Anda di halaman 1dari 25

PENGHARGAAN

Penghargaan
Salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kehadrat IIlahi
kerana dengan izinNya dapat juga saya menyiapkan tugasan mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada En. Amir Kassan Ibnu Hassan
selaku pensyarah yang mengajar subjek PJM 3172 Kebimbangan Dalam
Sukan yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar, panduan, serta
bertolak ansur dan berdiplomasi kepada saya sepanjang tempoh untuk menyiapkan
tugasan ini.
Mudah-mudahan pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dapat saya manfaatkan pada masa akan
datang.
Sekian, terima kasih.

NORAZIZAH BINTI PADU
UNIT PJ 1
PPG KOHORT 1 AMBILAN JUN 2011








ISI KANDUNGAN



0.1 PENDAHULUAN 1 - 2
Definisi
02. GAYA KEPIMPINAN 3 6
Gaya Kepimpinan Laissez Faire
Gaya Kepimpinan Demokratik
Gaya Kepimpinan Autokratik
03. KEPIMPINAN BERKESAN 7 - 8
04. GAYA KEPIMPINAN DI SEKOLAH SAYA

05. GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DI SEKOLAH SAYA 9- 11

06. REFLEKSI 1 12 - 13
Sejauhmana Tugasan ini Mampu Meningkatkan Pemikiran Anda Sebagai
Seorang Pemimpin Profesional Dalam Aspek Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan

07. REFLEKSI 2 13 - 14
Sejauhmana Tugasan ini Mampu Membantu Anda Menyediakan Pwlan
Pembelajaran Peribadi Untuk Menjadi Seorang Profesional

08. BIBLIOGRAFI 15 - 16




PERKARA MUKA SURAT












1.0 PENGENALAN
Perasaan bimbang atau kebimbangan merupakan suatu pengalaman yang
tidak menyenangkan dalam kehidupan manusia. Perasaan bimbang ini akan
membuatkan manusia hidup dalam kerisauan, ketakutan, ketegangan dan tekanan.
Tidak kira sama ada seseorang itu kanak-kanak, remaja atau dewasa, sekiranya
dilanda perasaan bimbang maka perubahan emosi dan tingkahlaku juga akan
berlaku.
Kajian tentang kebimbangan telah bermula apabila Freud (1939) telah
menerbitkan bukunya yang terkenal mengenai kebimbangan bertajuk "The Problem
of Anxiety" dan dari sini maka kajian-kajian mengenai kebimbangan terus
berkembang. Kelly (1955) menyatakan bahawa manusia menggunakan sistem
konstruk untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam hidupnya dan
kebimbangan wujud apabila kita berhadapan dengan peristiwa-peristiwa di luar
kawasan keselesaan.
Tingkah laku kebimbangan boleh menimbulkan gerak balas dalaman
terhadap perasaan, pemikiran, tindakan psikologi dan juga konflik tingkah laku.
Frued, S (1977) menyatakan bahawa tumpuan seharusnya diberikan kepada tingkah
laku berbanding dengan perasaan kerana tingkah laku boleh diubah, tetapi realiti
juga berpendapat bahawa manusia tidak boleh mengarahkan dirinya untuk merasa
lebih baik tetapi manusia boleh mengarahkan dirinya untuk melakukan sesuatu yang
lebih baik.









2.0 KONSEP KEBIMBANGAN

2.1 Definisi

Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang
individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan
(Levitt, 1980). Antara kesan fisiologi kebangkitan ialah peningkatan kadar nadi,
pernafasan yang cepat dan tidak teratur, menggeletar, tumpuan menjadi sempit dan
otot mengecut. Menurut Mohammed, 1992 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee.,
2003), kebimbangan boleh didefinasikan sebagai satu keadaan negatif yang dialami
oleh manusia dan merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar,
runsing, cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain. Perasaan
cemas dan bimbang ini akan terus berlaku apabila seseorang itu merasa khuatir
akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang itu merasa ragu-ragu sama ada ia
boleh atau mungkin ia tidak berupaya melakukan tugasan dengan baik.

Menurut Mahoney dan Meyers, 1989 (dalam buku Mohd Sofian Omar
Fauzee, 2003) pula, kebimbangan adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku
kepada semua atlit tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Pengalaman dan
kemahiran atlit dilaporkan dari sikap yang berbeza dan banyak menghala kepada
bagaimana pengalaman mereka menghadapi kebimbangan. Kesungguhan dan
kesan kepada prestasi kebimbangan kemungkinan berkaitan kepada tafsiran
seseorang individu.

Scanlan, T.K., Stein, G.L. dan Ravizza, K., 1991 (dalam buku Mohd Sofian
Omar Fauzee, 2003) menyatakan bahawa tekanan dari pertandingan boleh
didefinisikan sebagai emosi negatif, perasaan dan pemikiran yang mungkin
memberikan pengalaman kepada atlit tentang perasaan tidak yakin pada diri sendiri,
bimbang, otot terasa tertekan, takut, reaksi fizikal, hanya memikirkan kebimbangan
dan perkara-perkara negatif. Kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif
atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang
dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu
seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya.

Conger (1973) menakrifkan kebimbangan sebagai satu penentuan yang amat
penting di dalam mengkaji tingkah laku manusia. Beliau juga menyatakan bahawa
kebimbangan yang wujud dalam diri seseorang itu adalah hasil daripada
pengalaman kesakitan masa lampau, contohnya sakit yang dirasai semasa kanak-
kanak akan mewujudkan perasaan bimbang apabila mereka dewasa kelak. Dollard
dan Miller (1950) pula menyatakan kebimbangan berlaku disebabkan kanak-kanak
mempunyai pelbagai perasaan kecewa.

2.2 Kebimbangan Dalam Sukan

Sukan amat penting dalam kehidupan kerana sukan bukan sahaja dapat
meningkatkan tahap kesihatan seseorang, malah membantu menaikkan imej
negara. Malangnya atlit begitu bimbang apabila menyertai sebarang kegiatan sukan
terutamanya apabila sebelum dan semasa pertandingan yang disertai oleh mereka
hingga menjejaskan prestasi mereka.

Masalah kebimbangan dan tidak merasa yakin semasa menghadapi apa jua
pertandingan sering menganggu perasaan atlit-atlit. Perasaan bimbang ini berlaku
kepada semua atlit tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Kebimbangan
merupakan salah satu elemen yang boleh mengugat prestasi individu dalam sukan.
Terdapat punca-punca khusus yang akan membuatkan seseorang itu merasa
tertekan dan menjadi bimbang.

Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya di saat-saat genting sering
kali menjadi penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan ternama. Kegagalan
melakukan tindakan yang tepat ini berkemungkinan besar berpunca dari tekanan
serta peningkatan tahap kebimbangan sehingga menyebabkan individu yang
berkenaan tidak mampu memberikan tumpuan serta berfikiran baik sebelum
membuat sesuatu keputusan. Kesannya, tindakan yang dibuat di bawah tekanan
sering kali memakan diri.

Menurut Levitt, 1980 (dalam Shaharudin Abd. Aziz., 2001), kebimbangan
berpunca dari kebangkitan fisiologikal dan stres yang dihasilkan berdasarkan
kepada interpretasi negatif yang telah dibuat oleh individu tersebut. Levitt telah
mengkategorikan kebimbingan kepada dua iaitu kebimbingan tret (trait anxiety) yang
merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu dan kebimbangan seketika (state anxiety)
yang merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi
individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu.


2.3 Proses Tafsiran Kebimbangan

a. Rangsangan
Perkara di perekitaran yang memberikan kesan kepada individu. Contohnya
sorakan penonton, cuaca ataupun pesaing yangterlibat dalam situasi
tersebut.

b. Tafsiran
Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh bersifat
positif dan negatif.

c. Pelakuan
Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan tafsiran yang telah dibuat.
Sekiranya tafsiran yang dibuat terhadap rangsangan adalah positif, tindakan
yang diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlit
merasakan bahawa beliau berpeluang untuk Berjaya dalam acara 100 meter,
beliau akan berusaha untuk berlari dengan baik. Sebaliknya, sekiranya
seorang atlit merasakan beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara
100 meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan saingan. Tindakan
yang dihasilkan akan memberi kesan kepada individu tersebut khususnya
apabila menghadapi yang serupa di masa hadapan.





3.0 TEORI-TEORI KEBIMBANGAN ( PSIKOANALITIK )

Menurut Freud (1977) apabila tenaga libido dipendamkan, ia bertukar menjadi
kebimbangan dan akan muncul sebagai kebimbangan bebas atau sebagai satu
simptom kebimbangan. Misalnya kanak-kanak menjadi bimbang apabila ibunya tidak
ada bersamanya kerana kanak-kanak itu tidak dapat menyalurkan libido (perasaan)
kepada ibunya dan libido itu wujud sebagai satu kebimbangan. Jika kebimbangan
objektif adalah tindak balas dari ancaman luar, maka kebimbangan neurotik adalah
pelarian daripada desakan libido itu sendiri (Azizi et. al, 2006). Menurutnya lagi
pengalaman kebimbangan neurotik membuatkan ego yang berperanan memproses
ancaman ini akan cuba lari daripada desakan libido ini, dan menjadikan ancaman
dalaman ini sebagai yang datang dari luar, dan dengan sendirinya tidak melibatkan
ego untuk berbuat sesuatu.

Teori kebimbangan yang berpusatkan kepada peranan libido, tidak dapat
menghuraikan kebimbangan jenis fobia (Azizi et. al, 2006). Freud (1977) mendapati
bagi jenis-jenis kebimbangan yang lain, ego lebih berperanan jika dibandingkan
dengan id yang bertukar menjadi libido. Ego mengamati bahaya dan dengan
sendirinya akan meninggalkan kesan kebimbangan. Azizi et. al (2006) mengulas
lagi, ini bererti, bukan pemendaman libido yang menjadi punca kebimbangan tetapi
kebimbangan telah wujud sedia ada apabila telah diamati oleh ego tadi dan ini
bermakna kebimbangan adalah punca pemendaman.

Freud (1977) menjelaskan, fenomena kebimbangan adalah ciri semula jadi
suatu organisma itu. Ia adalah sebahagian daripada naluri semula jadi untuk
keselamatan kendiri dan diwarisi secara genetik. Kebimbangan objektif dialami
secara semula jadi tetapi kebimbangan yang spesifik adalah dipelajari. Beliau
menyatakan kebimbangan adalah punca daripada renjatan emosi dan takutkan
kembiri (fear of castration).




4.0 JENIS-JENIS TEORI KEBIMBANGAN
Ciri-ciri perbezaan antara kebangkitan dan kebimbangan telah dijelaskan
dengan sebegitu rupa untuk menerangkan tentang perbezaan antara kedua-duanya,
serta untuk mengelakkan salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan dengan
kebangkitan dan kebimbangan. Bagaimanapun, untuk menjelaskan tentang teori
yang berkaitan dengan kebimbangan, kedua-duanya perlu dilihat dalam konteks
yang sama kerana kebangkitan sering dilihat sebagai hampir sama dengan
kebimbangan seketika (Cox, 1998). Dalam bahagian ini, akan diutamakan teori-teori
yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan kebimbangan dengan
prestasi atlit.
4.1. Teori Dorongan
Teori Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull (1943, 1951) dan Spence
(1956). Asalnya, teori ini melihatperkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek
motivasi. Teori Dorongan beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
Peningkatan kebangkitan (dorongan) akan menghasilkan respons yang dominan.
Respons atau tindak balas yang dikaitkan dengan keinginan yang kuat merupakan
respons yang paling dominan.
Pada tahap awal pembelajaran atau untuk kemahiran yang kompleks, respons
yang dominan lazimnya kurang tepat atau salah.
Di tahap akhir pembelajaran atau untuk kemahiran yang mudah, respons yang
dominan lazimnya tepat atau betul.
Untuk memahami teori ini, kita boleh mengaplikasikan prinsip teori berkenaan
dalam kehidupan kita. Pertamanya, peningkatan tahap kebangkitan selalunya
membantu atlit yang berkemahiran atau pakar tetapi mengurangkan keberkesanan
atlit atau pemain muda (kurang berkemahiran). Justeru itu, jurulatih kepada pasukan
yang baru atau muda perlu mengurangkan tekanan (kebangkitan) serta tahap
kebimbangan agar atlit mereka dapat beraksi dengan baik. Tahap kebangkitan yang
rendah lazimnya meningkatkan peluang kejayaan atlit atau pemain baru (muda) ini
serta meningkatkan keyakinan diri mereka.
Bagi atlit yang berpengalaman pula, peningkatan tahap kebangkitan
diperlukan untuk membantu mereka melakarkan kejayaan dalam setiap aktiviti
mereka. Kekurangan tahap kebangkitan dan tekanan akan menyebabkan mereka
mengambil mudah tugasan yang perlu dilaksanakan. Kesannya, prestasi mereka
menjadi kurang baik.
Perkara yang sama juga boleh dikaitkan dengan proses melakukan
kemahiran yang mudah dan kompleks. Contohnya, kemahiran mudah seperti
mengangkat berat atau melakukan tekan tubi memerlukan tahap kebangkitan yang
tinggi untuk memastikan atlit melaksanakannya dengan berkesan. Sebaliknya,
kemahiran yang kompleks serta yang memerlukan ketepatan seperti menembak,
memanah atau ketika melakukan putting dalam permainan golf, atlit memerlukan
tahap kebangkitan yang rendah untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Teori ini menarik perhatian ramai pada tahap awal ketika ia mula
diperkenalkan, tetapi beransur menjadi kurang popular serta dikritik oleh ramai
pengkaji. Andaian teori ini yang menjelaskan bahawa prestasi dan kebimbangan
berinteraksi dalam satu garisan yang lurus telah ditolak serta dipertikaikan
kesahihannya. Ramai pengkaji berpendapat prestasi manusia akan meningkat
sejajar dengan peningkatan tahap kebimbangan sehingga ke satu tahap. Apabila
melebihi tahap ini, peningkatan kebimbangan (kebangkitan) yang berterusan akan
menyebabkan prestasi atlit berkenaan jatuh sama seperti gagasan Teori U-Terbalik.
Ini telah mencetuskan beberapa pendekatan atau teori barn yang cuba melihat
perkaitan di antara prestasi dan tahap kebimbangan (kebangkitan).
4.2. Teori U-Terbalik
Teori ini menjelaskan bahawa perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi
boleh dilihat dalam bentuk kurvilinear atau U-Terbalik. Walaupun ia sering dianggap
sebagai satu teori atau hipotesis, beberapa orang penyelidik seperti Duffy (1957)
dan Malmo (1959) menganggap ia sebagai satu fakta yang menjelaskan tentang
perkaitan antara kebangkitan dan prestasi.


