Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, Ya Karim, Ya Hadiy, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berhimpun dalam

Majlis Perhimpunan Khas Sempena Sambutan Kemerdekaan Yang Ke-52 pada hari ini. Jadikanlah pertengahannya barakah, dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Esa Lagi Perkasa, Kami melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas nikmat kemerdekaan yang telah Engkau kurniakan. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pejuang kemerdekaan dan barisan pemimpin negara yang mempertahankan erti kemerdekaan ini. Sesungguhnya pengisian terhadap kemerdekaan lebih mencabar daripada memperolehinya. Oleh itu berilah kami kekuatan untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini dengan sumbangan yang lebih bermakna. Ya Allah, Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan Apa Yang Dikehendaki, Kami amat menyedari dan menginsafi susah payah generasi terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan, maka Engkau cucurilah rahmat ke atas roh mereka. Semoga dengan keinsafan dan kesedaran yang mendalam akan menjadi titik tolak untuk kami bersatu-padu, bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi membangunkan negara. Jadikanlah juga semangat patriotisme ini sebagai usaha murni kami untuk memartabatkan dan mengharumkan nama negara. Ya Allah, Tuhan Yang Menurunkan Seribu Kerahmatan, Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu , permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia mahupun akhirat. Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabarancabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru. Tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah serta jalan yang benar. Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya, begitu juga insan yang apabila mengetahui keburukan lantas segera meninggalkannya. Ya Allah, Tuhan Yang Mewujudkan Apa Yang Tiada, jadikanlah majlis ini sebagai perkongsian pintar yang diberkati dan dirahmati. Berikanlah kami kekuatan untuk melaksanakan apa yang telah kami perolehi dan sepakati dalam majlis ini. Semoga perpisahan kami selepas ini akan terlindung dari bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai