Anda di halaman 1dari 2

MEMILIH SOALAN

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawaban yang bergaris. 1 Abang pergi ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya. A Di manakah abang melanjutkan pelajaran? B Mengapakah abang pergi ke Amerika Syarikat? C Siapakah melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat? D Adakah abang pergi ke Amerika Syarikat? Perodua kancil ialah kereta kedua Malaysia. A Bilakah kereta kedua Malaysia dinamakan? B Apakah nama kereta kedua Malaysia? C Berapakah kereta kedua Malaysia? D Di manakah kereta kedua Malaysia dikeluarkan? Memang benar latihan hoki pada petang ini telah ditunda. A Mengapakah latihan hoki pada petang ini telah ditunda? B Siapakah yang menundakan latihan hoki pada petang ini? C Apakah yang menyebabkan latihan hoki pada petang ini ditunda? D Benarkah latihan hoki pada petang ini telah ditunda? Kapal terbang itu tidak dapat mendarat kerana keadaan cuaca kurang baik. A Bagaimanakah kapal terbang itu tidak dapat mendarat? B Di mana kapal terbang itu tidak dapat mendarat? C Mengapa kapal terbang itu tidak dapat mendarat? D Bila kapal terbang itu tidak dapat mendarat? Kami menyambut baik peraturan baru itu. A Apakah pandangan kalian tentang peraturan baru itu? B Adakah kalian akan menerima peraturan baru itu? C Bagaimanakah kalian menerima peraturan baru itu? D Sudahkah kalian dimaklumkan tentang peraturan baru itu? 6 Borang itu ditandatangani oleh Datuk Amin. A Apakah tandatangan pada borang itu? B Bilakah borang itu ditandatangan C Siapakah yang menandatangani borang itu? D Bagaimanakah borang itu mendapat tandatangan? Saya suka berjoging kerana dapat menyihatkan badan. A Bilakah masa yang sesuai bagi kamu berjoging? B Adakah kamu suka berjoging? C Mengapakah kamu suka berjoging? D Adakah berjoging itu penting? Hujah-hujah dan pandangan Razali itu berasaskan fakta yang kukuh. A Di manakah Razali mendapat hujah-hujah dan pandangan itu? B Adakah hujah-hujah dan pandangan Razali boleh dibangkang? C Bilakah hujah-hujah dan pandangan Razali akan dibentangkan? D Mengapakah hujah-hujah dan pandangan Razali diterima pakai? Sambutan Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. A Bagaimanakah sambutan Hari Guru diadakan? B Apakah kesannya jika sambutan Hari Guru diadakan? C Mengapakah sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun. D Bilakah sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun?

10 Dia memakai topi ke sekolah setiap hari kerana rambutnya telah dicukur licin. A Di mana dia memakai topi ke sekolah setiap hari? B Bagaimanakah dia memakai topi ke sekolah setiap hari?

C Siapa dia memakai topi ke sekolah setiap hari? D Mengapakah dia memakai topi ke sekolah setiap hari? 11 Jauhnya tidak dapat saya pastikan. A Dekatkah tempat itu dari sini? B Berapa jauhkah tempat itu dari sini? C Bagaimanakah dapat kamu pastikan jarak untuk ke sana? D Pastikah kamu letaknya tempat itu? 12 Menurut Sani, dia hendak ke pasar tani, kata Muslim. A Muslim, ke manakah Sani pergi? B Sudah lamakah Sani ke pasar tani? C Betulkah Sani ke pasar tani, Muslim? D Siapakah yang menurut Sani ke pasar tani? 13 Emak melarang Durrah memegang kuali itu kerana kuali itu panas. A Mengapakah emak melarang Durrah memegang kuali? B Bilakah emak melarang Durrah memegang kuali?

C Di manakah emak melarang Durrah memegang kuali? D Bagaimana emak melarang Durrah memegang kuali? 14 Sayur-sayur itu dapat hidup subur kerana dibaja dan disiram setiap hari. A Di mana sayur-sayur ditanam dan tumbuh subur? B Siapa yang menanam dan menjaga sayursayur itu? C Bagaimana sayur-sayur itu dapat hidup subur? D Berapa kali sayur itu dibaja dan disiram? 15 10 ekor ayam telah menjadi mangsa ular sawa di Kelang. A Apakah binatang yang memakan ayamayam itu? B Berapa ekor ular sawa dimakan oleh ayamayam itu? C Berapa ekorkah ayam yang telah dimakan oleh ular sawa? D Di manakah ular sawa memakan ayam?

Jawaban 1B 2B 11 B 12 A

3D 13 A

4C 14 C

5A 15 C

6C

7C

8D

9D

10 D

Anda mungkin juga menyukai