Teori ini diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson (1908) yang menggunakan
tikus untuk melihat perkaitan di antara kebangkitan dan tahap kesukaran tugasan
serta kesannya ke atas prestasi. Dalam kajian ini, prestasi merujuk kepada bilangan
percubaan yang diperlukan oleh tikus berkenaan untuk memilih petak yang lebih
cerah dari dua petak yang disediakan. Elemen kebangkitan terdiri dari kejutan
elektrik pada tahap intensiti yang rendah, sederhana tinggi dan tinggi manakala
tahap kesukaran diasaskan kepada perbezaan kecerahan petak yang boleh
dimanipulasikan kepada rendah, sederhana dan tinggi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan praktis yang diperlukan untuk
membezakan petak berkenaan meningkat apabila tahap kecerahan petak berkenaan
semakin rendah (hampir sama). Hukum Yerkes dan Dodson menjelaskan bahawa
perlakuan yang mudah dipelajari, boleh dibentuk di bawah tekanan yang tinggi,
manakala perlakuan yang sukar mungkin boleh dibentuk di bawah tekanan yang
rendah (Cox, 1998).
Berdasarkan Hukum Yerkes dan Dodson tahap kebangkitan yang tinggi
diperlukan untuk mendapatkan prestasi yang baik apabila melakukan aktiviti yang
melibatkan penggunaan otot besar (gross motor skill) atau menggunakan tenaga
yang tinggi, contohnya acara angkat berat. Bagi sukan yang memerlukan ketepatan
atau kemahiran halus seperti menembak, memanah atau putting bola golf, tahap
kebangkitan yang rendah diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Setiap acara sukan mempunyai tahap kebangkitan optimumnya yang
tersendiri untuk menghasilkan pencapaian yang terbaik. Bagaimanapun, semuanya
tertakluk kepada prinsip U-Terbalik, iaitu prestasi adalah rendah apabila kebangkitan
berada pada tahap yang terlalu rendah atau terlalu tinggi, manakala prestani terbaik
hanya boleh dicapai apabila kebangkitan berada pada tahap sederhana atau
optimum.
Menurut Hukum Yerkes dan Dodson, tidak kira sama ada kemahiran yang
dipelajarinya itu merupakan kemahiran yang mudah seperti memukul bola golf atau
yang sukar seperti kemahiran menggelecek dalam hoki tahap kebangkitan yang
optimum bagi individu novis sepatutnya lebih rendah dari pemain yang sudah mahir
atau pakar dalam sukan berkenaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Konsep
inilah yang menjelaskan bagaimana pemain yang berpengalaman atau pakar dalam
sesuatu acara beraksi dengan baik dalam situasi yang kompetitif jika dibandingkan
dengan pemain novis (Oxendine, 1970).
Klavora (1978), Sonstroem dan Bernardo (1982) dalam kajian mereka
terhadap pemain bola keranjang mendapati prestasi pemain bola keranjang
meningkat apabila tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum, sederhana
dan merosot apabila tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah atau meningkat
terlalu tinggi. Gould, Petlichkoff, Simon dan Vevera (1987) dan Burton (1988) juga
mendapati bahawa prestasi terbaik dalam acara menembak pistol dan renang
berkait rapat dengan kebimbangan somatik. Ini selari dengan gagasan Teori U-
Terbalik seperti yang dijelaskan di atas.
Dari sudut pergerakan motor, Beuter dan Duda (1985) mendapati
peningkatan tahap kebangkitan menyebabkan pergerakan kanak-kanak merosot
atau menjadi tidak licin jika dibandingkan ketika tahap kebangkitan mereka pada
tahap yang optimum atau sederhana. Kajian dalam bidang yang lain seperti menilai
pendengaran (Stennet, 1957), masa reaksi (Lansing, Schwartz dan Lindsley, 1956)
dan kestabilan tangan (Martens dan Landers, 1970) turut menyokong gagasan Teori
U-Terbalik ini.
4.3 Teori Penggunaan Kin Easterbrook.
Masalah gangguan atau hilang tumpuan serta pengurangan prestasi akan
dapat diatasi sekiranya tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum.
Bagaimanapun sekiranya tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah, kesemua kin
yang terdapat di persekitaran sama ada yang relevan atau yang tidak relevan akan
diproses oleh individu terbabit. Kesannya prestasi tidak meningkat. Prestasi juga
akan merosot sekiranya tahap kebangkitan semakin meningkat. Ini akan
menyebabkan kemampuan menilai kin secara objektif dan teratur tidak berlaku dan
kesannya prestasi merosot secara mendadak. Justeru itu, tahap kebangkitan perlu
diawasi bagi mendapatkan prestasi yang optimum.
4.4. Teori Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO)
Teori ini hampir sama pendekatannya dengan Teori U-Terbalik.
Bagaimanapun, perbezaan yang ketara bertumpu kepada premis Teori U-Terbalik
yang menyatakan bahawa tahap kebimbangan yang sederhana berkait rapat
dengan prestasi terbaik atlit. Teori Zon Berfungsi yang Optimum (ZBO)
diperkenalkan oleh psikologis sukan Rusia, Yuri Hanin mengandaikan bahawa tahap
optimum kebimbangan berasaskan situasi bagi seseorang atlit adalah berbeza
dengan atlit yang lain. Menurut Hanin (1989), tahap optimum kebimbangan
berasaskan situasi seseorang atlit ada yang bermula pada tahap yang paling rendah
sehinggalah yang paling tinggi.
Hanin (1989) juga menjelaskan bahawa setiap atlit mempunyai ZBOnya yang
tersendiri. ZBO atlit yang optimum akan menghasilkan prestasi yang terbaik
manakala prestasi yang buruk lazimnya berlaku apabila tahap kebimbangan
berasaskan situasi berada di bawah atau melepasi tahap ZBO. Justeru itu,
perbezaan utama di antara ZBO dan Teori U-Terbalik adalah titik optimum yang
menghasilkan prestasi terbaik atlit. Menurut Hanin (1989), titik berkenaan mungkin
berada pada kontinum kebangkitan dan mungkin juga tidak. la wujud dalam satu zon
dan bukannya satu titik yang pasti seperti yang diutarakan oleh Teori U-Terbalik.
Beberapa kajian terkini menyokong gagasan ZBO (Hanin, 1989; Hanin dan Syrja,
1995).
4.5. Teori Pembalikan
Teori ini menjelaskan bahawa untuk memahami perkaitan di antara prestasi
dan kebimbangan, interpretasi individu atau atlit yang terbabit perlu diambil kira
untuk mendapat gambaran mereka tentang situasi tersebut. Tahap kebangkitan
yang tinggi atau rendah boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif mahupun negatif
bergantung kepada situasi yang dihadapi. Dalam keadaan "mengelakkan
kebimbangan" atlit biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah
(persediaan pra-pertandingan) sementara dalam keadaan "mencari tahap
kebangkitan" atlit lazimnya mencari keseronokan atau sesuatu yang
merangsangkan.
Dengan kata lain, atlit boleh membalikkan interpretasi mereka terhadap
kebangkitan (menjelaskan nama teori ini). Tahap kebangkitan yang tinggi atau
rendah boleh ditafsirkan sebagai positif pada satu ketika dan negatif pada ketika
yang lain. Prestasi yang baik berlaku apabila tidak terdapat perbezaan yang ketara
di antara tahap kebangkitan yang diingini oleh atlit dan tahap kebangkitan yang
sebenarnya.

