Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan
1.1 Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin.Pimpin bererti bimbing, pandu atau
tunjuk. Memimpin diberi ertisebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke
sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan pula
keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan 1994).
1.2 Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaanmengubah haluan sesuatu
organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif
organisasi.
Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut criteria yang dipilih untuk tujuan
pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang
erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960).
1.3 Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan masyarakat.
Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah tentera
atau mengarah empayar korporat. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tentera, politik,
agama dan sosial. Perjuangan pemimpin yang berani dan bijaksana menjadi intipati legenda
dan mitos.
2.0 Konsep Kepimpinan
2.1 Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsepyang sukar dan kompleks. Dia
melihat kepimpinan sebagai satufenomena manusia yang universal dan sukar difahami.
Dinyatakan disini lima definisi yang dianggap sesuai dengan sesebuah organisasi.
2.2 Kepimpinan ialah satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya
di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang
terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang
membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini
ialahpengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikutmematuhi (Gordon 1955).

2
2.3 Seorang ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinan sebagai satu proses cubaan
mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat
merangsang ahliahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama
(Gribben 1972).
2.4 Pemikir lain berpendapat bahawa kepimpinan secara amnya bermakna pengaruh, satu
seni atau proses mempengaruhi manusia supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke
arah mencapai matlamat bersama (Koontz 1984).
2.5 Kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain
supaya bekerja keras ke arah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu
mereka mencapainya (Fulmer 1988).
2.6 Dalam tulisannya Leadership Dynamic, Hollander (1978) mendefinasikan kepimpinan
sebagai satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Meskipun
pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan

dari paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua
arah
dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Daripada pelbagai definisi yang
dikemukakan di atas maka dapatlah dirumuskan seperti berikut: i. Kepimpinan wujud dalam apa
jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung
dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.
ii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki
perancangan sendiri yang mantap.
iii. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi:
a. menetapkan matlamat
b. menyusun
c. mengarah dan menyelaras

d. mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.


3
iv. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu
proses yang berterusan.
v. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu
keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus.
vi. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan
bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.
vii. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini
akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh
sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan
produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan
menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang.
Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan
idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi
pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih
terdorong untuk bekerja kuat dan berdedikasi.

Teori-Teori Kepimpinan
Banyak teori mengenai kepimpinan dikemukakan. Dari dahulu hingga sekarang berbagai-bagai
sudut dikaji. Namun pendapat-pendapat mengenainya tidak sekata. Hasilnya muncul pelbagai
pandangan berkaitan dengan kepimpinan. Seorang pemimpin yang baik perlu mengetahui
tentang teori, model dan konsep kepimpinan yang wujud. Dalam mengkaji kepimpinan,
berbagai teori dikemukakan seperti teori sifat, teori perlakuan, teori kotegensi, teori karismatik,
teori X, Y dan Z, dan sebagainya.

Teori X dan Y
Teori ini telah diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat dua set andaian
terhadap manusia iaitu Teori X dan Teori Y. Teori X ialah pendekatan carrot and stick

4
(Razali Mat Zin, 1966). Teori X mengandaikan bahawa pekerja semulajadinya malas dan akan
mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa, pekerja tidak mempunyai cita-cita dan tidak mahu
memikul tanggungjawab, pekerja tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan matlamat
organisasi dan pekerja hanya mahu bekerja kerana dirangsang oleh keperluan psikologi dan
keperluan keselamatan mereka sahaja.
Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan bahawa kerja
sebagai satu perkara semulajadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti bermain, bersukaria
dan lain-lain jika keadaan kerja itu baik, tetapi mereka akan menganggap kerja sebagai beban
jika pengalaman bekerjanya pada masa lepas tidak menyenangkan. Selain itu, pekerja
sememangnya mencari dan mahukan tanggungjawab kerana ia membawa kepada kepuasan
jiwa.

Teori Perhubungan Manusia


Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh mempengaruhi kelakuan dan
perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan
terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian-kajian telah dibuat oleh
pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua
corak perlakuan pemimpin yang sangat disukai orang-orang bawahan iaitu :

1.

Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (taskorientation).

2.

Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orangorang bawahan (human relations orientation).
5

Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang
memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa
kejayaan kepada organisasinya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berjaya ialah pemimpin
yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan
pengikutnya.

Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situasional Leadership Theories)


Bermula dari tahun 1940-an lagi penyelidik-penyelidik telah mencari faktor-faktor situasi yang
boleh mempengaruhi peranan, kemahiran, dan tingkah laku pemimpin ke atas prestasi dan
kepuasan bekerja.Fred Fiedlier telah mencadangkan satu model Kotegensi Kepimpinan yang
efektif. Model ini mengandungi hubungan antara stail kepimpinan dengan suasana situasi yang
menyenangkan. Kesesuaian situasi ini bergantung kepada 3 dimensi berikut:
1.

Hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan hormat
menghormati.

2.

Darjah struktur tugas, iaitu sejauhmana tugas itu didefinisikan dengan jelas atau kabur.

3.

Kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada
pemimpin/ individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan, menilai
atau menaikkan pangkat kakitangan.

Situasi yang menyenangkan akan diperolehi sekiranya ketiga-tiga dimensi tersebut positif.
Dengan kata lain, sekiranya ketua itu secara amnya diterima kakitangan, struktur tugas jelas

dan ketua mempunyai autoriti dan kuasa formal. Situasi ini menyenangkan dan digabungkan
dengan gaya kepimpinan dapat menghasilkan keberkesanan.

Dalam Teori Kepimpinan Mengikut Situasi, teori ini bermula dengan anggapan bahawa keadaan
yang berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan ingin diwujudkan.
Rasionalnya ialah kepimpinan yang berkesan akan bukan sesuatu yang nyata yang boleh
wujud tersendiri dengan bentuk yang sama, tetapi ianya bergantung kepada beberapa faktor
lain berupa manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi dan saling mempengaruhi.
Intipati kepada teori-teori ini ialah :

1.

Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orangorang bawahan ; mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan, manakala mereka
yang kurang matang memerlukan arahan dari ketua

2.

Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza ; cara paling baik
hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan dibuat

3.

Tidak ada hanya satu saja cara memimpin yang paling baik; keberkesanan seseorang
pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan keadaan

4.

Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan kepada
orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.

TeoriPerlakuan
Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan kemanusiaan boleh mempengaruhi kelakuan dan
perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan
terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanankan tugas. Kajian-kajian oleh pelopor-

pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak
perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang-orang bawahan iaitu perhatian dan
penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation) dan
7
perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang
bawahan (human relations orientation).
Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang
memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa
kejayaan kepada organisasinya. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat
tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya.

Fungsi dan peranan pemimpin dilihat melalui dua kategori iaitu untuk menyelesaikan masalah
dan pengendalian kumpulan pengikut. Pemimpin yang berkesan lazimnya bijaksana dalam
mengendalikan kedua-dua perkara tersebut dalam memenuhi tuntutan individu, kumpulan dan
organisasi. Pemimpin juga dinilai dari segi keupayaannya dalam melaksanakan tangungjawab
berorientasikan pekerja atau tugas.

Pemimpin yang mementingkan organisasi tugas lebih mengutamakan standard pencapaian dan
daya pengeluaran tetapi hubungan kemanusiaan dan kebajikan pekerja kurang dititik beratikan.
Pemimpin yang berorientasikan pekerja mendapat pujian dan popular tetapi mungkin menurun
dari segi produktiviti dan kualiti. Kesan perlakuan pemimpin berdasarkan tangungjawab
berorientasikan tugas dan orentasi pekerja telah memberi impak terhadap keberkesanan
peranan kepimpinan mereka.

Keseluruhannya, walaupun teori-teori yang dikemukakan ini berbeza dari segi pendekatan, isi
dan kesimpulan, kesemuanya mirip menyatakan ada satu saja cara yang terbaik untuk
memimpin orang bawahan. Masing-masing mengutarakan cara mereka.

Ada yang mengatakan kejayaan bergantung kepada karisma seseorang, ada yang mengatakan
bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan perlakuan tertentu, dan ada pula
yang mengatakan kejayaan bergantung kepada anggapan pemimpin terhadap orang-orang
bawahannya ( Ibrahim Mamat, 2001).

Walau bagaimanapun, semuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Tidak ada
satupun yang sempurna. Namun teori-teori ini sangat berguna untuk diteliti oleh orang-orang
yang ingin menjadi pemimpin kerana mereka dapat mengetahui hal-hal yang boleh memberi
kesan ke atas kepimpinan.
3.0 Jenis-jenis Kepimpinan

Penyelidikan mengenai jenis kepimpinan ini masih berjalan dengan lancar dan selain
dari jenis yang disebutkan di atas, ada berbagai-bagai lagi gaya kepimpinan. Reddin ,
1970 (dalam Robiah Sidin, 1989) telah membahagikan gaya kepimpinan mengikut
model dimensi yang mengandungi tiga gaya asas, empat gaya pengurusan yang
berkesan dan empat lagi gaya pengurusan yang agak kurang berkesan. Manakala
Boles dan Davenport, 1975, telah menyarankan beberapa gaya untuk kepimpinan dan
cara dia menggunakan kuasa itu.

