Anda di halaman 1dari 25

Pengenalan Pemulihan Khas

Pemulihan Khas
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insane yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan muridmurid berkomunikasi dan menimba ilmu pengatahuan. Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip menyelesaikan masalah seawall mungkin supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terbelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Melalui program ini, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

Konsep Pemulihan Khas Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Matlamat Pemulihan Khas Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Objektif Pemulihan Khas

1.

menguasai kemahiran 3M.

2. meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan menambah sikap keyakinan diri dan

sikap positif terhadap pembelajaran.

Pengenalan Pemulihan
MURID PEMULIHAN KHAS Kanak-kanak Pemulihan Khas merupakan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh faktorfaktor tertentu. Pelajar-pelajar ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan kepada mereka. Murid-murid ini juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka. Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berterusan ini. Pendidikan pemulihan merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini adalah untuk membantu muridmurid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. Masalah-masalah Murid Pemulihan : Kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Antaranya ialah : Mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata Pertuturan yang mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan. Lemah dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling. Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri. Gagal dalam ujian atau peperiksaan dan lemah / mundur dalam pelajaran. Tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi Ketidakbolehan belajar sesuatu dalam masa yang terhad Darjah kecerdasan yang rendah apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya. Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.

Sudut-sudut Pembelajaran Kelas Pemulihan Khas


Saya baharu saja mengemaskini sudut-sudut pembelajaran di kelas Pemulihan Khas. Antara sudutsudut yang saya buat adalah sudut Matematik, sudut bacaan @ Mini Perpustakaan, sudut akses kendiri, sudut maklumat dan sudut pengurusan. Sudut multimedia diletakkan bersama dengan sudut

bacaan sebab hanya ada TV dan Radio sahaja. Sudut pengamatan entah bila nak dibuat!

Untuk tahun ini sahaja sudah 2 kali saya ubah susun atur kedudukan sudut-sudut. Pening saya dengan perangai saya sendiri (saya kerap ubah susun atur perabot dlm kelas shga kakak tukang cuci asyik sakat saya bila berjumpa. Katanya saya sudah pecah rekod dunia!)

Berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas, edisi percubaan, 2008, terdapat 6 ruang di dalam kelas Pemulihan Khas iaitu: 1. Ruang pengurusan 2. Ruang P&P 3. Ruang multimedia 4. Ruang bahasa 5. Ruang Matematik 6. Ruang pengamatan

Ciri-ciri murid Pemulihan Khas 1. Emosi dan Tingkahlaku


Perasaan rendah diri. Perasaan risau. Perasaan sedih, hiba atau duka. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran. Perasaan takut akan perkara-perkara baru. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. Pasif. Malas

2. Sosial

Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan. Lemah / kurang interaksi dengan rakan. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.

Menangis enggan masuk darjah. Hyper aktif.

3. Kesihatan

Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus). Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan). Lemah gerakkan motor-kasar dan halus. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. Kurang menjaga kebersihan diri.

4. Kesediaan Belajar

Belum bersedia untuk belajar. Perbendaharaan kata kurang. Lemah pemahaman. Kurang keyakinan diri dan rangsangan. Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5. Pengamatan

Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. Lemah pendengaran bunyi dan rentak. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. Lambat mengkelaskan benda. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang. Tidak kreatif. Lemah pergerakan dan perbuatan. Lemah daya pemikiran/ingatan. Tidak boleh mengingat kembali.

6. Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas


1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran. 2. Rekod-rekod prestasi 3. Rekod kesihatan 4. Kerja-kerja harian murid 5. Melalui pemerhatian 6. Punca-punca lain yang diperolehi

7. Guru Pemulihan di bawah NKRA Pendidikan LINUS


8.