5.0 JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
Menurut Wann (1997) kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh
mempengaruhi pencapaian atlet dalam sukan. Apabila memperkatakan
kebimbangan di kalangan atlet maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan tret
dan kebimbangan seketika.

5.1 Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)
Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah
merujuk kepada cirri-ciri personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan
mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau
bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan
kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan
sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret.

5.2 Kebimbangan Seketika (State Anxiety)
Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan
semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat
di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001). Terdapat dua jenis kebimbangan
seketika iaitu kebimbangan kognitif seketika dan kebimbangan somatik seketika.

5.2.1 Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)
Merupakan komponen mental kebimbangan seketika yang merujuk kepada
proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi
semasa seperti perasan risau, takut, kecewa, gementar dan lain-lain.

5.2.2 Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)
Merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari
kebimbangan kognitif yang wujud dari dalam individu tersebut yang menyebabkan
peningkatan denyutan jantung, kadar nadi, peredaran darah, perpeluhan,
pernafasan, kerap buang air kecil dan lain-lain. Bagi individu yang dikategorikan
sebagai A-trait, sekiranya beliau mentafsirkan bahawa tekanan yang wujud
dipersekitarannya cukup menekan, maka individu tersebut akan bertindak atau
memberikan respons yang akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan serta
kebangkitan fisiologikalnya. Kebimbangan itu dimanifestasikan oleh rasa tertekan ,
takut, peningkatan kadar nadi serta tangan atau badan mengeletar. Kesannya
individu tersebut rasa semakin tertekan dan takut serta aksinya pula tidak menentu.

5.3 Kebimbangan Agorafobia
Penyakit kebimbangan Agorafobia berlaku kepada seseorang yang berasa takut
pada kawasan yang luas dan sibuk.. Kecelaruan jenis ini melibatkan ketakutan pada
suasana atau tempat yang mungkin memalukannya bagi melepaskan diri apabila
memerlukan pertolongan serangan panik. Istilah agoraphobia berasal daripada
perkataan Greek (Nevid et.al, 2000). Mengikut Yonkers et.al, (1998) ianya sering
berlaku kepada golongan wanita berbanding dengan lelaki. Sebagai contoh di
program festival, karnival, majlis ceramah atau rapat umum ataupun di pasar malam
yang sibuk

5.4 Kebimbangan Umum
Kecelaruan kebimbangan umum dikategorikan dengan cirri-ciri seperti bimbang
kepada suasana kewangan, anak-anak dan hubungan sosial. Penghidap berasa
terawang-awangan dan sedikit berkhayal sebagaimana yang dijelaskan oleh Freud
(Rapee, 1991). Kanak-kanak yang bimbang kepada pencapaian akademik, sukan
dan aspek-aspek sosial persekolahan yang lain merupakan tanda mengalami
kecelaruan kebimbangan umum. Mereka akan mengalami keletihan, sukar tidur,
sukar menumpukan perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-otot menjadi tegang dan
tidak bersemangat. Selalunya penghidap penyakit ini mengalami perasaan resah,
bmbang dan gangguan fizikal yang akhirnya mendapat gangguan emosi seperti
ketegangan (APA, 1994).

5.5 Kecelaruan Kebimbangan Obsesif-Kompulsif
Obsesif adalah pemikiran atau idea yang kelihatan melampaui kemampuan individu
bagi mengawalnya. Seseorang yang mengalami obsesif boleh mendatangkan
bahaya kepada orang lain atau pasangannya. Manakala kompulsif adalah tingkah
laku yang berulang seperti berulang kali membasuh tangan atau sering kali
memeriksa pintu berkunci. Kompulsif terbahagi kepada dua kategori iaitu :

5.5.1 Ritual memeriksa

5.5.2 Ritual membersih sebagai contoh, dalam budaya orang Islam, perasaan
ketidaksempurnaan mengambil wuduk atau mencuci kain yang terkena najis
mendorong untuk mencuci berulang-ulang kali sehingga berlaku pembaziran air atau
dikenali sebagai was-was.

5.6 Fobia Khusus
Berlaku kepada individu yang mengalami ketakutan yang keterlaluan pada
suasana. atau objek yang khusus seperti suasana terlalu gelap (claustrophobia),
tempat yang tinggi (acrophobia) atau takut kepada binatang-binatang kecil, ular, atau
ulat bulu. Ketakutan ini biasanya diikuti dengan tindak balas fisiologi yang tinggi
apabila individu berdepan dengan rangsangan yang menakutkan.

6.0 PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN
Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama
sukan juga membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah
melepaskan anak panah daripada busurnya, seorang pemain bola sepak sedang
menyepak bola pada kedudukan penalty dan seorang pemain badminton ingin
melakukan pukulan deras (smash) pada kedudukan mata akhir, hasil daripada
perlakuan tersebut belum diketahui. Tekanan dalam sukan adalah perkaitan yang
tidak dielakkan dan berlakunya sifat ketidakpastian.
Tekanan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita,
sebaliknya akan meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa
beberapa faktor yang jelas meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh,
semakin penting sesuatu pertandingan, semakin tinggi tekanan dan seseorang akan
mudah menjadi bimbang.
Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri
mudah tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu,
segala tindak balas atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan
meningkatkan lagi kadar kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah
dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan situasi. Menurut Endler (1978, 1983),
terdapat lima faktor mengakibatkan tahap kebimbangan meningkat dalam suatu
situasi yang teruja.
Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah
yang boleh mengugat ego atlit tersebut.
Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton
yang mengancam harga diri seseorang.
Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana
seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher
yang boleh mencederakannya.
Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan
perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh
menimbulkan tekanan dan kebimbangan.
Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah
diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa
pertandingan.













7.0 MENGUKUR KEBIMBANGAN
Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6
th
ed) Anshell (1997) dan Wann (1997),
cara yang paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan
borang soal selidik. Cara ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu
menjawab soalan yang berkaitan dalam inventori yang disediakan. Cara ini
memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan responden yang ramai dalam
kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan gunaan.
Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk
mendapatkan maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara
cara yang boleh digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah
laku serta perubahan fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti terhadap
perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan, tangan berpeluh,
sering kali membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan yang lain
boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap
kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke
atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.

Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai
tanda-tanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta
tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan
kebimbangan. Kemampuan untuk mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal
buat masa ini agak terhad kerana kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini.
Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam dunia sains, penggunaan alat
telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan memungkinkan
kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.
Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut
psikologikal dan fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan.
Bagaimanapun menurut Karteroliotis dan Gill (1987) perkaitan antara aspek
psikologikal dan fisiologikal dalam mengukur kebimbangan seketika adalah rendah.
Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang sesuai untuk mengukur kebimbangan
seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak aspek psikologikal dan
fisiologikal untuk mengukur kebimbangan seketika akan memberikan maklumat yang
bercanggah.
Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat
dengan kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu
sendiri. Justeru itu, kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan
bukannya secara unidimensi. Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart
(1982) serta Gould, Horn dan Spreeman (1983) menyokong sifat multidimensi
kebimbangan.
7.1 Cara Mengatasi Kebimbangan Dalam Sukan
Kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tekanan kerana dengan
senyuman kita akan melarikan diri daripada situasi daripada memulakan perasaan
kebimbangan. Secara tidak langsung kita dapat melupakan tentang tekanan dan
menikmati alam pertandingan.
Para atlit merupakan orang yang menpunyai tugas yang harus diselesaikan secara
berseronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk mengatasi
tekanan. Berseronok semasa bertanding akan membantu para atlit muda
mengelakkan daripada menarik diri untuk bertanding.
Berlatih dalam keadaan yang dibuat-buat akan membuat atlit seperti menghadapi
situasi sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan semasa latihan. Contohnya,
dalam latihan bola keranjang seorang jurulatih boleh menjemput beberapa kenalan
untuk melakukan provokasi kepada pemain, untuk membantu mereka bersiap sedia
untuk diejek atau diperlakukan dengan pelbagai tekanan supaya dapat mengawal
emosi mereka dimasa hadapan jika menghadapi tekanan.
Kebanyakan atlit mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan bimbang
dan hilang tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat. Untuk mengatasi
masalah ini, seorang atlit bolehlah berlatih dengan mengurangkan pergerakan
semasa latihan dan ini harus dilakukan berterusan.
Memikirkan mengenai apa yang akan terjadi selalunya menambahkan kebimbangan.
Takut untuk bedpan dengan kekalahan dalam sesuatu pertandingan mewujudkan
perasaan sedih serta menambahkan lagi kebimbangan. Oleh itu, fikirkanlah apa
yang sepatutnya dilakukan dan cara untuk mengurangkan kebimbangan semasa
bertanding.
Tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan.
Membuat keputusan pula boleh memberi tekanan dan semasa menghadapi
pertandingan para pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan. Jadi, atlit atau
jurulatih perlu ada satu perancangan permainan yang lengkap atau strategi agar
proses membuat keputusan akan menjadi lebiih mudah.
Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum pertandingan. Berlatih
sambil mendengar muzik boleh menghasilkan keghairahan dan perasaan.
Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya, memperkatakan
atau memikirkan mengenai perkataan-perkataan mood seperti kuat, pantas, agresif.


























8.0 RUMUSAN

Kebimbangan yang keterlaluan boleh menyebabkan seseorang akan
bertingkah laku abnormal, ganjil, aneh, dan kemungkinan membawa kepada
skizoprenia. Namun begitu ia boleh dicegah melalui terapi yang dicadangkan agar
individu dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan terus berkembang daripada
segi psikologikal, biologikal, neurobiologi, fisiologi dan menyerlah melahirkan
personality cemerlang dan berkeyakinan. Psikoterapi boleh diamalkan melalui teori
teori kognitif yang lain selain daripada teori di atas sebagai contoh sahaja antaranya
Teori REBT (Albert Ellis, 1962), Teori Existential (Rollo May dan Viktor Frankl,1909),
Teori Bandura (Albert Bandura, 1977), Teori Pemusatan Klien (Carl Rogers, 1902),
Teori Gestalt (Frederick S.Fritz Pearls, 1893) dan sebagainya.
Beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini telah menunjukkan
permasalahan kebimbangan banyak memberikan kesan yang negatif kepada
individu. Antaranya adalah dengan tahap kebimbangan yang tinggi akan
menurunkan pencapaian, mengubah perangai dan sikap. Permasalahan ini amat
berat jika difikirkan kerana ia akan memberikan kesan berat kepada pencapaian
individu itu dan yang lebih berat lagi akan menjejaskan peluang untuk berjaya.
Kebimbangan adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku kepada semua atlit tanpa
mengira usia dan tahap kemahiran.
Pengalaman dan kemahiran atlit dilaporkan dari sikap yang berbeza dan
banyak menghala kepada bagaimana pengalaman mereka menghadapi
kebimbangan. Kesungguhan dan kesan kepada prestasi kebimbangan kemungkinan
berkaitan kepada tafsiran seseorang individu. Natijahnya kebimbangan boleh
ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap
situasi yang dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima
oleh seseorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya.






