Anda di halaman 1dari 1

NAMA : ...................................................

TARIKH : ......................................

AKTIVITI PENTAKSIRAN BM TAHUN 3 (B4DT1E1) Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber. Arahan : Baca petikan kemudian lengkapkan pengumuman. Produk Tembaga Tembaga merupakan salah satu produk industri kecil yang popular di Terengganu. Tembaga dihasilkan daripada campuran tembaga putih, kuning dan zink yang dimasak di dalam relau pada suhu tertentu. Proses membuat kraf tembaga memakan masa yang lama. Proses bermula dengan membuat acuan yang menggunakan tanah liat dan lilin. Kemudian, campuran logam akan dimasak di dalam relau. Setelah itu, logam itu dituang ke dalam acuan. Apabila tembaga sudah mengeras, acuan akan dipecahkan. Tembaga akan mengalami proses mencuci dan mengilat. Barangan kraf tangan yang dihasilkan seperti tepak sirih, pemegang lilin, keris dan barangan cenderamata untuk hantaran perkahwinan yang cantik dan indah di pandang.
Menguasai ( ) Belum Menguasai ( ) Pengumuman Pameran dan Jualan Produk Tembaga Selamat datang tuan-tuan dan puan-puan, Kami mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan ke pameran dan jualan produk tembaga yang diadakan di ruang legar kompleks membeli-belah ini. Kami menjual pelbagai jenis produk tembaga yang bermutu. Pengunjung yang ingin membeli produk tembaga ini boleh melihat sendiri produk ini terhasil daripada (1) .................................................................................................. Proses membuat tembaga ini memakan masa yang lama. Proses dimulakan dengan membuat (2) ..................................................................................... Seterusnya, campuran logam akan (3) ........................................................... Kemudian, logam itu akan dituang ke dalam acuan. Akhir sekali, apabila tembaga sudah mengeras, (4) .......................................................................... dan tembaga akan dicuci dan dikilatkan. Rebutlah peluang untuk memiliki produk kraf tangan tembaga yang unik ini. Kami menjual pelbagai jenis produk tembaga seperti (5) ................................ ........................................................................................................................

Tandatangan Guru:

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai