Anda di halaman 1dari 11

Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:

a) Hedonistic b) Kontekstualistik c) Organistik d) Normistik e) Elektik

a. KAEDAH HEDONISTIC

Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:

Suka/tidak Tertarik/tidak Pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa.

b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK

Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah

dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

c. KAEDAH ORGANISTIK

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

d. KAEDAH NORMISTIK

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama.

e. KAEDAH ELEKTIK

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya adalah gabungan persepsi

penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

PROSES APRESIASI SENI Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

a) Menggambarkan b) Menganalisa c) Tafsiran d) Penilaian

A. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur

B. MENGANALISA

i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana iii. Menghuraikan stail sesuatu karya

C. TAFSIRAN

i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

D. PENILAIAN

i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

3.BIODATA PENGARANG Abdul Latiff bin Haji Mohidin (A. Latiff Mohidin, Alma) dilahirkan pada 20 Ogos 1938 di Seremban, Negeri Sembilan. Anak kepada bekas syeikh haji. Pada awal tahun 1960-an, Latiff telah menunjukkan pula kebolehan yang lain, iaitu menulis puisi. menerima pendidikan awalnya dari Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV. menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah King George V dengan biasiswa kerajaan negeri, hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959. Pertengahan tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan Jerman. Sehingga tahun 1971, Latiff cukup banyak mengembara sambil memperluas pengalaman dan mencipta pelbagai bentuk seni terutamanya seni lukis. Hasil ciptaannya telah dipamerkan dari semasa ke semasa sama ada pameran secara perseorangan ataupun bersama, baik di dalam mahupun di luar negeri. Sewaktu belajar di Berlin, Latiff sempat melawat seluruh Eropah Barat dan selepas itu ke beberapa buah negara Asia Tenggara. Dalam tahun 1969, Latiff mendapat hadiah (grant) dari Kementerian Kebudayaan Perancis untuk mengikuti kursus seni goresan di Atelier La Courrier, Paris dan kemudian ditawarkan pula Biasiswa Rockefeller untuk meneruskan kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat yang diakhiri dengan lawatan seni sekeliling dunia. Dalam perjalanan dalam tahun-tahun 1960-an inilah Latiff mulai menghasilkan beberapa buah puisi, termasuk sebuah puisi yang terkenal iaitu Sungai Mekong yang kemudian menjadi judul kumpulan puisinya yang pertama. mencipta dalam satu era pembangunan dan modenisasi yang telah bebas daripada tekanan pentadbiran kolonial dan justeru suasana yang begini memberikannya lebih banyak perhatian terhadap masalah pertumbuhan peribadi daripada masalah sosiopolitik. Puisi-puisi Latiff tidak bertujuan membicarakan sistem atau ideologi yang besar kerana ia lahir terus daripada sumber batin dan pengalaman sehari-hari peribadi penyair sendiri. Yang mengalir dalam puisinya ialah kesan-kesan perasaan, kenangan mimpi dan lapisan pengalaman melalui imaginasinya. Pembaca juga akan menemui banyak sekali imejan benda-benda yang biasa dan unsurunsur yang lumrah seperti tiket, surat, sotong, burung gagak, cicak, dan sungai dianggap sebagai penyair yang banyak mengelakkan diri daripada memperkatakan masalah politik dan kemasyarakatan dalam puisinya. Latiff lebih gemar mendekatkan dirinya kepada alam dan tata jalur kejadiannya. Puisi Latiff padat, ekonomis kata-kata, berbaris pendek dan pada beberapa karyanya terlihat bentuk-bebas yang menekankan kesan visual. Penekanan kesan visual ini hasil kemungkinan bentuk daripada `puisi konkrit Eropah, canggahan kata pepatah Minang

dan seterusnya daripada `sketsa budaya yang memang menjadi sebahagian daripada kehidupan seni kreatif Latiff sendiri. Latiff pernah menyebut bahawa: Umumnya seniman moden dari Asia memang mempunyai kebolehan untuk mempelajari pengolahan teknik dari Barat, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana memperlihatkan keaslian, kesungguhan, dan kesegaran berkarya. Dari tahun 1963 hingga tahun 1969, Latiff amat giat dan tekun mencipta, merangkumi tiga bidang seni yang berlainan dalam pengucapannya. Dalam lukisan minyaknya, ukiran arcanya dan goresan cetaknya terdapat keselarasan yang luar biasa terhadap saluran-saluran yang berlainan alat atau bahan. Melalui siri-siri ciptaannya, Pago-Pago, Mindscape dan Langkawi, menjadikan Latiff seorang tokoh pelukis penting di negara ini. pernah menjadi pemimpin tidak rasmi sekumpulan anak muda yang berbakat seni, yakni kumpulan Anak Alam di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Selepas berumah tangga, Latiff telah diberikan penghargaan sebagai Fellow Kreatif dan Seniman Tamu, masing-masing di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1977 1979) dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (1980).

Latiff pernah memenangi berbagai-bagai hadiah utama sastera, terutama Hadiah Karya Sastera/Hadiah Sastera Malaysia sejak tahun 1971. Beliau memenangi Anugerah Puisi Putera 1 anjuran Bank Bumiputera dan GAPENA. Pada tahun 1984, Latiff terpilih mewakili Malaysia menerima S.E.A. Write Awards di Bangkok. Mulai tahun 1986, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberi penghormatan kepada beliau menjadi penulis tamu dan untuk mengisi projek sebagai penulis tamu, Latiff telah menumpukan tenaganya kepada penulisan kembali pengalaman dan proses penciptaan seninya.

KARYA

PUISI Himpunan Sajak (anatologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969, 139 hlm. -Sungai Mekong, Kuala Lumpur: No. 22, Jalan Bukit Bintang, 1972, 75 hlm. -Kuala Lumpur (anatologi bersama), Kuala Lumpur: GAPENA, 1975, 57 hlm. -Wayang Pak Dalang, Kuala Lumpur: Latiff Mohidin, 1977, 57 hlm. -Serpihan dari pedalaman, Kuala Lumpur: Sistem Intermedia, 1979, 42 hlm. -Pesisir Waktu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 62 hlm.

-Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 294 hlm. -Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm Lagu Kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1983, 302 hlm. Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75 hlm. -100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm. Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 190 hlm. -Garis: Dari Titik ke Titik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 229 hlm. -Kumpulan Puisi Malaysia 1975 1985 (antologi bersama) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 167 hlm. -Puisi Baharu Melayu 1961 1986 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm. -Malaysia dalam Puisi (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 316 hlm. -Rawa-rawa, Kuala Lumpur: Pustaka Cipta Sdn. Bhd., 1992, 42 hlm. Suara Rasa (Voice from Within) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm.

ANYAMAN (Mengkuang dan Pandan)


Proses penyediaan daun mengkuang/pandan : 1. MEMILIH DAUN kerat pagi/petang utk elak layu, daun usia 2 tahun, bhgn tulang daun (mempulur) dibuang dengan pisau.

2. MELAYUR atas bara api sehingga warna daun kekuningan supaya lembut dan thn lama tak mudah patah.

3. MENGJANGKA daun dibelah menjadi saiz kecil dan sekata bhgn duri pada daun juga dpt dibuang.

4. MERENDAM helaian daun diikat dan direndam 3 hari 3 mlm dgn air. Air perlu ditukar 2 kali sehari elak bau masam. Proses rendam untuk lunturkan warna hijau menjadi putih pada daun. 5. MENJEMUR Daun dibuka ikatannya dan dijemur hingga kering. 6. MELURUT/LARIK Daun yang kering dilurut utk luruskan daun dan elak bergulunggulung

7. MEWARNA 2 cara tradisional atau moden. Tradisional : guna kunyit (kuning) kesumba india(jingga) mengkudu (biru) arang (hitam). Moden : guna Dylon yang dibancuh dan dididihkan. Daun diikat celup selama 15-20 minit. Ikatan daun diangkat dibiarkan sejuk dan dibasuh kemudian dijemur. 8. MENGANYAM ada 5 peringkat dalam proses menganyam iaitu : A) Lagang Asas atau tulang kpd rekabentuk anyaman. Menentukan panjang dan bentuk anyaman B) Anyaman Terbhg kpg 3 jenis samada nk buat Anyaman kelarai, Anyaman biasa atau anyaman sulam. *Anyaman dimulakan dr bhgn tengah (lagang) seterusnya dianyam ke bhgn tepi. C) Pepeh atau Lepih Anyaman Mati iaitu mengakhiri anyaman

D) Sisip Hujung daun dipotong serong dan masukkan ke dalam/sisip supaya tak terburai. E) Kerat Daun lebih dipotong supaya kemas. Rupa Bentuk Tikar : Tikar terbhg 4 bhgn iaitu Badan, Kepala Tikar, Bucu Tikar dan Tepi Tikar.

Anda mungkin juga menyukai