Antara kandungan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 24 Tahun 2012 bertarikh 3 Julai 2012
terhadap nisbah guru pemulihan di sekolah-sekolah, daripada seorang guru

9. 1) Makmal NKRA Pendidikan telah mencadangkan supaya dibuat penambahbaikan

pemulihan di setiap sekolah kepada guru pemulihan bagi 15 orang murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi. Dalam hal ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Januari 2012 telah bersetuju supaya semua cadangan Makmal NKRA Pendidikan dilaksanakan. 10. 11. 2) Murid tahap 1 yang tidak menguasai literasi dan numerasi ialah murid yang tidak melepasi konstruk 12 bagi literasi dan numerasi. 12. 13. 3) Murid tahap 2 yang tidak menguasai literasi dan numerasi ialah murid yang masih tidak boleh membaca, menulis dan mengira berdasarkan ketetapan yang diguna pakai sebelum LINUS dilaksanakan. 14. 15. 4) Penempatan guru pemulihan di semua sekolah adalah menggunakan nisbah seorang guru pemulihan kepada 15 orang murid yang masih tidak menguasai literasi atau numerasi termasuk murid tahap 2 (sekiranya ada). 16. 17. 5) Sekiranya sekolah mempunyai murid yang tidak menguasai literasi atau numerasi kurang daripada 15 orang, maka sekolah tersebut layak menerima hanya seorang guru pemulihansahaja.

18. 19. 6) Jika sekolah mempunyai murid yang tidak menguasai literasi atau numerasi melebihi 15 orang tetapi kurang 30 orang, maka sekolah tersebut layak menerima hanya seorang gurupemulihan. Namun sekiranya genap 30 orang murid, maka sekolah tersebut layak menerima 2 orang guru pemulihan. 20. 21. 7) Semua JPN, PPD dan sekolah hendaklah memastikan bahawa semua guru yang dilantik sebagai guru pemulihan mempunyai opsyen pemulihan atau sekurang-kurangnya telah mengikuti latihan untuk mengajar kelas pemulihan. 22. 8) Dengan berkuatkuasanya surat siaran ini, maka surat siaran KPM.BPKHAS.300-2/212 bertarikh 4 Ogos 2010, Peranan Guru Pemulihan Khas Dalam Pelaksanaan Program LINUS adalah terbatal.

Latar Belakang Pendidikan Pemulihan


Pendidikan pemulihan di negara kita bermula sejak tahun enam puluhan. Titik tolaknya ialah tinjauan keperluan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun 1967. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengadakan tinjauan itu di sembilan buah sekolah. Tinjauan itu berterusan hingga tahun 1970.

Pada bulan Ogos 1975, KPM menganjurkan seminar pengajaran pemulihan untuk pengurus dan guru sekolah rendah. Pada tahun 1975 juga, KPM menghantar empat orang pegawai pendidikan mengikuti kursus dalam bidang pengajaran pemulihan di luar negara. Pada tahun 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas melatih 55 orang guru sekolah rendah untuk menjadi guru khas pemulihan. Pada tahun yang sama, MPIK mengadakan seminar pengajaran pemulihan untuk 50 orang pensyarah maktab perguruan.

Selain itu, pada tahun 1972 hingga 1981, KPM melaksanakan Projek Pendidikan Imbuhan untuk 12 buah sekolah rendah. Projek itu bertujuan mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran pemulihan murid-murid tahun satu hingga tahun tiga.

Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaranmemperakukan supaya sekolah mengadakan ujian rujukan kriteria. Dengan berdasarkan dapatan ujian itu, pihak sekolah perlu melakukan tindakan penambahbaikan. Tindakan itu termasuklah penggunaan kaedah dan sumber pengajaran yang sesuai dalam kelas yang lebih kecil. KPM pula perlu menyediakan guru yang mampu mengendalikan pengajaran pemulihan.

Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan perakuan yang berkenaan. KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pemulihan dan pengayaan. Hal ini jelas memperlihatkan pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR.

Mulai tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai gurukhas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-masing. Arahan itu membayangkan bahawa pelaksanaan program sebelumnya adalah pada tahap yang tidak memuaskan. Antara sebabnya ialah kerajaan tidak berupaya menyediakan guru khas pemulihan

yang mencukupi untuk semua sekolah rendah.

