Anda di halaman 1dari 10

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

LAPORAN ANALISIS 2

DISEDIAKAN OLEH NAMA AZIZUL RAHMAN BIN ISMAIL NO. MATRIK D20112055663

PUSAT PEMBELAJARAN: EL A21(A122PPJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: IKHSAN BIN OTHMAN

TARIKH SERAH: 5.5.2013

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. LAPORAN ANALISIS 2 RUJUKAN Dimensi Horizontal Dimensi Vertikal Pandangan/ Ulasan Cadangan 3-5 5-7 8 9 10

LAPORAN ANALISIS 2 (Perbandingan Kurikulum Mengikut Era)

Nama: AZIZUL RAHMAN BIN ISMAIL

No. ID : D20112055663

1.

Disiplin/mata pelajaran yang dipilih.

a. b.

Nama disiplin/mata pelajaran : Matematik Tahun : tahun 3

2.

Perbandingan disiplin/mata pelajaran mengikut era KLSR, KBSR dan KSSR

DIMENSI HORIZONZAL a. Skop/liputan

KLSR: Bagi Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR), skop bagi matapelajaran Matematik tahun 3 adalah meliputi nombor dan operasi yang melibatkan kemahiran asas iaitu tambah, tolak darab dan bahagi. Selain itu juga, kemahiran lain juga diajar seperti pecahan, wang, masa panjang, berat, isipadu dan ruang.

KBSR: Dalam KBSR, penguasaan 3M(membaca, mengira, menulis) diberi penekanan dalam isi pelajaran. Matematik tahun 3 dalam KBSR telah melalui penambahbaikan yang terdapat dalam KLSR dimana kemahiran tambah,tolak darab dan bahagi dalam KLSR ditambah dengan gabungan kemahiran gabungan tambah, tolak, darab serta bahagi dalam satu operasi pengiraan. Skop yang terdapat dalam KBSR adalah meliputi Nombor hingga 10 000 dimana ianya lebih daripada KLSR. Selain itu juga, bagi topik lain seperti wang, masa dan waktu, jisim, ukuran panjang ruang, isipadu cecair diperluaskan skopnya. Tambahan yang berlaku dalam KBSR adalah melibatkan bentuk dan bongkah serta statistik yang melibatkan kemahiran pemprosesan data.

KSSR: Bagi KSSR Matematik Tahun 3. Isi kandungan pelajaran telah diperhalusi dan diperincikan lagi dengan lebih baik. Topik yang dipelajari dibahagikan kepada 3 bidang utama iaitu Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri serta Statistik dan Kebarangkalian. Bagi bidang pertama iaitu Nombor dan Operasi,terdapat 9 topik iaitu Nombor Bulat hingga 10 00, Tambah dalam lingkungan 10 000, Tolak dalam lingkungan 10 000, Darab, Bahagi, Pecahan, Perpuluhan, Peratus dan Wang. Bagi bidang kedua iaitu Sukatan dan Geometri pula terdapat 5 topik iaitu Masa dan Waktu, Panjang, Jisim, Isipadu Cecair dan Ruang. Bidang yang ke-tiga iaitu Statistik dan Kebarangkalian hanya ada satu topik iaitu Perwakilan Data.

(3 markah)

b.

Kesepaduan/integrasi

KLSR: Dalam KLSR, kesepaduan dan intergrasi yang wujud dalam mata pelajaran Matematik Tahun 3 adalah melibatkan Bahasa Melayu. Murid murid yang dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik pasti dapat memahami maksud ayat atau kehendak soalan serta berupaya menyelesaikan masalah matematik.

KBSR: Pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris melalui pelaksanaan PPSMI telah mewajibkan murid murid menguasai Bahasa Inggeris. Dalam menguasai kemahiran Matematik Tahun 3 penggabungjalinan mata pelajaran Matematik dengan Bahasa Inggeris dalam KBSR amat penting agar dapat memperolehi keputusan yang cemerlang.

KSSR: Bagi KSSR pula, Matematik Tahun 3 bersepadu dengan pendidikan seni Visual dimana dalam topik seperti bentuk dan bongkah, murid murid dikehendaki melukis dalam bentuk 2 dimensi atau 3 dimensi. Kemahiran dalam Pendidikan Seni Visual amat diperlukan oleh murid-murid agar dapat menguasai kemahiran melukis bentuk dengan tepat dan kemas. (3 markah)

c.

