Anda di halaman 1dari 7

Hari: Jumaat Masa: 10.00 10.

40 pagi Kelas: 2 Daya Bilangan Murid : 35 orang Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

TEMA

KEBUDAYAAN

TAJUK

Makanan Kita Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.

Standard Kandungan FOKUS UTAMA

1.4

Standard 1.4.4 Pembelajaran Standard Kandungan

3.3

FOKUS SAMPINGAN

Standard 3.3.4 Pembelajaran

Pada akhir pengajaran, murid dapat: OBJEKTIF i. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. ii. Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.

i. Ilmu : Keusahawanan. PENGISIAN ii. Nilai : Bertatasusila dan bertanggungjawab KURIKULUM iii. KBT: Keusahawanan (sikap dan pemikiran keusahawanan) SISTEM BAHASA MEDIA Tatabahasa: ayat permintaan Kosa kata: karipap, keria, bingka, tepung bungkus Kad gambar dan petikan dialog.

NUR AMIRAH, NUR SYAKILAWANI, NUR SYAZANA & ZURAIDAH PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JAN 2010

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN

Apakah yang guru bawa? Set Induksi Namakan kuih-muih (3 minit) yang kamu lihat. (karipap, kuih lapis, buah melaka)

Murid ditunjukkan beberapa jenis kuih tradisional ke dalam kelas. Murid bersoal jawab dengan guru.

1. Murid diperdengarkan dialog pelanggan dan penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di gerai atau di kedai makanan. 2. Murid bersoal jawab cara penjual dan pelanggan membuat urusan jual beli kemudian murid diminta memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli. 3. Salah seorang murid diminta mencatat pada papan tulis dialog pelanggan menyatakan permintaan untuk memesan barang. 4. Murid diminta membacakan dialog yang telah dicatat pada papan tulis.

Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Bertanggungjawab KBT: Keusahawanan Ciri-ciri usahawan

Langkah 1 (15 minit )

Lampiran 1 Dialog yang dirakamkan/ dilakonkan

NUR AMIRAH, NUR SYAKILAWANI, NUR SYAZANA & ZURAIDAH PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JAN 2010

5. Murid diminta cara membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan orang lain dengan memberi contoh pembeli berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang dibeli. Penekanan diberi pada aspek keusahawanan iaitu cara yang betul membuat permintaan. - Bertatasusila - Menggunakan intonasi yang betul.

1. Beberapa orang murid dipilih untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah. 2. Murid yang dipilih diberi kad situasi: Kad A Peniaga melayan pelanggan Kad B Pelanggan membuat pesanan Langkah 2 (10 minit) Kad situasi (Rujuk Lampiran 2) 3. Murid yang terpilih diminta memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila. 4. Murid dan guru berbincang tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Kerajinan KBT: Keusahawanan Berjual beli secara Bertatasusila

NUR AMIRAH, NUR SYAKILAWANI, NUR SYAZANA & ZURAIDAH PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JAN 2010

1. Murid diperdengarkan beberapa dialog cara murid membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin sekolah. 2. Murid diminta mengecam dialog-dialog yang mengandungi permintaan yang bertatasusila.

Langkah 3 (7 minit)

Latihan berdasarkan gambar situasi di kantin sekolah Lampiran 3

EMK: Keusahawanan

3. Murid diminta menulis dialog yang bertatasusila dan membetulkan dialog yang kurang sesuai berdasarkan latihan yang diberi pada lampiran 3.

Penutup (5 minit)

Murid memberikan 3 contoh ayat permintaan dengan menggunakan bahasa yang sopan. Murid merumuskan isi pelajaran dengan bantuan guru.

Pentaksiran 1. Murid dipaparkan gambar pembeli dan penjual di sebuah gerai. Lampiran 4 2. Murid diminta membina dialog-dialog yang sesuai dan bertatasusila. 3. Murid dinilai ketepatan dialog yang dibina secara lisan.

NUR AMIRAH, NUR SYAKILAWANI, NUR SYAZANA & ZURAIDAH PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JAN 2010

Pemulihan 1. Murid dibimbing menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan. Lampiran 5

Pengayaan 1. Murid membina, menuturkan dan menulis ayat bertatasusila berdasarkan gambar yang diberi.

Lampiran 6

NUR AMIRAH, NUR SYAKILAWANI, NUR SYAZANA & ZURAIDAH PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JAN 2010

Lampiran 1

Dengar dengan teliti dialog ini.


Kuih Kesukaan Saya

Ali : Apa khabar, Pak Mail? Penjual : Khabar baik. Ali : Apakah menu yang menarik hari ini, Pak Mail? Penjual : Macam-macam ada, nasi lemak, mi goreng, kuih-muih pun ada. Ali : Oh, ya ke! Apakah jenis kuih-muih yang dijual hari ini? Penjual : Ada karipap, keria, bingka, kuih lapis, pulut panggang, buah melaka, tepung bungkus dan banyak lagi. Semuanya kuih tradisional kita. Ali : Saya memang suka makan kuih-muih tradisional. Tolong bungkuskan saya tiga jenis kuih. Setiap jenis RM 2.00. Penjual : Kuih apa yang kamu mahu, kerana ada banyak kuih-muih di sini. Ali : Kalau begitu, tolong bungkuskan saya kuih karipap, bingka dan tepung bungkus. Penjual : Ali, ini kuih yang kamu mahukan. Ali : Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail. Penjual : Sama-sama, datanglah lagi.

NUR AMIRAH, NUR SYAKILAWANI, NUR SYAZANA & ZURAIDAH PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JAN 2010

Lampiran 2

Baca kad situasi ini dan tuturkan dialog yang sesuai dengan peranannya diberi.

Kad A Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara bertatasusila.

Kad B Kamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu membuat permintaan semasa memesan barang daripada penjual di kaunter sekolah secara bertatasusila.

NUR AMIRAH, NUR SYAKILAWANI, NUR SYAZANA & ZURAIDAH PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JAN 2010

Anda mungkin juga menyukai