Gaya kepimpinan yang pelbagai menunjukkan bahawa konsep kepimpinan itu adalah
amat rumit. Seseorang pentadbir yang memegang sesuatu jawatan itu tidak semestinya
terus dianggap menjadi seorang pemimpin. Pentadbir harus pertama sekali berupaya
9
menggerakkan anggota-anggota lain di dalam sesuatu kumpulan itu, membimbing dan
mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat tertentu.
Dalam pada itu, pentadbir harus memastikan bahawa dia mematuhi norma-norma yang
telah ada mengenai seseorang pemimpin. Segala langkah tindakannya juga harus
memberi kepuasan kepada anggota-anggota secara individu. Untuk membolehkan
pentadbir membuat penyesuaian terhadap keperluan-keperluan yang bermacammacam lagi kompleks, seseorang pemimpin harus berupaya mengubahsuai gaya
kepimpinannya mengikut keadaan yang timbul.
3.1 Kepimpinan Autokratik
pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin
yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas,
mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan seperti ini boleh
dilihat di dalam industri.
3.2 Kepimpinan Berperikemanusiaan
Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya.
Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra
di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.
3.3 Kepimpinan Demokrasi

Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua
kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli
organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

10
3.4 Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)
Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan
urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun
hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan
semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam atau bukan Islam. Seorang ahli sejarah dan
astronomi bernama Michael Hart telah menulis bahawa orang yang sangat berpengaruh di
antara jutaan orang yang lahir iaitu Muhammad pemimpin Islam; sebab dialah satu-satunya
orang dalam sejarah yang berjaya gilang-gemilang dalam dua bidangsekali gus, iaitu kehidupan
agama dan melaksanakan pengurusan umat di dunia (Newsweek 1978).
4.0 Kepimpinan Berkesan
Pengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dan kepimpinan dikaitkan
dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.
4.1 Drucker (1985) berpendapat kejayaan sesebuah organisasi adalah tanggungjawab
eksekutif. Bagi organisasi seperti universiti, kejayaannya adalah tanggungjawab Kumpulan
Pengurusan. Mereka bertanggungjawab terhadap prestasi sendiri, pekerja, hasilserta kualiti
perkhidmatan.
4.2 Edmond (1978) berpendapat principals can make a difference, yang membawa maksud
bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca daripada
kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan
pekerja di dalam pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat penting kepada kepimpinan

berkesan. Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan menyatakan ciri-ciri yang
lazim ada pada kepimpinan yang berkesan ialah :
i. Semangat mereka mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan,tekad, daya usaha, tenaga
dan hasrat untuk berjaya.

11
ii. Kejujuran dan integriti- mereka mempunyai sikap terbuka,boleh dipercayai, jujur dan boleh
diharapkan.
iii. Dorongan kepimpinan- mereka mempunyai hasrat yang tinggimahu mempengaruhi individu
lain supaya menyokong usaha mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan oleh
pemimpin.
iv. Keyakinan diri- mereka sangat percaya pada keupayaan diri sendiri.
v. Kepintaran- mereka berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang
banyak. Kajian mendapati otak yang sangat pintar belum tentu boleh membuatkan seseorang
itu menjadi pemimpin yang berjaya malah adakalanya menimbulkan kesan negatif pula.
vi. Pengetahuan dalam bidang- mereka mempunyai ilmu dan kepakaran yang cukup dalam
bidang yang dipimpin.
vii. Kreativiti- mereka berupaya mencipta idea-idea baru yang berguna.
viii. Fleksibiliti- mereka berupaya menyesuaikan diri kepada keperluan individu yang mereka
pimpin dengan keperluan situasi dan masa.
5.0. Jenis kepimpinan Guru Besar dan cabaran kepimpinan di sekolah
Berdasarkan pengalaman saya semasa bertugas di ketiga tiga buah sekolah,
kebanyakan guru besar yang memimpin adalah bersikap demokrasi.
Mereka mempunyai kecerdasan yang tinggi daripada kecerdasan standard kakitangan.
Sekiranya guru besar atau penolong kanan tidak mempunyai kecerdasan dari segi perlakuan

atau kecerdasan yang berkaitan dengan idea-idea yang bernas, maka orang bawahan akan
memperlekehkan mereka.
Selain itu, kematangan sosial pemimpin di sekolah saya menunjukkan kematangan dan
kestabilan dari segi emosi.
bidangnya.

