Anda di halaman 1dari 32

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 1

UNIT11 UNIT

INSTITUSI KEKELUARGAAN

OBJEKTIF AM
Mempelajari dan memahami konsep kekeluargaan Islam secara menyeluruh yang merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan dan tatacara yang berkaitan dengannya. .

1
UNIT 1

Unit

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: menyatakan definisi dan konsep perkahwinan menjelaskan matlamat perkahwinan dalam Islam menyatakan hukum-hukum nikah dan hukum memberi maskahwin menerangkan tatacara memilih jodoh membezakan antara perempuan yang boleh dikahwini dengan tidak dapat dikahwini menerangkan rukun perkahwinan secara terperinci.

UNIT 1-1

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 2

INSTITUSI KEKELUARGA

INPU T

PENGENALAN Keluarga adalah sumber kekuatan masyaraat, kerana masyaraat itu terdiri dari unit-unit keluarga. Jika keluarga baik, nescaya masyaraat pun jadi baik. Sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyaraat seluruhnya akan menjadi rosak. Justeru itu Allah telah mensyariatkan perkahwinan sebagai penyelesaian kepada masaalah tersebut. 1.1 PERKAHWINAN 1.1.1 Definisi Perkahwinan

Dalam perbincangan mengenai perkahwinan dua jenis pentakrifan perlu diketahui iaitu dari sudut bahasa dan juga mengikut kehendak ahli-ahli ilmu fekah.

Dari sudut bahasa perkataan nikah berasal dari bahasa arab yang bermakna
Kumpul,himpun dan cantum Mengikut kehendak ahli-ahli ilmu fekah ialah satu akad yang dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah, tazwij atau terjemahannya.

1.1.2

Dalil

UNIT 1-2

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 3

Perkahwinan telah disyariatkan oleh Islam berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Hadis diantaranya : Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 3

Maksudnya: Maka kahwinlah wanita-wanita yang kamu senangi:dua,tiga dan empat.Tetapi jika kamu takut tidak dapat melakukan keadilan, maka kahwinlah seorang sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan (iaitu zahir dan batin) untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menundukkan (menjaga) pandangan mata dan mengekang hawa nafsu (menjaga kehormatan). Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang hawa nafsu (mengawal nafsu syshwat). (Al-Bukhari dan Muslim) 1.1.3 Matlamat Perkahwinan

Allah yang amat bijaksana telah mensyariatkan perkahwinan keatas hamba-hambanya tentulah terdapat matlamat dan hikmah disebaliknya. Diantara matlamat dan hikmahnya seperti dalam rajah di bawah : 1. Mendapat keredhaan Allah 2. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w 3. Mawaddah dan rahmah (Hubungan an kasih sayang) 4. Mendapatkan zuriat 5. Memenuhi kehendak semulajadi (naluri) 6. Menjaga akhlak dan peribadi 7. Menjaga keselamatan sosial 8. Memperbesarkan saiz keluarga dan persaudaraan 9. Mempertingkatkan usaha 10. Membentukkan sahsiah yang mantap Rajah 1.1.3 : Matlamat perkahwinan

UNIT 1-3

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 4

1.1.4

Hukum Nikah

Terdapat lima hukum nikah dan perbezaannya adalah berdasarkan kepada keadaan diri individu iaitu : Bil. 1 Hukum Wajib Individu Yang Terlibat i. Mempunyai naluri nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkannya kelembah maksiat. ii. Mempunyai kemampuan menanggun maskahwin dan nafkah. iii. Yakin tidak menganiaya terhadap isterinya. iv. Mampu menyempurnakan kewajipan. i. Mampu serta sanggup memikul tanggungjawab perkahwinan ii. Boleh mengawal diri daripada perbuatan zina iii. Mempunyai tabie yang sederhana i. ii. iii. iv. Tidak mempunyai keinginan Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin Khuawatir menganiaya isterinya Tidak mampu menyempurnakan kewajipan

Sunat

Haram

Makruh

i. Bagi orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin ii. Jika ia berkahwin akan menyusahkan isterinya iii. Seorang yang mempunyai kemampuan kewangan tetapi lemah tubuh badan seperti sangat tua, sakit yang berterusan atau lemah tenaga batin. i. Adalah hukum asal perkahwinan iaitu orang yang tidak ada padanya penyebab penyebab di atas(Wajib,sunat, haram dan makruh) Rajah 1.1.4 : Hukum Nikah

Harus

wajib wajib harus harus Hukum nikah sunat sunat

makru makru h h

haram haram

Rajah 1.1.4 : Hukum Nikah

UNIT 1-4

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 5

1.1.5 MEMILIH JODOH Islam mengajar umatnya ciri-ciri memilih jodoh kerana pekahwinan bukanlah untuk sehari dua sahaja tetapi untuk sepanjang hayat dan mendapat jenerasi yang baik agar mendapat kebaikan diakhirat kelak bukan setakat di dunia sahaja.Oleh itulah perlu memilih jodoh yang dianjurkan oleh agama. 1.1.5.1 Dalil

Dalil Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara: Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia (Bukhari dan Muslim) Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Hendaklah kamu berkahwin dengan seorang gadis yang engkau boleh bergurau senda dengannya dan dia akan bergurau senda dengan engkau. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Kahwinilah perempuan yang keturunan banyak anak yang bersifat kasih sayang kerana aku mempunyai umat yang ramai di hari kiamat.

Kau dah besar panjang tapi masih tak tentu arah. Aku rasa kau sepatutnya berkahwin supaya teratur sikit hidup kau ni.

.daripada kau sibuk memikirkan tentang masa depan aku, lebih baik kau fikirkan tentang masa depan engkau sekali. Engkau sendiri pun masih tak kahwin lagi walaupun umur dah lanjut. 1.1.5.2 Ciri-Ciri Utama Memilih Jodoh

UNIT 1-5

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 6

Islam telah menjelaskan kepada penganutnya krateria dalam memilih pasangan hidup dengan menekankan kelebihan pasangan yang mempunyai pegangan agama yang kukuh. Ciri-ciri utama yang dianjurkan oleh Islam dalam memilih jodoh seperti dalam gambarajah di bawah. Cirri-Ciri 1.Beragama Sebab Menyejukkan hati Mendapat rahmat Allah Taat kepada perintah Allah dan suami Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat Beroleh keberkatan dalam perkahwinan Boleh memberi perigatan selok belok agama

2.Masih gadis

Masih dara Mudah bergurau senda Bersifat manja Mendapatkan zuriat yang banyak Meramaikan umat Nabi Muhammad Membesarkan saiz keluarga Memperkukuhkan kekuatan Islam dalam segenap aspek Mendapat zuriat yang baik Warga negara yang baik Mengurangkan masalah sosial dalam negara Ketenangan jiwa dan perasaan

3.Keturunan yang banyak anak 4.Keturunan yang baik

5.Tidak dari keluarga yang dekat

Mengelakkan putus persaudaraan jika berlaku perceraian Mewarisi penyakit keturunan Kemungkinan mendapat zuriat lembam dan kurang cerdas Rajah 1.1.5.2 : Ciri-ciri utama memilih jodoh

Bertuah sungguh aku dapat bini beriman macam ini,heh!

1.1.6

PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI


UNIT 1-6

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 7

A-Quran telah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dan sebab-sebab pengharamannya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu haram untuk selama-lamanya dan haram untuk sementara waktu sahaja.Sebab-sebab menjadi haram yang berkekalan adalah disebabkan oleh keturunan, persesuan dan persembendaan.Manakala pengharamanuntuk sementara waktu itu disebabkan penghimpunan dan sebagainya lagi yang mana akan dihuraikan di bawah secara terperinci. 1.1.6.1 Orang Yang Diharamkan Kahwin Dan Sebab-Sebab Yang Menjadikan Haram Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian iaitu haram haram untuk selama-lamanya dan haram untuk sementara waktu sahaja. Pembahagian Dan Sebab 1. Haram Buat Selamanya Sebab keturunan 4. 5. Sebab penyusuan i. ii. ii. iii. iv. v. Individu Yang Terlibat 1. 2. 3. Ibu, nenek hingga ke atas. Anak, cucu dan seterusnya ke bawah Saudara perempuan (adik beradik)seibu sebapa @ sebapa @seibu Emak saudara sebelah bapa@ ibu hingga ke atas Anak saudara lelaki @ perempuan hingga ke bawah

Ibu yang menyusukan hingga ke atas. Bapa atau suami kepada perempuan yang menyusukannya Saudara perempuan yang sepersusuan. Anak perempuan sepersusuan. Emak saudara sepersusuan sebelah bapa/ibu Anak perempuan saudara lelaki/ perempuan sepersusuan.

Syarat-syarat Syarat-syarat haram sebab haram sebab susuan susuan 1.Ibu yang menyusukan telah baligh.

UNIT 1-7

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 8

2.Anak yang disusukan belum sampai dua tahun. 3.Lima kali susuan yang berasingan dan tiap kali menyusu sampai kenyang. Susu yang diberi mestilah ditelan dan sampai ke perut si anak. Sebab
Persembendaan

(ambil-ambilan)

i. ii. iii. iv.

Ibu tiri, datuk tiri ke atas. Ibu mertua samada dari keturunan @ penyusuan. Menantu perempuan, cucu hingga ke bawah. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya jika belum disetubuhi kemudian diceraikan maka halal kahwin samada anak tiri itu dari keturunan @ penyusuan.

2. Haram Buat Sementara Waktu i.Sebab menghimpunkan i. ii. iii. Emak saudara isteri sebelah ibu. Anak saudara isteri dari saudara lelaki. saudara isteri (ipar)

ii.Masih isteri orang iii. Masih dalam eddah iv. sebab talak 3 v. berlainan agama Rajah 1.1.6.1 : Pembahagian perempuan yang haram dikahwini

1.1.6.2

Dalil Perempuan Yang Haram Dikahwini

Firman Allah:

UNIT 1-8

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 9

Maksudnya: Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, emak-emak saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara kamu di sebelah ibumu, anak-anak saudara kamu dari saudara lelaki kamu dan anak-anak saudara kamu dari saudara perempuanmu, juga ibu-ibu susuan kamu, saudara-saudara susuan kamu......

1.2 PERTUNANGAN(AL-KHITBAH)

UNIT 1-9

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 10

Meminang bermaksud lamaran. Perbuatan tersebut diharuskan dalam Islam kerana ia merupakan titik permulaan kepada ikatan kasih sayang dan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. 1.2.1 Definisi

Al-khitbah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud pertunangan. Ia boleh ditakrifkan melahirkan keinginan hendak berkahwin dari seorang lelaki terhadap seorang perempuan melalui saluran syara. definisi 1.2.2 Dalil Dalil Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Katanya: Saya berada di tempat kediaman Nabi s.a.w. tiba-tiba ada seorang lelaki datang memberi tahu bahawa dia akan berkahwin dengan seorang perempuan Ansar, maka Nabi s.a.w bertanya sudahkah engkau melihat dia ? Dia mengatakan belum. Kemudian Nabi s.a.w berkata pergi dan lihat dia kerana dalam mata orang-orang Ansar itu ada sesuatu (Hadis riwayat Muslim dan Nasai) 1.2.3 Hikmah

Setiap perkara yang disyariatkan dalam Islam mempunyai rahsianya yang tersendiri sama ada yang tersirat atau tersurat untuk kebaikan manusia itu sendiri diantara matlamat dan hikmah adalah seperti berikut: 1. beribadah kepada Allah 2. untuk mendapat pasangan yang benar-benar serasi dalam kehidupan berumah tangga. 3. sebagai penghormatan kepada kaum wanita.

UNIT 1-10

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 11

1.2.4

Proses Pertunangan

Mengenal pasti Mengenal pasti perempuan yang menjadi pilihan mengikut krateria yang lepas ( beragama, gadis, keturunan dan lain-lain lagi).

Merisik Menghantar wakil atau datang sendiri untuk merisik (menyiasat latar belakang bakal pasangan). Islam membenarkan memandang bakal pasangan mengikut batas-batas yang tertentu.

Meminang Adalah peringkat terakhir sebelum perkahwinan dilaksanakan.Diperingkat inilah pihak mempelai menentukan tarikh perkahwinan, mahar dan lain-lain.

UNIT 1-11

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 12

1.2.5

Pinangan Bertindih Bolehkah meminang tunangan orang lain?

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Diharamkan ke atas kamu meminang tunangan orang lain melainkan apabila pertunangan itu diputuskan atau diizinkan kepadanya

1.2.6

Kafaah(Sekufu)

Kafaah dari segi bahasa bermaksud sebanding atau sepadan manakala dari segi syara pula ialah perkara yang dengan ketiadaannya menyebabkan aib sepadan (kafaah). Antara tujuannya adalah : untuk menjaga keselamatan dan kerukunan dalam perkahwinan. agar suami mempunyai kewibawaan serta kehebatan dipandang tinggi,hormat dan mulia pada pandangan isteri. agar suami dapat mendidik dan mengawal isterinya Aspek yang dinilai bagi kafaah seperti dalam rajah di bawah: Bil. Aspek Yang Dinilai 1. Beragama 2. Merdeka 3. Harga diri(iffah) 4. Keturunan 5. Akhlak 6. Berilmu 7. Aib 8. Umur 9. Pekerjaan Rajah 1.2.6 : Kafaah

Cuba anda bayangkan jika anda berumur 20 tahunberkahwin dengan janda 60 tahun bagaimana keadaan anda?

1.3 MASKAHWIN/MAHAR

UNIT 1-12

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 13

Umat Islam digalakkan membayar mas kahwin secara sederhana dan pihak perempuan dilarang meletakkan kadar mas kahwin terlalu tinggi kerana yang demikian itu akan membawa kesan yang tidak baik sama ada pada pihak lelaki atau perempuan. Kebahagian dan keberkatan rumah tangga bukan terletak pada tingginya kadar tetapi bergantung pada takwa dan kasih sayang antara suami isteri. 1.3.1 Definisi Maksud mahar dalam perkahwinan ialah pemberian yang wajib oleh suami kepada isteri dengan sebab perkahwinan. 1.3.2 Sesuatu Yang Boleh Dijadikan Maskahwin i. ii. iii. iv. v. 1.3.3 Mata wang Harta benda Pekerjaan (mengajar ilmu agama) Makanan Memerdekakan hamba

Kadar Maskahwin

Ulamak Fikah telah membahagikan maskahwin kepada dua jenis iaitu: i. Mahar musamma : Maskahwin yang ditentukan kadarnya mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak, samada disebut semasa akad atau tidak dengan kerelaan. ii. Mahar mithli : Mahar yang tidak ditentukan kadarnya, tetapi dibandingkan dengan mahar keluarga isteri.

1.3.4

Hukum Menyebut Mahar Semasa Akad

UNIT 1-13

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 14

Hukum menyebut mahar semasa akad terbahagi kepada 2 hukum iaitu sunat dan wajib. Hukum Menyebut Mahar Semasa Akad Sunat Wajib Hukum asal adalah sunat, kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa akad Wajib pada keadaan-keadaan berikut: i. Jika bakal isteri masih kecil (belum baligh), gila, atau bodoh ii. sedangkan bakal suami bersetuju memberi mahar yang lebih dari yang sepatutnya. iii. Perempuan yang sempurna tapi tidak menyerahkan urusan maskahwin kepada walinya. iv. Jika bakal suami masih kecil (belum baligh), gila, atau bodoh dan belum boleh menguruskan dirinya sendiri sedangkan bakal isteri bersetuju mahar yang kurang dari yang sepatutnya. Rajah 1.3.2: Hukum menyebut mahar semasa akad

Perlakuan seks bebas dikalangan mudamudi kita hari ini semakin menjadijadi.

Silap kita juga. Letak belanja nikah mahal sangat. Macam nak jual anak.

1.4 RUKUN NIKAH

UNIT 1-14

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 15

1.4.1

Rukun Nikah

Untuk melaksanakan satu-satu perkahwinan yang sah di sisi syara hendaklah mempunyai lima rukun, iaitu : 1. calon suami personal yang tertentu 2. calon isteri personal yang sudah tertentu. 3. wali 4. dua saksi. 5. ijab dan qabul 1.4.2 Syarat-Syarat Sah Nikah

Setiap rukun yang dinyatakan di atas perlu ada syarat-syaratnya tertentu seperti huraian ringkas di bawah. i. Syarat-Syarat Calon Suami Dan Calon Isteri Syarat-syarat calon suami dan calon Isteri adalah seperti mana rajah di bawah: Bil. Syarat-Syarat Calon Suami 1 Calon suami mestilah orang yang halal dinikahi dengan bakal isteri (bukan muhrim). Bil. 1 Syarat-Syarat Calon Isteri Calon isteri mestilah perempuan yang halal nikah dengan calon suami. (Bukan muhrim dengan bakal suami). Benar-benar ia seorang perempuan (bukan khunsa) Dengan kerelaannya sendiri, kecuali bakal itu masih gadis maka bapa atau datuk boleh memaksanya berkahwin. Adalah disunatkan kepada wali meminta izin dari anaknya yang masih gadis. Perempuan calon isteri bukan dalam waktu ihram. Sama ada ihram haji atau umrah Calon isteri mesti seseorang perempuan yang tertentu.

2 3

Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya Dengan pilihan hati sendiri (tidak dipaksa)

2 3

4 5

Suami bukan di dalam ihram(sama ada ihram haji atau ihram umrah). Calon suami mesti seseorang lelaki yang tertentu. Tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada 2 orang lelaki seperti: Saya nikahkan anak perempuan saya Siti Zubaidah dengan salahbseorang dari kalangan kamu.

UNIT 1-15

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 16

Calon suami tidak melebihi 4 orang isteri Rajah 1.4.1(i) :Syarat-syarat calon suami dan calon Isteri

ii. Syarat-Syarat Wali Dan Syarat Saksi Syarat-syarat wali dan syarat saksi adalah seperti mana rajah di bawah: Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Syarat-syarat Wali Islam Lelaki Baligh Merdeka Berakal. Adil (tidak fasik). Atas kemahuan sendiri. Bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji atau umrah. Tidak cacat akal sama ada kerana terlalu tua atau sebagainya. Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan harta bendanya kerana bodoh atau terlalu boros(orang yang muflis.) Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Syarat Saksi Islam Lelaki Baligh Merdeka (bukan hamba) Berakal (tidak gila) Adil (tidak fasik) Tidak dipaksa(atas kemahuan sendiri.) bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji atau umrah. Dapat melihat ,bercakap dan mendengar

Saksi hendaklah bukan orang yang boleh menjadi wali bagi si perempuan yang akan nikahinya. (Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.) 11 Kuat ingatan, tidak pelupa. 12 Memahami ijab dan qabul (faham dengan bahasa yang digunakan ketika akad.) Rajah 1.4.2(ii) :Syarat-syarat wali dan syarat saksi

iii. Syarat-Syarat Ijab Dan Qabul Syarat-syarat ijab dan qabul adalah seperti mana rajah di bawah: Syarat-Syarat Ijab Dan Qabul Bil. Syarat Ijab Bil. Syarat Qabul 1 Hendaklah dengan perkataan nikah atau 1 Diterima oleh calon suami
UNIT 1-16

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 17

dengan perkataan yang sama erti dengan terang tepat seperti: 'ankahtuka' (aku nikahkan engkau) atau lafaz 'zawwajtuka' (aku kahwinkan engkau) Tidak boleh menggunakan kata-kata yang lain umpamanya: "Aku ikat engkau atau aku jodohkan engkau dan lain-lain".) Ijab mesti ta'yin iaitu mesti disebutkan nama anak perempuan yang dinikahkan. Tidak boleh seperti dengan lafaz: "Kunikahkan engkau dengan salah seorang anak perempuan saya". Ijab seperti ini batal. Ijab hendaklah diikuti qabul oleh pengantin lelaki dengan segera. Ijab dan qabul hendaklah didengar dan difahami oleh dua saksi. Ijab tidak boleh bertaklik (penggantungan pada sesuatu kejadian). Contohnya: " Aku nikahkan dikau dengan anakku Siti Zubaidah sekiranya anakku itu diceraikan dan selesai eddahnya. Lafaz nikah itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan yang terbatas dan tertentu (dihadkan masanya)..

seperti katanya: aku termai nikahnya ..

Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan lain di antara ijab dan qabul (lafaz akad). Lafaz qabul (terima) tidak tertaklik.

4 5 6

4 5 6

Tidak mengandungi perkataan yang terbatas waktunya. Hendaklah disebut nama isteri. Lafaz qabul hendaklah sesuai dengan lafaz ijab.

Hendaklah terang dan nyata, bukan sindiran.

Umpamanya si wali berkata: "Kunikahkan kau dengan anakku bernama ...... dalam masa 10 tahun". Lafaz daripada wali atau wakilnya. Rajah 1.4.2(iii): Syarat-Syarat Ijab Qabul

1.4.3 Wali 1.4.3.1 Susunan Wali Perpindahan wali perlulah mengikut keutamaannya seperti susunan wali di bawah. 1. Bapa
UNIT 1-17

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 18

2. Datuk sebelah bapa hingga ke atas. 3. Saudara lelaki seibu sebapa. 4. Saudara lelaki sebapa. 5. Anak saudara lelaki seibu sebapa. 6. Anak saudara lelaki sebapa. 7. Bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa. 8. Bapa saudara (sebelah bapa) sebapa. 9. Anak bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa. 10. Anak bapa saudara (sebelah bapa) sebapa. 11. Hakim (sultan) termasuk orang yg dilantik oleh sultan seperti kadhi dan naib kadhi. 1.4.4.2 - Pembahagian Wali Rajah 1.4.3.1 : Susunan wali

1.4.3.2

Jenis-Jenis Wali

Terdapat 3 jenis wali iaitu wali mujbir(dekat), wali abad(wali jauh) dan wali hakim kererangan lanjut lihat rajah di bawah.

UNIT 1-18

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 19

Wali Mujbir(Dekat)

Siapa wali mujbir?


Wali mujbir iaitu bapa atau datuk lelaki semasa ketiadaan bapa.

JENIS WALI Wali Abad(Wali Jauh/ Wali Hakim Bukan Mujbir) Siapa wali hakim ? Siapa wali abad? Selain daripada bapa atau datuk lelaki daripada susunan wali nasab. Wali hakim atau wali sultan mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam sesuatu sebab.

Sebab perpindahan wali aqrab kepada wali abad 1. 2. 3. 4. 5. Belum baligh Tidak siuman Fasik Hamba sahya Bisu atau pekak

Sebab perpindahan wali nasab ke atas wali hakim 1) Ketika tidak ada wali nasab 2) Wali enggan mengahwinkan 3) Wali berada ditempat jauh sekadar yang mengharuskan qasar sembahyang. 4) Wali sedang dalam ihram 5) Wali itu sendiri berkahwin dgn perempuan itu. 6) Wali didalam tahanan atau tertahan atau hilang, tidak dapat dihubungi. 7) Wali bersembunyi. 8) Apabila tiada 10 wali nasab, ia diwalikan kpd wali hakim yang dilantik oleh pihak pemerintah.

PERINGATAN: Syarat-syarat di atas akan menjadi syarat sahnya nikah. Jika

PERINGATAN: Wali aqrab ialah wali dari kalangan keluarga (nasab) pengantin

Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya: Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

UNIT 1-19

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 20

tidak cukup, ini akan menjadikan tidak sahnya nikah tersebut Keterangan lanjut Bapa atau datuk berhak menikahkan anak gadisnya samada sudah baligh atau tidak tanpa keizinan kecuali janda.

perempuan dari pihak ayahnya (lihat susunan wali) Keterangan lanjut Wali abad tidak boleh bertindak sebagaimana wali mujbir. Dia boleh menjadi wali sekiranya wali mujbir itu sudah mati

Keterangan lanjut Wali hakim berkuasa mengkahwinkan seseorang perempuan sekiranya wali yang sedarjat dengan wali yang jauh tiada ditempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

Tidak berpindah wali kepada wali abad sekiranya wali aqrab dalam ihram (dalam hal ini hakim bertindak sebagai wali) Rajah 1.4.3.2 : Jenis-jenis Wali

1.4.4

Akad (Ijab Dan Qabul) Definisi

1.4.4.1

UNIT 1-20

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 21

Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin laki-laki. Qabul ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin laki-laki selepas wali mengucapkan ijab. 1.4.4.2 Contoh- Contoh Lafaz Ijab Dan Qabul

Contoh Lafaz (Sighah) Ijab Dari Contoh Qabul: Wali: 1."Saya nikahkan engkau dengan 1."Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan anak saya bernama ......... dengan mas kahwin sebanyak sekian-sekian RM binti ...... dengan maskahwin tunai." sebanyak ....ringgit tunai". Atau 2. Aku terima nikahnya dengan maskahwinnya sebanyak yang tersebut. (Kalau maskahwin tidak berupa wang , sebutkan jenis atau nama barangnya) Atau dari wakil qabul:

Atau dari wakil wali :

Aku nikahkan dikau siti Zubaidah Aku terima nikahnya untuk . (nama Bt Othman yang telah berwakil pengantin lelaki) dengan maskahwinnya yang wali ayahnya kepada aku dengan tersebut. mas kahwinnya sebanyak RM500 tunai Rajah 1.4.4.2 : Contoh- contoh lafaz ijab dan qabul

AKTIVITI AKTIVITI 1A 1A

Aktiviti 1A ini adalah berkaitan dengan tajuk yang anda telah pelajari iaitu: 1.1 Perkahwinan UNIT 1-21 1.2 Pertunangan

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 22

1. Bezakan ciri-ciri yang ada pada individu yang diwajibkan berkahwin dengan ciri-ciri yang dikenakan kepada mereka yang diharamkan berkahwin 2. Mendirikan rumah tangga menjadi hasrat setiap individu, sebutkan lima matlamat hasrat anda tersebut berdasarkan kepada pelajaran kita yang lepas. 3. Katakan anda ingin berkahwin apakah kratiria yang akan anda pilih untuk mendapatkan isteri yang solehah dengan merujuk kepada pelajaran kita yang lepas dengan mengunakan carta cat.

MAKLUM MAKLUM BALAS BALAS 1A 1A

UNIT 1-22

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 23

1. Perbezaan ciri-ciri yang ada pada individu yang diwajibkan berkahwin dengan ciri-ciri yang dikenakan kepada mereka yang diharamkan berkahwin Individu yang diwajibkan berkahwin 1) Mempunyai naluri nafsu yang kuat, kemungkinan terjatuh kelembah maksiat 2) Mempunyai kemampuan menanggun maskahwin dan nafkah 3) Yakin tidak menganiaya terhadap isteri 4) Mampu menyempurnakan kewajipan Individu yang diharamkan berkahwin 1. Tidak mempunyai keinginan 2. Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin 3. Khuawatir menganiaya isterinya 4. Tidak mampu menyempurnakan kewajipan

2. Lima matlamat perkahwinan (Mana-mana lima sahaja) Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Matlamat perkahwinan Mendapat keredhaan Allah Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w Mawaddah dan rahmah (Hubungan an kasih sayang) Mendapatkan zuriat Memenuhi kehendak semulajadi (naluri) Menjaga akhlak dan peribadi Menjaga keselamatan sosial Memperbesarkan saiz keluarga dan persaudaraan Mempertingkatkan usaha Membentukkan

3. Kriteria yang akan perlu anda pilih adalah seperti carta di bawah : Beragama Masih gadis Keturunan yang banyak anak

UNIT 1-23

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 24

Tidak dari keluarga yang

Keturunan yang baik

AKTIVITI AKTIVITI 1B 1B

Aktiviti 1B ini adalah berkaitan dengan tajuk yang anda telah pelajari iaitu: 1.3 Maskahwin UNIT 1-24 1.4 Rukun Nikah

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 25

1. Setiap orang yang ingin berkahwin dikehendaki menyempurnakan mahar. Sebutkan pembahagian mahar dalam perkahwinan? 2. Wali merupakan salah satu daripada rukun-rukun nikah. Senaraikan syarat-syarat yang dikenakan kepada wali? 3. Katakan anda ingin berkahwin apakah kriteria yang akan anda pilih untuk mendapatkan isteri yang solehah dengan merujuk kepada pelajaran kita yang lepas dengan mengunakan carta cat.

UNIT 1-25

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 26

1. Ulamak Fikah telah membahagikan maskahwin kepada dua jenis i. Mahar musamma : Maskahwin yang telah disebut semasa akad atau selepasnya dengan kerelaan. ii. Mahar mithli : Mahar yang dibandingkan dengan mahar keluarga isteri. 2. Syarat-syarat Wali 1.Islam. 2.Lelaki. 3.Baligh 4.Merdeka. 5.Berakal. 6.Adil (tidak fasik). 7.Atas kemahuan sendiri. 8.Wali bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji atau umrah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Tidak sah nikah melainkan dengan wali dan dua orang saksi yang adil. 9.Tidak cacat akal samaada kerana terlalu tua atau sebagainya. 10.Tidak dari orang yg ditahan kuasanya dari membelanjakan harta bendanya kerana bodoh atau terlalu boros(orang yang muflis.) 3. kriteria yang akan perlu anda pilih adalah seperti carta di bawah : Beragama Masih gadis Keturunan yang banyak anak

MAKLUMBALA MAKLUMBALA S S 1B 1B

Tidak dari keluarga yang

Keturunan yang baik

AKTIVITI AKTIVITI 1C 1C
UNIT 1-26

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 27

Berikut di antara perempuan-perempuan yang diharamkan dikahwini (mahram). Anda dikehendaki mengkelompokkan kedalam empat kelompok yang menjadi sebab sesorang perempuan yang dikahwini dengan mengunakan rajah.

Bil.

Perempuan-Perempuan Yang Diharamkan Dikahwini Emak saudara Ibu, nenek ke atas. Ibu tiri, datuk tiri ke atas. Emak saudara isteri sebelah ibu. Anak, cucu dan seterusnya ke bawah Anak saudara isteri dari saudara lelaki Anak saudara isteri dari saudara lelaki. Emak saudara sebelah ibu hingga ke atas Emak saudara sebelah bapa hingga ke atas Anak saudara perempuan hingga ke bawah Anak saudara isteri dari saudara perempuan Anak saudara isteri dari saudara perempuan Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya Ibu mertua samada dari keturunan @ penyusuan Menantu perempuan, isteri, cucu hingga ke bawah Saudara perempuan seibu sebapa @ sebapa @ seibu

UNIT 1-27

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 28

MAKLUMBALA S 1C
Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian : Sebab Keturunan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 1. 2. 3. 4. Individu yang terlibat Ibu, nenek ke atas. Anak cucu dan seterusnya ke bawah Saudara perempuan seibu sebapa @ sebapa @ seibu Emak saudara sebelah bapa hingga ke atas Emak saudara sebelah ibu hingga ke atas Anak saudara lelaki hingga ke bawah Anak saudara perempuan hingga ke bawah Ibu yang menyusukan. Saudara perempuan yang sepersusuan. Anak perempuan sepersusuan. Emak saudara sepersusuan sebelah bapa. Emak saudara sepersusuan sebelah ibu. Anak perempuan saudara lelaki sepersusuan. Anak perempuan saudara perempuan sepersusuan. Ibu tiri, datuk tiri ke atas. Ibu mertua samada dari keturunan @ penyusuan. Menantu perempuan, isteri, cucu hingga ke bawah. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya jika belum disetubuhi kemudian diceraikan maka halal kahwin samada anak tiri itu dari keturunan @ penyusuan. Emak saudara isteri sebelah ibu. Anak saudara isteri dari saudara lelaki. saudara lelaki. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.

Penyusuan

Persembendaan

Menghimpunkan

1. 2. 3. 4.

Fakta Kunci: Anak perempuan hasil dari penzinaan tidak haram kahwin dengan bapa zinanya tetapi anak lelaki hasil dari penzinaan haram kahwin dengan ibu zinanya dan semua muhrimnya.

PENILAIAN KENDIRI
UNIT 1-28

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 29

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

1) Perkahwinan dalam Islam merupakan ibadah. Terangkan ciri-ciri beribadah dalam perkahwinan merujuk kepada pelajaran yang lepas.

2)

Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, emak-emak saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara kamu di sebelah ibumu, anak-anak saudara kamu dari saudara lelaki kamu dan anak-anak saudara kamu dari saudara perempuanmu, juga ibu-ibu susuan kamu, saudara-saudara susuan kamu .................

Berdasarkan petikan dia atas, ibu susuan diharamkan berkahwin.Apakah anak susuan boleh mendapat pusaka jika ibu susuannya meninggal dunia?.

UNIT 1-29

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 30

3.

Rasulullah bersabda dikahwini perempuan itu kerana empat perkara : Kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. ..........

Petikan hadis di atas adalah krateria memilih pasangan hidup. Huraikan mengapa Rasulullah mengakhiri ciri agama?.

TAHNIAH! Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

UNIT 1-30

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 31

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1.1 Setiap perkara dituntutkan mendapatkan keredhaan Allah, jika ada ciri-ciri tersebut semua perkara dikira ibadah. 1.2 Tidak boleh walaupun dikira mahram tetapi hanya terbatas pada hukum tertentu sahaja sepertu aurat, batal air sembahwang dan perkahwinan sahaja. 1.3 Rasulullah mengakhiri menyebut ciri agama dalam memilih jodoh di dalam hadis di atas kerana mengukut naluri nafsu, manusia amat cenderung kepada wanita yang banyak hartanya,keturunan yang baik-baik dan yang cantik rupawan dan kebanyakannya meningalkan aspik agama..

Anda sudah berpuashati dengan unit ini!!!!!!! Kalau sudah jom kita ke Unit 2.

UNIT 1-31

INSTITUSI KEKELUARGAAN

A2001/UNIT 1 / 32

UNIT 1-32

Anda mungkin juga menyukai