Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

MARY LABUK, SANDAKAN


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

NAMA:___________________________________
KELAS:___________________________________
ARAHAN : Kertas ini mengandungi 40 soalan. Jawab SEMUA soalan.
Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan berikutnya.
Kawan Saya
Nama saya Muhammad Ali bin Abu Saya tinggal di Taman Melur, Kuala Lumpur. Saya
ada seorang kawan. Namanya Muhammad Arif. Dia berumur 8 tahun. Arif tinggal di Taman
Seri Mawar, Kuala Lumpur. Arif mempunyai 3 orang adik-beradik. Abangnya bernama
Asraf manakala adiknya pula bernama Julia. Bapa Arif bernama Asri dan ibunya pula
bernama Mariam.
Arif seorang budak yang baik dan rajin. Dia juga seorang budak yang cerdik. Semua
orang suka berkawan dengannya. Sukan kegemarannya ialah bola sepak. Dia selalu bermain
bola sepak di padang. Kami selalu bermain bersama-sama. Kami juga selalu mengulangkaji
pelajaran bersama-sama. Saya berasa gembira kerana mendapat seorang kawan seperti
Arif.
Soalan 1 hingga 5
Bulatkan jawapan yang betul
1. Siapakah nama penuh kawan penulis?
A.
Muhammad Ali bin Abu
B
Muhammad Arif bin Asri
C
Muhammad Asraf bin Asri
2. Di manakah Arif tinggal?
A
Taman Melur, Kuala Lumpur
B
Taman Seri Mawar, Kuala Selangor
C
Taman Seri Mawar, Kuala LUmpur
3. Mengapakah semua orang suka berkawan dengan Arif?
A
Arif seorang budak yang baik, rajin dan cerdik.
B
Arif seorang budak yang pandai bermain bola sepak.
C
Arif seorang budak yang kacak.

4. Siapakah nama ibu Arif?


A
Julia
B
Mashitah
C
Mariam

5. Apakah sukan kegemaran Arif?


A
Badminton
B
Bola sepak
C
Bola tampar

Soalan 6 hingga 10
Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang betul.
6. Rumah Devi tidak ___________________ rumah Lisa. ( tercantik , secantik )
7. Puan Lina sedang ____________________ anaknya yang sedang menangis.
( mendukung , pendukung )
8. Adik menangis kerana ____________________ dari katil. ( berjatuh , terjatuh )
9. Ramu lari ketakutan kerana _______________ anjing. ( terkejar , dikejar )
10. Anis dan Intan ________________________ ke rumah Mei Ling pada Tahun Baru
Cina. ( kunjungan , berkunjung )

Soalan 11 hingga 20
Padankan dengan perkataan seerti.

11. bijak

gembira

12. mudah

terang

13. susah

kawan

14. benar

sayang

15. rakan

yakin

16. seronok
cantik
17. indah

pandai

18. cinta

betul

19. percaya

sukar

20. cerah

senang

Soalan 21 hingga 30.


Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang diberikan.

dan
dan

tetapi
tetapi

atau
atau

21. Ali _______________ Abu bermain bola di padang.

22. Dia kaya _______________ kedekut.

23. Cikgu Maisarah sangat bangga dengan sikap Ramlah _______________ Hasnah.

24. Kita hendaklah meminta izin sama ada daripada bapa _______________ ibu jika
hendak keluar bermain.

25. Saya makan sebiji epal _______________ sepotong tembikai sebagai pencuci mulut.

26. Walaupun dia miskin _______________ dia seorang yang rajin.

27. Mungkin saya akan bertolak ke Kuala Lumpur pada hari Selasa _______________
Rabu.

28. Amira _______________ Rahayu berkawan baik sejak kecil.

29. Rumahnya besar _______________ saying kawasannya kotor.

30. Saya berjanji akan bejara dengan tekun _______________ bersungguh-sungguh.

Soalan 31 hingga 35
Lenfgkapkan ayat di bawah dengan kata ganti nama yang sesuai.

saya

mere
ka

kita

dia

awak

31. Hanani seorang murid yang cerdik. _____________ ada ramai kawan.
32. Siapakah nama _______________ ?
33. ________________ akan bertolak pada pukul 8.00 pagi, kata Ali kepada kawankawannya.
34. Nama _______________ Abdul Halim bin Sani.
35. Jika ________________ tidak faham sesuatu perkara, mereka kan bertanya kepada
guru.
Soalan 36 hingga 40
Tuliskan perkataan berlawan.
36. hitam lawannya _________________________________

37. gemuk lawannya _________________________________

38. masin lawannya _________________________________

39. sayang lawannya

_________________________________

40. murah lawannya _________________________________

Anda mungkin juga menyukai