Anda di halaman 1dari 2

MEMILIH JAWABAN

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawaban kepada soalan yang bergaris. 1 Adakah kamu tinggal sendirian? A Sudah lama saya tidak berteman. B Ya, saya lebih suka tinggal sendiri. C Ya, saya tinggal bersendirian. D Benar, saya sememangnya tidak suka diganggu. Bagaimanakah keadaan nenek kamu, Jasni? A Nenek saya sudah lama sakit. B Sakit nenek Jasni tidak serius. C Nenek saya sudah sembuh. D Saya bimbang akan kesihatan nenek. 9 3 Betulkah kamu sudah kenyang, Daud? A Ya, saya makan nasi goreng tadi. B Ya, saya baru saja selesai makan. C Ya, saya akan makan sehingga kenyang. D Ya, saya tak akan berhenti makan selagi belum kenyang. Sudah berapa lamakah kamu mengenali Encik Sundram? A Encik Sundram ialah jiran saya. B Saya mengenali Encik Sundram sejak enam tahun yang lalu. C Encik Sundram kurus orangnya. D Encik Sundram tidak akan saya. Bilakah bangunan itu siap dibina? A Bangunan itu telah siap dibina. B Bangunan itu kepunyaan Encik Hafiz. C Bangunan itu masih belum siap lagi. D Bangunan itu siap dibina pada awal tahun depan. Siapakah yang menggalakkan kamu menceburi bidang perubatan? A Bidang perubatan memang luar biasa. B Bidang perubatan sangat mencabar. C Saya mungkin menjadi pakar jantung. D Ayah saya yang menggalakkan saya menceburinya. Aminkah yang menghantar buku ini semalam? A Ya, baru semalam Amin menghantarnya. B Ya, semalamlah kamu dihantar buku itu. C Ya, Amin yang menghantar buku itu semalam. D Ya, awaklah yang menghantar buku itu semalam. 8 Di manakah kamu letakkan cermin mata saya? A Cermin mata di atas meja kamu. B Saya letakkannya di atas meja. C Saya tahu kamu letakkan cermin mata kamu. D Pagi tadi saya meletakkannya di atas meja. Sudah berapa lamakah kamu tidak pulang ke kampung? A Saya akan pulang pada minggu hadapan. B Sudah beberapa kali saya pulang ke kampung. C Saya tidak berhajat untuk pulang ke kampung. D Saya tidak pulang ke kampung sejak dua bulan lalu.

10 Sejak bila awak mula memakai cermin mata? A Saya memakai cermin mata hanya untuk suka-suka. B Cermin mata dibeli oleh ayah saya sejak umur saya 10 tahun. C Saya memakai cermin mata sejak umur saya 10 tahun. D Saya tidak suka memakai cermin mata tetapi mata saya rabun. 11 Ada sesiapa datang cari ayah di rumah, hari ini? A Saya pasti akan ada orang datang cari ayah di rumah hari ini. B Saya tidak pasti kerana saya juga baru balik dari sekolah. C Mungkin besok orang itu akan datang lagi. D Kawan ayah dari Johor Bahru telefon petang tadi. 12 Di manakah kakak mengumpulkan sampahsarap itu? A Kakak menyapu sampah di halaman rumah. B Ya, kakak suka menyapu sampah kerana dapat meringankan tugas ibu.

C Sebelum dibakar, kakak mengumpulkan sampah-sarap itu terlebih dahulu. D Sampah-sarap itu dikumpulkan oleh kakak di satu kawasan lapang. 13 Andakah yang telah mewakili Malaysia dalam acara lontar lembing dalam Sukan SEA tahun lalu? A Ya, saya akan mewakili Malaysia dalam acara lontar lembing dalam Sukan SEA tahun lalu. B Ya, saya sedang mewakili Malaysia dalam acara lontar lembing dalam Sukan SEA tahun lalu. C Ya, sayalah yang telah mewakili Malaysia dalam acara lontar lembing dalam Sukan SEA tahun lalu. D Ya, saya memang layak menyertai acara itu. Jawaban 1C 11 B 2C 12 D 3A 13 C 4B 14 B 5D 15 A

14 Apa yang dicari oleh polis di rumah Kadir itu? tanya Devi. A Polis mencari Kadir di rumahnya. B Polis mencari barang-barang yang dicuri di rumah Kadir. C Polis mencari di rumah Kadir. D Polis menjumpai pistol di rumah Kadir. 15 Dari mana awak dapat buah itu? tanya Lina. A Saya ambil buah ini di rumah. B Saya terima daripada ibu. C Saya mendapat buah ini di tepi pagar. D Saya memanjat pokok untuk mendapatkan buah ini.

6D

7C

8B

9D

10 C

Anda mungkin juga menyukai