Imbangan

KLSR: Matematik dalam KLSR, murid diajar tentang proses pemikiran yang logik didalam menyelesaikan masalah yang melibatkan Matematik. Selain itu juga penerapan nilai yang serap dalam mata pelajaran matematik seperti berhati-hati semasa melakukan pengiraan serta melakukan kerja secara sistematik.

KBSR: Dalam KBSR Matematik Tahun 3, murid-murid telah diberikan ruang untuk memperkembangkan lagi kemahiran mengira dimana mereka bukan hanya perlu menguasai bahasa Matematik malah ilmu Sains juga turut diserap dalam Mata Pelajaran Matematik. Pengiraan serta formula Sains turut wujud sebagai satu ilmu tambahan.

KSSR: Dalam KSSR, Elemen Merentas Kurikulum adalah satu elemen tambahan yang disediakan kepada murid-murid apabila mempelajari sesuatu kemahiran atau isi pelajaran dalam Matematik. Elemen Keusahawanan yang terdapat dalam KSSR merupakan salah satu elemen yang penting dimana elemen ini memberi fokus terhadap sikap keusahawanan, nilai moral dan etika keusahawanan serta kemahiran teknologi dan formulasi pengetahuan dan vokasional. Selain itu aspek pemikiran keusahawanan, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan juga diterap dalam elemen ini. (3 markah

DIMENSI VERTIKAL a. Urutan/sekuen

KLSR: Aspek kemahiran 3M(Membaca, Menulis dan Mengira) merupakan fokus utama dalam kurikulum sekolah rendah. Aspek ini bukan hanya satu kemahiran yang berbentuk mekanis tetapi ianya turut meliputi kemahiran lain seperti kemahiran pertuturan, pembacaan, pendengaran serta pemahaman. Kemahiran penulisan yang 5

berasaskan pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran dalam menggunakan operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam melakukan pengiraan matematik diajar.

KBSR: Bagi KBSR, fokus yang diberikan kepada murid-murid tahap 1 adalah berkaitan dengan kemahiran asas tambah, tolak, darab, dan bahagi. Selain itu juga murid diperkenalkan dengan simbol asas matematik seperti +, -, x, . Susunan reka bentuk KBSR dibuat secara sistematik dimana aras pengetahuan atau kemahiran yang diajar adalah berdasarkan kepada aras yang senang kepada kompleks. Ini dapat memudahkan murid murid menguasai kemahiran yang diajar.

KSSR: Mata pelajaran Matematik dalam KSSR menekankan atau memberi fokus terhadap membina pemahaman murid murid terhadap konsep nombor, kemahiran asas pengiraan, memahami idea matematik yang mudah serta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab bagi kehidupan seharian. KSSR lebih memberikan penekanan terhadap pemahaman dan aplikasi konsep serta kemahiran dalam pelbagai konteks. Kemahiran operasi asas seperti tambah, tolak, darab, dan bahagi diperluaskan penggunaan dalam kemahiran yang berkaitan nombor dan operasi, sukatan dan geometri serta perkaitan dan statistik. (3 markah)

b.

Kesinambungan/kontinuiti

KLSR: Terdapat banyak kelemahan dalam pelaksanaan KLSR semenjak ianya diperkenalkan. Kurikulum KLSR yang dirancang tidak mempunyai kesinambungan yang begitu jelas antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Peringkat pembelajaran juga tidak dikaitkan dengan peringkat pembelajaran yang seterusnya. Setiap pelaksanaan pengajaran KLSR hanya berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan semasa.

KBSR: Bagi Matematik dalam KBSR, setiap unit pembelajaran disusun mengikut 6

urutan dan susunan yang tertentu. Setiap murid dikehendaki mempelajari setiap isi kandungan dalam unit tersebut sebelum meneruskan pembelajaran yang berikutnya. Setiap topik yang dipelajari mempunyai perkaitan dengan topik yang bakal dipelajari kemudiannya. Proses ini berterusan sehingga murid menguasai semua topik atau unit pembelajaran di dalam semua peringkat.

