Anda di halaman 1dari 3

Tema/Tajuk Kelas Masa/ Bilangan Murid Standard Pembelajaran

Sains Hayat / Proses Hidup Manusia Tahun 4 7.45-8.45 pagi / 24 orang 3.3.1, 3.3.2 Di akhir PdP murid dapat: 1) Menyatakan manusia bergerak balas apabila menerima rangsangan. 2) Memberi contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan. Memerhati, membuat inferens, berkomunikasi. Konstruktivisme

Objektif Pembelajaran

KPS Kaedah Aktiviti

Aktiviti 1 : Fasa Persediaan. 1. Guru memperdengarkan bunyi yang kuat dari audio. 2. Murid bertindak balas dengan menutup telinga. 3. Guru bersoal jawab dengan murid: Mengapa kamu menutup telinga? (jawab: melindungi telinga dari bunyi yang kuat)

Aktiviti 2 : Fasa Imaginasi 1. Guru menayangkan slaid powerpoint organ deria dan gerak balas. 2. Murid mendengar penerangan guru. 3. Guru bersoal jawab dengan murid: Berikan contoh lain gerak balas rangsangan untuk mata? (jawab:menutup mata apabila bersin/ mata terbuka luas apabila dalam keadaan gelap) Berikan contoh lain gerak balas rangsangan untuk kulit?

(jawab: badan menggigil apabila berasa sejuk.) Berikan contoh lain gerak balas rangsangan untuk hidung? (jawab:menutup hidung apabila terbau makanan basi.)

Aktiviti 3 : Fasa Perkembangan 1. Murid diminta berkumpul dalam beberapa kumpulan. 2. Murid mendengar arahan guru. 3. Murid diarahkan menjalankan aktiviti mengikut stesen yang telah disediakan. Stesen 1: Guru menyediakan bekas yang berisi air panas dan air sejuk. Murid diminta menyentuh bekas dengan hujung jari. Murid membuat inferens berdasarkan reaksi yang terhasil. Stesen 2: Guru menyediakan 2 kotak hitam yang berisi 2 jenis makanan. Murid diminta mencium bau kedua-dua kotak tersebut. Murid membuat inferens berdasarkan reaksi yang terhasil. Stesen 3: Guru menyediakan sebuah lampu suluh. Salah seorang murid diminta menyuluh mata rakannya. Murid membuat inferens berdasarkan reaksi yang terhasil. Stesen 4: Guru menyediakan dua jenis bahan (garam dan gula) Murid merasa setiap jenis bahan itu. Murid membuat inferens berdasarkan reaksi yang terhasil. 4. Murid mencatatkan keputusan dalam jadual.

Aktiviti 4 : Fasa Tindakan 1. Guru berbincang dengan murid berkenaan keputusan yang diperolehi. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja. 3. Murid membuat latihan yang diberi oleh guru 4. Perbincangan jawapan lembaran kerja. 5. Murid membuat kesimpulan tentang topic hari ini sambil dibantu guru. Pentaksiran EMK Refleksi Lisan, Pemerhatian, lembaran kerja dan eksperimen. TMK

Anda mungkin juga menyukai