Anda di halaman 1dari 34

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 1

UNIT22 UNIT

KRISIS RUMAHTANGGA
OBJEKTIF AM

Memahami krisis yang berlaku dalam rumahtangga serta mampu menaganinya dengan berkesan.

Unit

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat : Membezakan sesuatu krisis yang berlaku dalam kehidupan berumahtangga. Mengenal pasti kes-kes dan kesan-kesannya akibat daripada krisis yang berlaku dalam kehidupan berumahtangga.

UNIT 2-1

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 2

UNIT 2

KRISIS RUMAHTANGGA

INPU T
PENGENALAN Masalah rumah tangga tidak dapat dielakkan seperti kata pepatah melayu sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Dalam unit ini anda akan didedahkan dengan masalah nusyuz, talak, zihar,qazaf, ila dan lian. Selamat membaca. 2.1 NUSYUZ 2.1.1 Definisi

Dalam perbincangan mengenai nusyuz, dua jenis pentakrifan perlu diketahui iaitu dari sudut bahasa dan juga mengikut kehendak ahli-ahli ilmu fekah.

Dari sudut bahasa bermaksud ingkar.


Pada istilah bererti sesuatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah mengikut hukum agama.

UNIT 2-2

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 3

2.1.2

Masalah Dan Penyelesaian. Perbuatan Isteri Yang Dianggap Nusyuz

2.1.2.1

Berikut di antara contoh kelakuan yang di anggap nusyuz: i. ii. iii. iv. v. Keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada tujuan yang mustahak. Tidak melayan suami tanpa suatu keuzuran. Musafir tanpa keizinan suami. Membantah atau mengingkari perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Melahirkan reaksi yang tidak baik terhadap suami. Langkah Dan Cara Mengatasi Masalah Nusyuz Menurut Islam

2.1.2.2

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh suami agar menjadikan kehidupan suami isteri bahagia. i. ii. iii. iv. v. vi. Pihak suami wajib memberi didikan agama dan tunjuk ajar supaya mereka menjadi wanita yang solehah. Suami isteri hendaklah menjalankan tanggungjawab masing-masing terhadap keluarga dengan penuh ikhlas dan amanah. Suami isteri perlu mengetahui dan memahami tanggungjawab masing-masing dan mengelakkan perasaan kurang puas hati di antara satu sama lain ada kelemahannya. Pihak suami perlu memberi penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas pengorbanan isteri dalam urusan rumah tangga. Suami isteri perlu peka terhadap keperluan bersama supaya tidak timbul rasa tidak puas hati mana-mana pihak. Pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, perlu memastikan memilih jodoh daripada lelaki atau wanita yang beriman.

UNIT 2-3

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 4

2.1.2.3 Cara Suami Bertindak Terhadap Isteri Nusyuz Apabila berlaku nusyuz perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian. 1. Nasihat Memberi nasihat dengan lemah-lembut Memberitahu kelurga isteri mencari jalan damai Mendapatkan khidmat nasihat pakar kaunselor Muslim untuk menyelesaikan masalahnya 2. Mengasing dari tempat tidur Memulaukan tempat tidur isteri tidak lebih tiga hari 3. Memukul Memukul isteri tanpa mencederakan 4. Bertahkim Iaitu melantik jururunding untuk menyelesaikan perselisihan rumahtangga, seorang dari pihak lelaki dan seorang dari pihak perempuan 2.1.2.4 Bahagian Nusyuz Nusyuz terbahagi kepada dua bahagian iaitu menggugurkan nafkah dan nusyuz yang tidak menggugurkan nafkah, seperti dalam rajah di bawah Bahagian Nusyuz

Nusyuz yang menggugurkan nafkah dan pembahagian giliran bagi yang berbilang
isteri. Iaitu keluar rumah dengan tidak meminta keizinan dari suami tanpa darurat(keperluan yang mendesak) dan keperluan syara. Tidaklah gugur nafkah dan pembahagian dengan sebab keluarnya isteri untuk menemui kadhi kerana menuntut hak. Atau meminta fatwa yang suaminya tidak dapat memberinya. Nusyuz yang tidak menggugurkan nafkah dan pembahagian. Iaitu seperti isteri memaki dan menyakiti hati suami dengan lidah dan lainnya. Perbuatan separti ini tidaklah menggugurkan nafkah dan pembahagian giliran tetapi berdosa. Suami berkewajipan memberi nasihat kepadanya.

UNIT 2-4

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 5

2.1.2.5 Implikasi Yang Akan Timbul Daripada Nusyuz lmplikasi yang akan timbul daripada tindakan isteri yang melakukan nusyuz kepada suaminya ialah: 1. Isteri akan kehilangan hak sebagai seorang isteri seperti tidak mendapat perbelanjaan harian dan pakaian. 2. Isteri yang terbukti nusyuz langsung tidak berhak menuntut sebarang tanggungan suami terhadapnya. 3. Pihak isteri mendapat kemurkaan Allah ketika di dunia mahupun di akhirat nanti. 4. Suasana rumahtangga akan berlaku krisis yang berpanjangan yang akhirnya boleh membawa perceraian. 5. Boleh membawa kerenggangan perhubungan antara keluarga kedua pihak suami-isteri. Nota Nusyuz adalah suatu perbuatan mungkar dan terkutuk. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: Apabila suami mengajak isteri ke tempat tidur tiba-tiba ia enggan, lantas suaminya itu tidur dengan kemarahan dilaknati malaikat ke atasnya sampai ke pagi. Isteri tidak dianggap nusyuk jika tidak menyediakan makanan dan minuman atau mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang sopan terhadap suaminya.

2.2 TALAK Syara mengharuskan talak iaitu merungkaikan ikatan perkahwinan kerana kemungkinan terdapat masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan kecuali dengan penceraian sahaja demi

UNIT 2-5

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 6

kebaikan kedua belah pihak suami isteri.Perbahasan tentang talak amat panjang perlu anda mengamati dengan betul. 2.2.1 Definisi

ikatan.

Dari sudut bahasa arab talak bererti tindakan melepas atau menguraikan Pada istilah bermaksud tindakan melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz, seperti perkataan cerai atau talak oleh seorang suami kepada isteri seperti: Engkau telah aku ceraikan. Engkau seorang perempuan yang telah ditalakkan

2.2.2

Hikmah

Seperti mana yang dimaklumi bahawa, di antara tujuan-tujuan perkahwinan ialah: Untuk hidup di dalam pergaulan yang sempurna. Sebagai satu jalan yang paling mulia untuk mengatur rumahtangga dan keturunan. Sekiranya dalam pergaulan di antara suami isteri itu tidak dapat menyampaikan tujuan tersebut bahkan sebaliknya menimbulkan perpecahan di antara keduanya yang menyebabkan tidak ada persepakatan dalam hidup di antara keduanya, maka dengan keadilan Allah s.w.t. memberikan satu jalan keluar dari segala kesukaran itu, iaitu perceraian.

2.2.3 Hukum Memandangkan kepada kemuslihatan atau kemudaratan di antara suami hukum talak terbahagi kepada 4:

isteri, maka

UNIT 2-6

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 7

i. ii. iii. iv.

Wajib Sunat Haram (bidaah) dalam dua keadaan Makruh

Berikut adalah penjelasan kepada hukum talak secara terperinci. Wajib Sunat Iaitu apabila terjadi perselisihan diantara suami isteri, sedangkan keduaduanya hakim (dari pihak suami dan isteri) yang menghakimkan perkara itu berpendapat mereka perlu bercerai. i. Apabila suami tidak mampu menunaikan kewajipan terhadap isteri (tidak sanggup lagi menanggung nafkah isteri dengan cukup) ii. Ataupun isteri tidak menjaga kehormatan dirinya. iii.Atau isteri yang lalai menunaikan kewajipan terhadap Allah sedangkan suami tidak berkuasa memperbaiki atau mencegahnya. Haram (bidaah) Makruh i. Menjatuhkan talak sewaktu isteri sedang dalam haid atau nifas. ii. Menjatuhkan talak sewaktu isteri suci yang telah disetubuhinya di waktu suci itu. Sepatutnya kalau hendak diceraikan jangan disetubuhi lagi selepas isteri suci dari haid. Iaitu jika suami menceraikan isteri tanpa keperluan yang mendasak seperti mencaraikan isteri yang baik,jujur, berakhlak mulia dan tidak terdapat apaapa kesalahan. Rajah 2.2.3: Hukum talak

2.2.4

Rukun Talak

Rukun talak ada lima perkara: i. ii. iii. iv. v. Yang menjatuhkan talak (suami) Isteri yang kena talak Lafaz talak Qasad Wilayah

2.2.5

Syarat-Syarat Sah Talak

i. Syarat-Syarat Suami Yang Menjatuhkan Talak

UNIT 2-7

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 8

Syarat-Syarat Suami Baligh Berakal Dengan kehendak sendiri Dengan sengaja

Keterangan tidak sah talak dari suami yang masih kanak-kanak. tidak sah talak dari suami yang gila atau yang hilang akal kecuali disengajakan, maka jatuhlah talaknya. tidak sah talak dengan paksa. Tidak sah talak dengan tidak sengaja.

ii. i.

Syarat-Syarat Sah Saksaan Orang yang memaksa itu berkuasa untuk melaksanakan segala ugutan secara zalim.

ii. Yang kena paksa itu lemah atau tidak berdaya untuk memeprtahankan diri samaada lari atau sebagainya. iii. Dengan sengaja tidak sah talak dangan tidak sengaja (tidak berniat) seperti terlanjur lidah bagi orang yang latah atau guru yang mangajar murid-muridnya.

2.2.6

Pembahagian Talak

UNIT 2-8

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 9

Talak dibahagikan kepada talak sunni, bidie dan bukan sunni bukan bidie. Berikut adalah keterangan mengenainya : Pembahagian Talak Talak Sunni Iaitu talak yang sesuai mengikut ajaran Islam. Keadaannya adalah seperti berikut: i. talak 1 dan 2 ii. talak isteri ketika sedang suci dari haid ii. talak isteri tidak disetubuhi di dalam masa suci. Talak Bidie. Iaitu talak yang bertentangan dengan Sunnah Rasul(syara) Keadaannya adalah seperti berikut: i. talak 3 sekaligus. ii. talak isteri dalam haid. ii. talak isteri diwaktu suci tetapi disetubuhi di dalam suci itu. Talak Yang Bukan Sunni Dan Bidie Keempat-empat orang dibawah boleh dijatuhkan talak pada bila-bila masa sahaja 1. Menggugurkan talak ke atas isteri yang kecil dan belum haid. 2. Menggugurkan talak ke atas isteri yang telah tua yang putus daripada haid. 3. Menggugurkan talak ke atas isteri yang sedang hamil. 4. Isteri yang menebus talak tetapi belum pernah disetubuhi.

Talak ini ditegah, kerana yang demikian kerana menggugurkan talak akan mencepatkan selesai diwaktu suci yang disetubuhi edahnya. mengakibatkan penyesalan bila didapati hamil selepas itu.

Gambarajah 2.2.6: Pembahagian talak

2.2.7

Talak Bain

Talak bain terbahagi kepada dua iaitu:

UNIT 2-9

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 10

i. Bain Sughra Iaitu talak yang tidak boleh rujuk semula tetapi boleh akad nikah yang baru. Talak yang termasuk dalam bain sughra ialah bain sughra dan bain kubra: 1 talak Rajie (talak 1 @ 2) yang tamat tempoh iddahnya. 2. isteri yang ditalak yang belum disetubuhi. 3. isteri yang tebus talak. ii. Bain Kubra Iaitu talak yang tidak boleh rujuk dan dinikahkan semula dengan akad nikah yang baru. Talak yang termasuk dalam bain kubra ialah : 1. isteri yang dilian 2. isteri yang ditalak 3 kecuali dengan tiga perkara iaitu: i. bekas isteri berkahwin lain. ii. di ceraikan oleh suami yang baru dan telah digaulinya. iii. telah habis edah. 2.2.8 Cara Berlaku Talak Tiga

Cara Berlaku Talak Tiga 1.Menjatuhkan talak itu 3 kali pada masa yang berlainan seperti: i. Suami menjatuhkan talak terhadap isterinya. Kemudian dalam masa edah ditalaknya satu lagi kemudian dalam masa edah keduanya ditalak lagi dengan talak satu. ii. Suami menjatuhkan talak satu terhadap isterinya kemudian selepas selesai edah dikawininya semula kemudian ditalaknya lagi, setelah selesai edahnya dikahwininya lagi, kemudian ditalaknya lagi bagi kali yang ketiga. 2.Menjatuhkan talak 3 kali pada masa yang sama seperti: i. engkau aku talak 3 ii. engkau ku talak, engkau ku talak, engkau ku talak (dalam satu masa). Rajah 2.2.8 : Cara berlaku talak tiga

2.2.9

Orang-Orang Yang Tidak Sah Menggugurkan Talak


UNIT 2-10

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 11

i. ii. iii. iv. v.

Budak Orang gila Orang yang dipaksa Perempuan Talak Tiga Orang yang tidur

Sabda Rasulullah s.a.w. : Perbuatan tiga orang ini adalah tidak sah Budak sehingga baligh Orang gila sehingga sembuh gilanya Orang yang tidur sehingga terjaga dari tidurnya

2.3 JENIS-JENIS TALAK Terdapat beberapa jenis penceraian di dalam Islam seperti penceraian khuluk, fasakh dan talik mengikut peranan masing-masing. 2.3.1 Perceraian Khuluk Perceraian khuluk dikenali juga sebagai perceraian tebus talak Ini berlaku dalam keadaan suami enggan menceraikan isterinya sedangkan isteri tidak boleh lagi hidup bersama suami dan suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri, setelah isteri memohon perceraian, tetapi kedua-dua pihak bersetuju bercerai dengan cara isteri memberi wang atau lain-lain harta benda kepada suaminya, Maka, jika kadar tebusan dipersetujui, suami hendaklah melafazkan talak. Perceraian tersebut ialah perceraian tebus talak. 2.3.1.1 Definisi Dari sudut bahasa arab bermaksud Tanggal Pada istilah iaitu suatu perceraian yang diminta oleh isteri dari suaminya dengan memberi wang atau lain-lain harta benda kepada suaminya. 2.3.1.2 Rukun Khuluk i. ii. iii. iv. Suami Isteri Bayaran Sighah(ijab qabul)

2.3.1.3 Kadar Bayaran

UNIT 2-11

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 12

Tiada kadar tertentu yang ditetapkan bagi sesuatu permohonan khuluk. Ianya bergantung kepada persetujuan antara kedua pihak iaitu suami isteri yang ingin bercerai. Kebiasaannya, terdapat suami yang menuntut supaya dibayar dengan jumlah separuh daripada wang hantaran perkahwinan. Namun, ada juga yang meminta dalam jumlah yang banyak contohnya RM 1000, RM 20.000 dan sebagainya. Contoh sighah khuluk: Aku khuluk engkau dengan $1,000.00 atau aku ceraikan engkau dengan tebusan $1,000.00 lalu dijawab oleh isteri aku terima perceraian ini dengan wang tersebut. 2.3.1.4 Permohonan Khuluk Permohonan bagi mendapatkan cerai khuluk perlu dikemukakan di mahkamah syariah dan kes tersebut akan didaftarkan untuk perbicaraan. Sekiranya pihak suami bersetuju untuk melafazkan khuluk maka perceraian akan didaftarkan. Sebaliknya jika suami enggan melafazkan cerai khuluk maka satu jawatankuasa pendamai akan dibentuk. Jika laporan jawatankuasa adalah positif iaitu perdamaian diperolehi maka kes akan ditutup. Sekiranya laporan gagal menunjukkan perdamaian maka Mahkamah Syariah akan memerintahkan suami melafazkan cerai khuluk dan perceraian tersebut akan didaftarkan. 2.3.1.5 Implikasi Suami isteri yang berpisah kerana khuluk tidak boleh merujuk kembali, walaupun si isteri masih berada di dalam tempoh edah. Ini adalah kerana, khuluk termasuk di dalam kategori talak bain sughra iaitu tidak boleh rujuk tetapi pasangan ini boleh bersama semula sebagai pasangan suami isteri dengan akad nikah baru. Di antara sebab-sebab yang membolehkan seseorang isteri mendapatkan tebus talak daripada suaminya ialah: a) Isteri tidak tertahan lagi tinggal dengan suaminya kerana suami berperangai jahat. b) Suami menyakiti hatinya menyebabkan isteri telah kehilangan kasih-sayang terhadap suami. c) Kerana sebab-sebab lain yang membuat mereka tidak dapat bersama atau bergaul dengan aman dan harmoni. Mahkamah mempunyai budibicara untuk meluluskan permohonan perceraian khuluk walaupun pihak suami tidak memberi persetujuan, sekiranya mahkamah berpendapat bahawa suami-isteri tersebut tidak dapat hidup bersama dengan damai dan selaras dengan kewajipan mereka.

2.3.2 Perceraian Fasakh(Perintah Untuk Membubarkan Perkahwinan)

UNIT 2-12

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 13

2.3.2.1 Definisi Dari sudut bahasa arab ialah menanggalkan atau menyingkirkan. Pada istilah ialah membatalkan atau pembubaran perkahwinan melalui kuasa kadhi(perintah mahkamah). sekiranya didapati sesuatu sebab atau kecacatan sama ada pada pihak isteri atau suami. 2.3.2.2 Alasan Cerai Fasakh Seseorang isteri boleh membuat permohonan cerai fasakh kepada mahkamah, antara lain atas alasan seperti berikut: a. Suami telah menghilang diri tanpa diketahui di mana berada selama tempoh lebih daripada satu tahun. b. Suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukkan nafkah isteri dan anakanak selama tempoh 3 bulan. c. Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih. d. Suami tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun. e. Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk. f. Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang menghidap penyakit berjangkit. g. Isteri telah dikahwinkan oleh wali dengan lelaki yang bukan sekufu. h. Suami menganiayanya, antara lain:i. Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya. ii. Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syara atau. iii.Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya. iv. Jika ia mempunyai isteri lebih dari seorang dia tidak melayan isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum syara. i. Bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh hukum syara.

2.3.2.3 Sighah Fasakh Contoh kadhi melafazkan fasakh


UNIT 2-13

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 14

Aku fasakhkan nikah engkau dari suami engkau yang bernama bin . pada hari ini. Kalau isteri itu sendiri yang menfasakhkan dihadapan mahkamah atau hakim ia berkata Aku fasakhkan nikahku dari suamiku yang bernama bin .pada hari ini. 2.3.2.4 Implikasi Dari Cerai Fasakh Setelah fasakh itu dilakukan maka tercerailah isteri itu dengan talak bain sughra. Sekiranya suami ingin kembali menjadi suani isteri hendaklah melalui pernikahan yang baru setelah selesai edahnya. Dan edah baginya sama seperti perceraian biasa.

2.3.3 Perceraian Talik

UNIT 2-14

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 15

Maksud penceraian talik ialah apabila seorang suami membuat janji atau memberi amaran kepada isteri supaya melaku atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu: Contoh Contoh 1: Selepas akad nikah disempurnakan pengantin lelaki diminta membaca lafaz talikseperti lafaz talik yang ditetapkan oleh Undand-undang Pentadbiran Negeri. seperti Sekiranya saya meninggalkan isteri saya lebih daripada enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin secukupnya atau sekiranya saya memukul atau mendera isteri atau mendatangkan mudarat kepada isteri saya .Setelah isteri ia mengadu kepada Mahkamah Syariah di kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggalnya serta membayar sebayak RM 1.00 dan sekiranya pengaduan itu sabit dan disahkan oleh mahkamah jatuhlah talah satu. Contoh 2: a) Suami berkata kepada isteri: Aku akan belikan kamu pada bulan hadapan dua pasang baju kebaya sutera jika aku tidak dapat menyempurnakannya, kita berdua akan bercerai. dan

Sekiranya pada bulan berkenaan suami tidak menyempurnakan janji tersebut maka tertakluk kepada pengesahan mahkamah, terjadilah perceraian talik. b) Suami membuat janji atau memberi amaran kepada isteri supaya melaku atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu:berkata kepada isteri seperti : i. Jika engkau keluar rumah ini tanpa kebenaranku, maka kau akan tertalak.

ii. Jika engkau pergi ke rumah saudaramu atau kawanmu pada hari ini maka engkau akan tertalak. iii. Jika saya balik ke rumah dalam masa sebulan maka engkau tertalak. Jika berlaku perkara yang digantungkan dalam hal perkara di atas tadi seperti isteri keluar rumah tanpa izin atau isteri pergi ke rumah saudaranya, talak akan jatuh dan perceraian telah berlaku disebabkan berlakunya perkara yang digantungkan dalam ucapan suami seperti di atas. Rajah 2.3.3 : Penceraian talik Ringkasnya perceraian talik dikaitkan dengan sesuatu sebagai syaratnya. Ia tidaklah jatuh talak pada waktu itu juga (secara langsung) melainkan apabila kaitan syarat itu telah terjadi. Sesutu yang dijadikan syarat itu tidak terjadi pada waktu diikrarkan talik talak itu tetapi terjadi kemudian.

UNIT 2-15

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 16

2.4 ZIHAR 3.1 Definisi Dari sudut bahasa arab ialah belakang Pada istilah iaitu seseorang suami menyamakan belakang isterinya atau mana-mana anggota badan dengan ibunya atau mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya. Menurut istilah syara perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya samaada dengan sebab nasab,susuan atau persemendaan seperti ibu dan anak perempuan. 2.4.2 Hukum

Zihar hukumnya haram. Ini bermakna lelaki yang menziharkan isterinya dikira berdosa kerana mengharamkan perkara yang halal. Perbuatan zihar sekali imbas dapat dilihat seakanakan ila kerana kedua-duanya adalah satu pernyataan untuk tidak bersetubuh dengan isteri dan persetubuhan hanya boleh dilakukan setelah membayar kifarat (denda). 2.4.3 Rukun

Rukun zihar adalah seperti dalam dairi dibawah :

Rukun 1.Suami yang menzihar 2. Isteri yang dizihar 3. Lafaz Zihar(sighah) 4. Orang yang diserupakan

2.4.4 Syarat-Syarat Sah Zihar

UNIT 2-16

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 17

Seperti hukum lain setiap rukun mempunyai syarat-syaratnya begitu juga dengan zihar terdapat syarat-syarat sahnya sepereti dalam gambarajah di bawah: Syarat-Syarat Sah Zihar Suami 1.Berakal 2.Baliq 3.Dengan Kemahuan sendiri Isteri Isteri yang sah walaupun masih kecil, gila,sakit atau masih dalam edah rajie Orang yang diserupakan 1. Diharamkan berkahwin buat selama-lamanya sama ada dengan sebab nasab,susuan atau persemendaan. seperti ibu dan anak perempuan. 2. Menyerupakan dengan anggota zahir yang masih bersambung. Sighah 1. Soreh lafaz yang jelas yang digunakan khusus untuk zihar sahaja dan tidak mengandungai makna yang lain. 2. Kinayah memerlukan niat untuk menentukan maksud yang sebenar.

Rajah 2.4.4 : syarat-syarat sah zihar Keterangan 1. Tidak jatuh zihar jika diserupakan dengan bahagian anggota badan yang batin seperti hati,limpa dan sebagainya begitu juga tidak jatuh menserupakan dengan anggota yang sudah terpisah seperti jari tangan yang terputus atau anggota lain. 2. Sorih ( terus terang ) : iaitu lafaz yang jelas yang digunakan khusus untuk zihar sahaja dan tidak mengandungi makna yang lain seperti sebutan belakang atau mana-mana anggota yang dimuliakan seperti sebutan tubuh,badan atau diri. 3. Kinayah ( sindiran ) : iaitu lafaz yang mempunyai kemungkinan makna zihar dan erti yang lain. Lafaz kinayah ini memerlukan niat untuk menentukan maksud yang sebenar. Apabila lafaz ini diungkapkan , sekiranya ia berniat zihar maka ia menjadi zihar . Tetapi sekiranya ia hanya sekadar untuk menunjukkan kepada kekaguman, maka ia tidak dianggap zihar . 4. Maksud belakang menunjukkan bahawa si isteri seolah-olah tunggangan bagi suami . Jadi inilah makna asal zihar yang digunakan di zaman Jahiliyyah apabila hendak menceraikan isteri mereka.

UNIT 2-17

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 18

2.4.5 Contoh-Contoh Lafaz Zihar Seperti mana anda ketahui lafaz nikah mempunyai dua iaitu lafaz soreh dan lafaz kinayah begitu juga dengan lafaz zihar mempunyai dua makna juga seperti dalam rajah di bawah: Contoh Lafaz Zihar Soreh: Seperti kata suami kepada isterinya: "Belakang kamu seperti ibu aku" atau "Hidung kamu seperti hidung ibu aku"ataudiri engkau seperti tubuh ibuku Contoh Lafaz Zihar Kinayah: Seperti kata suami kepada isterinya: kamu padaku seperti ibuku ataupun akakku atauengkau seperti kepala ibuku lafaz kinayah memerlukan pada niat zihar Rajah 2.4.5 : Contoh-contoh lafaz zihar 2.4.6 Implikasi Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda). Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu: membebaskan (memerdekakan ) seorang hamba Muslim. berpuasa dua bulan berturut-turut memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.

Oh! Perkara i& ii tidak jatuh hukum zihar, kerana zihar hanyalah berlaku jika suami menyerupakan isterinya dengan tubuh badan mahramnya. Adapun menyerupakan dengan perangainya tidak menjadikan zihar. Ok! Sekarang anti sudah faham? Saya ada masalah yang perlu dikemukakan kepada ustaz iaitu: suami saya telah mengeluarkan kata-kata berikut kepada saya. i). "Awak ni suka berleter macam maklah" ii) "Macam Aminah sahaja awak ni" itu merujuk kepada tingkah lakun adik perempuannya.yang juga bernama Aminah.

UNIT 2-18

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 19

2.5 QAZAF (Menuduh Seseorang Berzina) 4.1 Definisi

Dari sudut bahasa arab bererti melempar dengan batu. Menurut istilah hukum syara qazaf ialah perubatan menuduh melakukan persetubuhan haram pada qubul atau dubur atau menfikan nasab (keturunan) sebelah bapa . 2.5.2 Syarat Pengakuan Penuduh 1. Baliq 2. Berakal 3. Pengakuan dalam bentuk ucapan bukan tulisan dan isyarat 2.5.3 Syarat Sumpahan

Sumpahan dari penuduh atau dari mangsa tuduhan untuk mengenakan pembalasan had qazaf keatas penuduh atau menggugurkannya.(menuduh seseorang berzina) terdapat dua cara:i) Tuduhan yang dibuat secara ''Soreh'' (terang/nyata), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tetap yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan). Contoh Tuduhan yang dibuat secara ''Soreh'' Wahai penzina Wahai orang yang berzina Bapa engkau berzina Ibumu berzina. ii) Tuduhan yang dibuat secara ''Kinayah'' ia terbahagi dua iaitu: a) Tuduhan yang dibuat secara (qiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tetap yang boleh membawa erti zina atau selainnya. Contohnya Wahai pelacur
UNIT 2-19

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 20

wahai orang yang melakukan perbuatan yang terkutuk dan keji wahai orang yang jahat dan sebagainya. b) Tuduhan yang dibuat secara sindiran, iaitu tuduhan yang mengunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tetap juga boleh memberi pengertian yang lain daripada zina . Contohnya Isterimu sudah ku kacau Isterimu sudah ku musnahkan Rumahtangga mu sudahku rosak dan sebagainya. 2.5.6 1. 2. 4.7 Implikasi Qazaf Dikenakan hukuman pembalasan had qazaf iaitu sebatan sebanyak lapan puluh kali sebatan tanpa mengira lelaki maupun perempuanyang menjadi penuduh itu. Hilang kelayakan menjadi saksi. Qazaf suami Isteri

Dari aspek suami menuduh isteri melakukan zina kemungkinan dalah seperti: i. ii. Suami menuduh isterinya berzina tanpa cukup 2 orang saksi. Suami menafikan anak uang dikandung isterinya atau anak yang dilahirkan isterinya.

UNIT 2-20

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 21

2.6 ILA 2.6.1 Definisi Menurut bahasa : Bermakna Sumpah Menurut istilah syara : Ila ialah sumpah seorang suami untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama-lamanya atau melebihi empat bulan. 2.6.2 Hukum Hukum ila adalah haram kerana ila ialah perbuatan yang memudharatkan si isteri dan juga ia merupakan sumpah untuk meninggalkan perkara yang wajib (bersetubuh). 2.6.3 1. 2. 3. 4. 5. 2.6.4 Rukun Suami yang mengila Isteri yang disumpah Sesuatu yang dibuat sumpah iaitu nama Allah dan sifatnya. Masa Lafaz Ila(siqah) Syarat-Syarat Sah Ila i. Suami yang sah. ii. Suami yang sah talaqnya bukan gila,kanak-kanak dan yang dipaksa. iii. Suamai yang mampu untuk melakukan persetubuhan bukan suami yang terpotong zakarnya, mati pucuk dan sebagainya. i. Isteri itu boleh di setubuhi, bukan isteri yang mempunyai kecacatan seperti ketumbuhan daging atau tulang di dalam farajnya atau seumpamanya dari kecacatan-kecacatan yang tidak dapat disetubuhi. i. Dengan nama Allah, sifat-sifatnya dan setiap sumpah yang melazimkan dirinya dikenakan hukuman seperti mentakliqkan sumpah dengan talaq, ibadah dan sebagainya

Syarat-syarat suami

Syarat-syarat isteri

Syarat-syarat suatu yang dibuat sumpah

UNIT 2-21

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 22

ii. Meninggalkan persetubuhan yang syare bukan sumpah meningalkan bersuka-sukaan dan bercumbu-cumbuan dengan isteri dengan tiada berjimak atau pada waktu haid dan ihram.

Syarat-syarat tempoh masa

i. Lebih dari empat bulan atau tiada had masa seperti ditalikkan dengan suatu perkara yang akan berlaku tetapi masih jauh seperti katanaya: Demi Allah aku tidak mahu mempersetubuhi engkau selama empat bulan sepuluh hari Demi Allah aku tidak mahu mempersetubuhi engkau Demi Allah aku tidak mahu mempersetubuhi engkau sehingga mati.

Syarat-syarat lafaz ila

Lafaz sumpah ila adakalanya lafaz soreh dan adakalanya lafaz kinayah. a)Lafaz soreh iaitu lafaz yang jelas tidak pelu kepada niat seperti: i. Aku tidak akan bersetubuh dengan kamu lebih dari empat bulan. ii.Aku tidak akan jimak dengan kamu lebih dari empat bulan. b) Lafaz kinayah iaitu lafaz yang tidak menunjukkan ila kecuali dengan niat: "Aku tidak akan sentuh kamu selama empat bulan." Dalam lafaz ini sekiranya suami berniat makna sentuh itu ialah bersetubuh maka sahlah ila pada ketika itu. Rajah 2.6.4 : Syarat-syarat sah ila

UNIT 2-22

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 23

2.6.5

Implikasi Ila'

Terdapat dua implikasi yang timbul akibat perbuatan ila sekiranya seorang suami yang telah melafazkan ila kemudian dia telah melanggar ilanya itu dengan bersetubuh kembali dengan isterinya sebelum cukup tempoh empat bulan atau lebih maka dia diberi pilihan hendak hidup bersama atau memilih untuk bercerai. Memilih Hidup Bersama wajib membayar kifarah yamin iaitu hukuman ke atas sumpah untuk menghalalkan persetubuhan, memerdekakan seorang hamba Muslim. memberikan makanan kepada sepuluh orang miskin, satu cupak setiap seorang. berpuasa selama tiga hari berturut-turut. Memilih Penceraian Jika suami tidak melakukan pembatalan sumpahnya(tidak menyetubuhi isterinya). atau tidak mentalak isterinya maka qadhi berhak menjatuhkan talaq dengan talaq satu.

Apabila kifarat telah ditunaikan maka gugurlah ila dan suami dibenarkan bergaul semula dengan isterinya. Rajah 2.6.5 : implikasi ila' Keterangan 1. Sekiranya ila itu dibuat secara sumpah talik talak maka apabila si suami menyetubuhi isterinya, jatuhlah talak ke atas isterinya itu. 2. Sekiranya ila itu dibuat (dilafazkan) secara nazar seperti kata suami; "Kalau aku menyetubuhi kamu dalam masa empat bulan maka aku wajib berpuasa selama sepuluh hari." Maka, sekiranya suami menyetubuhi isterinya sebelum cukup tempoh yang disebutkan maka dia wajib membayar nazarnya dengan berpuasa selama sepuluh hari. 4. Sah ila perempuan yang di talak rajie semasa di dalam edah.

UNIT 2-23

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 24

2.7 LIAN 2.7.1 Definisi Dari segi bahasa: menuduh dan melemparkan dengan kata lain, Lian juga bererti kutukan/tuduh menuduh. Dari segi syara pula, lian ialah suami isteri mengucapkan lafaz lian setelah suami curiga bahawa isterinya telah berzina tetapi dia tidak mendapat bukti yang kukuh. 2.7.2 Dalil

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan orang-orang yang menuduh isteri mereka berzina, sedang mereka tidak ada saksisaksi (yang mengesahkan tuduhan mereka itu) hanya diri mereka sendiri, maka persaksian (yang sah pada syara) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah s.w.t empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar, dan sumpah kelima ia akan dilaknat Allah s.w.t jika ia berdusta. (Surah al-Nur) 2.7.3 Hukum Lian

Hukum lian pada asalnya harus, dengan syarat : Mendatangkan empat lelaki sebagai saksi

Jika saksi tiada Ia wajib bersumpah sebanyak lima kali, Menegaskan bahawa isterinya berzina, dan sumpah yang kelima ia sanggup dilaknati oleh Allah s.w.t jika ia berdusta.

UNIT 2-24

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 25

2.7.4

Contoh Sumpah Suami Dan Isteri

Lafaz lian diajar oleh kadhi kepada kedua pasangan suami isteri yang hendak berlian diantara contohnya adalah seperti dalam gambarajah dibawah. Contoh Sumpah Suami Dan Isteri Aku bersumpah dengan nama Allah, demi Allah bahawa sesungguhnya aku adalah benar dalam tuduhanku kepada isteriku yang bernama Polan bt Polan sesungguhnya benar ia telah berzina. Di kali kelima diucapkan sumpah yang berbunyi Dilaknati Allah aku jika aku berdusta. Aku bersumpah dengan nama Allah, demi Allah, bahawasanya suamiku Polan bin Polan yang menuduhku berzina, adalah berdusta semata-mata. (Sebanyak empat kali) berturut-turut. Dan sumpah kelima menambah : Atas akulah kemurkaan Allah jika suamiku berkata benar. Rajah 2.7.4 : contoh sumpah suami dan isteri 2.7.5 Beberapa Masalah Dalam Lian

lafaz sumpah suami kepada isteri

sumpah isteri kepada suami

1. Tuduh Menuduh i. Jika suami menuduh isterinya berzina maka ia dikenakan hukuman had qadhaf kecuali ia lian. ii. Kalau suami melemparkan tuduhan zina kepada isterinya berulang kali adalah memadai diadakan lian sekali sahaja sebagaimana hukuman had. iii. Sekiranya isteri yang menuduh suaminya berzina, maka ia dikenakan hukuman had dan tidak ada lian. 2. Cara Penyumpahan

UNIT 2-25

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 26

Sebelum upacara bersumpah, hakim menasihatkan kepada si suami dan isteri agar mengakui kesalahan masing-masing, kerana sumpah yang kelima akan mendatangkan risiko yang tinggi. Salah seorang daripada mereka pasti akan bersalah kerana mereka menuduh di antara satu sama lain. Suami melian isterinya iaitu pada waktu asar, setelah selesai mengerjakan solat asar. Sumpah itu di ucapkan secara berdiri, bukan duduk dan di saksikan oleh orang ramai. 2.7.6 Implikasi Dari Sebab Lian.

Apakah implikasi dari sebab lian.

Apabila berlaku lian, maka berlakulah hukum sebagai berikut: (a) Gugur had (dera) menuduh zina(qazaf) terhadap suami. (b) Wajib had kepada isteri dengan hukuman had zina. (c) Putus hubungan perkahwinan, di mana suami isteri bercerai buat selama- lamanya. (d) Sebaliknya boleh menolak tuduhan zina jika isteri membalas lian suaminya (e) Apabila isterinya beranak, anak tersebut tidak dianggap sebagai anak dari suaminya. (f) Haram perkahwinan mereka buat selama-lamanya.

Kalau nak tahu apakah implikasinya lihat nota di sebelah

UNIT 2-26

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 27

AKTIVITI AKTIVITI 2A 2A
Jumpa lagi Aktiviti 2A ini adalah berkaitan dengan tajuk yang anda telah pelajari iaitu: 2.1 Nusyuz 2.2 Talak 2.3 ZIHAR
1. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, Kenyataan di atas membayangkan krisis dalam rumah tangga telah berlaku, sekiranya kes ini berlaku keatas diri anda, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil berdasarkan apa yang anda telah pelajari?

UNIT 2-27

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 28

MAKLUMBALA MAKLUMBALA S S 2A 2A perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian Apabila berlaku Nusyuz
1. Nasihat Memberi nasihat dengan lemah-lembut Memberitahu kelurga isteri mencari jalan damai Mendapatkan khidmat nasihat pakar kaunselor Muslim untuk menyelesaikan masalahnya. 2. Mengasing dari tempat tidur Memulaukan tempat tidur isteri tidak lebih tiga hari 3. Memukul Memukul isteri tanpa mencederakan 4. Bertahkim

UNIT 2-28

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 29

AKTIVITI AKTIVITI 2B 2B
Aktiviti 2B ini adalah berkaitan dengan tajuk yang anda telah pelajari iaitu: 2.4 Qazaf 2.5 Ila 2.6 Lian

1. Sebutkan rukun ila serta syarat-syarat nya. 2. Apakah yang anda faham mengenai qazaf serta sebutkan akibat-akibat yang akan ditanggung oleh orang yang terlibat dengan perbuatan terkutuk itu. 3. Menuduh zina oleh seseorang suami terhadap isterinya mengikut ajaran Islam mestilah melalui sumpahan sekiranya ia gagal mengadakan saksi, senaraikan cara-cara penyumpahan mengikut ajaran Islam?

UNIT 2-29

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 30

MAKLUMBALA MAKLUMBALA S S 2B 2B 1.Qazaf menurut bahasa ialah melempar dengan batu, manakala menurut istilah
Akibat-akibat yang akan di tanggung oleh orang yang terlibat dengan qazaf ialah: i. Dikenakan denda (had qazaf) iaitu sebanyak lapan puluh kali sebatan tanpa lelaki maupun perempuanyang menjadi penuduh itu. ii. Hilang kelayakan menjadi saksi 2. Rukun ila Suami yang mengila Isteri yang disumpah Sesuatu yang dibuat sumpah iaitu nama Allah,dan sifatnya Masa Lafaz Ila(siqah) Syarat-syarat sah ila Syarat-syarat suami

syara ialah: Perubatan menuduh melakukan persetubuhan haram pada qubul atau dubur atau menafikan nasab (keturunan) sebelah bapa .

mengira

Suami yang sah Suami yang sah talaqnya bukan gila,kanak-kanak dan yang dipaksa Suami yang mampu untuk melakukan persetubuhan bukan suami yang terpotong zakarnya, mati pucuk dan sebagainya. Isteri itu boleh di setubuhi, bukan isteri yang mempunyai
UNIT 2-30

Syarat-syarat

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 31

isteri

kecacatan seperti ketumbuhan daging atau tulang di dalam farajnya atau seumpamanya dari kecacatan-kecacatan yang tidak dapat disetubuhi. Dengan nama Allah, sifat-sifatnya dan setiap sumpah yang melazimkan dirinya dikenakan hukuman seperti mentakliqkan sumpah dengan talaq, ibadah dan sebagainya Meningalkan persetubuhan yang syare bukan sumpah meningalkan bersuka-sukaan dan bercumbu-cumbuan dengan isteri dengan tiada berjimak atau pada waktu haid dan ihram. Lebih dari empat bulan atau tiada had masa seperti atau ditalikkan dengan suatu perkara yang akan berlaku tetapi masih jauh lafaz sumpah ila adakalanya lafaz sorih dan adakalanya lafaz kinayah a) lafaz sorih iaitu lafaz yang jelas tidak pelu kepada niat b) lafaz kinayah iaitu lafaz yang tidak menunjukkan ila kecuali dengan niat

Syarat-syarat suatu yang dibuat sumpah

Syarat-syarat tempoh masa Syarat-syarat lafaz ila

3.Cara penyumpahan sekiranya suami gagal mengemukakan saksi Hakim menyuruh orang yang bersumpah meletakkan tangan di mulutnya, ketika sumpah yang kelima diucapkan. Sebelum upacara bersumpah, hakim menasihatkan kepada si suami dan isteri agar mengakui kesalahan masing-masing, kerana sumpah yang kelima akan mendatangkan risiko yang tinggi. Salah seorang daripada mereka pasti akan bersalah kerana mereka menuduh di antara satu sama lain. Suami melian isterinya iaitu pada waktu asar, setelah selesai mengerjakan solat asar. Dalam Al-Quran menyatakan bahawa waktu asar adalah waktu yang masuk dalam penyumpahan. Sumpah itu di ucapkan secara berdiri, bukan duduk dan di saksikan oleh orang ramai.

UNIT 2-31

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 32

PENILAIAN KENDIRI
UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

1. Untuk menjaga kepentingan dalam kehidupan berkeluarga. Islam telah memperkenalkan bermacam-macam cara untuk penyelesaian dalam konflik rumah tangga, diantara perkara yang terlibat dalam konflik tersebut ialah: 1. NUSYUZ 2. TALAK 3. ZIHAR 4. QAZAF 5. ILA 6. LIAN Berikan takrif tajuk yang tersenarai di atas.?

UNIT 2-32

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 33

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Konflik rumah tangga 1. Nusyuz

Pada sudut bahasa Ingkar

2. Talak 3. Zihar

melepas atau menguraikan ikatan. belakang

4. Qazaf

Melempar dengan batu

Takrif Pada sisi ulamak feqah Sesuatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah mengikut hukum agama. Melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz, seperti perkataan cerai atau talak, oleh seorang suami kepada isteri. seseorang suami menyamakan belakang isterinya atau mana-mana anggota badan dengan ibunya atau mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya. perubatan menuduh melakukan persetubuhan haram pada qubul atau dubur atau menpikan nasab (keturunan) sebelah bapa . sumpah seorang suami untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama-lamanya atau melebihi empat bulan. sumpah suami dihadapan hakim yang menyatakan bahawa ia berkata benar tentang sesuatu yang dituduhkan kepada isterinya melakukan perbuatan zina.

5. Ila 6. Lian

sumpah menuduh dan melemparkan dengan kata lain, Lian juga beerti kutukan/tuduh menuduh.

UNIT 2-33

KRISIS RUMAHTANGGA

A 2001 / UNIT 2 / 34

TAHNIAH! Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

UNIT 2-34

Anda mungkin juga menyukai