Anda di halaman 1dari 1

MODEL PdP KREATIF TERARAH MATA PELAJARAN : SAINS TINGKATAN : 4 TAJUK : TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA - ELEKTROLISIS WAKTU:

2 MASA OBJEKTIF : Memahami penghasilan tenaga elektrik daripada tindak balas kimia.

LANGKAH 1 PERSEDIAAN

Menunjukkan satu set radas untuk menghasilkan elektrik. 1) Nyatakan nama larutan yang digunakan dalam rajah tersebut. (LOTS) 2) Apakah fungsi larutan tersebut? (LOTS) LANGKAH 2 IMAGINASI 1) Mengenalpasti logam yang mana bertindak sebagai anod dan katod. (LOTS) 2) Lukiskan anak panah untuk menunjukkan arah pengaliran elektron di dalam rajah. (LOTS) LANGKAH 3 PERKEMBANGAN 1) Terangkan proses yang berlaku di anod dan katod. (HOTS) 2) Tuliskan perubahan tenaga yang berlaku dalam rajah. (LOTS) LANGKAH 4 TINDAKAN 1) Apakah yang berlaku kepada jarum voltmeter jika zink digantikan dengan kuprum? (HOTS) 2) Lukiskan satu set radas yang baru yang boleh menghasilkan voltan yang lebih tinggi daripada sel zink-kuprum dalam rajah di atas. (HOTs)