Mereka mempunyai bidang kecendurungan yang luas dalam

Walaupun guru besar di sekolah saya

sudah menjangkau umur 50 puluhan,

namun semangat beliau untuk terus berjaya amat tinggi. Buktinya pada tahun ini, beliau telah
menyambung pengajian beliau ke peringkat PHD.
12
Pada pendapat saya semangat beliau itu harus saya dan guru-guru lainin contohi untuk
terus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang pendidikan.
Umur tidak menghalang untuk terus berjaya Beliau tidak pernah meninggikan suara
sekiranya menghadapi masalah dengan guru-guru yang bermasalah.

Bahkan beliau

mempunyai sikap yang professional dan menangani masalah mereka dengan tenang. Beliau
mengetahui sikap orang bawahannya agar segala masalah dapat diatasi dengan baik. Sebagai
seorang pemimpin yang berada di atas, beliau telah menunjukkan kestabilan emosi yang
bertepatan kerana beliau mempunyai konsep kendiri yang patut disanjung tinggi oleh orang
bawahan beliau.
Namun begitu pemimpin di sekolah saya selalu memberikan motivasi ke arah kejayaan
terhadap kakitangan bawahan agar mereka bermotivasi untuk terus memajukan diri dan
meningkatkan prestasi dari segi pecapaian kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Buktinya
selepas keputusan UPSR 2007 diumumkan, pertama kalinya sekolah saya mendapat 7 orang
mendapat 5A dalam peperiksaan. Walau pun sekolah itu berstatus menumpang dan tidak
sempurna dari segi prasarana. Contohnya tidak mempunyai makmal sains, makmal computer
atau kemudahan yang lain yang dimiliki oleh sekolah lain. Namun berkat kesungguhan , guruguru juga dapat bersaing sama level dengan sekolah gred A. Sepanjang saya mengenali
beliau, beliau banyak memberikan dorongan dari segi semangat untuk terus mendidik pelajar di
sekolah saya.
Tanpa motivasi dalaman dan motivasi luaanr daripada pemimpin yang menerajui pucuk
pimpinan di sesebuah sekolah, guru-guru tidak akan boleh bersaing dengan lebih sihat. Bagi
saya sekiranya guru besar tidak memberikan motivasi dari segi dalaman dan luaran kepada

guru-gurunya maka semangat untuk bersaing akan pudar. Suntikan semangat yang itulah
menambahkan semangat untuk terus bersaing di arena pendidikan. Saya sebagai seorang
guru merasakan bahawa penat lelah untuk meningkatkan prestasi akademik di balas dengan
dorongan yang berbaloi. Bukan bererti perlu di balas dengan wang ringgit atau kebendaan,
namun bagi saya guru-guru di bawah beliau harus di sokong untuk memberi keyakinan kepada
mereka, bahawa guru juga perlu di beri semangat untuk terus berjuang di zaman yang penuh
pancaroba ini.

13
Beliau juga amat menjaga hubungan beliau dengan orang bawahannya agar
membolehkan beliau berurusan dengan guru-guru tanpa ada perasaan yang kurang
menyenangkan. Tidak dapat dinafikan bahawa ada juga sedikit masalah-masalah lain yang
timbul dalam perhubungan di antara guru dan pentadbir, namun ianya dapat juga diselesaikan
dengan baik agar masalah tersebut tidak berpanjangan.
Jika ada permasalahan berlaku di sekolah, guru besar akan berjumpa dengan staf
bawahan beliau dengan segera.
semua staffnya.

Beliau sering memberikan nasihat yang berguna kepada

Beliau juga sering membawa staffnya pergi keluar makan untuk

mengurangkan rasa stress dan tanda terima kasih kepada mereka selepas satu-satu program
dijalankan dengan jaya.
Pada pendapat saya, guru besar yang memerintah secara demokrasi adalah pemimpin
yang terbaik bagi saya kerana segala pendapat orang bawahan mereka boleh di kemukakan
dalam mesyuarat. Harapan saya jika saya menjadi pemimpin satu hari nanti seperti beliau saya
akan berusaha membantu memajukan sekolah saya demi anak bangsa yang tercinta.

14
5.0 Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas perlu saya tegaskan bahawa kepimpinan adalah proses
dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain didalam kumpulannya
kearah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu.
Dalam erti kata yang lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan
pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya
mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

Tegasnya, pemimpin memimpin dan dipimpin.

Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh
mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.

15
Laman WE:
http://farizsasongko.blogspot.com/2014/01/pengertian-kepemimpinan-tipe-dan-gaya.html
http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-kepimpinan/

12

Anda mungkin juga menyukai