BIBLIOGRAFI
Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://www.slideshare.net/MohamadIhtifazuddin/4-psikologisukantingkatan4
http://www.zairedin.com/2011/12/kebimbangan-dan-kebangkitan-dalam-sukan.html
mikepjeduworld.blogspot.com/.../kebimbangan-dalam
http://www.slideshare.net/tiongsinglin/53-kebangkitan-
dankebimbangandalamsukanpptx
http://sainssukanjee.blogspot.com/2011/12/kajian-sukan-tesis-kebimbangan.html

























Konsep Kebimbangan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAGRESIFAN
Kebanyakkan kajian yang dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi
keagresifan dalam sukan dilakukan secara situasi spesifik. Berdasarkan dapatan
kajian tersebut, disenaraikan beberapa faktor yang dikaitkan dengan keagresifan
dalam sukan.

i. Kebangkitan fisiologi - Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan
suhu di persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu pesekitaran berkait rapat
dengan kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan
pemain berasa kurang selesa, rimas dan mudah marah.
Justeru itu, kesilapan yang sedikit atau tindakan yang dianggap keterlaluan yang
dilakukan oleh orang lain ke atas pemain ini akan menjadi pencetus kepada pemain
tersebut untuk bertindak secara agresif. Manakala kebisingan penonton di stadium
atau gelanggang boleh meningkatkan kebangkitan pemain sehingga ia boleh
menggugat prestasi pemain tersebut. Kebisingan yang tinggi akan merangsang
keagresifan.

ii. Persepsi individu yang dikasari - Keagresifan akan meningkat apabila bakal
mangsa merasakan bahawa beliau akan dikasari oleh pihak lawan. Dalam konteks
ini, pesepsi tentang niat pemain lawan untuk mengkasari seseorang individu adalah
lebih kukuh dari kekalahan atau suasana pertandingan dalam mencetuskan tindakan
yang agresif dikalangan pemain. Oleh itu, pemain yang menjangkakan bahawa
beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.

iii. Takut kepada tindak balas yang diterima Takutkan tindak balas yang diterima
dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam
sesuatu perlawanan sukan. Dengan kata lain, setiap pemain akan menghormati
pasukan lawannya dan masing-masing cuba untuk mengatasi lawannya tanpa
bertindak agresif.



Bagaimanapun, akan sampai satu tahap dimana setiap pemain mula mencabar
lawannya dan tindakan ini akan menjadikan suasana perlawanan menjadi lebih
sengit. Kesannya, tindakan atau perlakuan yang agresif akan meningkat kerana
setiap tindakan yang agresif akan dibalas dengan tindakan yang sama ataupun
lebih, untuk menunujukkan siapa yang lebih hebat. Akhirnya, perlakuan agresif akan
sampai ke kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal dengan baik.

iv. Perbezaan Mata atau Jaringan - Kajian dibuat keatas permainan bola sepak dan
hoki ais mendapati semakin besar berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak
kekasaran yang akan dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan (Cox
1999)
v. Lokasi Perlawanan - Biasanya pasukan yang bermain ditempat sendiri akan
bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta
ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut
Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis
sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di
tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan
kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat
sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen&Cullen, 1975).

vi. Keputusan Pertandingan - Pemain pasukan yang tewas merasakan bahawa
pasukannya tidak berpeluang untuk menang, lazimnya lebih agresif jika
dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Ini
mungkin kerana kecewa berdasarkan Toeri Frustrasi-Agresif ( Cullen & Cullen 1975
).

vii. Kedudukan Pasukan Dalam Liga - Pasukan yang berada di kedudukan tempat
teratas dalam liga lazimnya kurang agresif jika dibandingkan dengan pasukan yang
berada di kedudukan terbawah liga. Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif,
pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan
pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan.
Dengan itu, mereka akan bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang
ditanggung.


viii. Jangka Masa Dalam Permainan - Secara umumnya, perlakuan agresif dalam
sesuatu perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar dengan peningkatan masa
permainan. Bagaimanapun, kenyataan ini juga bergantung kepada jenis permainan.
Yang jelas, keagresifan jarang berlaku pada awal masa permainan.

ix. Penggunaan Steriod - Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam
sukan ialah kerana kesan sampingannya. Antara kesan sampingan penggunaan
steroid adalah peningkatan keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan
steroid. Justeru itu, sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, perlu
memastikan agar atlet tidak terlibat dalam pengambilan bahan terlarang ini demi
kebaikan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai