Anda di halaman 1dari 1

Nurul Idayu Harun: saya terpanggil mengenai isu beban guru..terutamanya aktiviti hujung minggu terutamanya sabtu..

saya lihat sekolah semakin kerap menggunakan cuti hari sabtu untuk mengadakan aktiviti, kalau tak cuti ganti, pelbagai mesyuarat aktiviti luar diadakan..Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya stress dikalangan guru-guru.

Nurul Idayu Harun: Begitu juga dengan tugas tugas guru seperti aktiviti kokurikulum yang memerlukan guru berada di sekolah yang tidak mengenal hari dan masa termasuklah di cuti hujung minggu. Guru tidak merungut mengenai kerja ini. Ini adalah tugas dan keseronokan (passion) mereka. Namun, anggapan pihak luar yang sering mempersoalkan guru adalah sangat jengkel dan bercakap ikut sedap mulut dan tanpa maklumat yang betul. Adakah mereka benar benar memahami dan berada di lingkungan kerja guru???

Nurul Idayu Harun: Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor seterusnya yang menjadi penyebab berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber merujuk kepada kekurangan peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, keadaan bilik guru, kekurangan kelas, tuntutan sukatan pelajaran dan lain-lain. Kekangan masa pula ialah kekurangan masa guruguru untuk mengajar, menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar, pelajar dan masa rehat yang singkat. Pelbagai kursus juga perlu dihadiri oleh guru, kadang kala memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar. Tambahan pula, guru tersebut tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. Setelah tamat kursus, guru perlu menghabiskan dan menyiapkan tugasan yang tertangguh sebelum ini. Ini tentunya akan menambahkan tekanan kerja kepada guru tersebut Guru haruslah bijak dalam menangani stress. Apa sahaja masalah yang dihadapi seperti bebanan kerja yang bertambah di sekolah, bebanan kerja di rumah, masalah pelajar dan segalanya adalah punca seseorang guru menjadi stress. Bagi mengatasi masalah ini, seseorang guru itu haruslah mengenal pasti langkah-langkah mengatasi stress. Langkah pertama yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah fahami punca stress. Seseorang guru itu perlu selidik punca yang menebabkan stress terjadi kepada diri. Langkah kedua ialah letakkan keutamaan. Guru perlulah senaraikan keutamaan untuk dilakukan. jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memeberi ketuamaan kepada yang lebih penting. Malah guru juga boleh bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan dari membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan. Langkah ketiga ialah ketawa. Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka. Ketawa membantu meningkatkan keupayaan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan malah proses ketawa boleh membantu memebuang toksid di dalam badan dan darah berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai