Anda di halaman 1dari 9

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KRM 3063: ASAS BENTUK DAN RUANG


TAJUK TUGASAN 1

AKTIVITI PENGAJARAN

KUMPULAN UPSI 01 (A131 PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA AZIZUL RAHMAN BIN ISMAIL NO.ID D20112055663 NO.TELEFON 0194245281

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR MOHD UZI BIN DOLLAH

AKTIVITI 1
Tahun Masa i. Tajuk ii. Objektif iii. Hasil Pembelajaran :4 : 30 minit : BENTUK DAN RUANG : memahami dimensi untuk bentuk dua dimensi : Pada akhir pengajaran, murid dapat ; 1. Mengenal pasti sisi bentuk 2D bagi segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga iv. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui bentuk-bentuk 2D v. Bahan bantu mengajar : kertas A4, slaid gambar, computer, LCD, lembaran kerja.

vi. Langkah-langkah pengajaran :

Langkah 1: 3 minit a) Guru meminta murid melihat sehelai kertas A4 yang ditunjukkan dihadapan kelas. b) Murid membuat pemerhatian pada kertas A4 yang ditunjukkan. c) Murid menjawab soalan lisan dari guru Contoh: i. Apakah bentuk bagi kertas A4 ini? Jawapan murid: segi empat tepat ii. Nyatakan bentuk lain yang kamu ketahui? Jawapan murid: segi empat sama, segi tiga d) Guru memperkenalkan tajuk kepada murid- mengenalpasti bentuk 2D

Langkah 2: 7 minit a) Guru menayangkan slaid beberapa gambar yang menunjukkan bentuk bentuk 2D kepada kelas. Contoh gambar: Gambar 1 gambar 2 gambar 3

b) Guru bertanyakan kepada murid tentang objek yang ditunjukkan Contoh soalan:

1. Apakah bentuk bagi gambar 1? J: segi tiga dan segi empat tepat. 2. Berapa sisi dan bucu bagi gambar 1? J: 3 sisi dan 3 bucu 3. Berapa sisi dan bucu bagi gambar 2? J: 4 sisi dan 4 bucu 4. Cuba kamu perhatikan pada gambar yang ketiga. 5. Apakah bentuk 2D bagi gambar ketiga? J: segi tiga, segi empat sama, segi empat tepat. c) Berdasarkan gambar 3 guru menerangkan bahawa susunan bentuk 2D yang terdapat pada gambar 3 disebut pola dan menayangkan satu bentuk pola seperti gambar 4

Gambar 4

Langkah 3: 10 minit

a) Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 lembaran kertas seperti dibawah.

b) Guru meminta murid mewarna bentuk 2D dalam gambarajah tersebut bagi menghasilkan satu pola yang menarik. c) Guru membimbing murid bagi aktiviti tersebut.

Langkah 4: 7 minit

a) Guru meminta setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka dihadapan kelas. b) Setiap kumpulan menayangkan hasil kerja mereka di papan tulis dan guru menanyakan beberapa soalan?

Contoh hasil kerja murid Contoh soalan: Berapakah bilang segi tiga yang kamu lihat? Berapa bilangan segi empat sama dalam lukisan ini? Adakah pola yang dihasilkan menarik?

Penutup: 3 minit

a) Guru meminta murid menyatakan bentuk 2D yang telah dipelajari. b) Meminta murid menyatakan secara lisan ciri-ciri bagi segi tiga dan segi empat sama dan segi empat tepat.

Lampiran 1 Lembaran Kerja

AKTIVITI 2
Tahun Masa i. Tajuk ii. OBJEKTIF iii. Hasil Pembelajaran :4 : 30 minit : BENTUK DAN RUANG : Mengira luas bentuk 2D : Pada akhir pengajaran, murid dapat ; 1. Mengukur luas segi empat sama dan segi empat tepat. iv. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui bentuk-bentuk 2D v. Bahan bantu mengajar : slaid gambar, computer, LCD, lembaran kerja vi. Langkah-langkah pengajaran :

Langkah 1: 5 minit

a) Guru menayangkan satu bentuk 2D dengan menggunakan powerpoint kepada kelas dan bersoal jawab tentang bentuk tersebut.

b) Murid menjawab soalan lisan dari guru Contoh: i. Apakah bentuk objek berwarna yang kamu lihat? ii. Nyatakan ciri-ciri bentuk tersebut? iii. Antara garisan A dan B yang mana panjang dan yang mana lebar? iv. Berapa bilangan petak yang berwarna?

c) Guru memperkenalkan tajuk kemahiran kepada murid dengan menerangkan bahawa Luas permukaan adalah hasil tambah kesemua luas kawasan yang terdedah sesuatu objek.

Langkah 2: 10 minit

a) Guru menayangkan satu bentuk 2D menggunakan slaid-slaid Powerpoint

b) Murid diminta mengira berapa bilangan petak bagi panjang dan bilangan petak bagi lebar. Jangkaan jawapan murid:panjang 6 petak lebar 4 petak c) Guru kemudiannya meminta murid mengira bilangan kesemua petak yang berwana. Jangkaan jawapan murid: 24 petak.

d) Guru menyatakan bahawa untuk mencari luas permukaan bagi suatu objek dengan
mudah adalah dengan mendarab panjang dan lebar

e) Guru menulis formula dipapan tulis


Luas = panjang x lebar = = 24 6 x 4

f) Guru menayangkan satu lagi bentuk 2D tanpa petak didalamnya

5cm

7cm g) Meminta murid mendapatkan luas bagi bentuk tersebut.

Langkah 3: 10 minit

a) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid

contoh lembaran kerja b) Murid dikehendaki menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan. c) Guru memantau dan membantu murid menyiapkan kerja
Penutup : 5 minit

a) Guru dan murid berbincang jawapan bagi kerja yang dilakukan. b) Mengimbas kembali pembelajaran yang dijalankan. c) Guru menekankan bahawa untuk mencari luas dengan mudah adalah melalui rumus iaitu luas = panjang x lebar

Lampiran 1 Lembaran kerja Nama: .. Kelas:

Jawapan semua soalan dalam ruang yand disediakan.

1 cari luas kawasan yang berlorek

jawapan

Panjang:______ Lebar:________

2) kira luas objek dibawah

3) kira luas objek dibawah

Anda mungkin juga menyukai