Anda di halaman 1dari 12

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA

TAJUK TUGASAN TUGASAN 1 MISKONSEPSI DALAM STATISTIK DAN CARA MENGATASINYA

DISEDIAKAN OLEH NAMA AZIZUL RAHMAN BIN ISMAIL NO. MATRIK D20112055663

PUSAT PEMBELAJARAN:GROUP UPSI02 (A131PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: MOHD FAIZAL LEE BIN ABDULAH

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2.0 MISKONSEPSI DAN CABARAN DALAM STATISTIK 2.1 PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA 2.1.1 MISKONSEPSI DAN CABARAN 2.1.2 CARA MENGATASINYA 2.2 PERWAKILAN DATA 2.2.1 MISKONSEPSI DAN CABARAN 2.2.2 CARA MENGATASINYA 2.3 SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT 2.3.1 MISKONSEPSI DAN CABARAN 2.3.2 CARA MENGATASINYA 2.4 SUKATAN SERAKAN 2.4.1 MISKONSEPSI DAN CABARAN 2.4.2 CARA MENGATASINYA 3.0 PENUTUP 4.0 RUJUKAN

3 4 4 4-5 6 7 7 8 9 9 10 10 10 10 11 12

PENGENALAN Matematik merupakan satu matapelajaran yang mampu mengembangkan profesiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logic, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid murid juga dapat mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik. Pembelajaran Matematik menyediakan satu peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman yang sedemikian mampu meningkatkan minat dan menjadi daya usaha murid mempelajari matematik diluar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang lebih tinggi. Unit pelajaran matematik adalah melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja, algorithm dan teorem-teorem yang kerap digunakan(Short & Spanos 1989). Mata pelajaran Matematik mempunyai bahasa yang tersendiri walaupun dikatakan bahasa matematik adalah ringkas namun ianya mempunyai maksud yang tepat dan khusus bagi mempelajari matematik. Bahasa matematik yang khusus melibatkan polapola, hubungan-hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa matematik memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada murid. (MacGroger & Moore 1991). Seandainya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan Berjaya. Seterusnya murid akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan focus pelajar terhadap perkara yang diajar guru. Setiap murid secara amnya mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi latar belakang keluarga dan pergaulan. Seorang guru akan berdepan dengan murid yang membawa ilmu dan pengalaman yang didapati dari luar yang mana ianya berkemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas. Sekiranya ilmu atau pemahaman tentang maklumat ini tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Menurut Champagne, Klopfer & Gunstone 1982: Mc Dermott ada menyatakan bahawa miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila murid mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul. Miskonsepsi boleh terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Kecekapan guru dalam pengetahuan kandungan pedagogical adalah sangat penting di samping penggunaan bahasa yang tersusun bagi mengelakkan pelajar membuat andaian atau miskonsepsi terhadap apa yang mereka ajar (Tikunoff 1983)

Dalam salah satu unit pembelajaran Matematik tajuk Statistik adalah salah satu tajuk yang dipelajari oleh murid-murid di peringkat sekolah rendah dan dilanjutkan ke peringkat menengah dan seterusnya. Didalam tajuk ini murid- murid disekolah rendah didedahkan dengan asas statistik dimana mereka akan mempelajari satu disiplin ilmu tentang mengurus dan mengumpul, memproses, perwakilan dan penafsiran data.

MISKONSEPSI DAN CABARAN DALAM STATISTIK PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA Penguasaan kemahiran yang perlu dalam topik ini adalah berkaitan dengan mengumpul dan mengklasifikasikan data mengikut jenis-jenisnya dan menguruskan data kedalam jadual-jadual tertentu. Dibawah kemahiran ini murid akan mempelajari tentang pembolehubah dan data, pengumpulan dara, kekerapan dan taburan relatif kekerapan, terminologi data terkumpul, data terkumpul untuk nilai tunggal, data terkumpul untuk data kualitatif.

MISKONSEPSI DAN CABARAN Salah satu miskonsepsi yang terjadi semasa murid mempelajari kemahiran ini adalah dari aspek membuat selang kelas ke dalam jadual. Murid biasanya membuat kesilapan memahami cara untuk mewujudkan selang kelas dalam jadual taburan kekerapan dengan menganggap bahawa selang kelas mesti bermula dengan 0 Contoh : markah Matematik bagi kelas 6 Dedikasi dan 6 Bijaksana dalam PKSR 1

26 98 88 34 48 98 35 82 38

33 56 56 46 76 28 98 23 57

33 51 77 68 74 27 32 82 27

45 87 53 79 53 42 49 39 48

67 38 78 69 43 97 87 48 47

78 58 56 64 57 72 23 26

Jadual 1

Data mentah dari jadual 1 ini dibina satu jadual kekerapan yang salah oleh murid dengan bermula dengan (0-10) dalam jadual taburan kekerapan.

Mula selang kelas dengan 0

markah 0-9 10-19 20-29 30-39 40-49 50-59 60-69 70-79 80-89 90-99

gundal

Bilangan murid

CARA MENGATASINYA: Penerangan tentang mewujudkan selang kelas yang pertama dengan betul perlu dibuat oleh guru dimana guru perlu menerangkan kepada murid tentang membaca data mentah dengan teliti. Dari data mentah dalam jadual 1, murid perlu melihat markah yang paling rendah dan paling tinggi dalam jadual 1.

Markah tertinggi

26 22 98 56 88 56 34 46 48 76 98 28 35 99 82Jadual 23 38 57

33 51 77 68 74 27 32 82 27

45 87 99 79 53 42 49 39 48

67 38 78 69 43 97 87 48 47

78 22 56 64 57 72 22 26

markah terendah

jadual 1

Berdasarkan kepada data maksimum dan data minimum yang diperolehi barulah murid boleh membina satu jadual kekerapan yang mana selang kelas boleh dibuat dengan mengambil data minimum iaitu 22 dan data maksimum 99 untuk membina satu selang kelas yang mengikut saiz 10. Berdasarkan data minimum 22, murid boleh membina selang kelas yang pertama bermula dari 20-29.

markah Permulaan selang kelas 20-29 30-39 40-49 50-59 60-69 70-79 80-89 90-99

gundal

Bilangan murid

MISKONSEPSI YANG KEDUA Dalam pengumpulan dan pengurusan data adalah kesilapan memasukkan data yang lebih dalam satu selang kelas. Kesalahan ini adalah disebabkan oleh pengulangan yang wujud semasa membina selang kelas. Contoh yang boleh dilihat adalah seperti berikut: Pengulangan data yang wujud

markah 20-30 30-40 40-50 50-60 60-70 70-80 80-90 90-100

gundal

Bilangan murid

CARA MENGATASINYA Penjelasan yang lebih terperinci semasa membina selang kelas adalah penting agar murid dapat membuat selang kelas dengan betul. Perincian yang dimaksudkan adalah berkenaan tidak mengulangi nombor yang terdapat dalam satu selang kelas. Walaupun nilai saiz selang kelas yang diambil seragam.

PERWAKILAN DATA Perwakilan data melibatkan pemgumpulan, pengurusan, perwakilan penganalisisan dan mengintepretasi data yang berkaitan dengan murid. Apabila perwakilan data telah dilaksanakan maka keputusan dapat dibuat dan pada masa yang sama proses kenapa keputusan itu dibuat boleh dilihat. Bagi murid sekolah rendah mereka didedahkan dengan beberapa cara yang dapat menterjemahkan data dalam bentuk yang lebih mudah. Antaranya ialah melalui piktograf, carta palang, carta menegak dan carta pai.

MISKONSEPSI DAN CABARAN Miskonsepsi yang biasa terjadi semasa mempelajari kemahiran ini adalah seperti kesalahan semasa membaca piktograf. Piktograf adalah satu perwakilan gambarajah yang diwakili oleh siri simbol yang sama nilai. Saiz dan bentuknya adalah sama besar untuk mengelakkan kekeliruan. Contoh yang boleh dilihat adalah seperti dibawah.

Bagi murid kurang memahami atau hanya melihat kepada simbol mereka biasanya menterjemah maklumat dari piktograf berdasarkan kepada berapa bilangan simbol yang ada. Contohnya bagi bulan januari jawapan yang diberi adalah 3 buah buku walaupun jawapan yang sebenarnya adalah 12 buah buku.

CARA MENGATASINYA Penekanan terhadap perwakilan simbol yang terdapat pada piktograf sangat mustahak agar murid tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama. Guru perlu membiasakan murid dengan melihat perwakilan yang wujud dalam piktograf sebelum membaca atau mentafsikanya. Penekanan terhadap berapa bilangan yang mewakili sesuatu simbol penting supaya murid tidak hanya melihat simbol dalam piktograf.

2. CABARAN Cabaran dalam perwakilan data adalah semasa membina carta atau graf Palang. Cabaran yang wujud semasa membina carta atau graf palang adalah dengan menentukan nilai yang seragam dalam paksi x atau paksi y. kebiasannya murid terus membina nilai yang perlu diwakili dengan hanya memasukkan nombor atau nilai yang wujud pada data contohnya

Kesilapan membina graf

CARA MENGATASI Cara membina graf palang dengan betul perlu diberi perhatian dalam mengajar kemahiran ini. Guru perlu memastikan murid memahami dengan jelas cara membina dan penekanan tentang saiz skala yang sesuai dalam membina graf. Skala bagi graf boleh dibina mengikut ukuran tertentu seperti 0,10,20,30 dan seterusnya atau 0,20,40,60 dan seterusnya seperti contoh dibawah

Skala yang betul

SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT Sukatan kecenderungan memusat adalah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu taburan data dan ianya merupakan asas pengukuran statistic. Sukatan kecenderungan memusat menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada satu kumpulan nombor. Terdapat tiga pengukuran yang biasa digunakan untuk menunjukkan sukatan kecenderungan memusat iaitu min, median dan mod. MISKONSEPSI DAN CABARAN Dalam sukatan kecenderungan memusat miskonsepsi yang biasa berlaku kepada murid adalah murid terus mendapatkan median berdasarkan dari set data tanpa menyusun semula set data tersebut. Contohnya 3,4,9,5,8,3,2,1,7 Murid terus menyatakan bahawa median bagi set data adalah 8 kerana angka 8 berada ditengah-tengah set data tersebut. Pemahaman ini membuatkan jawapan mereka salah.

