja. Komputer riba telah digunakan secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat di merata dunia. Penggunaan yang meluas adalah disebabkan ianya mudah didapati dan mempunyai harga yang mampu untuk dimiliki oleh setiap orang. Komputer riba juga memudahkan kerja dan mudah untuk di bawa kemana sahaja. Pada hari ini komputer riba tidak hanya melaksanakan interaksi seperti pemprosesan perkataan dan lemabaran kerja tetapi dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Pelbagai alatan direkabnetuk menjadi satu peralatan yang mempunyai pelabagai fungsi. Komputer riba ataupun komputer peribadi menjadi sebahagian daripada kehidupan harian sebagai peralatan yang dibawa ke mana sahaja seperti telefon bimbit. Komputer riba masa kini di cipta dengan fungsi mengesan rangkaian internet tanpa wayar, ataupun lebih dikenali sebagai wireless. Para pengguna komputer riba boleh menikmati internet tanpa memerlukan kabel sebagai penghubung untuk mendapatkan internet. Pada masa kini banyak alatan mudah alih telah dicipta seakan fungsi komputer riba membanjiri pasaran. Antaranya ialah komputer tablet, buku digital(e-books), PDA (pembantu peribadi digital) dan juga telefon pintar. Peralatan elektronik ini mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding dengan komputer riba.

Komputer tablet

Buku Digital

Namun begitu masyarakat masih ramai yang lebih selesa untuk menggunakan komputer riba. Komputer riba lebih tahan lama dan juga mempunyai mampu bekerja dua kali ganda dari alat elektronik bimbit yang lain. Komputer riba mempunyai ruang simpanan yang lebih banyak berbanding alat elektronik mudah alih yang lain. Komputer riba juga boleh berfungsi dengan lebih efisyen apabila dikaitkan dengan kerja-kerja pengkeranian khususnya membuat dokumen-dokumen rasmi untuk syarikat. ini kerana telefon mudah alih tidak disertakan dengan perisian Microsoft word atau office. Maka hal ini menjadikan komputer riba masih menjadi pilihan masyarakat masa kini. Pada masa kini , pelbagai rekaan komputer riba dapat dilihat di pasaran. Komputer riba kini dikeluarkan dengan pelbagai jenama oleh syarikat-syarikat pengeluar alatan komputer. Antara jenama yang ada di pasaran adalah seperti Apple, Lenovo, Alienware, Asus, Sony, Gateway, Toshiba, Dell,Acer, Hewlett Packard(HP). Komputer riba yang telah dinyatakan adalah merupakan jenama yang dikenali ramai. Namun banyak lagi jenama lain di pasaran yang tidak disenaraikan menjadi pilihan masyarakat. Perkembangan komputer riba pada masa kini adalah dipengaruhi oleh permintaan orang ramai namun ianya bergantung dengan syarikat pengeluaran sama ada ingin mengambil kira tentang permintaan tersebut ataupun tidak. Syarikat yang sentiasa menginginkan kemajuan, mereka akan melantik pekerja mereka untuk membuat inovasi sesuai dengan permintaan tersebut. Setiap jenama komputer riba mengalami proses inovasi secara berkala. Bagi mendapat pengetahuan tentang inovasi yang telah dilakukan keatas

komputer riba, Pengkaji akan membincangkan perkembangan komputer riba mengikut jenama komputer riba. Pengkaji ingin mengambil salah satu jenama yang tersohor sebagai topik perbincangan tentang komputer riba masa kini.Komputer riba yang dikatakan mempunyai kualiti yang baik dan mempunyai harga tertinggi dipasaran adalah komputer berjenama Apple.Syarikat Apple di asaskan oleh seorang usahawan Amerika Syarikat yang bernama Steve Paul. Malalui Syarikat Apple ini, dia mendapat gelaran perintis kepada revolusi komputer riba. Komputer riba Apple yang pertama di nama sebagai macintosh. Sasaran pasaran adalah untuk di rumah, pendidikan dan juga pasaran-pasaran profisional kreatif. Ciri-ciri komputer riba pada masa itu adalah tidak mempunyai pakej bahasa program. Komputer riba yang di hasilkan oleh syarikat apple berkembang dengan komputer riba , PowerBook G4. Tahun pasaran adalah pada tahun 2001. Ianya menggunakan system PowerPC G4. Ianya mempunyai dua reka bentuk iaitu mempunyai rangka yang dibina dari titanium dan satu lagi rangka yang dibina menggunakan bahan aluminium. Pada tahun 2006, komputer riba MacBook Pro dihasilkan. Komputer riba ini di hasilkan pada januari 2006. Ia merupakan generasi ke-3 hasil inovasi PowerBook G4. Rekabnetuknya hampir menyerupai powerBook G4 tetapi mempunyai system yang digunakan adalah berbeza. MacPro Book menggunakan Intel Core Processors. Komputer riba dikembangkan lagi dnegan menngunakan sistem Intel duo core. Ianya di cipta untuk tujuan kegunaan sendiri dan juga pendidikan. Memori komputer riba ini tidak mencukupi untuk kerja-kerja seperti perniagaan . Komputer riba MacBook mempunyai beberapa kelemahan seperti komputer menjadi perlahan,tidak dapat mengesan bateri yang di bekalkan. Dengan kegagalan-kegagalan tersebut, pereka terus mencuba untuk mengahsilkan komputer riba yang lebih baik. komputer riba yang versi MacBook terkini lebih mengkagumkan. Dimana pad sentuhan untuk tetikus diperbuat daripada kaca, dan lapisan luarannya merupakan kalis kotoran dan membnatu komputer sentiasa selamat ketika dipindahkan dari satu kawasan-ke satu kawasan. Ia juga mempunyai ketahan bateri yang lama iaitu selama 7 jam. Seperti yang kita ketahui kini, komputer riba seharusnya mempunyai tetikus dan juga perisian grapik, namun pada masa itu, dua bahagian ini bukan aspek yang penting untuk di reka. Pembinaan tetikus dan juga penggunaan grapik adalah berkembang mengikut masa. Syarikat apple juga mengalami proses inovasi penggunaan tetikus dan juga grafik. Berikut merupakan perkembangan komputer persendirian oleh syarikat Apple;

Selain syarikat Apple, syarikat lain turut mengalami proses inovasi bagi memenuhi kehendak masyarakat. Komputer riba keluaran asus bakal mengeluarkan komputer riba yang direka bentuk hasil gabungan komputer riba dan tablet, dimana ia direka dengan mempunyai skrin yang dapat ditanggalkan dari tubuh komputer riba.

Komputer riba jenama Acer telah mengeluarkan sebuah komputer riba M5 series. Komputer riba ini mempunyai kelebihan skrin sentuh 10 titik multisentuh berukuran 15.6 inci yang menyokong resolusi 1366/768 piksel. Komputer riba ini juga disokong sepenuhnya oleh pemproses intel core i5 yang dikolaborasikan bersama RAM DDR3 berkapasiti 8GB. Ruang simpanan sebanyak 500GB turut disertakan. Sokongan teknologi Acer Instant Connet membuat proses akses sambungan ke internet menjadi empat kali ganda cepat dari biasanya. Tambahan lagi, penggunaan bateri 4-cell lithium polymer 3560mAh yang disertai ciri powerSmart membuat komputer riba beroperasi hungga 6.5 jam apabila bateri di cas penuh.

Komputer riba jenama Lenovo telah mengeluarkan sebuah komputer riba yang boleh di pusing membentuk kedudukan komputer riba , membentuk seakan-akan khemah, membentuk tablet dan juga dalam keadaan berdiri. Komputer riba ini dinamakan Thinkpad Twist Convertible. ia merupakan komputer riba jenis skrin sentuhan. Mempunyai ketahanan bateri selama 7 jam dan menggunakan perisian Microsoft windows 8. Ketebalan hanya pada 20mm. gambar di bawah merupakan cara komputer ini berfungsi.

Dell telah mengeluarkan sebuah komputer riba berjenama XPS 12. Ia mempunyai keunikan dengan adanya rekaan penggantung apabila ingin menjadikannya sebagai tablet. Ia menggunakan perisian windows 8. Mempunyai jalur getah untuk menguatkan lekatan pada permukaan meja mahupun riba pengguna. komputer riba yang lain. Ia juga merupakan skrin sentuhan seperti

Ciri-ciri umum yang terdapat pada komputer riba masa kini adalah seperti mempunyai ruang simpanan yang besar, mempunyai sistem yang pelbagai (proccesor) mengikut tujuan penggunaan, kini telah di lengkapi dengan kad grafik (graphic card) untuk mencantikan gambar yang ada dalam komputer riba dan komputer riba masa kini turut

mempunyai bahagian pengesan internet tanpa wayar. Kebanyakan komputer riba masih kini dicipta dengan ketahanan bateri yang lama. Selain itu, ia juga mempunyai kelebihan skrin sentuhan. Bagi tujuan ergonomik, ia juga direka untuk menjadi lebih ringan bagi memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja dan tidak membebankan pengguna. Dari segi rekabentuk luaran pula, pada masa kini komputer riba mempunyai pelbagai bentuk , warna dan saiz. Pilihan warna adalah mengikut sifat universal dimana setiap ianya bersesuaian dengan citarasa segenap masyarakat. Ia juga dilengkapi dengan alat-alat elektonik yang lain seperti kamera , pembesar suara, ruang untuk menyimpan kad simpanan(memory card), bahagian untuk memasukkan pendrive, thumdrive dan sebagainya. Antara komputer riba masa kini;

Masa hadapan Hasil dari pencarian maklumat melalui internet dan temubual dari masyarakat sekeliling, pada masa akan datang komputer riba akan muncul dengan reka bentuk baru. Salah satu inovasi komputer riba pada masa akan datang adalah all-in-one Rolltop Laptop . komputer riba ini direkabentuk dengan menggunakan flexible oled display pada panel dan juga papan kunci. Komputer riba ini boleh disimpan dalam satu gulungan kerana sifatnya yang fleksibel.Pada panel dan juga papan kunci akan dibina dengan menggunakan OLED, ia merupakan oraganik LED yang mempunyai bahan electrophosphorescence yang

berupaya untuk membaca arahan melalui sentuhan. Ia akan menggantikan papan kunci traditional jadi komputer riba 13 akan bertukar kepada tablet graphic dengan skrin rata 17. Ia merupakan satu konsep baru dalam rekabentuk komputer riba dengan paparan yang fleksibel. Komputer riba ini mempunyai skrin sebuah sentuhan yang banyak. Semua alat-alat keperluan komputer seperti bekalan kuasa , pen drive di gabungkan sekali dalam bekas yang boleh digulung. Penutup juga menggabungkan hardware sistem itu sendiri. Bahagian untuk wireless boleh mengecas Pc yang disediakan dengan dua bahagian untuk kemasukan USB. Satu lagi kajian komputer riba akan datang adalah corning gorilla Glass NBT ataupun cermin kalis calar untuk komputer riba.Ianya akan digunakan pada komputer riba kelas premium yang menggunakan sentuhan. Penggunaan Gorilla Glass NBT akan melindungi cermin skrin komputer riba dari kesan calar juga dari tekenan kerosakan lain misalnya hentakan ketika dalam aktiviti pengkomputeran seharian. Ianya berfungsi dengan menggunakan sentuhan. Ia berfungsi seperti tablet tetapi rekaanya adalah seperti komputer riba yang lain.

Komputer riba pada masa kini menggunakan dua jenis penunjuk iaitu touch pad dan juga tetikus. Pada produk inovasi pada masa akan datang kedua-dua sifat ni kemungkinan tidak akan digunakan , ianya boleh digantikan dengan pergerakan mata. Misalnya apabila ingin membuka satu fail, kita hanya perlu melihat pada folder tersebut untuk membukanya. Selain itu, papan kunci boleh di hilangkan dengan menggantikan pengarahan kepada komputer riba dengan menggunakan suara. Misalnya apabila menaip , kita tidak perlukan papan kunci tetapi hanya beri arahan secara terus. Namun pengguna perlu menghafal semua simbol papan kekunci.

Dari segi ketahanan bateri , komputer riba pada masa akan datang kemungkinan memerlukan ketahanan bekalan bateri sepanjang hari dan kemungkinan boleh mendapat bekalan bateri dengan meletakkannya di bawah cahaya matahari.Tidak mustahil pada masa akan datang akan tercipta sebuah komputer riba yang mempunyai dua skrin dalam komputer riba. Seperti yang kita lihat dibawah. Ditambah lagi skrin tersebut boleh dilipat menjadi sebuah komputer riba yang nipis.

Impak kepada masyarakat Kepesatan dunia teknologi mendorong manusia berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang luar biasa dari yang sedia ada. Segala usaha susah payah yang dilakukan oleh mereka adalah bertujuan untuk menyenangkan masyarakat moden masa kini. Namun jika kecanggihan itu sentiasa di permajukan , apakah kesannya dengan masyarakat. Maka dalam sub topik ini, penkaji akan menghuraikan tentang impak kecanggihan komputer riba terhadap masyarakat. Impaknya terhadap masyarakat boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu impak positif dan juga impak negative. Impak positif yang ketara dilihat hasil dari kemajuan dan kecanggihan komputer riba adalah dapat memudahkan manusia untuk membuat kerja. Dengan melihat suasana sekeliling kita pada masa kini, tidak dapat di nafikan segala urusan memerlukan komputer untuk melaksanakan. Misalnya ingin membuat pembayaran bil, kita tidak perlu lagi berbaris panjang di pejabat pos untuk membayarnya tapi dengan adanya komputer riba yang canggih kita hanya perlu klik pada butang yang berkenaan, maka segala urusan akan selesai.