Pada tahun 1987, hanya terdapat 4,331 orang guru khas pemulihan berbanding dengan 6,700 buah sekolah rendah yang memerlukannya. Daripada jumlah itu, kerajaan hanya mampu mewujudkan 2,233 jawatan guru khas pemulihan.

Pada tahun 1997, KPM mengeluarkan dapatan tinjauan kadar celik huruf selepas enam bulan murid berada dalam tahun satu. Tinjauan itu menunjukkan hampir 75,000 orang murid belum celik huruf. Jumlah ini bersamaan dengan 22 peratus daripada keseluruhan murid. Satu sumber lain (KPM, 1999) menyatakan, antara sepuluh hingga lima belas peratus murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran. Mereka gagal menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira).

Mulai tahun 1998, program pemulihan menjadi agenda penting KPM. Antara tindakan KPM ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan pemulihan ringan dalam bilik darjah. Tindakan lain ialah menambah guru pemulihan khas (GPK) yang mampu mengendalikan pemulihan berat.

Selain itu, pada bulan November 1998, KPM memulakan usaha untuk menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas. Buku itu terbit pada tahun 1999. Buku itu menjadi sumber penting GPK dan guru Bahasa Melayu.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ada mencatatkan bahawa pada tahun 2005 sebanyak 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai 3M. Peratusan ini termasuk juga pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Jadi, mulai tahun 2006 KPM menambah baik program yang sedia ada dan melaksanakan program baharu bagi mengurangkan peratusan murid yang tidak menguasai 3M.

Program terpenting ialah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Program ini bertujuan untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu.

Usaha lain ialah menambah guru pemulihan khas melalui program Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Kursus Dalam Perkhidmatan untuk guru sekolah kurang murid dan beberapa kursus jangka pendek

yang lain.

Pada 12 September 2009, akhbar Berita Harian Online menyiarkan berita bahawa 85,000 orang pelajar tahun satu di negara kita belum menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M). Data yang di bawah pula menunjukkan pencapaian KIA2M tidaklah membanggakan.*

Jadi, bermula pada tahun 2010 Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS) menggantikan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M). LINUS berkaitan pula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Minister Key Performance Indicators(MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

Bibliografi Terpilih Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982. Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR (Edisi Percubaan). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas. Koh Boh Boon, 1981a. Pendidikan Imbuhan, Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Koh Boh Boon, 1981b. Pengajaran Pemulihan dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan. Robiah Kulop Hamzah, 1992. Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah, Satu Kajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Murid Pemulihan Khas


Kanak-kanak Pemulihan Khas

Merupakan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pelajar-pelajar ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan kepada mereka. Murid-murid ini juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka.

Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berterusan ini. Pendidikan pemulihan merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini adalah untuk membantu muridmurid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.

Masalah-masalah Murid Pemulihan

Kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri daripada muridmurid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Antaranya ialah :

Mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata

Pertuturan yang mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan.

Lemah dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling.

Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri.

Gagal dalam ujian atau peperiksaan dan lemah / mundur dalam pelajaran. Tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi

Ketidakbolehan belajar sesuatu dalam masa yang terhad Darjah kecerdasan yang rendah apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya.

Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.
Posted by CHANG SHU YEN at 02:47 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Konsep Ejaan & Mengeja


Konsep ejaan dan mengeja perlu mendapat perhatian istimewa guru bahasa Melayu yang mengajarkan bacaan permulaan. Semua pelajar tahun pertama Institut Pendidikan Guru (IPG) dikehendaki memahami kedua-dua konsep ini apabila mereka mengikuti kursus Literasi Bahasa Melayu pada semester kedua. Seterusnya, pelajar IPG yang mengikuti program Prasekolah, Pengajian Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas mesti mendalami kedua-dua konsep ini.

Guru prasekolah, guru bahasa Melayu dan guru pemulihan pula perlu menyemak pemahaman mereka tentang perkara ini. Yang dimaksudkan dengan guru pemulihan termasuklah guru pemulihan khas, guru pemulihan dalam bilik darjah, guru Literacy and Numeracy Screening(LINUS) dan beberapa nama lain yang mungkin muncul pada masa hadapan. Pemahaman yang jelas tentang kedua-dua konsep ini dapat membantu mereka melaksanakan tugas untuk mengajarkan bacaan permulaan kepada kanak-kanak dengan berkesan.

Ejaan ialah kaedah menulis perkataan dengan huruf. Kaedah menulis perkataan dengan huruf yang dapat dianggap menyeluruh apabila memenuhi tiga syarat seperti yang digambarkan dalam rajah 1.

Rajah 1 Tiga syarat untuk mengeja perkataan.

Syarat pertama, wujud sistem susunan huruf yang diterima untuk sesuatu perkataan. Contohnya, perkataan batu terdiri daripada susunan empat huruf secara berturutan, iaitu b a t u. Susunan lain, termasuk beberapa susunan yang bermakna seperti b u t a dan u b a t, tidak diterima untuk ejaan batu.

Syarat kedua, setiap huruf tidak diselangi oleh sebarang ruang yang dapat diisi oleh satu huruf. Contohnya, perkataan bubu ini tidak diselangi oleh sebarang ruang. Sebaliknya, bu bu (ada satu ruang kosong) dan bu b u (dua ruang kosong) tidak diterima untuk perkataan bubu. Malah kewujudan satu atau lebih ruang yang sekata juga tidak diterima untuk mengeja sesuatu perkataan walaupun susunannya betul. Contohnya b u b u (satu ruang) dan b u b u (dua ruang).

Peraturan lazim pengiraan perkataan ialah setiap unit bahasa yang dipisahkan oleh ruang dianggap satu perkataan. Misalnya, ke sana ialah dua patah perkataan. Peraturan ini digunakan juga oleh perisian komputer seperti Microsoft Word untuk mengira perkataan. Apabila ada ruang, turunlah taraf perkataan itu menjadi huruf sahaja.

Syarat ketiga, penulisan huruf itu mematuhi sistem penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Syarat ini menuntut pengguna bahasa menggunakan huruf kecil dan huruf besar berdasarkan peraturan. Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu menyenaraikan 14 peraturan penggunaan huruf besar. Secara umum, huruf besar digunakan pada huruf pertama nama khas, permulaan ayat, petikan langsung, tajuk sesuatu, kecuali kata hubung dan partikel. Sebagai contoh, ejaan malaysia tidak tepat kerana huruf m yang digunakan ialah huruf kecil sedangkan huruf yang sepatutnya digunakan ialah M huruf besar kerana perkataan ini nama khas tanpa mengira kedudukannya sama ada pada permulaan ayat atau tidak.

Dengan berdasarkan syarat yang ketiga ini juga, gabungan seperti ciNta, ciNTa, CInTa tidak tepat ejaannya. Ejaan seperti ini kerap kita temukan dalam komunikasi e-mel, sistem pesanan ringkas dan komunikasi umum sesama remaja. Ejaan seperti ini tidak diterima sebagai ejaan yang tepat untuk diajarkan di sekolah. Malah ejaan seperti ini dapat dianggap pincang.

Adakalanya penggunaan huruf kecil keseluruhannya dibolehkan. Contohnya, bahagian awal bahan pengajaran bacaan asas di sekolah rendah menggunakan huruf kecil sahaja.