CARA MENGATASINYA Penerangan tentang Median iaitu nilai cerapan ditengah apabila semua cerapan disusun mengikut turutan menaik. Perkara ini perlu diperjelaskan dan diberi penekanan semasa mencari median. Sepatutnya berdasarkan contoh tadi murid dikehendaki menyusun semula menjadi seperti berikut: Asal 3,4,9,5,8,3,2,1,7 susunan semula 1,2,3,3,4,5,7,8,9 Median MISKONSEPSI KE-2 Miskonsepsi yang berlaku adalah tentang mod, dimana murid memahami mod yang merupakan kekerapan tertinggi dalam satu taburan skor dengan maksud yang salah. Contoh: Markah kekerapan 0 3 1 4 2 3 3 5 4 9 5 5 6 7 7 1

Miskonsepsi murid memahami bahawa mod adalah 3, dengan menganggap 3 adalah kekerapan kerana ianya wujud sebanyak dua kali dalam taburan skor.

CARA MENGATASINYA Guru perlu memastikan murid memahami dengan jelas bahawa mod adalah skor yang mempunyai kekerapan tertinggi dalam satu taburan skor. Maksud kekerapan tertinggi bukannya berapa banyak nombor yang muncul dalam taburan skor tetapi yang banyak dalam satu kelas kekerapan. Bagi contoh yang ditunjukkan nilai modnya adalah 9, kerana markah 4 mempunyai banyak bilangannya iaitu 9 kali.

SUKATAN SERAKAN Sukatan serakan secara ringkasnya menghurikan amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang diperhatikan. Antara beberapa jenis sukatan serakan yang biasa dipelajari oleh murid adalah julat, sisihan piawai, dan varian. MISKONSEPSI DAN CABARAN 1. Murid membuat tanggapan bahawa nilai varian dan sisihan piawai mempunyai cara pengukuran yang sama. Murid yang membuat tanggapan sebegini kerana melihat cara pengiraan dalam varian dan sisihan piawai lebih kurang sama, walaupun sebenarnya ianya berbeza. Cuba lihat cara pengiraan antara varian dan sisihan piawai adalah

Varian

( x x)
N

sisihan piawai =

(x x)
N

Kelemahan murid dalam melihat perbezaan pengiraan dan kekeliruan antara pengiraan varian dan sisihan piawai menyebabkan berlakunya kesilapan dalam proses mendapatkan jawapan. Jika diteliti dengan betul perbezaan antara varian dan sisihan piawai adalah varian mempunyai unit ukuran kuasa dua ( tiada kuasa dua (

2)

dan sisihan piawai adalah

).

CARA MENGATASINYA Dalam membetulkan tanggapan murid terhadap varian dan sisihan piawai adalah sama pengiraannya, guru perlu menekankan tentang perbezaan simbol kuasa dua yang wujud dalam varian dan bagi sisihan piawai pula perlu di punca kuasa dua. Setelah itu pengulangan penekanan atau latihan yang kerap cara pengiraan boleh dilakukan dapat membantu murid membezakan cara pengiraan varian dan sisihan piawai. Penekanan guru terhadap formula sebelum mencari varian atau sisihan piawai boleh membantu murid mengingati perbezaan tersebut.

10

PENUTUP Statistik merupakan satu unit pembelajaran yang telah diperkenalkan kepada murid diperingkat awal persekolahan. Kemahiran ini merupakan satu kemahiran yang memerlukan kefahaman dan penelitian dalam mempelajarinya. Sekiranya terdapat salah tanggapan atau kesalahan pemahaman boleh menyebabkan miskonsepsi. Miskonsepsi ini boleh kita kesan sama ada melalui pemerhatian, jawapan yang diberikan oleh murid atau temubual yang dirancang. Kenapa kita perlu mengenalpasti miskonsepsi murid? Ini kerana jika kita tahu idea murid atau kerangka alternative murid terhadap sesuatu perkara, kita boleh merancang aktiviti atau pendekatan yang bersesuaian untuk menangani masalah tersebut. Miskonsepsi juga sebenarnya membantu kita membuat refleksi terhadap Pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Miskonsepsi menunjukkan murid belum faham tentang perkara yang telah diterangkan atau diperkenalkan dalam sesi pembelajaran yang lepas. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan miskonsepsi yang timbul akibat pembelajaran yang mungkin dirancang kurang sesuai dengan faktor kesediaan dan kebolehan murid.

11

RUJUKAN Santhi Periasamy(2007) Teachers Guidebook Mathematics Year 6, Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia(2011), Matematik Tahun 6, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul UPSI,(2013) KRM 3043-Asas Pengurusan Data, Tanjung Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris. http://www.slideshare.net/zabidah/notastatistik http://www.matematik45.cikgunaza.com/2012/02/histogram.html http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/kbsm/math/SK_Matematik_Tg4.PDF

12

Anda mungkin juga menyukai