Anda di halaman 1dari 4

Isi Kandungan

Pengenalan
Falsafah Pendidkan Negara (FPN) merupakan sistem pendidikan yang menganjakkan diri ke kedudukan kehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat paling rendah kepada paling tinggi iaitu hingga ke institusi pendidikan tinggi seperti universiti. Falsafah Pendidikan Negara juga turut menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Secara keseluruhannya, tujuan pendidikan bukan hanya untuk memperolehi segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa ketikabersosial atau berkomunikasi sesame rakan mereka. Sementara itu, Dokumen Standarad Kuriki;um Bahasa Malaysia dibina berdasarkan enam tunjang iaitu Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi, Fizikl dan Estetika serta Ketrampilan Diri. Enam tunjang in merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama yang lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketrampilan .

PERBEZAAN DI ANTARA KBSR (2003) DAN KSSR (2010)


SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH ( KBSR ) 2013 DOKUMEN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) 2010

MATLAMAT : Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid Reka bentuk kurikulum berasakan tiga bidang: dengan ketrampilan berbahasa dan Komunikasi berkomunikasi untuk memenuhi Manusia dan alam sekeliling ilmu, keperluan diri, memperolehi Perkembangan diri individu perhubungan social dan urusan harian.

Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang: Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan Perkembangan Fizikal dan estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri

Bahan Kurikulum: Sukatan Pelajaran

Bahan Kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum: Linear

Reka bentuk kurikulum: Modular

Organisasi Kurikulum: Tahap 1: Tahun 1, 2, dan 3 Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Organisasi Kurikulum: Tahap I: Tahun 1,2, dan 3 Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif

Tahap II: Tahun 4, 5, dan 6 Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Tahap II: Tahun 4, 5, dan 6 Mata pelajaran Teras dan Elektif

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara ekplisit

Fokus 3M: Membaca, Menulis dan Mengira

Fokus: 4M: Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul

Perkaitan Di antara Falsafah Pendidikan Kebangsan Dan KSSR

FPK
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan tehadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

SUKATAN KSSR
Melengkapkan murid dengan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi, memperolehi ilmu , perhubungan social dan urusan seharian

Berdasarkan jadual diatas, matlamat di antara dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003) dan Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah (2010) mempunyai matlamat yang sama kerana Dokumen Standard Sekolah Rendah 2010 dibentuk hasil penambahbaikan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003. Perbezaannya hanyalah melibatkan cara dan usaha untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah, penekanan terhadap Fokus Kurikulum dititikberatkan untuk memenuhi matlamat FPK melalui pemantapan sistem pendidikan dengan transformasi kurikulum dari peringkat prasekolah, sekolah rendah,dan sekolah menengah. Perkara ini bermakna penekanan dalam mengembangkan potensi individu dibuat secara berperingkat sejak mereka berada di sekolah rendah lagi. Bagi murid-murid prasekolah, perkembangan sosioemosi, sahsiah, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan kle sekolah rendah serta kemahiran 3M dan menaakul amat dititikberatkan. Pada peringkat sekolah rendah telad dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Tahap I bermula denga Tahun 1, 2, 3 dan Tahap II Tahun 4, 5, dan 6

Anda mungkin juga menyukai