Sesudah memahami konsep ejaan, kini marilah kita fahami konsep mengeja pula. Menurut Zaba, mengeja ialah pekerjaan menghubungkan huruf benar dengan huruf saksi atau sebaliknya ini serta disebut nama tiap-tiap huruf itu. Kita juga boleh mengatakan bahawa mengeja ialah perbuatan membunyikan atau menulis huruf secara berturut dalam sesuatu perkataan. Dengan berdasar takrif ini ada dua cara untuk mengeja. Yang pertama ialah menyebut nama huruf secara berturut-turut yang terdapat pada sesuatu suku kata/perkataan dan membunyikan suka kata/perkataan itu. Yang kedua ialah menulis huruf dengan mematuhi tiga syarat seperti yang telah dibincangkan untuk membentuk suku kata/perkataan.

Ada dua cara menyebut huruf untuk menjadi suku kata dan perkataan. Yang pertama ialah menyebut huruf, diikuti dengan penyebutan suku kata dan seterusnya penyebutan perkataan. Contohnya, bola dieja b o, diikuti penyebutan suku kata bo. Seterusnya disebut pula nama huruf l a, diikuti dengan penyebutan suku kata la. Akhirnya disebut perkataan bola. Gambaran ringkasnya ialah huruf g suku kata g perkataan. Yang kedua ialah menyebut huruf dalam perkataan itu satu demi satu tanpa hentian dan tanpa menyebut suku kata dalam perkataan itu. Misalnya, bola dieja b o l a. Gambaran ringkasnya ialah huruf g perkataan. Gambaran lengkap keduadua cara mengeja ini diberikan dalam rajah 2.

Rajah 2 Dua cara untuk mengeja perkataan.

Dengan berdasarkan kaedah abjad, pengeja menyebut nama huruf. Bagi mengeja dengan abjad Rumi, cara yang pertama kerap digunakan. Pengguna kaedah abjad menganggap cara yang kedua tidak lengkap. Bagaimanapun, pengguna kaedah abjad mungkin juga menggunakan cara yang kedua atas pertimbangan tertentu.

Mengeja ialah satu kemahiran. Kemahiran ini lebih mudah diperoleh jikalau kanak-kanak mengalami beberapa aktiviti kesediaan. Antaranya ialah mengenal bentuk, terutamanya bentuk yang seakanakan huruf. Contohnya, bentuk tayar bulat macam huruf o. Bentuk pancing pula seakan-akan huruf j. Seterusnya mereka wajar mengalami aktiviti lanjutan seperti mengenal bunyi, membezakan bunyi dan membezakan antara satu bentuk dengan bentuk yang lain. Kemudian barulah kita mendedahkan nama huruf kepada mereka.

Dengan berdasarkan kaedah abjad, penghafalan nama huruf ialah garis permulaan kemahiran mengeja. Kemahiran mengeja hanya bermula apabila kanak-kanak dapat menyebut nama huruf dan dapat membentuk apa-apa suku kata atau perkataan dengan huruf-huruf yang disebut itu.

Kesimpulannya, pengajar bacaan permulaan akan lebih yakin melaksanakan tugasnya apabila dia memahami konsep ejaan dan mengeja. Pemahaman itu akan membantunya memilih baha

SEJARAH RINGKAS PEMULIHAN KHAS DI MALAYSIA


Bermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat latihan diluar negara. Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula sebagai Pilot Projek di sembilan buah Sekolah Rendah di seluruh Malaysia. Projek ini telah bermula di awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. dari kajian yang dijalankan terhadap sekolah-sekolah tersebut didapati Program Pendidikan Pemulihan sangatlahdiperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.

Dalam tahun 1968 hingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guru berkursus di bidang Pendidikan Pemulihan. Berdasarkan Laporan Murad 1971, didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Kesedaran kerajaan terhadap peratusan keciciran murid-murid di sekolah-sekolah rendah menguasai kemahiran-kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira menyebabkan kerajaan mengambil langkah-langkah awal yang positif Laporan Murad dari tahun 1971 hingga 1973 telah menyedarkan semula kerajaan akan pentingnya Program Pendidikan Pemulihan. Pada tahun 1975 seminar yang pertama telah diadakan di Universiti Malaya

Disamping itu juga dalam tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam Pendidikan Imbuhan untuk Sekolah Rendah Bawah di dua belas buah sekolah dengan menggunakan strategi pendidikan pemulihan dijalankan oleh guru kelas biasa. Murid-murid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks diserahkan kepada guru pemulihan khas.

Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan Kursus Dalam Cuti (KDC). Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih dari sekolah-sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :-

i. 2 minggu dalam cuti penggal pertama ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedua iii. 4 minggu dalam cuti penggal ketiga

Adalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan Pendidikan Malaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yang terlatih. Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telah menyediakan kursus tersebut.

Pada tahun 1977 kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Pada tahun 1981 Kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk menampung kekurangan guruguru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pende

KONSEP PEMULIHAN KHAS


Dalam proses pendidikan, Pendidikan Pemulihan Khas ialah:

Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR.

Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan. (National Association for Remedial Education NARE Great Britain - 1977)

Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk muridmurid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. (Panduan Am KBSR - 1982)

KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS

kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kuarang kebolehan menerima pendidikan biasa. (A.E. Tansley dan Gulliford)

kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak. (M.F. Clough)

Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana. (Sharifah Rahmah Ali)

PENGURUSAN TINGKAH LAKU


JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.

A. Tingkah laku bermasalah positif

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

B. Tingkah laku bermasalah negatif

Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:

i. Tingkah laku Disruptif/mengganggu

Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

ii. Pergantungan berlebihan

Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.Contohnya tidak mahu hadir ke sekolah tanpa ditemani ibu. Kadangkala ada ibu yang terpaksa duduk di luar kelas.

iii. Agresif

Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya.

iv. Distruktif/merosakkan

Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

v. Kebimbangan

Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang .

vi. Pengasingan diri

Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

vii. Ponteng sekolah

Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan.

viii. Enggan ke sekolah

Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.

ix. Mencuri

Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

Punca salah laku

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanakkanak.

i. persekitaran ii. tekanan psikologikal iii. ketakutan dan fobia iv. peneguhan yang kurang sesuai v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad vi. kesukaran tugasan vii. aktiviti dan tahap rangsangan viii. kesihatan dan perubatan ix. jangkaan tingkah laku

Faktor persekitaran Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain.

Tekanan psikologi Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.

Ketakutan dan fobia Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing.

Peneguhan yang kurang sesuai Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.

Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik.

Kesukaran tugasan Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Aktiviti dan tahap rangsangan Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Kesihatan dan perubatan Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.

Jangkaan tingkah laku

Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanakkanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).

TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pelupusan dan peningkatan tingkah laku

Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut;

ganjaran (reinforcers) Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu; i. ganjaran primer makanan, minuman dll ii. ganjaran social- senyuman, pujian dll iii. ganjaran sekunder token, kupon, mainan, bintang dll

dendaan (punishment) - tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak

pengasingan (isolation) - mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih - asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya

pembentukan (shaping) - pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus

kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki.

prompting - digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal.

fading (pelunturan) - mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan

modeling - menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid

kejelakan/Kebosanan (satiation) - membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri - Over Correction adalah satu teknik kejelakan.

desensitization - tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan takut bercakap di depan kelas, fobia dll

bimbingan dan kaunseling - pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi atau menangani masalah tingkah laku

terapi muzik/seni - menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, dan melepaskan perasaan yang tertekan

penamatan/pelupusan (extinction) - memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif

pengasingan (time-out, suspension) - menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) - mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan

kontrak perjanjian (contigency contracting) - persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa.

Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut.

Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku;

- memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan - membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut - menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour) - mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat - memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai - menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment) menjalankan program - melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation) - tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai - memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan

Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil perhatian terlebih dahulu,iaitu;

- Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati? - Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan? - Bila tingkah laku itu berlaku? - Kekerapan tingkah itu berlaku. - Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku? - Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?
Posted by CHANG SHU YEN at 03:05 1 comme

Anda mungkin juga menyukai