Meninjau kembali pada zaman dahulu kala, dimana komputer masih lagi tidak mempunyai bahasa program, orang zaman dahulu terpaksa menggunakan simbol sematamata untuk menulis satu perkataan. Ini mengambil masa yang lama seterusnya melambatkan segala urusan. Komputer riba pada masa kini mempercepatkan segala urusan dengan adanya bahasa program yang telah dimasukkan dan manusia hanya menggunakan secara terus. Selain itu ia juga membuat manusia berkerja secara efisyen. Dunia kecanggihan mendorong manusia untuk bersifat kreatif dan berinovasi. Manusia dikenali sebagai mahkluk yang mempunyai sifat kehendak dan keperluan. Sifat keperluan sentiasa dapat dipenuhi tetapi sifat kehendak manusia akan sentiasa ada walaupaun ia telah dipenuhi. Dengan adanya sifat kehendak manusia ini, maka produk sedia ada sentiasa perlu dikaji untuk menghasilkan sesuatu yang baru demi memenuhi kehendak manusia. Melalui proses ini, manusia akan terdorong menjadi seorang keartif dan inovasi. Dimana produk yang mustahil untuk dihasilkan adalah tidak mustahil bagi mereka yang kreatif. Komputer riba mudah untuk dibawa kemana sahaja. Tidak seperti komputer jenis desktop suatu ketika dahulu yang hanya terletak pada satu tempat sahaja. Ini membuatkan manusia lebih fleksibel apabila membuat kerja tanpa terikat berkerja pada satu tempat sahaja. Ia juga memudahkan manusia untuk bekerja secara jarak jauh tanpa mengira tempat, benua dan negara. Melalui kecanggihan teknologi ini, manusia juga dapat merapatkan jurang perhubungan manusia diantara pelbagai bangsa, ras dan sebagainya di dunia. Melalui medium interaksi sosial, manusia boleh saling berkomunikasi di antara satu dengan lain. Kes perkahawinan campur berlainan bangsa dan kewarganegaraan juga akan berlaku. Hal seperti ini akan merapatkan hubungan dua negara tersebut. Dari segi impak negatife pula, kecanggihan ini membuatkan manusia menjadi malas. Sikap malas ini membuatkan manusia terdorong untuk bersikap taksub. Dimana manusia akan bersikap ingin memiliki sesuatu dengan cara yang mudah tanpa ada sikap ingin berusaha. Selain itu penyampaian ilmu secara maya berlaku . ini akan menyebabkan kualiti pendidikan yang diberikan kepada mereka khususnya pelajar menjadi tidak berkualiti. Ini kerana tidak akan berlaku pembelajaran secara bersemuka dengan pengajar. Pengajaran secara maya menghalang pengajar untuk menunjukkan didikan memlalui bahasa badan.

Dimana kuliah akan berlaku secara maya atau hanya dalam talian sahaja, maka pelajar tidak dapat melihat reaksi pengajar mereka. Kesan negatif yang seterusnya akan berlaku keruntuhan moral dikalangan manusia. Ini disebabkan , semua lapisan memiliki komputer riba atau alat elektronik lain , maka semua maklumat yang ingin dicari berada di hujung jari seterusnya mendorong mereka melihat sesuatu yang tidak sepatutnya khususnya para golongan kanak-kanak dan remaja. Keruntuhan moral dari segi budaya masyarakat juga akan terjejas. Misalnya sifat kemasyarakatan semakin pudar, disebabkan oleh dunia teknologi secara maya. Manusia lebih suka berbual secara maya tanpa mengetahui rupa seseornag itu. Kesan aktiviti seperti ini akan merenggangkan hubungan secara realiti diantara sesama manusia. Kesinambungan dari hal ini, maka timbullah gejala-gejala jenayah seperti mencuri, merompak dan juga membunuh. Manusia akan berkerja seperti robot jika kecanggihan semakin meningkat. Sebagai contoh, jika terdapat sebuah komputer riba berfungsi mengikut pergerakan mata, manusia akan memberi arahan dengan menggunakan mata. Keadaan ini menyebabkan manusia akan sentiasa fokus pada skrin dan membuatkan mereka seakan robot. Dari segi kesihatan pula, ia menggalakkan penyakit tinggi darah berlaku dikalangan para pengguna. Terdapat sesetengah pengguna tidak dapat dipisahkan dengan komputer disebabkan oleh keseronokan hiburan yang ada di masukkan di dalam komputer tersebut. misalnya permainan, media sosial dan lain-lain. Apabila hal ini terjadi , pengguna tidak mempunyai tidur dan rehat yang cukup menyebabkan mereka di serang penyakit.

Kesimpulan Hasil pembacaan dan kajian penulis, semenjak kemunculan komputer riba sejak 20 tahun yang lalu, banyak perubahan dibuat keatas reka bentuk komputer riba. Namun apa yang sangat ketara dapat dilihat adalah, bentuk kulit cengkerang masih di gunakan dalam setiap rekaan terkini komputer riba.walaupun proses inovasi tealh berlaku keatas komputer riba ,fungsi dan ciri asas komputer riba masih wujud di setiap rekaan masa kini.

Anda mungkin juga menyukai