KSSR : KSSR merupakan satu reka bentuk kurikulum yang baru diperkenalkan disekolah. Pencapaian murid akan ditentukan berdasarkan kepada pentaksiran. Pentaksiran ini dijalankan setelah murid selesai mempelajari sesuatu topik atau kemahiran. Pencapaian murid akan ditafsirkan berasaskan band. Setiap band dalam matematik adalah seperti berikut: Band 1(tahu) Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respon terhadap perkara asas. Band 2 (tahu dan faham) Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Band 3 ( tahu, faham dan boleh buat) Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi Band 4 ( tahu, faham dan boleh buat dengan beradab) Murid melaksanakan sesuatu kemahiran mengikut prosedur atau secara sistematik Band 5 ( tahu, faham dan boleh buat dengan cara beradab terpuji) Murid melaksana sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif Band 6 ( tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji mithali) Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan serta menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. (3 markah)

3.

Pandangan/ulasan dan cadangan berkaitan disiplin/mata pelajaran yang dipilih. a. PANDANGAN/ULASAN:

setiap reka bentuk kurikulum dalam KLSR, KBSR dan KSSR mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah mengikut arus perubahan semasa. Perubahan ini seiring dengan perubahan globalisasi yang mana ianya bagi memenuhi kehendak masyarakat dan negara dalam melahirkan insan yang dapat bersaing dalam era globalisasi. Perubahan yang berlaku dalam mata pelajaran Matematik Tahun 3 ini jika diteliti dari KLSR yang hanya menekankan kepada penguasaan 3M(membaca, menulis, mengira) telah diperkembangkan dalam KBSR dimana kemahiran matematik diajar secara berperingkat-peringkat. Selain itu juga, terdapat hubungjalin antara mata pelajaran matematik dengan mata pelajaran yang lain. Namun begitu KBSR lebih menekankan kepada peperiksaan. Ini menyebabkan wujudnya KSSR agar murid dapat menikmati keseronokan belajar tanpa perlu tertekan dengan peperiksaan. Sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam KSSR ini memberi ruang kepada murid untuk meluaskan penerokaan kemahiran dalam matematik. Namun begitu penilaian pentaksiran yang berbeza antara sekolah menyebabkan berlakunya ketidakadilan kepada murid-murid. (2 markah)

c. CADANGAN : Reka bentuk kurikulum baru seperti KSSR ini telah memberi satu bebanan kepada guru kerana terdapat banyak kertas kerja atau prosedur yang perlu dipenuhi dalam melaksanakannya. Peranan atau tanggungjawab guru dalam memastikan semua aspek diselesaikan menyebabkan tugas dan tanggungjawab didalam kelas boleh terganggu. Oleh itu dalam memudahkan tugas guru pihak dikementerian pendidikan perlu menambahkan pembantu guru seperti pembantu pra sekolah. Ini bagi mengurangkan tugas guru dalam menyediakan fail dan pengisian pentaksiran selain memberi peluang merancang aktiviti dan memberi fokus kepada guru dalam mengajar.

Selain itu juga, dalam memperkukuhkan penguasaan matematik bagi murid sekolah rendah, guru perlu diperbanyakkan dengan latihan dari aspek penyampaian kemahiran dan penguasaan ilmu mengajar yang terkini atau seiring dengan keadaan semasa. Ini sebagai persediaan kepada murid untuk mendapatkan ilmu atau maklumat yang seiring dengan arus global.

Manakala pentaksiran yang dijalankan juga perlulah sentiasa dipantau agar aras penilaian yang diberikan oleh setiap sekolah adalah sama. Pentaksiran yang berbeza antara sekolah atau guru boleh memberikan impak yang berbeza atau jurang yang ketara dalam menilai keberhasilan murid dalam menguasai kemahiran matematik. (3 markah)

RUJUKAN Bahagian Perkembangan Kurikulum.(2010), KSSR, Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia(1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Buku Panduan Khas. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia(2013), Dokumen Standard Prestasi Sekolah Rendah, Matematik Tahun 3, Kuala Lumpur, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia(2013), Dokumen Standard Sekolah Rendah(KSSR),Matematik Tahun 3, Modul Teras Asas, Kuala Lumpur, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

10

Anda mungkin juga menyukai